Bangau Tanjong,Temerloh adalah satu tempat yang menarik dan istimewa dalam ingatan saya semasa bertugas dipejabat Daerah dan Tanah Temerloh.Bangau (cattle egret) adalah sejenis burung pemakan ikan yang masih kedapatan diBangau tanjong, ini merupakan kaitan nama tempat ini dinamakan.Dibangaulah kami dapati pengusaha ikan patin mula berkembangan dan hingga kehari ini.Dalam bolg saya yang lalu tentang Temerloh telah saya coretkan bagaimana saya dengan Do (Nasaruddin) melihat industri ikan patin berkembang dan hinggalah Majis Bandaran Temerloh menamakan bandar Temerloh sebagai Bandar Ikan patin yang saya ulas berkenaan pemilihan nama tersebut bersama persaingnya Datuk Sudirman (mendapat gelaran Datuk baru-baru ini).Jadi Bangau Tanjong,Temerloh adalah tempat permainan saya dan kakitangan pejabat Daerah Temerloh, disitu juga kami telah mulakan pesta berakit diTemerloh.Kami membuat rakit dan kemudian menghiasnya secantik mungkin.Saya telah ditugaskan mendapatkan sponser bagi rakit kami, SO Sabri.CC Baha,Embong,dan kakitangan saya bertungkus lumus menyiapkan rakit tersebut diBangau Tanjong yang pasirnya cantik dan bersih tempat kami bergotong-royong dan kadang-kadang saya terlena semasa rihat kerana keletihan.Bila hari pertandingan rakit dijalankan rakit kami telah menang dan pertandingan itu berakhir diperkarangan feri lama ,Temerloh.Hari ini pesta berakit Negeri Pahang telah diadakan dari Lipis hinggalah kePekan dengan melalui Temerloh.Jadi nampaknya idea kami dahulu itu telah berkembang dan menjadi acara tahunan berakit Pahang.Bangau Tanjong, saya harap dapat dibangunkan pula projek Homestay yang saya lihat dimajukan oleh Cikgu Shahriman diKerinau telah membuahkan hasil.Jadi orang macam So Sabri yang ada tanah dapat membuat projek ini diBangau tanjong dengan membuat pembaikan misalnya menyediakan perahu-perahu kepada pelancong bagi menyusuri Sungai Pahang dan menjalankan aktiviti melihat Gajah atau mendaki Gunung Senyum sebagai satu pakage dari Homestay tersebut.Produk makanan selain dari Ikan patin bolehlah dicuba kepada pelancung seperti membuat lemang,masak ikan dalam buluh,nasi berulam, ikan salai,jeruk buah perah,buah kepayang dan lain-lain.Begitu jugalah kubur Datuk Sudirman perlulah dijaga dan urus bagi kemudahan peminat melawatinya dari setiap pelusuk negara yang akan menziarahnya.Sekian dahulu.
Dr Aminudin
Sunday, June 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment