Benta yang kalau menurut Kamus Delta,1988 bermakna bisul bibir atau rumput ternak (rice grass).Benta adalah sebuah pekan kecil dalam daerah Lipis yang mana ia akan kita lalui bila hendak kebandar Raub masa saya kecil dahulu.Tetapi kini pekan itu akan kita terlepas dari melaluinya kerana telah ada jalan bypass dari Lipis KeRaub, jadi bebudak sekarang tidak akan tahu akhirnya pekan Benta lama itu.Itulah nikmatnya lebuhraya sekarang yang sedikit sebanyak menghilangkan sejarah kita yang lama.Benta ini kalau mengikut saudara Mustafa Kamal Haudin,1997 telah dibuka oleh Tok Mengkodi yang mempunyai legendanya tersendiri membuka tanah dari Bukit Ngerik hinggalah ke Bukit Guling Nangka.Benta merupakan pekan kegemaraan saya melawatnya kerana terdapat pekan sari benta berhampiran perhentian basnya.Disitulah terdapat penjualan gula kabung yang terkenal diPahang hingga kehari ini.Dahulu dimasa saya bebudak gula kabung yang dijual dipekan sari benta adalah bulat dan besar yang dibaluti oleh daun kering.Hari ini telah menjadi kecil dan harganyapun telah mahal.Disamping itu dipekan sari ini menjual juga buah-buah hutan yang saya minati seperti buah salak,kelubi,tampoi,perah dan lain-lain.Saya juga gemar makan satey yang dijual digerai-gerai dalam pekan sari tersebut disamping mee rebusnya yang enak.Disamping itu untuk menikmati gulai ikan Sungai kedai makan depan Balai Polis Benta dimasa dahulu amatlah menyelerakan .Dipekan benta ini ada beberapa kawan saya seperti Amirudin (sekarang seorang guru),Rahman (dahulu Pengetua SM Sulaiman,Bentong) dan juga Rahim Kassim (sekarang PTD diLabuan) dan lain-lain lagi.Keluarga Rahim Kassim dahulu adalah seorang perniaga yang berjaya dibenta, malahan mereka kerap datang kepekan sari kampong Relong berjual barangan mereka.Mereka inilah kawan-kawan saya dan jarang dapat menghubungi mereka lagi kerana kesibukan urusan masing-masing.Begitu jugalah Pakcu Husin Ali,bapa saudara saya juga penah menjadi Pengetua SMKBenta ini.Jadi pekan Benta sepatutnya membangun dengan pesat sebab ia mempunyai kedudukan yang strategik, tapi apakan daya ia masih macam dahulu juga dengan sedikit perubahan, itulah pembangunan daerah lipis yang saya dapati telah mulai ditinggalkan oleh Kelantan yang diperintah oleh bukan BN, itulah kelebihan mereka yang perlu orang politik Pahang ambil perhatian segera.
Dr Aminudin
Sunday, June 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Doktor..salam
Di pekan pahang ada juga kampong yang namanya kampong Benta..ianya terletak dalam mukim Langgar. Tok Empat nya bernama Ustaz Osman Omar.
Post a Comment