Thursday, June 25, 2009

Bangsal(Shed)

Bangsal(shed) mengikut Kamus Delta ,1988 yang diselenggarakan oleh Awang Sariyan dan Lufti Abas ialah suatu tempat yang beratap.Bebanding dengan definasi diberikan oleh Kamus Dewan, 1989 pula memberikan makna bangsal adalah rumah panjang atau balai.Inilah beberapa perbezaan istilah dikalangan pengamal bahasa, dimana DBP selalu dirujuk sebagai yang arif.Bagi kita pengguna perlulah meneliti dari konteks pemakaianya samada ia bersesuai atau tidak.Bila kita kata bangsal ia adalah sebuah pondok kecil dimana tempat meletak barang-barang atau tempat kami bebudak disungaibatu,Relong bermain-main.Bangsal yang ayah buat dekat rumah kami yang bersempadanan dengan tanah Pakngah Man adalah juga dekat indek padi kami.Dibangsal itu ayah biasanya meletak barang-barang kelengkapan pertanian dia seperti cangkul, pengali,gegaji,ketam kayu,tukul, bakul dan lain-lain.Disamping itu dibangsal inilah tempat yang selalu kami bermain dengan Jefri,Alim dan seorang adik perempuan mereka.Hari ini bebudak dapat bermain dengan selesa ditaman permainan yang disediakan dengan segala macam jenis permainan, tetapi dizaman kami dahulu itulah saja yang ada sebuah pondok kecil yang beratapkan rembia ataupun daun pedor.Bangsal ini tidak berdinding tetapi hanya berlantaikan papan yang ayah ketamkan dengan ketam tangan dan kemudian pakukan pada gelegar beluti.Dibangsal inilah kami bermain pondok-pondok yang biasanya masak-memasak.Saya ingat lagi kami memasak rebus daun kangkong dan paku yang kami kutip tepi paya rumah kami itu.Rebus kangkong dengan sedikit garam sungguh enak, disamping itu kami juga menjolok atau menyetik buah mempelam,bacang atau pauh Pakman muda untuk dimakan dengan garam atau kicap yang kami bebudak panggil cencolek buah.Rasanya bukan main sedap bagi selera kami ketika itu.Disamping itu juga kami memang selalu mencari telor itek yang terdapat atas busut dalam gedong wan yang bila kami jumpai akan kami rebus dan kalau Pakngah Man tiada dirumah Jefri akan pergi sahaja kereban itek rumah mereka mengambil telur itek bagi kami rebus.Telur itek yang direbus begitu sedap dimakan.Selain dari itu kalau kami rajin ,kami akan mencabut ubikayu yang ada hujung padang tanah PakNgah Man untuk kami bakar dan ini merupakan makanan yang cukup enak bagi kami bebudak ketika itu.Bangsal ini juga akan dipenuhi oleh bebudak bila kami mengadakan kenduri kendara dan selalulah menjadi ingat bagi bebudak lain supaya ibubapanya juga membuatkan mereka bangsal tempat bermain.Hari ini saya dapati setengah pengusaha telah mengenakan harganya agak tinggi bagi ibubapa yang ingin membuat wakaf diperkarangan rumah mereka hingga mencecah RM 10,000(sepuluh ribu).Saya telah mendapatkan sebut harga sedemikian dari kontraktor.Apabila saya melihat harga yang tinggi ini saya telah membuat pilihan dengan cara membina dan membeli barang bagi pembuatannya, saya dapat menyiapkanya hanya dengan harga RM6,000(enam ribu), jadi disini pengajarannya bahawa pilihan kos melepasnya adalah ditangan pengguna, dimana pengguna hendaklah bijak membuat pilihan atau alternatif.Sekian dahulu.

Telur itek dari senggora,
Pandan terletak dilangkahi,
Darahnya titik diSingapura,
Badan terlantar dilangkawi. (Sejarah Melayu)

Dr Aminudin

5 comments:

hakim said...

Assalamualaikum,
Saya cucu kepada Hj Wan Abdullah bin Wan Chik dan Siti Esah binti Lebai Berahim, anak kepada Hj Wan Muhammad.Ayah saya dahulunya menetap di Kg Chatin Mentakab sangat ingin bertemu dengan ayahanda kepada Dr Aminudin. Harap harap Dr dapat memberitahu atau memaklumkan kepada ayahanda Dr. Terima Kasih.

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Sdr Hakim, dalam blog saya ada diceritakan tentang saya bermain dengan wan Ghani bin Wan Abullah dan membaca koleksi buku Datuk Sdr.Ayah saya sekarang agak uzur dan dan selalu pitam.Beliau ada dirumah kami diKg Relong dekat Rumah Abang Mat Renek yang sering saya catat dalam blog saya.Dahulu saya ada keCating, masa membeli tanah yang berkongsi dengan Pakcik MatSaman.Sekarang saya juga masih belum recover dari pembedahan.Kalau sdr hendak mencari salsilah Dato' Linggi yang juga merupakan Moyot kita saya ada menyimpannya diKuantan.Ini adalah kajian terakhir saya untuk menentukan salsilah keluarga kita.

Dr Aminudin

hakim said...

Alhamdulillah ada jawapan dari Dr, sebenarnya ayah saya telah meninggalkan Kg Relong melebihi 53 tahun yang lalu, tetapi sentiasa mengikuti perkembangan di Kg Relong.

Setelah menghabiskan pelajaran awal di SK Relong, menyambung pelajaran ke Sekolah Clifford Kuala Lipis. Abah saya menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Kuantan, dan bersara sebagai guru pada tahun 2000.

Selepas berkahwin dengan ibu saya abah saya menetap di Kg Chatin selama 15 tahun. Pakcik Mat Saman itu adalah atuk saya dengan panggilan Aki Penak. Kalau tak salah abah saya mungkin Dr ada berjasa kepada Aki saya di Damak dengan panggilan Aki Damak yang bernama Ahmad, dan semasa hayatnya jalan ke rumahnya di Damak telah di tar kan sampai ke halaman rumahnya.

Buat pengetahuan Dr, abah saya sebaya dengan Mat Renek, Ustaz Sirajudin, Mat Dollah, Abu Gandum, dan ramai lagi...

Sekarang saya menetap di Kuantan dan Abah saya selalu ke rumah saya berjumpa dengan cucu2nya...

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Sdr Hakim,sila datang dan berbual dengan saya dirumah kami diBeserah, kalau nak datang tunggu saja dekat kedai Paksu(restoran Cina Seafood) depan kedai jual bahulu) saya datang.Email saya aminrelong@yahoo.com.my

Baru ini Pakandak Dahan,MatRenek,Miah Abang Din,Abang Amid ada datang melawat saya juga Ina Hassan(anak Pakatih Hassan dekat rumah Datok Sdr (Wan Abdullah),kalau tak salah saya ayah saudara adalah seorang guru yang dedikasi masa dahulu.DiCatin saya selalu juga singah minum dikedai Pakcik Man (Mambang Berulang) masa saya bertugas diTemerloh.Dr Aminudin

hakim said...

Boleh check email.