Bila kita memperkatakan bawang, terdapat berberapa jenis bawang iaitu bawang besar, bawang kecil yang biasa kita panggil bawang merah, bawang putih dan lain-lain.Bila menyebut bawang ini teringat saya dimasa kecil disungaibatu,kampong Relong yang gotong-royong mengupas dan mengiris bawang apabila tiba musim orang kenduri kahwin.Biasa orang perempuan akan beramai-ramai membuat persedian bagi menyediakan bahan untuk memasak ini termasuklah mengupas dan mengiris bawang.Oleh kerana dimasa kecil saya selalu mengikut emak kekenduri kendara ini saya adalah diantara bebudak lelaki yang bercampur gaul dengan orang-orang perempuan dikerja-kerja gotong-royong ini.Sebab itu saya mudah mesra dengan mereka seperti Akak Milah,Akak Nab,Wan Kiah,Akak siti,Encik Pah,Makandak dan lain-lain lagi.Kami mengupas bawang-bawang besar,bawang kecil dan bawang putih bagi disediakan untuk buat ramuan bagi masakan gulai ataupun sayor bagi masakan orang kenduri kahwin tersebut.Kelemahan saya adalah tidak tahan dengan bau atau aroma bawang yang menyucuk hidung dan mata saya.Jadi saya selalunya bertugas memungut bawang yang dikupas atau dihiris tersebut dengan mengumpulnya kedalam satu besen besar untuk disimpan sementara yang akan digunakan dalam memasak gulai atau sayor yang akan disediakan bagi tukang masak kelak.Selain dari bawang-bawang ada juga sayor lain yang dibersihkan atau dibuang kulit seperti kentang, mentimum,lada dan sebagainya.Setelah kerja-kerja bergotong-royong ini kami akan menyediakan makanan bagi yang datang bergotong-royong ini.Biasanya kegemaran saya ialah masak acar mentimun muda dengan tauchu dan lada besar muda (biasa kami gelar lada pegor).Emak dan Akak Nab biasa pandai memasak acar tauchu ini dan saya akan memakan nasi banyak disamping goreng ikan yang kami dapat masa berikan yang biasanya dari gedung wan seperti lampang,potak,puyu,toman dan lain-lain, malahan ikan bador goreng ranggup pun amat sedap dimakan masa bergotong-royong ini.Jefri dan Alim jarang ikut gotong -royong mengupas bawang ini kerana emak dia (akak siti biasanya membawa adik Jefri yang perempuan ikut bersama)selain dari itu saya juga gemar memakan acar mentimun ini dengan mencecah roti keping yang mamak jual dari Lipis yang pernah saya ceritakan.Sejarahnya bawang adalah tumbuhan yang dikatakan berasal dari kawasan Iran dan pakistan dan jarang kita dapati ditanam dinegara ini dan dia merupakan tanaman yang diimport.Hari ini saya dapati bawang putih pula menjadi popular sebagai makanan tambahan yang dikatakan boleh membawa kesihatan kepada kita, iaitu rahmat Allah melalui tumbuhan-tumbuhan yang diciptaNYA.Kitapun kalau mamak mengoreng telur dadar atau roti canaisading tanpa bawang rasanya tidak enak bukan ?
Dr Aminudin
Sunday, June 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment