Pokok keduduk memang banyak dekat rumah lama kami didekat guabama dan begitu juga dalam padang tanah Pakagah Man akak Siti ayah dan emak Jefri dan Alim.Dalam padang yang menuju kerumah Pakencik Akob inilah juga kami bermain sorok-sorok dengan bebudak lain, hinggakan ada bermacam-macam terowong dalam padang ini.Kami bergitu suka bermain dalam terowong yang kami cipta semacam terowong pasukan anti Amerika yang terdapat dalam film Amerika dengan vietnam.Hingga kehari ini saya masih ingat betul yang kami pun boleh mencipta terowong yang sebegitu rupa.Kadang-kadang apabiala salah seorang dari kami dimarahi oleh emak atau ayah akan menyorok dalam terowong inilah untuk menyembunyikan diri.Selain dari pokok keduduk yang berangkai-rangkai dengan pokok resam dan paku-pakis dalam padang itu terdapat pula pokok-pokok kecil seperti beberas dan kelat yang apabila musim buah akan kami kutip dan makan yang merupakan buah-buah liar yang enak, macam bluebarry and blackbarry dinegara Eropah.Buah ini memang berpotensi untuk dikomersialkan tetapi tidak dibuat penyelidikan.Begitu jugalah dengan pokok keduduk ini yang biasanya bunga ada berwarna merah dan warna putih.Bagi pengemar tanaman halaman rumah dikedai bunga ada jarang-jarang kita jumpa bunga keduduk putih.Namun lawatan saya kePulau Tioman semasa saya bertugas diJabatan Keselamatan dahulu banyak terdapat pokok keduduk yang berbunga putih,diKampong Tekek, saya pun dah tidak tahu kedudukan sekarang, mungkin Lembaga Pulau Tioman boleh mengesannya.Tapi perkembangan Pulau Tioman sebagai pulau bebas cukai tidaklah begitu memberangsangkan.
Semasa kami kecil zaman bebudak buah keduduk yang masak ranum memang boleh dimakan dan rasanya manis tetapi siaplah bibir jadi biru atau hitam sebab buah keduduk ini ia ada berwarna biru dan hitam bila masak ranum.Ada juga setengah bebudak mengutip buah keduduk ini yang berwarna hitam untuk dihancurkan dan dijadikan dawat bagi menulis dengan kalam.Maklumlah nak membeli dakwat jenis pelican masa dahulu mahal jadi boleh diproses aje buah keduduk hitam.Paling mengembirakan kami bila buah keduduk masak ranum pula membolehkan kami bebudak menyetik burung kelicap atau merebah yang memakan buah-buah tersebut,permainan menyetik burung masa kami kecil adalah salah satu permainan yang pernah saya sebutkan iaitu permainan congkeh,gasing,perang senapang dengan terong manggo,dengkat,gasing buah macang,selam dalam air, polis sentri,kugiran, berlaga ikan karim dan sepider dan lain-lain.
Biar saya akhiri entry ini dengan pantun tentang keduduk iaitu:-
Keduduk dalam kuali,
Urat dari Melaka,
Duduk kita dalam negeri,
Eloklah membilang ada pusaka.
Keduduk diatas tikar,
Uratnya dari Melaka,
Duduk kita diatas tikar,
Hendak membilang adat pusaka.
Dr Aminudin
Friday, June 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment