Monday, June 22, 2009

Buluh (Dendrocalamus strictus)

Buluh Betong seperti yang saya kaji diLembah bama adalah nama yang menjadi asal nama Kampong Bukit Betong dalam paramater kajian saya.Ada dikalangan penduduk dikampong itu dikatakan dari keturunan buluh betong yang bermaksud nenek moyang mereka dikatakan dijumpa dalam perdu buluh betong.Begitu juga dalam Hikayat Seri Rama yang pernah saya catatkan dalam blog ini turut dijumpai dalam perdu buluh betong dan saya percaya lokasi sejarah hikayat tersebut adalah dalam Lembah Bama.Kali ini saya dapati peranan buluh dalam kehidupan kami diRelong memang besar.Buluh boleh digunakan sebagai alat yang dijadikan bahan sebagai pengankutan sejak lama dahulu.kajian saya mendapati buluh dijadikan rakit untuk mengangkutan orang dan juga barangan disungai-sungai diPahang.Hari ini diTemerloh yang telah kami mulakan pesta berakit didapati menjadi pesta berakit diperingkat negeri yang bermula dari Kuala lipis hinggalah kePekan.Selain dari rakit rumah orang dipendalaman dimasa lampau banyak yang diperbuat dari buluh, baik lantainya mahupun dindingnya.Hari ini saya dapati adalah rumah orang asli dipendalaman ada yang diperbuat sebahagian darinya dari buluh.Bagitu juga buluh banyak digunakan dimasa dahulu dikampong kami untuk menjadi sebahagian dari pelantar lelari yang dibina dimasa orang kenduri kawin.
Saya juga medapati sebahgian dari alat bagi perangkap samar dizaman menentang komunis dibuat dari buluh.Bagitu jugalah disarawak banyak alat kraftangan yang dibuat dari buluh seperti tikarbuluh,tabung buluh,alat muzik seperti serunai adalah dari buluh, malahan seruling buluh perindu juga adalah datang dari buluh dan kadang-kadang orang kita juga menjadikan buluh sebagai alat yang dikatakan azimat seperti buluh perindu dan buluh tumpat.Kami juga dimasa kecil menggunakan buluh padi untuk dijadi bedil bagi bermain perang dengan mengunakan buah cenerai sebagai pelurunya.Bagitu juga sigai yang pernah saya catat sebagai alat utuk memanjat pokok kekabu,kerekok mahupun rambai.Saya juga mendapat tahu semasa balik dari Temerloh ke Kuala Lipis dahulu ada rancangan FELDA diBentong telah menanam pokok buluh ini sebagai tanaman komersial tetapi sejauh mana ia berhasil tidaklah saya tahu perkembangannya sekarang, saya harap ia menambah pendapatan peneroka.Walaubagaimanapun dari pelayaran web mengenai FELDA kita dapati semakin banyak pekara negatif telah diperkatakan sekarang.Jadi kerajaan atau agensi FELDA kena membuat kajian segera.Saya semasa diUPM ada juga membuat kajian tentang agensi kerajaan ini banyak lagi yang perlu di perbaiki.Berbalik pada hal buluh ini juga ,saya diJepun dahulu mendapati orang Jepun begitu menghayati kehidupan pokok buluh, malahan ditepi rumah mereka ditanam pokok buluh sebagai perhiasan dan saya telah juga menanam pokok buluh Jepun tersebu dekat rumah saya.Ibu angkat saya diJepun turut menghadiahkan saya bunyian yang dibuat dari buluh apabila ditiup angin dia akan berbunyi dan menghiburkan hati kita.Orang Jepun juga amat mengemari rebung bulu kuning sebagai salah satu makanan mereka.Bagi bidang pembinaan pula buluh digunakan sebagai alat bantuan bagi pembinaan bangunan sebelum kita menggunakan alat-alat besi sekarang.Radir atau sistem pengairan kampong kami dahulu juga menggunakan buluh untuk mengalirkan air kesawah-sawah kami dimasa dahulu tetapi sekarang kampong kami tidak lagi menanam padi, sungguh sayang kerana saya tidak dapati lagi merasakan beras jenik yang amat sedap dan harum itu.Begitu jugalah kalau kita nak memagar kawasan rumah kita dikampong dahulu kami gunakan buluh sebagai pagarnya dan alat-alatan seperti serungkup, tengkalang dan bakul dari buluh juga.Jadi begitu besar peranan buluh dalam kehidupan kita malahan ada peribahasa mengatakan kalau kita nak melentur buluh biarlah dari rebungnya yang membawa makna mendalam dalam kehiupan kita dan generasi muda kita. Akhirnya saya akhiri serangkap pantun mengenai buluh.

Buluh perindu dibuat sumpitan,
Batang keladi saya lurutkan,
Tujuh gunung sembilan lautan,
Kalau takmati adik turutkan. (Mestika,sept,1960)

Dr Aminudin

2 comments:

endiem said...

Doktor,
Orang sekarang ni ambik lima enam batang buluh panjang-panjang sedepa isikan dalam tempayang dan letaklah disudut sudut ruang tamu sebagai hiasan

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Sdr endiem, bagus idea yang kreatif, tapi diBeserah sekarang nak cari buluh lemang satu masalah kerana sudah banyak yang ditebang kerana buat tapak perumahan, jadi bila dekat raya saya kekijal mencari buluh lemang.Kalau ada tanah kosong diKuantan baik tanam buluh lemang dari sekarang, nanti berbaloi.tk

Dr Aminudin