Semasa saya kecil bantal merupakan perkara yang diperlukan bagi kami bebudak untuk tidur.Kebanyakan masa dahulu bantal bebudak Relong adalah dibuat dari kekabu yang kita panggil bantal kekabu.Bantal ini kekadang menjadi perebutan dikalangan kami terutama ditempat orang kenduri kahwin kerana orang ramai dan bantal sedikit.Saya pernah berebutkan bantal dengan Nuar Kadir dimasa perkahwinan anak PakWe Muhammad iaitu akak Munah dengan Abang Bedu.Hari ini kebanyakan bantal juga diperbuat dari getah dan sponge dan amat mudah terbakar.Ada juga kampong diPahang iaitu diTembeling bernama Kampong Bantal yang berdekatan Taman Negara yang mana pernah saya lawati dan jauh dipendalaman.Selain dari bantal tempat kita tidur terdapat juga bantal panjang yang sering kita panggil bantal pelok yang merupakan bantal panjang yang sering bebudak pelok semasa tidur.Ada juga dikalangan bebudak mempunyai bantal busuk yang dibawa kehulu dan kehilir semasa kecilnya.Bagi orang tua-tua dahulu bila belajar memondok dikatakan hanya berbantalkan buah kelapa dan ada juga orang-orang Jepun dan korea dahulu membuat bantal tidur mereka dari kayu.Istilah orang politik tidur sebantal kadang-kadang mengelikan hati kita bila mereka berceramah politik dalam kempen pilihanraya masa sekarang ini seperti diManik urei,Kelantan dan begitu jugalah kalau berlaku kebakaran yang menyebabkan setengah yang terkena musibah ini tidak dapat memyelamatkan walau sebiji tikar-bantal pun.Bagitu juga ada setengah bebudak bujang yang pindah dari rumah sewa habis dibungkusnya tikar-bantal dan tuan punya rumah sewa terkebil-kebil biji mata.Inilah sebahagian dari kehidupan kita yang ada kaitan dengan bantal yang kadang-kadang tidak kita ambil pusing lansung walaupun begitu dekat dengan kehidupan kita dan kalaulah kita tidur berbantalkan lengan nampaknya tidak generalah tidur kita.Simpulan bahasa berbunyi bantal suari,bantal galang dan bantal seraga sudah tentu anda tahu maknanya.
Dr Aminudin
Tuesday, June 30, 2009
Balung
Balungmu merah dan biru
Kadang-kadang adayang kuning
Bergerak-gerak
Mengikut lentuk kepadamu
Siayam jantan.
Ia dikepit oleh sang juara
yang bertanding digelanggang
dihujung kampong.
Kami budak-budak mentah
yang belum mengerti peraturan perlawanan
dikerah bersorak dan melaungkan
sebuah kemenangan pertandingan
yang pasti dikawal penuh
rapi oleh sang pengadil
yang telah tahu
jauh disudut hatinya
siapa yang akan diberi kemenangan.
Pengadil dengan penuh angkuh
bahawa dialah sang pengadil yang paling adil
dan bersih.
Balong sang ayam jantan terus
bergerak atas landasan keadilan
walaupun ia tahu ada tangan sakti
membantu kemenangannya dan dia
tahu tuannya diperalatkan.
Kuantan Jun 2009.

Batu Sawar,Temerloh
Batu Sawar, Temerloh adalah kampong yang agak jauh dan terpencil dari bandar Temerloh.Namun begitu saya berkesempatan melawat dan meninjau perkampongan tersebut semasa berkhidmat diPejabat Daerah dan Tanah Temerloh yang terpaksa melalui jalan Felda-Felda Jengka dan kemudian kawasan Gunung Senyum dan barulah keBatu Sawar.Batu Sawar kalau mengikut Sasterawan Zakaria Hitam banyak nama perkampongan tersebut diPahang.Misalnya Batu sawar ada diKechau,Lipis,ada diPulau Manis,Pekan, ada diBatu Talam,Raub dan ada diHulu Tembeling,Jerantut.Mengikut Zakaria Hitam ,Batu Sawar mendapat nama kerana sawar yang dibuat oleh Sang Kelembai telah menjadi batu.Sawar yang dibuat oleh Sang Kelembai itu adalah untuk membolehkan ia menahan tuwar.Tuwar ini telah saya coretkan dalam blog saya yang terdahulu.Berbalik pada kampong Batu Sawar diTemerloh ini, adalah perkampongan yang sedangkan diusahakan perladangan kelapa sawit dan juga diusahakan projek akuakutur ketika itu dan saya percaya sekarang telah membuahkan hasilnya terutama sekali kelapa sawit.Dengan siapnya projek Jambatan Kerdau yang akan merentasi sungai Pahang yang dalam pembinaan sekarang saya percaya penduduk Batu Sawar akan lebih cekas lagi untuk menghantar hasil pertanian mereka keTemerloh ataupun Jerantut.Dimana selama ini mereka terpaksa keTemerloh melalui jalan darat yang jauh menerusi Kampong Awah.Jadi inilah satu contoh infrastruktur yang dibina oleh Kerajaan untuk kemudahan rakyat, namun begitu berapa lamakah mereka telah menanti projek Jambatan Kerdau itu, mereka sajalah yang boleh menjawapnya.
Dr Aminudin
Dr Aminudin
Busut Jin,Temerloh
Busut Jin adalah salah satu penempatan atau kawasan lot-lot perumahan yang diberi oleh Kerajaan Pahang kepada kakitangan perkhidmatan awam ditahun 60an atau tahun 70an yang mana dimasa saya bertugas diPejabat Daerah dan Tanah Temerloh ditahun 1990an ditugaskan memberikan geran atau hakmilik kepada mereka.Memanglah dikalangan kakitangan yang mendapat hakmilik ini merupakan satu anugerah kepada mereka kerana mendapat tanah kerajaan.Busut Jin mendapat namanya kerana terdapat banyak busut disitu dan dan dikatakan ada penghuninya iaitu jin.Jadi sejauh mana mereka ada bertemu dengan jin atau tidak , tidaklah saya ketahui.Namun apa yang pasti bagi saya iaitu ramai diantara kakitangan yang mendapat mendapat hakmilik itu telah uzur atau hampir bersara misalnya Haji Murtaza (So) dan lain-lain.Kebanyakan dari mereka telah pun memiliki rumah sendiri dan setengah telah bertukar jauh dari Temerloh.Namun begitu apa yang merunsingkan lagi ialah tidak ada infrastruktur bagi kawasan Busut Jin iaitu tiada jalan yang baik, api,dan air ketika itu.Jadi kalau nak membina rumah dilot-lot yang telah diberi itu kenalah mereka membuat jalan masuk,menarik kabel atau tiang atau paip bagi memasukan api dan air.Semua ini memerlu kos yang tidak mampu ditanggong oleh kakitangan kerajaan ketika itu.Justeru itu pembangunan perumahan diBusut Jin tidak dapat dilaksanakan kerana tiada infrastruktur.Sehingga hari saya tidaklah ketahui lagi sejauh mana lot-lot diBusut Jin itu dibangunkan tetapi yang pasti bagi saya sistem lot-lot yang sama diBatu Lima,Kuantan iaitu dibelakang Perumahan Guru masih terkial-kial pembangunannya kerana tiada infrastruktur seperti yang saya sebut diatas.Kesimpulannya ialah penyediaan infrastruktur oleh kerajaan amat penting bagi lot-lot perumahan yang hendak diberi kepada kakitangan kerajaan.Saya berkesempatan melawat Brunei DS pada tahun lepas dimana sistem lot-lot percuma turut diberi kepada kakitangan kerajaan disana untuk mendirikan rumah disamping menyediakan infrastruktur yang lengkap ,jadi mereka akan membina rumah mengikut kemampuan mereka serta diberi pinjaman pula.
Dr Aminudin
Dr Aminudin
Batu Tiga,Temerloh
Kampong Batu Tiga, Temerloh adalah juga tempat permainan saya (berinteraksi) dengan orang-orang kampong disitu semasa saya bertugas diPejabat Daerah Temerloh.Rumah Encik Nawawi saya menyaksikannya dari membina cerucuk hinggalah berdiri megah sekarang dekat rumah ayahnya Pakcik Muhamad saya menyaksikan dengan mata saya sendiri.Anak beranak Pakcik Muhammad adalah kebanyakan usahawan.Dari kontraktor kecil kini telah menjadi berjaya hingga memiliki beberapa buah pintu kedai dua tingkat dijalan besar Temerloh-Mentakab sekarang, dimasa sekarang dua pintu dari ini disewakan kepada PosLaju Temerloh pada hari ini.Saya telah menganggap Encik nawawi macam keluarga sendiri dan saya juga difahamkan mereka ada kena mengena juga dengan kami yang berasal dari Dato Linggi. Saya juga difahamkan ayah Encik Nawawi ini adalah seorang tokoh politik yang terkenal juga suatu masa dahulu dalam memperjuangkan kaun marhain. Kampong batu tiga dahulu pernah juga didiami dalam rumah kayu tepi jalan dekat Sekolah Menengah Ugama disitu oleh Makalang saya Ustazah Sepiah dari Chenor.Hari ini dia telah berhijrah keKuala Lumpur mengikut anaknya yang menjadi doktor diHospital Selayang.Kampong Batu Tiga dahulu agak sunyi dari kereta tetapi hari ini setelah terbangunnya perumahan persekitaran tersebut dan juga gedong perniagaan kowboi dalam paya yang ditambung serta pembesaran jalan Temerloh-Mentakab, kita dapati trafik bagi jalan ini bertambah banyak dan ini ditambah pula jalan untuk kelebuh raya Kuala Lumpur-Kuantan turut melalui jalan ini.Jadi harga tanah sekitar Batu Tiga telah melambung tinggi terutama dalam paya yang dulu kami kata payadalam dan tiada orang mahu telah mencecah ratusan ribu seekar sekarang.Simpang empat dihadap sekolah Padang Lalang sekarang begitu berharga tanahnya dan rumah dan kedai tumbuh dengan banyak hinggalah kekawasan perindustrian sanggang.Jadi rumah cc baha dikawasan perumahan menuju kelebuh raya itu sekarang melambung naik nilainya.Dia mungkin senang hati sekarang namun begitu untuk membeli tanah disitu sekarang kita akan berfikir banyak-banyak bagaimana untuk mendapat sumber kewangan.Inilah pelaburan harta tanah yang kadang-kadang kita tidak menjangkakannya namun begitu seperti yang pernah saya katakan faktur infrastruktur memainkan peranannya dalam kita membuat ramalan tetang kenaikan nilai hartatanah.
Dr Aminudin
Dr Aminudin
Monday, June 29, 2009
Bolok Ulu,Temerloh
Pada mulanya Daerah Temerloh adalah daerah yang terbesar diPahang.Oleh kerana itu sesiapa yang pernah bertugas dan berkhidmat diTemerloh dimasa dahulu merupakan seorang pegawai kerajaan yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang banyak tentang pentadbiran dan juga tentang pengurusan tanah diPahang.Hari ini Daerah Temerloh pula menjadi salah satu daerah yang kecil diPahang, namun begitu ia merupakan satu daerah yang strategik diPahang.Dahulu Daerah Bera,Maran dan sebahagian dari Pekan adalah dibawah Temerloh.Hari ini Bera dan Maran telah menjadi sastu daerah yang tersendiri dan mempunyai Pegawai Daerahnya sendiri.Malahan saya difahamkan sekarang ada Pegawai Daerah diPahang sekarang merupakan kaum wanita, jadi baguslah kalau begitu inilah yang dinamakan nikmat kemerdekaan dan kebebasan dalam bidang perkerjaan diMalaysia dimana semakin banyak peluang terbuka untuk kaum wanita kita dan juga untuk anak-anak kita dimasa hadapan.Namun begitu dengan perlanjutan umur persaraan bagi kakitangan awam sekarang, peluang untuk gulungan muda untuk mengisi jawatan-jawatan perkhidmatan awam semakin panjang tempuh menantinya dan bilangan yang keluar universiti pula setiap tahun semakin berlipat ganda sedangkan peluang perkerjaan semakin mengecil dalam perkhidmatan awam.Inilah yang dikatakan ketidakseimbangan peluang perkerjaan.Berbalik pada tempat nama Bolok Ulu ,ini merupakan satu perkampongan yang agak jauh dari bandar Temerloh disatu ketika dahulu namun ia merupakan satu tempat yang berdasarkan peta geologinya mempunyai hasil mineral yang banyak, diantaranya ialah emas,bijih besi,batu kapor dan brait.Semasa saya berkhidmatan diPejabat Daerah Temerloh dahulu, saya selalu juga melawat kawasan ini untuk melihat beberapa lombong kecil yang terdapat disekitar kampong tersebut dan juga penerokaan tanah oleh mereka yang mengusahakan ladang sawit.Hari ini kampong tersebut terletak hampir kepada Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Lumpur-Kuantan sekarang dan tanah disitu telah meningkat nilainya.Jadinya Bolok Ulu telah mulai membangun dan saya difahamkan berdekatan pula dengan ladang nukelias yang dibangunkan diLancang.Kesimpulannya dibuat bahawa dengan adanya infrastrukur yang dibangunkan membolehkan sesuatu temapat atau kampong yang dahulunya mundur menjadi maju kerana adanya infrastruktur yang disediakan, maka projek seumpama inilah Kerajaan Pahang patut laksanakan disebelah Pahang Barat .Kita boleh lihat sekarang diKelantan telah membangunkan Daerah Jeli dengan Universiti Kelantan yang akan menjadi pemangkin daerah Jeli dan Kelantan dan sudah tentu daerah itu akan pesat membangun berbanding dengan Daerah Lipis yang berhampiran dengannya yang dikuasai pemeritah sekarang dan diterajui oleh PM orang Pahang dan maka sama-samalah kita mengikuti pertumbuhanya.
Dr Aminudin
Dr Aminudin
Buntut Pulau,Temerloh
Buntut Pulau, Temerloh adalah sebuah perkampong tempat saya bermain dengan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh, bila ada perlawanan sukan antara rumah-rumah.Buntut Pulau mendapat namanya kerana terletak dibelakang sebuah pulau pasir didalam Sungai Pahang tersebut.Kedudukannya dibelakang (dibuntut pulau tersebut)menyebabkan ia mendapat namanya.Saya difahamkan PakSako (Ishak Haji Muhammad) seorang bekas magistrate Pahang dahulu dan juga penulis buku Matlela Gila dilahirkan diBuntut Pulau.Malahan saya pernah diberi tahu bahawa Makwe saya We Zaharah adalah saudaramara Paksako, jadi secara taklangsung saya adalah waris beliau, yang sedikit sebanyak saya ada persamaan dengannya iaitu saya juga pernah menjadi magistrate diTemerloh secara pengwartaan dan sekarang seorang penulis blog pula.Selain dari itu padang ini jugalah tempat perhimpunan Angkatan Pemuda Insaf (API) dalam usaha mereka menentang penjajahan British dahulu.Berbalik tentang penubuhan rumah-rumah perlawanan kami dipejabat daerah dahulu, saya telah mengetuai rumah hijau, manakala Dato'Alias ,Haji Fadzri dan ADO Muhamad Ali mengetuai rumah lain.DiBuntut Pulaulah merupakan gelanggang bolasepak yang masa itu padangnya tidaklah begitu rata dan kadang-kadang ada tahi kerbau.Disinilah tempat kami berentap dan bermain, dimana saya selaku penjaga goal sering dapat mematahkan serangan dar pihak lawan, terutama yang selalu menjadi musuh pasukan kami adalah pasukan Dato' Alias.Hinggalah hari ini saya terkenangkan peristiwa perlawanan diantara rumah-rumah dipejabat kami itu walaupun tegang tetapi berkesudahan dengan ramah-mesra dan kasih sayang.Saya juga terkenangkan gelagat cc Baha yang tidak senang duduk bila kami bermain dan bersedia bila-bila masa menyediakan kami air miuman yang diusung oleh vannya keulu kehilir disamping barang rivellnya.Pada hari ini padang tempat kami bermain ini telah dipagar takut dikerjakan oleh kerbau, maka saya berpendapat eloklah dibiarkan terbuka macam dataran merdeka kerana ia merupakan tempat bersejarah, manakala hal kerbau itu perlu disendong oleh tuan masing-masing .Hari ini juga saya mendapat tahu kuari pasir diBuntut Pulau yang dahulu beroperasi sekarang agak sukar mendapat pelanggan mungkin kerana ekonomi kita yang tidak menentu jadi saya berpendapat ia patut diproses menjadi second product seperti batu blok atau pasir tapis untuk menjadi nilai tambah kepadanya.Dinegeri seperti Selangor dan Kuala Lumpur keperluan pasir amatlah tinggi jadi kita dinegeri yang banyak pasir perlulah berhemah dari sekarang, malahan diKuantan sekarang tanah merah untuk menambun tanah adalah sukar dicari, jadi alternatifnya adalah pasir dan ini dapat dilihat dari projek Lebuh Raya Kuantan-Pekan yang dalam pembinaan sekarang telah menggunakan pasir sungai.
Dr Aminudin
Dr Aminudin
Sunday, June 28, 2009
Bangau Tanjong,Temerloh
Bangau Tanjong,Temerloh adalah satu tempat yang menarik dan istimewa dalam ingatan saya semasa bertugas dipejabat Daerah dan Tanah Temerloh.Bangau (cattle egret) adalah sejenis burung pemakan ikan yang masih kedapatan diBangau tanjong, ini merupakan kaitan nama tempat ini dinamakan.Dibangaulah kami dapati pengusaha ikan patin mula berkembangan dan hingga kehari ini.Dalam bolg saya yang lalu tentang Temerloh telah saya coretkan bagaimana saya dengan Do (Nasaruddin) melihat industri ikan patin berkembang dan hinggalah Majis Bandaran Temerloh menamakan bandar Temerloh sebagai Bandar Ikan patin yang saya ulas berkenaan pemilihan nama tersebut bersama persaingnya Datuk Sudirman (mendapat gelaran Datuk baru-baru ini).Jadi Bangau Tanjong,Temerloh adalah tempat permainan saya dan kakitangan pejabat Daerah Temerloh, disitu juga kami telah mulakan pesta berakit diTemerloh.Kami membuat rakit dan kemudian menghiasnya secantik mungkin.Saya telah ditugaskan mendapatkan sponser bagi rakit kami, SO Sabri.CC Baha,Embong,dan kakitangan saya bertungkus lumus menyiapkan rakit tersebut diBangau Tanjong yang pasirnya cantik dan bersih tempat kami bergotong-royong dan kadang-kadang saya terlena semasa rihat kerana keletihan.Bila hari pertandingan rakit dijalankan rakit kami telah menang dan pertandingan itu berakhir diperkarangan feri lama ,Temerloh.Hari ini pesta berakit Negeri Pahang telah diadakan dari Lipis hinggalah kePekan dengan melalui Temerloh.Jadi nampaknya idea kami dahulu itu telah berkembang dan menjadi acara tahunan berakit Pahang.Bangau Tanjong, saya harap dapat dibangunkan pula projek Homestay yang saya lihat dimajukan oleh Cikgu Shahriman diKerinau telah membuahkan hasil.Jadi orang macam So Sabri yang ada tanah dapat membuat projek ini diBangau tanjong dengan membuat pembaikan misalnya menyediakan perahu-perahu kepada pelancong bagi menyusuri Sungai Pahang dan menjalankan aktiviti melihat Gajah atau mendaki Gunung Senyum sebagai satu pakage dari Homestay tersebut.Produk makanan selain dari Ikan patin bolehlah dicuba kepada pelancung seperti membuat lemang,masak ikan dalam buluh,nasi berulam, ikan salai,jeruk buah perah,buah kepayang dan lain-lain.Begitu jugalah kubur Datuk Sudirman perlulah dijaga dan urus bagi kemudahan peminat melawatinya dari setiap pelusuk negara yang akan menziarahnya.Sekian dahulu.
Dr Aminudin
Dr Aminudin
Benta
Benta yang kalau menurut Kamus Delta,1988 bermakna bisul bibir atau rumput ternak (rice grass).Benta adalah sebuah pekan kecil dalam daerah Lipis yang mana ia akan kita lalui bila hendak kebandar Raub masa saya kecil dahulu.Tetapi kini pekan itu akan kita terlepas dari melaluinya kerana telah ada jalan bypass dari Lipis KeRaub, jadi bebudak sekarang tidak akan tahu akhirnya pekan Benta lama itu.Itulah nikmatnya lebuhraya sekarang yang sedikit sebanyak menghilangkan sejarah kita yang lama.Benta ini kalau mengikut saudara Mustafa Kamal Haudin,1997 telah dibuka oleh Tok Mengkodi yang mempunyai legendanya tersendiri membuka tanah dari Bukit Ngerik hinggalah ke Bukit Guling Nangka.Benta merupakan pekan kegemaraan saya melawatnya kerana terdapat pekan sari benta berhampiran perhentian basnya.Disitulah terdapat penjualan gula kabung yang terkenal diPahang hingga kehari ini.Dahulu dimasa saya bebudak gula kabung yang dijual dipekan sari benta adalah bulat dan besar yang dibaluti oleh daun kering.Hari ini telah menjadi kecil dan harganyapun telah mahal.Disamping itu dipekan sari ini menjual juga buah-buah hutan yang saya minati seperti buah salak,kelubi,tampoi,perah dan lain-lain.Saya juga gemar makan satey yang dijual digerai-gerai dalam pekan sari tersebut disamping mee rebusnya yang enak.Disamping itu untuk menikmati gulai ikan Sungai kedai makan depan Balai Polis Benta dimasa dahulu amatlah menyelerakan .Dipekan benta ini ada beberapa kawan saya seperti Amirudin (sekarang seorang guru),Rahman (dahulu Pengetua SM Sulaiman,Bentong) dan juga Rahim Kassim (sekarang PTD diLabuan) dan lain-lain lagi.Keluarga Rahim Kassim dahulu adalah seorang perniaga yang berjaya dibenta, malahan mereka kerap datang kepekan sari kampong Relong berjual barangan mereka.Mereka inilah kawan-kawan saya dan jarang dapat menghubungi mereka lagi kerana kesibukan urusan masing-masing.Begitu jugalah Pakcu Husin Ali,bapa saudara saya juga penah menjadi Pengetua SMKBenta ini.Jadi pekan Benta sepatutnya membangun dengan pesat sebab ia mempunyai kedudukan yang strategik, tapi apakan daya ia masih macam dahulu juga dengan sedikit perubahan, itulah pembangunan daerah lipis yang saya dapati telah mulai ditinggalkan oleh Kelantan yang diperintah oleh bukan BN, itulah kelebihan mereka yang perlu orang politik Pahang ambil perhatian segera.
Dr Aminudin
Dr Aminudin
Bawang(Kelompok Amaryllidaceae)
Bila kita memperkatakan bawang, terdapat berberapa jenis bawang iaitu bawang besar, bawang kecil yang biasa kita panggil bawang merah, bawang putih dan lain-lain.Bila menyebut bawang ini teringat saya dimasa kecil disungaibatu,kampong Relong yang gotong-royong mengupas dan mengiris bawang apabila tiba musim orang kenduri kahwin.Biasa orang perempuan akan beramai-ramai membuat persedian bagi menyediakan bahan untuk memasak ini termasuklah mengupas dan mengiris bawang.Oleh kerana dimasa kecil saya selalu mengikut emak kekenduri kendara ini saya adalah diantara bebudak lelaki yang bercampur gaul dengan orang-orang perempuan dikerja-kerja gotong-royong ini.Sebab itu saya mudah mesra dengan mereka seperti Akak Milah,Akak Nab,Wan Kiah,Akak siti,Encik Pah,Makandak dan lain-lain lagi.Kami mengupas bawang-bawang besar,bawang kecil dan bawang putih bagi disediakan untuk buat ramuan bagi masakan gulai ataupun sayor bagi masakan orang kenduri kahwin tersebut.Kelemahan saya adalah tidak tahan dengan bau atau aroma bawang yang menyucuk hidung dan mata saya.Jadi saya selalunya bertugas memungut bawang yang dikupas atau dihiris tersebut dengan mengumpulnya kedalam satu besen besar untuk disimpan sementara yang akan digunakan dalam memasak gulai atau sayor yang akan disediakan bagi tukang masak kelak.Selain dari bawang-bawang ada juga sayor lain yang dibersihkan atau dibuang kulit seperti kentang, mentimum,lada dan sebagainya.Setelah kerja-kerja bergotong-royong ini kami akan menyediakan makanan bagi yang datang bergotong-royong ini.Biasanya kegemaran saya ialah masak acar mentimun muda dengan tauchu dan lada besar muda (biasa kami gelar lada pegor).Emak dan Akak Nab biasa pandai memasak acar tauchu ini dan saya akan memakan nasi banyak disamping goreng ikan yang kami dapat masa berikan yang biasanya dari gedung wan seperti lampang,potak,puyu,toman dan lain-lain, malahan ikan bador goreng ranggup pun amat sedap dimakan masa bergotong-royong ini.Jefri dan Alim jarang ikut gotong -royong mengupas bawang ini kerana emak dia (akak siti biasanya membawa adik Jefri yang perempuan ikut bersama)selain dari itu saya juga gemar memakan acar mentimun ini dengan mencecah roti keping yang mamak jual dari Lipis yang pernah saya ceritakan.Sejarahnya bawang adalah tumbuhan yang dikatakan berasal dari kawasan Iran dan pakistan dan jarang kita dapati ditanam dinegara ini dan dia merupakan tanaman yang diimport.Hari ini saya dapati bawang putih pula menjadi popular sebagai makanan tambahan yang dikatakan boleh membawa kesihatan kepada kita, iaitu rahmat Allah melalui tumbuhan-tumbuhan yang diciptaNYA.Kitapun kalau mamak mengoreng telur dadar atau roti canaisading tanpa bawang rasanya tidak enak bukan ?
Dr Aminudin
Dr Aminudin
Saturday, June 27, 2009
Bolo
Bolo atau juga dalam bahasa persuratan dipanggil balang yang umumnya bermulut besar .Bolo ini biasanya emak saya mengisi kuih-kuih yang biasanya dibuat dekat hari raya seperti bahulu,semprit,putu kacang,bangkit dan lain-lain.Bolo juga biasanya emak gunakan untuk mengisi gula pasir dan gula merah.Bagi kami bebudak SungaiBatu diRelong biasanya membantu emak menjelang hari raya membuat kuih muih ini terutama bahulu dan kemudianya menyusun kuih-kuih tersebut dalam bolo dan kemudian apabila terasa nak makan mengambilnya satu demi satu hinggakan bila menjelang hari raya kuih-kuih itu telah sedikit.Bagi rumah kami kuih-kuih ini tidaklan menjadi hal kerana ia masih banyak bila menjelang raya, ini adalah kerana saya seorang saja berbanding dengan anak-anak Pakangah man,Pakencik Akob dan We Muhamad yang boleh dikatakan ramai anak-anak mereka.Kuih bahulu biasanya dibuat oleh emak dengan menggunakan telor ayam yang dipukul dengan pemukul telor dalam bekas yang diperbuat dari tembikar dan yang menjadi mangsanya ialah bebuduk seperti kami yang disuruh memukul telor dan ini merupakan keseronokan kepada kami bila melihat telor yang dipukul itu mengembang dan menaik .Selepas itu kami juga diminta menghidupkan api untuk membakar bahulu dalam acuan yang telah diisi adunan bahulu.Apabila bahulu telah masak kami bebudak akan memakan bahulu ini tadi dan menyusunnya dalam bolo.Kegembiraan kami menyusun bahulu dalam bolo ini merupakan detik manis dikalangan kami iaitu Jefri dan Alim.Alim yang masih kecil dan percakapan masih pelat membilang, atu, ua,iga dan seterusnya membuat kami begitu terhibur dan gembira melihat gelagat dia .Bila kami terasa dahaga kami akan mengambil buah kelapa gading yang pokoknya rendah tepi gedung wan dekat rumah kami untuk minum, air kelapa yang manis dan segar menjadi santapan kami yang tidak terperi enaknya bagi selera kami bebudak takala itu. Ini adalah kenangan manis bagi kami yang kadang-kadang bila saya melihat lemari kaca sekarang ini dipenuhi oleh pinggan mangkok yang sepi tanpa digunakan.Berbanding dengan dahulu rumah kami tidak mempunyai pinggan mangkok yang banyak tetapi hanyalah bolo-bolo kaca yang akan hanya dipenuhi oleh kuih-kuih raya apabila menjelang hari raya.Inilah kehidupan kami bebudak kampong yang hatinya gembira dan penuh keceriaan dimasa kecil yang saya kenang dan menjadi rona-rona kehidupan saya yang tidakm akan dilupakan sepanjang hayat.Kaca- kaca sebahagian dari dinding rumah saya kelihatan berwarna warni dipancar cahaya lampu mengingat saya semua ini, ia cukup indah dalam memoriku.
Dr Aminudin
Dr Aminudin
Friday, June 26, 2009
Busut(small hill,ant hill)
Busut memang banyak dibawah pokok bidara dan durian dekat rumah kami ditepi Gua Bama dan juga dalam kebun getah kami dekat rumah Cikgu Bakar (kemudiannya kami pindah kesitu kerana lari dari hujan batu dari pecahan batu kuari) yang pernah saya cotetkan.Mengikut ayah saya busut ini asalnya ada kubu-kubu dizaman pemberontakan orang Melayu menentang British dahulu. Betullah apa yang diceritakan oleh penulis sejarah yang juga saya petik kajian mereka untuk menjadi rujukan saya bahawa Gua Bama adalah salah satu tempat Datok Bahaman bertapa dan kawasan rumah kami adalah kubu bagi rakan-rakannya berlindung yang mana Aki saya salah seorang darinya rakan-rakan beliau itu.Berbalik pada kubu atau busut ini tadi menjadikan target kami bebudak membongkornya dan memecah tanah-tanah busut tersebut.Kami bebudak mengerjakannya adalah kerana untuk mencari telor anai-anai untuk dijadikan umpan pancing.Selain dari itu memang menyeronokan kami bebudak meramas dan memecahkan sarang anai-anai ini.Saya ,Jefri dan Alim begitu seronok memecahkan sarang anai-anai yang gebu dan berwarna coklat muda itu, disamping mengumpulkan telor-telornya untuk dijadikan umpan ikan puyu,sebarau,kepor ataupun lampang.Selain dari itu busut-busut juga banyak terdapat dalam Padang Tanah Pakngah Man menuju kerumah Pakencik Akob.Dalam padang ini seperti yang pernah saya coretkan terdapat terowong yang kami cipta untuk menyorok dan bermain.Jadi selain dari terowong itu terdapat juga busut-busut ini yang menjadi kubu atau tempat kami berlindung bagi kami bermain perang bedil buah terong manggo.Busut ini juga tempat kami bersandar dan kadang-kadang tertidur diatasnya.Inilah kenangan yang sukup indah dan manis bagi kami bebudak masa itu.Hari ini banyak rumah kita dinaiki oleh anai-anai, begitu jugalah saya semasa bertugas diTemerloh yang mana saya menduduki rumah kerajaan habis koleksi buku-buku saya dimakan oleh anai-anai, jadi nakkata apa lagi, mungkin inilah balasan kerana saya telah memusnahkan generasi anai-anai disungaibatu dahulu.Jadi petua bagi mereka yang hendak membina rumah, sebelum dibangunkan binaan rumah tersebut hendaklah disiram tapak rumah itu dengan minyak diesel terlebih, lepas itu barulah dimulakan pembinaanya.
Dr Aminudin
Dr Aminudin
Thursday, June 25, 2009
Bangsal(Shed)
Bangsal(shed) mengikut Kamus Delta ,1988 yang diselenggarakan oleh Awang Sariyan dan Lufti Abas ialah suatu tempat yang beratap.Bebanding dengan definasi diberikan oleh Kamus Dewan, 1989 pula memberikan makna bangsal adalah rumah panjang atau balai.Inilah beberapa perbezaan istilah dikalangan pengamal bahasa, dimana DBP selalu dirujuk sebagai yang arif.Bagi kita pengguna perlulah meneliti dari konteks pemakaianya samada ia bersesuai atau tidak.Bila kita kata bangsal ia adalah sebuah pondok kecil dimana tempat meletak barang-barang atau tempat kami bebudak disungaibatu,Relong bermain-main.Bangsal yang ayah buat dekat rumah kami yang bersempadanan dengan tanah Pakngah Man adalah juga dekat indek padi kami.Dibangsal itu ayah biasanya meletak barang-barang kelengkapan pertanian dia seperti cangkul, pengali,gegaji,ketam kayu,tukul, bakul dan lain-lain.Disamping itu dibangsal inilah tempat yang selalu kami bermain dengan Jefri,Alim dan seorang adik perempuan mereka.Hari ini bebudak dapat bermain dengan selesa ditaman permainan yang disediakan dengan segala macam jenis permainan, tetapi dizaman kami dahulu itulah saja yang ada sebuah pondok kecil yang beratapkan rembia ataupun daun pedor.Bangsal ini tidak berdinding tetapi hanya berlantaikan papan yang ayah ketamkan dengan ketam tangan dan kemudian pakukan pada gelegar beluti.Dibangsal inilah kami bermain pondok-pondok yang biasanya masak-memasak.Saya ingat lagi kami memasak rebus daun kangkong dan paku yang kami kutip tepi paya rumah kami itu.Rebus kangkong dengan sedikit garam sungguh enak, disamping itu kami juga menjolok atau menyetik buah mempelam,bacang atau pauh Pakman muda untuk dimakan dengan garam atau kicap yang kami bebudak panggil cencolek buah.Rasanya bukan main sedap bagi selera kami ketika itu.Disamping itu juga kami memang selalu mencari telor itek yang terdapat atas busut dalam gedong wan yang bila kami jumpai akan kami rebus dan kalau Pakngah Man tiada dirumah Jefri akan pergi sahaja kereban itek rumah mereka mengambil telur itek bagi kami rebus.Telur itek yang direbus begitu sedap dimakan.Selain dari itu kalau kami rajin ,kami akan mencabut ubikayu yang ada hujung padang tanah PakNgah Man untuk kami bakar dan ini merupakan makanan yang cukup enak bagi kami bebudak ketika itu.Bangsal ini juga akan dipenuhi oleh bebudak bila kami mengadakan kenduri kendara dan selalulah menjadi ingat bagi bebudak lain supaya ibubapanya juga membuatkan mereka bangsal tempat bermain.Hari ini saya dapati setengah pengusaha telah mengenakan harganya agak tinggi bagi ibubapa yang ingin membuat wakaf diperkarangan rumah mereka hingga mencecah RM 10,000(sepuluh ribu).Saya telah mendapatkan sebut harga sedemikian dari kontraktor.Apabila saya melihat harga yang tinggi ini saya telah membuat pilihan dengan cara membina dan membeli barang bagi pembuatannya, saya dapat menyiapkanya hanya dengan harga RM6,000(enam ribu), jadi disini pengajarannya bahawa pilihan kos melepasnya adalah ditangan pengguna, dimana pengguna hendaklah bijak membuat pilihan atau alternatif.Sekian dahulu.
Telur itek dari senggora,
Pandan terletak dilangkahi,
Darahnya titik diSingapura,
Badan terlantar dilangkawi. (Sejarah Melayu)
Dr Aminudin
Telur itek dari senggora,
Pandan terletak dilangkahi,
Darahnya titik diSingapura,
Badan terlantar dilangkawi. (Sejarah Melayu)
Dr Aminudin
Wednesday, June 24, 2009
Batu(Stone)
Tempat saya dilahirkan adalah dekat rumah kami tepi GuaBama, Sungai batu,Kampong Relong,Kuala Lipis,Pahang.Sungai Batu mengambil sempena banyaknya batu besar yang merupakan akar atau sebahagian dari Gua bama.Batu-batu yang besar dekat rumah kami itulah tempat kami bebudak bermain.Saya masih ingat batu-batu besar itu juga tempat emak menjemur padi yang sudah pasti cepat keringnya.Batu ini amat menarik pandangan saya dari jauh yang kelihat semacam warna perak bila dipancar oleh cahaya matahari.Pada bahagian yang menghadap kegedung wan batu-batu besar ini merupakan tempat kami duduk bermain dan memancing bersama Jefri dan Alim.Kalau hari cuti sekolah bebudak lain anak Pak Encik Akob seperti Lalmi,Miah dan Meah ada datang sama bermain.Saya juga ingat dekat batu-batu itu tumbuh banyak pokok kelat dan ara yang banyak burung datang memakan buah.Disamping itu banyak pula pokok rembia tumbuh yang membolehkan isinya diberi makan itek dan kadang-kadang emak membuat sagu dari rembia tersebut.Bila musim kering pula seperti yang pernah saya coretkan ialah gedong wan akan dikeringkan dan membolehkan kami berikan dalam gedung tersebut dan ikan selalunya banyak duduk dicelah batu-batu besar yang terdapat dalam gedung itu.Dari kajian saya juga, saya percaya batu-batu dari Lembah bama inilah diangkut atau dikirimkan keMesir untuk membuat sebahgian dari Piramid itu.Hanya saya belum kesempatan untuk meneliti dan menguji kesahihan batu-batu tersebut.Hingga sekarang didapati pembinaan piramid menjadi misteri bahawa dari mana datangnya batu-batu tersebut.Selain dari itu yang masih kekal hingga kehari ini ialah tentang perpindahan kami dari rumah lama dekat GuaBama itu adalah kerana pembinaan pecah kuari disitu yang membuatkan rumah kami sering dihujani batu kuari yang diletupkan setiap minggu oleh pengusaha kuari.Ada juga perkerja dari kuari pecah batu itu menjadi kawan kami sehingga kehari ini seperti Abang Gani dan adiknya Ngah yang hari ini telah kembali kekampong halaman mereka diTerengganu.Batu -batu halus sebesar jari kita pula kami jadikan batu telangkup sebagai permainan popular kami dimasa bebudak.Batu-batu sebesar jari ini kami pilih sebanyak 7 biji yang mana dilambungkan berpasang-pasang dengan sebiji batu sebagai pelambungnya untuk ditangkap dan kemudian apabila selesai dilambung bagi satu set akan ditimbang dibelakang tangan dengan dikira bilangan yang dapat ditangkap.Permainan ini adalah permainan bebudak perempuan tetapi kami memainkanya dan malahan bebudak lelaki lebih pandai dari bebudak perempuan seperti Lalmi dan Medagu.Batu lada pula menjadi kegunaan kami sebagai peluru bagi kami melastik burung dan bila musim buah ia menjadi peluru bagi kami menyetik buah pauh atau mempelam Pakngah Man.Hari ini saya dapati batu-batu sungai menjadi kesukaan peminat hiasan rumah bagi digunakan dalam hiasan halaman dalaman rumah mereka.Majlis Perbandaran Kuantan juga turut menyediakan satu laluan perjalan kaki diTaman Gelora bagi peminat urutkaki yang dibuat dari batu sungai dan ini adalah sebahagian dari kegunaan batu-batu dalam kehidupan kita.Akhirnya simpulan bahasa berkaitan dengan batu yang berbunyi batu air,batu ajuk,batu ambar,batu amzil,batu badar,batu buyung,batu kali,batu pualam dan lain-lain semenangnya anda mengerti maknanya.
Dr Aminudin
Dr Aminudin
Tuesday, June 23, 2009
Bebunga
Kecantikan bebunga terutama bunga ros telah saya huraikan dalam kajian saya diLembah Bama yang merupakan tempat pengeluran bunga dimasa silam.Musim bebunganya durian yang berlaku disungaibatu,Relong amatlah menyeronok kami bebudak dimasa itu seperti yang saya coretkan dalam tajuk lempeng bunga durian dan juga lempeng buah getah.Sungguh manis kenangan dimusim bunga durian kerana kami bebudak ketika itu dapat mengutip bunga-bunga durian dan juga dapat mengirup madu bunga durian yang tidak dapat dikatakan enaknya.Bagi pemandangan pula sungguh indah dimusim bunga durian juga biasanya sekali dengan musim bungga bacang, pauh,rawa,rambutan dan langsat.Bunga buah-buah itu sungguh indah ibarat musim gugur diEropah yang berwarna -warni dengan pokok-pokok disana.Tetapi disungai batu musim bunga berwarna-warni dengan bunga durian yang kelihatan kelopak-kelopak bunga keputihan dan kekuningan bagi kelosongan bunganya, begitu juga bunga bacang yang nampak kemerahan disegenap pokok, manakala bunga-bunga rambutan dan rambai dari jauh kelihat berjurai-jurai menguning disegenap pokok.Bunga rambutan dikebunkami dekat rumah Cikgu Bakar begitu lebat dan bermacam jenis dan begitu juga bunga rambai dikebun Pakngah Man yang tidak jauh dari kebun kami itu berbunga lebat disamping bunga dari pokok jambu bangkok tepi paya turut kelihat cantik berwarna merah jambu.Sayang sungguh keindahan ini kalau dapat saya rakam dengan kamera warna masa itu sungguh lagi menakjubkan, tapi hanya kenangan saja dalam memori saya kini dan walaubagaimanapun dapat sedikit sebanyak menyejokan hati saya kerana dalam blog ini dapat saya rakamkan catperi(catatan peribadi) tersebut.Paling mengasikan saya adalah gelagat beburung tertama kelicap yang menari-nari dihujung bebunga untuk menghisap madunya.
Hari ini segala macam bunga turut berperanan dalam bidang kosmetik dan juga dalam pemulihan kesihatan yang dipanggil aromaterapi.Bunga-bunga digunakan sebagai bahan yang boleh memulihan kesihatan dan juga bagi kesihatan dalam wanita dan lelaki ,disamping herba yang lain.Sebenarnya industri penjualan bunga terutama diBelanda memperolehi pendapatan berbillion dolar setahun dan kita dari negara Asia masih jauh ketinggalan, namun begitu saya dapati HongKong telah maju kehadapan dalam bidang industri bunga ini.Negara kita sememangnya telah berjalan agak lama dengan dimulai diCameron Highlands sebagai tempat pengeluran bunga seperti orkid dan tulip tetapi tidaklah berskala besar dan betul-betul insentif.Tetapi berdasarkan kadar peneroka tanah yang tidak terkawal boleh merosakan cuaca disana akan boleh pula mengugat kadar pertumbuhan bebunga disana.Oleh itu langkah-langkah perlulah diambil bagi menjaga keadaan alam semula jadi diCameron Hinglands untuk menyelamatkan industri bunga disana.Seingat saya ada satu syarikat yang ingin membangunkan industri lelongan bunga diCameron Highlands secara bersepadu tetapi saya tidak tahun perkembangannya lagi.Akhirnya saya akhiri dengan pantun berkaitan bebunga:-
Bungan berembang jatuh kepantai,
Diambil orang dibawa kepekan,
Begitu nasib kain cindai,
Kerana cantik menjadi cagaran.(Pantun Melayu Sastera Rakyat)
Bunga mawar,bunga rampai,
Ragikan kain Nila Utama,
Bila Gerangan niatku sampai,
Hendak bertemu duduk bersama.(Mastika Januari,1956)
Bunga telepok kembang semarak,
Kembang bersusun setiap batang,
Awan bertepuk, mega bersorak,
Bulan terbit dipagar bintang.(Pantun Melayu)
Bunga lada tingginya sama,
Ambil serangkai kembang melati,
Dinda berjanji terlalu lama,
Tidak sanggup kanda menanti.

Monday, June 22, 2009
Buluh (Dendrocalamus strictus)
Buluh Betong seperti yang saya kaji diLembah bama adalah nama yang menjadi asal nama Kampong Bukit Betong dalam paramater kajian saya.Ada dikalangan penduduk dikampong itu dikatakan dari keturunan buluh betong yang bermaksud nenek moyang mereka dikatakan dijumpa dalam perdu buluh betong.Begitu juga dalam Hikayat Seri Rama yang pernah saya catatkan dalam blog ini turut dijumpai dalam perdu buluh betong dan saya percaya lokasi sejarah hikayat tersebut adalah dalam Lembah Bama.Kali ini saya dapati peranan buluh dalam kehidupan kami diRelong memang besar.Buluh boleh digunakan sebagai alat yang dijadikan bahan sebagai pengankutan sejak lama dahulu.kajian saya mendapati buluh dijadikan rakit untuk mengangkutan orang dan juga barangan disungai-sungai diPahang.Hari ini diTemerloh yang telah kami mulakan pesta berakit didapati menjadi pesta berakit diperingkat negeri yang bermula dari Kuala lipis hinggalah kePekan.Selain dari rakit rumah orang dipendalaman dimasa lampau banyak yang diperbuat dari buluh, baik lantainya mahupun dindingnya.Hari ini saya dapati adalah rumah orang asli dipendalaman ada yang diperbuat sebahagian darinya dari buluh.Bagitu juga buluh banyak digunakan dimasa dahulu dikampong kami untuk menjadi sebahagian dari pelantar lelari yang dibina dimasa orang kenduri kawin.
Saya juga medapati sebahgian dari alat bagi perangkap samar dizaman menentang komunis dibuat dari buluh.Bagitu jugalah disarawak banyak alat kraftangan yang dibuat dari buluh seperti tikarbuluh,tabung buluh,alat muzik seperti serunai adalah dari buluh, malahan seruling buluh perindu juga adalah datang dari buluh dan kadang-kadang orang kita juga menjadikan buluh sebagai alat yang dikatakan azimat seperti buluh perindu dan buluh tumpat.Kami juga dimasa kecil menggunakan buluh padi untuk dijadi bedil bagi bermain perang dengan mengunakan buah cenerai sebagai pelurunya.Bagitu juga sigai yang pernah saya catat sebagai alat utuk memanjat pokok kekabu,kerekok mahupun rambai.Saya juga mendapat tahu semasa balik dari Temerloh ke Kuala Lipis dahulu ada rancangan FELDA diBentong telah menanam pokok buluh ini sebagai tanaman komersial tetapi sejauh mana ia berhasil tidaklah saya tahu perkembangannya sekarang, saya harap ia menambah pendapatan peneroka.Walaubagaimanapun dari pelayaran web mengenai FELDA kita dapati semakin banyak pekara negatif telah diperkatakan sekarang.Jadi kerajaan atau agensi FELDA kena membuat kajian segera.Saya semasa diUPM ada juga membuat kajian tentang agensi kerajaan ini banyak lagi yang perlu di perbaiki.Berbalik pada hal buluh ini juga ,saya diJepun dahulu mendapati orang Jepun begitu menghayati kehidupan pokok buluh, malahan ditepi rumah mereka ditanam pokok buluh sebagai perhiasan dan saya telah juga menanam pokok buluh Jepun tersebu dekat rumah saya.Ibu angkat saya diJepun turut menghadiahkan saya bunyian yang dibuat dari buluh apabila ditiup angin dia akan berbunyi dan menghiburkan hati kita.Orang Jepun juga amat mengemari rebung bulu kuning sebagai salah satu makanan mereka.Bagi bidang pembinaan pula buluh digunakan sebagai alat bantuan bagi pembinaan bangunan sebelum kita menggunakan alat-alat besi sekarang.Radir atau sistem pengairan kampong kami dahulu juga menggunakan buluh untuk mengalirkan air kesawah-sawah kami dimasa dahulu tetapi sekarang kampong kami tidak lagi menanam padi, sungguh sayang kerana saya tidak dapati lagi merasakan beras jenik yang amat sedap dan harum itu.Begitu jugalah kalau kita nak memagar kawasan rumah kita dikampong dahulu kami gunakan buluh sebagai pagarnya dan alat-alatan seperti serungkup, tengkalang dan bakul dari buluh juga.Jadi begitu besar peranan buluh dalam kehidupan kita malahan ada peribahasa mengatakan kalau kita nak melentur buluh biarlah dari rebungnya yang membawa makna mendalam dalam kehiupan kita dan generasi muda kita. Akhirnya saya akhiri serangkap pantun mengenai buluh.
Buluh perindu dibuat sumpitan,
Batang keladi saya lurutkan,
Tujuh gunung sembilan lautan,
Kalau takmati adik turutkan. (Mestika,sept,1960)

Friday, June 19, 2009
Belalang
Cerita Nujum Pak Belalang yang selalu ditayangkan ditelevisyen kita mengingatkan saya zaman bebudak disungaibatu,kampong Relong.Seperti yang pernah saya coretkan dalam entry yang bertajuk Tiong ,merupakan burung yang ayah saya dapat dalam punggor kayu dekat Guabama telah kami pelihara dengan memberikan dia makan dengan berbagai serangga yang termasuklah belalang.Begitu jugalah saya dapati belalang hari ini ada dijual dikedai ikan peliharan untuk dijual bagi peminat ikan kelisa.Saya juga pernah membeli seekor ikan kelisa merah yang ada sijil beranaknya sekali turut diberikan, namun apabila kami pindah kekuantan dari Putrajaya ia telah mati.Jadi sejak itu saya tidak lagi membela ikan kelisa tetapi hanya ikan patin didalam kolam yang kami korek tanah dihujung rumah kami dan hanya diberi makan dengan dedak.Kesimpulannya ialah amat susah hendak mencari belalang sekarang.
Belalang dimasa kami bebudak memang banyak apabila padi telah ditanam, dimasa itu ia akan memakan daun-daun padi yang muda dan mungkin inilah kegemaraannya.Kami akan menangkap belalang itu dan apabila dapat akan kami buat main.Belalang ini kami buat perlawanan ia(belalang)memakan arang dimana belalang yang paling cepat memakan arang dikira pemenang.Selain dari itu kalau terlalu banyak belalang yang kami dapat tangkap ia boleh digoreng.Jadi makan belalang goreng bagi kami yang pernah merasanya amatlah enak. Bebudak sekarang saya rasa tidak pernah rasa belalang goreng, walaubagaimanapun diBangkok,Thailand belalang goreng ada dijual bagi peminat makanan disana.Zaman Rasulluah SAW mengikut Imam Bukhari dalam hadisnya telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW dalam peperangannya telah memakan belalang, begitu jugalah keluarga Nabi SAW biasa memberikan belalang kepada para tetamu mereka.
Belalang juga mempunyai khasiat seperti dapat mengubati jerawat dimana kita hendaklah mengambil telor yang ada dalam badan belalang itu dan digosokan kepada tempat yang berjerawat.Belalang juga boleh menyembuhkan penyakit kuning dengan mengambil beberapa ekor dengan dipanggang dan asapkan kepada pesakit demam kuning tersebut.
Akhirnya saya hidangkan peribahasa yang berbunyi seperti berikut :-
Belalang dapat menuai dan belalang telah menjadi helang ,tahukah anda maknanya
dan pantun berbunyi
Cari umpan belalang dan cacing,
Isikan keduanya dalam tempurung,
Kalau tak kenal mata dacing,
Marilah kita janji borong.

Keduduk (Melastoma malabathricum)
Pokok keduduk memang banyak dekat rumah lama kami didekat guabama dan begitu juga dalam padang tanah Pakagah Man akak Siti ayah dan emak Jefri dan Alim.Dalam padang yang menuju kerumah Pakencik Akob inilah juga kami bermain sorok-sorok dengan bebudak lain, hinggakan ada bermacam-macam terowong dalam padang ini.Kami bergitu suka bermain dalam terowong yang kami cipta semacam terowong pasukan anti Amerika yang terdapat dalam film Amerika dengan vietnam.Hingga kehari ini saya masih ingat betul yang kami pun boleh mencipta terowong yang sebegitu rupa.Kadang-kadang apabiala salah seorang dari kami dimarahi oleh emak atau ayah akan menyorok dalam terowong inilah untuk menyembunyikan diri.Selain dari pokok keduduk yang berangkai-rangkai dengan pokok resam dan paku-pakis dalam padang itu terdapat pula pokok-pokok kecil seperti beberas dan kelat yang apabila musim buah akan kami kutip dan makan yang merupakan buah-buah liar yang enak, macam bluebarry and blackbarry dinegara Eropah.Buah ini memang berpotensi untuk dikomersialkan tetapi tidak dibuat penyelidikan.Begitu jugalah dengan pokok keduduk ini yang biasanya bunga ada berwarna merah dan warna putih.Bagi pengemar tanaman halaman rumah dikedai bunga ada jarang-jarang kita jumpa bunga keduduk putih.Namun lawatan saya kePulau Tioman semasa saya bertugas diJabatan Keselamatan dahulu banyak terdapat pokok keduduk yang berbunga putih,diKampong Tekek, saya pun dah tidak tahu kedudukan sekarang, mungkin Lembaga Pulau Tioman boleh mengesannya.Tapi perkembangan Pulau Tioman sebagai pulau bebas cukai tidaklah begitu memberangsangkan.
Semasa kami kecil zaman bebudak buah keduduk yang masak ranum memang boleh dimakan dan rasanya manis tetapi siaplah bibir jadi biru atau hitam sebab buah keduduk ini ia ada berwarna biru dan hitam bila masak ranum.Ada juga setengah bebudak mengutip buah keduduk ini yang berwarna hitam untuk dihancurkan dan dijadikan dawat bagi menulis dengan kalam.Maklumlah nak membeli dakwat jenis pelican masa dahulu mahal jadi boleh diproses aje buah keduduk hitam.Paling mengembirakan kami bila buah keduduk masak ranum pula membolehkan kami bebudak menyetik burung kelicap atau merebah yang memakan buah-buah tersebut,permainan menyetik burung masa kami kecil adalah salah satu permainan yang pernah saya sebutkan iaitu permainan congkeh,gasing,perang senapang dengan terong manggo,dengkat,gasing buah macang,selam dalam air, polis sentri,kugiran, berlaga ikan karim dan sepider dan lain-lain.
Biar saya akhiri entry ini dengan pantun tentang keduduk iaitu:-
Keduduk dalam kuali,
Urat dari Melaka,
Duduk kita dalam negeri,
Eloklah membilang ada pusaka.
Keduduk diatas tikar,
Uratnya dari Melaka,
Duduk kita diatas tikar,
Hendak membilang adat pusaka.

Thursday, June 18, 2009
Kekabu(Ceiba pentandra)
Awal tahun ini 2009 ,saya ada melawat makam moyot saya Datuk Linggi yang menjadi bahan penyelidikan atau kajian saya sebagai Sultan yang memerintah Kerajaan Riau-lingga-Johor satu ketika dahulu tetapi tidak dapat menaiki tahta kerana " dimainkan " oleh golongan bendahara ketika itu.Sebelum sampai kemakam tersebut diKuala Relong saya dapati dekat sebuah rumah menuju kemakam itu terdapat pokok kekabu yang sumbur hidupnya dan berbuah lebat.Bila melihat pokok kekabu ini teringat saya kenangan saya diRelong masa kami bebudak.Pokok kekabu ini memang mempunyai duri dan menyusahkan bebudak untuk memanjatnya.Jadi bagi mengambil buah kekabu muda yang semangnya masa kami bebudak memakannya kerana ia ada rasa enak dan berlemak.Kami mengambil buah kekabu ini dengan menggunakan galah atau sigai yang pernah saya ceritakan.Buah kekabu ini apabila dah tua ia selalu dikutip oleh emak kami untuk ambil kapasnya dibuat bantal atau tilam yang selalu dipanggil tilam kekabu.Masa kami dahulu manalah ada tilam sring atau tilam getah macam sekarang.
Menjadi masalah bagi bebudak masa kami ialah bila tilam kekabu dibasahi oleh air bila tidur malam.Jadi disebelah paginya disuruh oleh emak untuk jemur oleh kerana kena basah tersebut, maklumlah tilam kekabu ini berat, kalau bebudak macam kami nak angkat kenalah dua tiga orang, jadi macam saya yang hanya seorang ketika itu kenalah ajak Jefri dan Alim tolong angkat tilam untuk dibawa kejemuran inilah juga menjadi ejekan kerana selalu kencing malam.Berlainan dengan bebudak sekarang yang menggunakan tilam spring atau sponge yang ringan dan mudah diangkat.Bagi biji kekabu pula kadang-kadang kami gunakan sebagai umpan pancing dan ia amat digemari oleh ikan sebarau ketika itu.Saya juga telah membaca sebuah rencana dalam akhbar tempatan baru ini mendapati pasaran bantal kekabu dan tilam kekabu sekarang boleh mendapat pendapatan lumayan dinegara kita, tetapi diPahang sekarang pokok kekabu hampir pupus.Kalau ada dikampong pula telah mula ditebang kerana nak buat tapak rumah baru atau membesarkan rumah, jadi lama kelamaan pokok ini saya percaya akan pupus kalau kita tidak menanamnya.Saya percaya biji kekabu boleh diproses menjadi minyak yang berpotensi dikomersialkan terutama dalam bidang kosmetik yang sekarang ini meledak perkembanganya dimana rakyat Malaysia sudah mengutamakan produk herba.Hinggakan FELDA sekarang berlumba-lumba mengusahakan industri herba pula yang dahulunya industri sawit,jadi apalah salahnya membuat penyelidikan tentang biji kekabu pula atau mengkaji biji kekabu yang muda sebagai makan ringan macam popcorn yang ada sekarang.Hah apa macam ?

Wednesday, June 17, 2009
Tempurung
Hari ini tempurung kelapa tidak berguna sama sekali bagi pandangan bebudak sekarang.Ia dibuang begitu saja setelah diparut isinya oleh penjual kelapa dikedai-kedai runcit atau pasarbesar kuantan,misalnya.Namun bagi kami dimasa kecil dahulu disungaibatu,kampong Relong tempurung banyak kegunaannya.Seperti yang pernah saya ceritakan dahulu bahawa tempurung menjadi salah satu alat atau bahan permainan bagi kami bebudak masa itu.Dimana tempurung kami gunakan untuk menutup merecun kami yang dibakar dan melihat ia tercampak atau melambung tinggi.Disini kami akan berlawan siapakah yang dapat mencampakkan tempurung itu yang paling jauh atau paling tinggi sekali, biasanya permainan ini kami mainkan dekat menjelang hariraya dimana merecun senang diperolehi.Selain dari itu tempurung juga kami gunakan sebagai permainan berlawan tempurung yang paling keras sekali, iaitu memecahkan tempurung diantara satu sama lain seperti juga berlawan biji getah yang paling kuat sekali ketahanannya.Apa yang mengembirakan bermain menghempas tempurung kelapa ini ialah kita dapat melepaskan geram kepada tempurung pihak lawan dengan sekuat tenaga kita, jadi bebudak yang besar biasanya mempunyai peluang besar untuk menang, jadi bebudak seperti Jerfi dan adiknya Alim selalu kalah dalam permainan yang selalu kami mainkan.
Bagi tempurung-tempurung yang pecah kami akan kutip dan simpan disatu tempat bagi kami gunakan sebagai umpan atau penghidup api bila tiba waktu untuk membakar lemang yang biasanya sehari sebelum raya.Selain dari itu kalau susah nak dapatkan arang bagi dibakar dalam strika untuk menggosok pakaian,tempurung juga digunakan bagi bahan bakar bagi memanaskan strika itu.Dimasa kami mana ada strika letrik seperti sekarang, kami hanya ada strika arang bagi mengosok baju atau seluar.Itulah zaman kami yang hidup dipendalaman yang serba kekurangan tetapi kami menghadapi dan melaluinya dengan tabah.Selain dari itu seperti juga saya ceritakan bahawa tempurung juga dijadikan penyenduk gulai bagi orang kenduri kawin yang digunakan oleh Toksenduk, disamping itu sebagai alat mengambil air digelar gayong dari tempayan apabila kami hendak membasuh kaki bila nak naik kerumah atau surau kami disungai batu,kampong Relong.
