Bolo atau juga dalam bahasa persuratan dipanggil balang yang umumnya bermulut besar .Bolo ini biasanya emak saya mengisi kuih-kuih yang biasanya dibuat dekat hari raya seperti bahulu,semprit,putu kacang,bangkit dan lain-lain.Bolo juga biasanya emak gunakan untuk mengisi gula pasir dan gula merah.Bagi kami bebudak SungaiBatu diRelong biasanya membantu emak menjelang hari raya membuat kuih muih ini terutama bahulu dan kemudianya menyusun kuih-kuih tersebut dalam bolo dan kemudian apabila terasa nak makan mengambilnya satu demi satu hinggakan bila menjelang hari raya kuih-kuih itu telah sedikit.Bagi rumah kami kuih-kuih ini tidaklan menjadi hal kerana ia masih banyak bila menjelang raya, ini adalah kerana saya seorang saja berbanding dengan anak-anak Pakangah man,Pakencik Akob dan We Muhamad yang boleh dikatakan ramai anak-anak mereka.Kuih bahulu biasanya dibuat oleh emak dengan menggunakan telor ayam yang dipukul dengan pemukul telor dalam bekas yang diperbuat dari tembikar dan yang menjadi mangsanya ialah bebuduk seperti kami yang disuruh memukul telor dan ini merupakan keseronokan kepada kami bila melihat telor yang dipukul itu mengembang dan menaik .Selepas itu kami juga diminta menghidupkan api untuk membakar bahulu dalam acuan yang telah diisi adunan bahulu.Apabila bahulu telah masak kami bebudak akan memakan bahulu ini tadi dan menyusunnya dalam bolo.Kegembiraan kami menyusun bahulu dalam bolo ini merupakan detik manis dikalangan kami iaitu Jefri dan Alim.Alim yang masih kecil dan percakapan masih pelat membilang, atu, ua,iga dan seterusnya membuat kami begitu terhibur dan gembira melihat gelagat dia .Bila kami terasa dahaga kami akan mengambil buah kelapa gading yang pokoknya rendah tepi gedung wan dekat rumah kami untuk minum, air kelapa yang manis dan segar menjadi santapan kami yang tidak terperi enaknya bagi selera kami bebudak takala itu. Ini adalah kenangan manis bagi kami yang kadang-kadang bila saya melihat lemari kaca sekarang ini dipenuhi oleh pinggan mangkok yang sepi tanpa digunakan.Berbanding dengan dahulu rumah kami tidak mempunyai pinggan mangkok yang banyak tetapi hanyalah bolo-bolo kaca yang akan hanya dipenuhi oleh kuih-kuih raya apabila menjelang hari raya.Inilah kehidupan kami bebudak kampong yang hatinya gembira dan penuh keceriaan dimasa kecil yang saya kenang dan menjadi rona-rona kehidupan saya yang tidakm akan dilupakan sepanjang hayat.Kaca- kaca sebahagian dari dinding rumah saya kelihatan berwarna warni dipancar cahaya lampu mengingat saya semua ini, ia cukup indah dalam memoriku.
Dr Aminudin
Saturday, June 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment