Tuesday, June 23, 2009

Bebunga

Kecantikan bebunga terutama bunga ros telah saya huraikan dalam kajian saya diLembah Bama yang merupakan tempat pengeluran bunga dimasa silam.Musim bebunganya durian yang berlaku disungaibatu,Relong amatlah menyeronok kami bebudak dimasa itu seperti yang saya coretkan dalam tajuk lempeng bunga durian dan juga lempeng buah getah.Sungguh manis kenangan dimusim bunga durian kerana kami bebudak ketika itu dapat mengutip bunga-bunga durian dan juga dapat mengirup madu bunga durian yang tidak dapat dikatakan enaknya.Bagi pemandangan pula sungguh indah dimusim bunga durian juga biasanya sekali dengan musim bungga bacang, pauh,rawa,rambutan dan langsat.Bunga buah-buah itu sungguh indah ibarat musim gugur diEropah yang berwarna -warni dengan pokok-pokok disana.Tetapi disungai batu musim bunga berwarna-warni dengan bunga durian yang kelihatan kelopak-kelopak bunga keputihan dan kekuningan bagi kelosongan bunganya, begitu juga bunga bacang yang nampak kemerahan disegenap pokok, manakala bunga-bunga rambutan dan rambai dari jauh kelihat berjurai-jurai menguning disegenap pokok.Bunga rambutan dikebunkami dekat rumah Cikgu Bakar begitu lebat dan bermacam jenis dan begitu juga bunga rambai dikebun Pakngah Man yang tidak jauh dari kebun kami itu berbunga lebat disamping bunga dari pokok jambu bangkok tepi paya turut kelihat cantik berwarna merah jambu.Sayang sungguh keindahan ini kalau dapat saya rakam dengan kamera warna masa itu sungguh lagi menakjubkan, tapi hanya kenangan saja dalam memori saya kini dan walaubagaimanapun dapat sedikit sebanyak menyejokan hati saya kerana dalam blog ini dapat saya rakamkan catperi(catatan peribadi) tersebut.Paling mengasikan saya adalah gelagat beburung tertama kelicap yang menari-nari dihujung bebunga untuk menghisap madunya.
Hari ini segala macam bunga turut berperanan dalam bidang kosmetik dan juga dalam pemulihan kesihatan yang dipanggil aromaterapi.Bunga-bunga digunakan sebagai bahan yang boleh memulihan kesihatan dan juga bagi kesihatan dalam wanita dan lelaki ,disamping herba yang lain.Sebenarnya industri penjualan bunga terutama diBelanda memperolehi pendapatan berbillion dolar setahun dan kita dari negara Asia masih jauh ketinggalan, namun begitu saya dapati HongKong telah maju kehadapan dalam bidang industri bunga ini.Negara kita sememangnya telah berjalan agak lama dengan dimulai diCameron Highlands sebagai tempat pengeluran bunga seperti orkid dan tulip tetapi tidaklah berskala besar dan betul-betul insentif.Tetapi berdasarkan kadar peneroka tanah yang tidak terkawal boleh merosakan cuaca disana akan boleh pula mengugat kadar pertumbuhan bebunga disana.Oleh itu langkah-langkah perlulah diambil bagi menjaga keadaan alam semula jadi diCameron Hinglands untuk menyelamatkan industri bunga disana.Seingat saya ada satu syarikat yang ingin membangunkan industri lelongan bunga diCameron Highlands secara bersepadu tetapi saya tidak tahun perkembangannya lagi.Akhirnya saya akhiri dengan pantun berkaitan bebunga:-

Bungan berembang jatuh kepantai,
Diambil orang dibawa kepekan,
Begitu nasib kain cindai,
Kerana cantik menjadi cagaran.(Pantun Melayu Sastera Rakyat)

Bunga mawar,bunga rampai,
Ragikan kain Nila Utama,
Bila Gerangan niatku sampai,
Hendak bertemu duduk bersama.(Mastika Januari,1956)

Bunga telepok kembang semarak,
Kembang bersusun setiap batang,
Awan bertepuk, mega bersorak,
Bulan terbit dipagar bintang.(Pantun Melayu)

Bunga lada tingginya sama,
Ambil serangkai kembang melati,
Dinda berjanji terlalu lama,
Tidak sanggup kanda menanti.


Dr Aminudin

No comments: