Awal tahun ini 2009 ,saya ada melawat makam moyot saya Datuk Linggi yang menjadi bahan penyelidikan atau kajian saya sebagai Sultan yang memerintah Kerajaan Riau-lingga-Johor satu ketika dahulu tetapi tidak dapat menaiki tahta kerana " dimainkan " oleh golongan bendahara ketika itu.Sebelum sampai kemakam tersebut diKuala Relong saya dapati dekat sebuah rumah menuju kemakam itu terdapat pokok kekabu yang sumbur hidupnya dan berbuah lebat.Bila melihat pokok kekabu ini teringat saya kenangan saya diRelong masa kami bebudak.Pokok kekabu ini memang mempunyai duri dan menyusahkan bebudak untuk memanjatnya.Jadi bagi mengambil buah kekabu muda yang semangnya masa kami bebudak memakannya kerana ia ada rasa enak dan berlemak.Kami mengambil buah kekabu ini dengan menggunakan galah atau sigai yang pernah saya ceritakan.Buah kekabu ini apabila dah tua ia selalu dikutip oleh emak kami untuk ambil kapasnya dibuat bantal atau tilam yang selalu dipanggil tilam kekabu.Masa kami dahulu manalah ada tilam sring atau tilam getah macam sekarang.
Menjadi masalah bagi bebudak masa kami ialah bila tilam kekabu dibasahi oleh air bila tidur malam.Jadi disebelah paginya disuruh oleh emak untuk jemur oleh kerana kena basah tersebut, maklumlah tilam kekabu ini berat, kalau bebudak macam kami nak angkat kenalah dua tiga orang, jadi macam saya yang hanya seorang ketika itu kenalah ajak Jefri dan Alim tolong angkat tilam untuk dibawa kejemuran inilah juga menjadi ejekan kerana selalu kencing malam.Berlainan dengan bebudak sekarang yang menggunakan tilam spring atau sponge yang ringan dan mudah diangkat.Bagi biji kekabu pula kadang-kadang kami gunakan sebagai umpan pancing dan ia amat digemari oleh ikan sebarau ketika itu.Saya juga telah membaca sebuah rencana dalam akhbar tempatan baru ini mendapati pasaran bantal kekabu dan tilam kekabu sekarang boleh mendapat pendapatan lumayan dinegara kita, tetapi diPahang sekarang pokok kekabu hampir pupus.Kalau ada dikampong pula telah mula ditebang kerana nak buat tapak rumah baru atau membesarkan rumah, jadi lama kelamaan pokok ini saya percaya akan pupus kalau kita tidak menanamnya.Saya percaya biji kekabu boleh diproses menjadi minyak yang berpotensi dikomersialkan terutama dalam bidang kosmetik yang sekarang ini meledak perkembanganya dimana rakyat Malaysia sudah mengutamakan produk herba.Hinggakan FELDA sekarang berlumba-lumba mengusahakan industri herba pula yang dahulunya industri sawit,jadi apalah salahnya membuat penyelidikan tentang biji kekabu pula atau mengkaji biji kekabu yang muda sebagai makan ringan macam popcorn yang ada sekarang.Hah apa macam ?
Dr Aminudin
Thursday, June 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
tak tau pun yang buah kekabu boleh dimakan,camna rasanya ek.zaman bebudak dulu saya cukup takut dengan pokok kekabu kerana org selalu cerita,pokok kekabu ni berhantu.(tapi memng nampak seram sebab pokoknya besar,kita kecik masa tu).apa beza pokok kekabu yang berduri dengan pokok kekabu yang batangnya warna hijau tu?
Sdri hai, sama aje hanya species yang berlainan, macam rambutan species anak sekolah dengan rambuatan gulabatu.
Dr amin
Post a Comment