Monday, June 1, 2009

Peranan Sultan dan Bendahara: Satu Pembetulan

Kali ini biarlah saya membincang dengan serius tentang tulisan berkaitan ksesultanan Melayu yang tersibar melalui tulisan berjudul Suatu Menifesto Melayu dan Melayu Islam Beraja: Menggali Hakikat Leluhur oleh Tun Suzana Tun Hj Othman dan Hj Muzaffar Dato'Hj Mohamad,2003 dan baru ini dalam Ahlul-Bait Rasullah dan Kesultanan Melayu,Penerbit Crescent News(kl) Sdn Bhd.,2008.Mengikut penulis tersebut Bendahara mendapat peranan berdasarkan buku Sejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang.Seterusnya mengatakan yang Bendahara adalah tuan asal kepada Bangsa Melayu-Islam selaras dengan peranan Demang Lebar Daun Sebagai Raja Palembang yang memberi amanah dan menobatkan Sang Nila Utama Sebagai Raja Melayu yang Pertama.Dalam Kajian saya tentang kesusasteraan Melayu telah membuktikan Hikayat Seri Rama(HSR) merupakan karya kelasik yang Pertama yang mendahulu karya lain ditulis oleh penulis Lembah Bama.Dalam buku ini dibincangkan peranan Sultan dan tidak banyak menyentuh peranan Bendahara yang merupakan orang yang diarah.Boleh lihat bolg ini dibawah entry :Penemuan HRS Sastera Melayu Kelasik Tertua Orang Pahang Perlu Bangga.
HSR menurut W.G.Shellabear yang pertama diterbitkan pada tahun 1812 oleh Marsden kemudian pula tahum 1813 oleh Roorda Van Eysinga diAmsterdam.Manuskrip ini diperolehi dari Archbisop Laud dalam tahun 1633 yang merupakan manuskrip tertua dalam kesusasteraan melayu berdasar pendapat W.G.Shellabear yang ditulisnya dalam tahun 1915 dalam Straits Branch Royal Asiatic Society,1915.Dalam HSR telah diceritakan dengan jelas perlantikan Sultan atau Maharaja adalah diantara Nabi Allah Adam dengan Maharaja Raja Rawana, dimana tiada peranan Bendahara seperti yang selalu diperkatakan.Saya nukil sepenuhnya dari HSR ,Halaman 2-5:-

"Maka sahut Adam Alaihi Salam,Hai Rawana jikau engkau mahu berjanji-janjian dan teguh katamu,maka aku memohonkan kedudukan itu kepada Allah Taala ,maka sambut Rawana "Barang janji tuan turut,tiada hamba salahi namun kehendak hamba ini jadi hamba perolehi ".Maka ujar Adam Alahi Salam,"Sekarang engkau dijadikan Allah Tala Raja keempat negeri bukan barang-barang kebesaran kau perolehi kerana itu kepada seseorang pun belum ada demikian dianugerahkan Allah Taala,barulah kepada mu juga.Jikalau dapat engkau baik-baik kerjaanmu dan ingat-ingat engkau menghukum kerana Allah Subhanahuwataala.Kerana dipinjamkannya juga kerajaan itu,dan pereksa benar-benar dan jangan engkau binasakan nama ibubapamu dan jangan binasakan hati rakyatmu dan tegoh-tegoh negerimu dengan kelengkapan dan segala senjatamu dan kasih segala rakayatmu dengan hukum sebenarnya,dan jangankau kerjakan barang yang dilarang Allah Taala""Sekarang engkau hendaklah berjanji engkau dengan aku,apabila kau perbuat perkerjaan yang salah atau rakyatmu berbuat perkerjaan yang salah kau perkenankan dan tiada engkau hukumkan dengan hukuman sebenarnya,dengan segala itu juga engkau dibinasakan Allah Taala.Jika engkau mahu berjanji demikiaan maka aku memohonkan kehendakmu itu kepada Allah kerana raja-raja dunia semuanya raja pinjaman, jangan kamu kerbat-gorok kerana kerjaanmu dan kebesaran semua pinjaman berlaka.Jangan kamu seperti aku ini keluar dari dalam shurga sebab tiada menurut titiah Tuhanku dan melalui firmannya" Setelah sudah Rahwana berjanji dengan Adam bertegoh-tegohan katanya,maka Adam pun memohon kurnia rahmat kepada Allah Subhanahuwataala.Dengan seketika itu juga dianugerahkan Allah Subhanawataala kerajaan akan Rawana pada empat tempat barang ada segala raja-raja dalam empat tempat itu semuanya dalam hukumnya." Maka Rawana pun melakukan hukum pada negeri Keinderaan dan berkahwin dengan Puteri Nila Utama.Maka masuk Maharaja Rawana kedalam bumi,maka segala raja jin dan syitan dalam bumi semuanya dalam hukumnya dan mengambil Puteri Partiwi Dewi sebagai isteri.Maharaja Rawana masuk kedalam laut dan berkawin dengan Puteri Gangga Maha Dewi.Maka Bukit Serandib diperbuat negeri oleh Maharaja Rawana akan negeri terlalulah indah sekali rupanya ,maka negeri itu dinamai oleh Maharaja Rawana Langkapuri."

Dari nukilan HSR jelaslah bahawa tiada peranan Bendahara dalam perlantikan Sultan, inilah juga agaknya gerangan mereka dalam Kesultanan Melayu Rilau-Lingga-Johor yang diwarisi oleh Moyot saya iaitu Sultan Ahmad I Riayat Shah ibni AlMarhum Paduka Sri Sultan Abdul Jalil V Muadzam Shah, Sultan Negeri Riau-lingga-Johor yang ditabal tahun 1761 telah tidak dapat menaiki Tahta dan membawa diri keKg.Relong,Kuala Lipis,Pahang hingga kehari ini.Rujuk buku Ir.hj Mazelan Abdul Samad, Menjejak Asal Usul Dato'Linggi,2003 dan buku saya Dr.Aminudin Abdul Karim,Menyingkap Sejarah Lembah Bama DiNegeri Pahang Sebagai Pusat Perdagangan Terawal Bagi Asia Tenggara dan Mengesan Sultan Pemerintah Riau-Lingga-Johor Yang Menetap DiLembah Bama(Kg.Relong).

Dr Aminudin

4 comments:

Anonymous said...

slm saudara..sy pnh mgkaji slh silah kturunaan awl ngeri2 thh mlayu..dan slh satunya ngeri phg darul makmur..bknkah kturunan asal yg spttnya mnjadi pwaris tahta phg dr susur galur yg asal adlh mahrja purba jelai phg?kami jg skrg sdg mncari pwaris mhrja purba jelai yg sbnr lg2 slps slh seorg baginda tgku phg mmberithu kpd slh seorg yg dkt dgn bginda utk mncari kturunan asal sultan phg iaitu kturun purba jelai 2..

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Sdr.,mengikut Cikgu Zakaria(Pengkaji Sejarah), menantu kepada Orang Kaya Perba ,Jelai mereka berketurunan dari Minangkabau dan dikatakan memerintah Ulu Jelai, belum lagi disahkan kebenarannya.Kajian saya pula telah mendapati Sultan yang memerintah Riau-Lingga-Johor yang merupakan keturunan Sultan Melaka adalah susurgalur sejarah yang kita pakai sekarang.Kalau ada bukti-bukti sahih apa salahnya sdr buktikan, sebagai ahli akedemik saya tiada masalah untuk memberikan pandangan.Dari kajian saya dan beberapa ahli sejarah yang berlandaskan teori geologi,geografi,antropologi budaya dan komputer, saya membuktikan yang Lembah Bama telah mendahulu Melaka dan sebab itulah moyot saya Sultan yang memerintah Riau-Lingga-Johor yang ditabalkan pada tahun 1761 kembali keRelong dan mangkat diRelong sebagai cintanya kepada jajahan taaloknya.

Dr Aminudin

Anonymous said...

bknkah tok linggi sbnrnya sultan bg johor dan bukannya sultan asal phg..bdsrkan kajian asalny mnjukkan sultan phg yg asal tiada kne mngena dgn tok linggi krn tok linggi adlh pwris bg jajahan tkluk di ngeri johor..tok linggi merajuk dan larikn dri shgga mmbuka kmpg relong..bkn daerah2 lain di phg.
mgkin sdr blh tlg sy untk cri waris perba jelai dan tok linggi..

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Sdr.Takbernama, sejarah telah menunjukan bahawa Sultan Riau-lingga-Johor bahawa Jajahan Takloknya adalah Pahang, tetapi Bendaharalah yang memain peranannya yang amat licik tekah menjadikan pahang keluar atau lari dari jajahan taklok itu, sebab itu dalam kritikan saya kepada tulisan Tun (?) Suzana itu bahawa Bendahara bukanlah dikaitkan dengan Sang Nilai Utama tetapi ia dilantik oleh Nabi Allah Adam seperti saya petik dalam buku HSR.Nampaknya sdr tidak pernah membaca naskah buku oleh Ir.Haji Mazelan tentang Sejarah Dato Linggi, sebab itu sdr tak begitu jelas tentang jajahan taklok Kerajaan Riau-Lingga-Johor, malahan Kerajaan Terengganu dan Rajanya sekarang adalah waris kami.

Dr Aminudin