Wednesday, June 17, 2009

Tempurung

Hari ini tempurung kelapa tidak berguna sama sekali bagi pandangan bebudak sekarang.Ia dibuang begitu saja setelah diparut isinya oleh penjual kelapa dikedai-kedai runcit atau pasarbesar kuantan,misalnya.Namun bagi kami dimasa kecil dahulu disungaibatu,kampong Relong tempurung banyak kegunaannya.Seperti yang pernah saya ceritakan dahulu bahawa tempurung menjadi salah satu alat atau bahan permainan bagi kami bebudak masa itu.Dimana tempurung kami gunakan untuk menutup merecun kami yang dibakar dan melihat ia tercampak atau melambung tinggi.Disini kami akan berlawan siapakah yang dapat mencampakkan tempurung itu yang paling jauh atau paling tinggi sekali, biasanya permainan ini kami mainkan dekat menjelang hariraya dimana merecun senang diperolehi.Selain dari itu tempurung juga kami gunakan sebagai permainan berlawan tempurung yang paling keras sekali, iaitu memecahkan tempurung diantara satu sama lain seperti juga berlawan biji getah yang paling kuat sekali ketahanannya.Apa yang mengembirakan bermain menghempas tempurung kelapa ini ialah kita dapat melepaskan geram kepada tempurung pihak lawan dengan sekuat tenaga kita, jadi bebudak yang besar biasanya mempunyai peluang besar untuk menang, jadi bebudak seperti Jerfi dan adiknya Alim selalu kalah dalam permainan yang selalu kami mainkan.
Bagi tempurung-tempurung yang pecah kami akan kutip dan simpan disatu tempat bagi kami gunakan sebagai umpan atau penghidup api bila tiba waktu untuk membakar lemang yang biasanya sehari sebelum raya.Selain dari itu kalau susah nak dapatkan arang bagi dibakar dalam strika untuk menggosok pakaian,tempurung juga digunakan bagi bahan bakar bagi memanaskan strika itu.Dimasa kami mana ada strika letrik seperti sekarang, kami hanya ada strika arang bagi mengosok baju atau seluar.Itulah zaman kami yang hidup dipendalaman yang serba kekurangan tetapi kami menghadapi dan melaluinya dengan tabah.Selain dari itu seperti juga saya ceritakan bahawa tempurung juga dijadikan penyenduk gulai bagi orang kenduri kawin yang digunakan oleh Toksenduk, disamping itu sebagai alat mengambil air digelar gayong dari tempayan apabila kami hendak membasuh kaki bila nak naik kerumah atau surau kami disungai batu,kampong Relong.
Akhirnya bagi bebudak muda sekarang ini janganlah jadi macam katak bawah tempurung yang selalu kita dengar peribahasa tersebut juga pantun berikut iaitu Tempurung Mata Tiga,Orang malas Rugi sahaja dan Tempurung mata tiga,Orang terkurung mati sahaja.Begitu pun kalau anda berjumpa tempurung mata tiga jangan dibuang mukin ada baiknya.

Dr Aminudin

4 comments:

endiem said...

Ambik 2 tempurung jantan.. pasangkan tali pada keduanya boleh dijadikan alas kaki apabila berjalan. Ada jugak orang carik tempurung yang besar untuk buat cupak bagi menyukat padi.

Hashim Zabidi said...

Masa saya kecek dulu, wan saya ngompol buoh nyor yang besor besor tu setelah dibuang isinya dan rendam dalam sungai utk beberapa hari, supaya dalamanya licin. Tebuk dua lubang dekat mulut nyor tadi, ikat dgn tali rotan. Benda ni namanya sekul. Guna sekul ialah buat mengangkut air dari sungai atau perigi. Air sekul yg dah bermalam bila minum sejuknya macam air dlm peti ais.

Masa saya umur tujuh tahun kandor sekol dua depan dua belakang, aduh merengkeh beratnya.

Tempurung nyor mata satu, boleh tangkal azimat. Wallah hu aalam...

hai said...

best gak citer tempurung ni ek...mesti ada byk lagi citer menarik tentangnya.tapi ianya masih lagi diperlukan sekarang,mak gunakan tempurung untuk letakkan uri anak2 saya sebelum di tanam.

Mokde said...

Di kampung mokde, ambil tempurung jantan mata tiga, ikat secebis kain buruk anggaran sebesar jari telunjuk didalam tempurung itu melalui mata tiga tersebut, kain buruk terlebih dahulu telah di rendamkan dengan minyak sapi. tempurung ini kemudiannya di gantung di tepi tepi pagar. Nanti bila hampir nak senja, tugas kami bebudak adalah menyalaikan kain berminyak sapi tadi dengan api pelita beberapa minit. Apabila disalai ia akan mengeluarkan bau yang busuk. (konon nya macam bau harimau, jadi kerbau kerbau yang lalu dikawasan itu tidak akan meredah/melompat/melanggar pagar, maklum pagar, sangat daif keadaannya.

Sayang nya mokde dah lupa nama khas yang merujuk kepada tempurung berminyak sapi ni.