Akhirnya bagi bebudak muda sekarang ini janganlah jadi macam katak bawah tempurung yang selalu kita dengar peribahasa tersebut juga pantun berikut iaitu Tempurung Mata Tiga,Orang malas Rugi sahaja dan Tempurung mata tiga,Orang terkurung mati sahaja.Begitu pun kalau anda berjumpa tempurung mata tiga jangan dibuang mukin ada baiknya.

Saturday, June 13, 2009
Tugal
Tugal adalah alat yang selalu kami gunakan untuk menugal jagong atau padi huma.Menugal jagong biasanya kami gunakan kayu yang dibahagian hujungnya tajam yang ditikam pada tanah yang hendak menugal jagong.Kawasan yang popular menugal jagong adalah dibelakang Guabama yang digelar juga bama.Disitu ramai orang Relong membuat jagong masa dahulu tetapi sayang sekarang telah naik semak dan belukar bila saya melawatnya awal tahun ini.Disitulah diusahakan tanaman jagong yang emak saya,akak nab,pakanda dahan,wan kiah,akak siti dan ramai lagi orang Relong menanam jagong.Jagong memang enak direbus bagi kami bebudak masa itu.Jagong semasa berbuah muda yang kita panggil pudak jagong memang enak dimakan buat sayor lemak atau sayor masam dengan ikan puyu atau ikan toman.Jagong muda boleh direbus atau dibuat bubur jagong dengan dicampor dengan durian dimusim durian.Manakala bulan puasa ia boleh dibuat puding jagong yang enak masa berbuka puasa.
Hari ini kita tidak tidak lagi melihat orang Relong menugal jagong atau padi huma yang biasa ditanam diBukit Peninjau, saya masa kecil pernah menugal padi huma dibukit Perupuk dengan menggunakan sebatang besi yang tajam dihujungnya.Penugal ini ayah tempah dari Hasan Titik kerana untuk menugal pada huma diBukit Perupok tanahnya keras bebanding diBama yang tanah lembut dan kehitaman.Padi huma jarang mendapat hasil lumayan kerana banyak musuh terutama burung,monyet,babi dan lain-lain jadi kami sekeluarga tidaklah mengusahakanya dengan menugal setiap tahun,biasanya kalau nak menerangkan kebun getah kami diBukit Perupuk sebagaimana yang pernah saya ceitakan.Hari ini bebudak muda Relong mungkin tidak lagi dapat melihat orang menugal jagong atau padi human lagi, jadi bila membaca blog ini mereka tahu kami pernah menugal jagong dan padi huma dimasa dahulu.

Monday, June 1, 2009
Peranan Sultan dan Bendahara: Satu Pembetulan
Kali ini biarlah saya membincang dengan serius tentang tulisan berkaitan ksesultanan Melayu yang tersibar melalui tulisan berjudul Suatu Menifesto Melayu dan Melayu Islam Beraja: Menggali Hakikat Leluhur oleh Tun Suzana Tun Hj Othman dan Hj Muzaffar Dato'Hj Mohamad,2003 dan baru ini dalam Ahlul-Bait Rasullah dan Kesultanan Melayu,Penerbit Crescent News(kl) Sdn Bhd.,2008.Mengikut penulis tersebut Bendahara mendapat peranan berdasarkan buku Sejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang.Seterusnya mengatakan yang Bendahara adalah tuan asal kepada Bangsa Melayu-Islam selaras dengan peranan Demang Lebar Daun Sebagai Raja Palembang yang memberi amanah dan menobatkan Sang Nila Utama Sebagai Raja Melayu yang Pertama.Dalam Kajian saya tentang kesusasteraan Melayu telah membuktikan Hikayat Seri Rama(HSR) merupakan karya kelasik yang Pertama yang mendahulu karya lain ditulis oleh penulis Lembah Bama.Dalam buku ini dibincangkan peranan Sultan dan tidak banyak menyentuh peranan Bendahara yang merupakan orang yang diarah.Boleh lihat bolg ini dibawah entry :Penemuan HRS Sastera Melayu Kelasik Tertua Orang Pahang Perlu Bangga.
HSR menurut W.G.Shellabear yang pertama diterbitkan pada tahun 1812 oleh Marsden kemudian pula tahum 1813 oleh Roorda Van Eysinga diAmsterdam.Manuskrip ini diperolehi dari Archbisop Laud dalam tahun 1633 yang merupakan manuskrip tertua dalam kesusasteraan melayu berdasar pendapat W.G.Shellabear yang ditulisnya dalam tahun 1915 dalam Straits Branch Royal Asiatic Society,1915.Dalam HSR telah diceritakan dengan jelas perlantikan Sultan atau Maharaja adalah diantara Nabi Allah Adam dengan Maharaja Raja Rawana, dimana tiada peranan Bendahara seperti yang selalu diperkatakan.Saya nukil sepenuhnya dari HSR ,Halaman 2-5:-
"Maka sahut Adam Alaihi Salam,Hai Rawana jikau engkau mahu berjanji-janjian dan teguh katamu,maka aku memohonkan kedudukan itu kepada Allah Taala ,maka sambut Rawana "Barang janji tuan turut,tiada hamba salahi namun kehendak hamba ini jadi hamba perolehi ".Maka ujar Adam Alahi Salam,"Sekarang engkau dijadikan Allah Tala Raja keempat negeri bukan barang-barang kebesaran kau perolehi kerana itu kepada seseorang pun belum ada demikian dianugerahkan Allah Taala,barulah kepada mu juga.Jikalau dapat engkau baik-baik kerjaanmu dan ingat-ingat engkau menghukum kerana Allah Subhanahuwataala.Kerana dipinjamkannya juga kerajaan itu,dan pereksa benar-benar dan jangan engkau binasakan nama ibubapamu dan jangan binasakan hati rakyatmu dan tegoh-tegoh negerimu dengan kelengkapan dan segala senjatamu dan kasih segala rakayatmu dengan hukum sebenarnya,dan jangankau kerjakan barang yang dilarang Allah Taala""Sekarang engkau hendaklah berjanji engkau dengan aku,apabila kau perbuat perkerjaan yang salah atau rakyatmu berbuat perkerjaan yang salah kau perkenankan dan tiada engkau hukumkan dengan hukuman sebenarnya,dengan segala itu juga engkau dibinasakan Allah Taala.Jika engkau mahu berjanji demikiaan maka aku memohonkan kehendakmu itu kepada Allah kerana raja-raja dunia semuanya raja pinjaman, jangan kamu kerbat-gorok kerana kerjaanmu dan kebesaran semua pinjaman berlaka.Jangan kamu seperti aku ini keluar dari dalam shurga sebab tiada menurut titiah Tuhanku dan melalui firmannya" Setelah sudah Rahwana berjanji dengan Adam bertegoh-tegohan katanya,maka Adam pun memohon kurnia rahmat kepada Allah Subhanahuwataala.Dengan seketika itu juga dianugerahkan Allah Subhanawataala kerajaan akan Rawana pada empat tempat barang ada segala raja-raja dalam empat tempat itu semuanya dalam hukumnya." Maka Rawana pun melakukan hukum pada negeri Keinderaan dan berkahwin dengan Puteri Nila Utama.Maka masuk Maharaja Rawana kedalam bumi,maka segala raja jin dan syitan dalam bumi semuanya dalam hukumnya dan mengambil Puteri Partiwi Dewi sebagai isteri.Maharaja Rawana masuk kedalam laut dan berkawin dengan Puteri Gangga Maha Dewi.Maka Bukit Serandib diperbuat negeri oleh Maharaja Rawana akan negeri terlalulah indah sekali rupanya ,maka negeri itu dinamai oleh Maharaja Rawana Langkapuri."
Dari nukilan HSR jelaslah bahawa tiada peranan Bendahara dalam perlantikan Sultan, inilah juga agaknya gerangan mereka dalam Kesultanan Melayu Rilau-Lingga-Johor yang diwarisi oleh Moyot saya iaitu Sultan Ahmad I Riayat Shah ibni AlMarhum Paduka Sri Sultan Abdul Jalil V Muadzam Shah, Sultan Negeri Riau-lingga-Johor yang ditabal tahun 1761 telah tidak dapat menaiki Tahta dan membawa diri keKg.Relong,Kuala Lipis,Pahang hingga kehari ini.Rujuk buku Ir.hj Mazelan Abdul Samad, Menjejak Asal Usul Dato'Linggi,2003 dan buku saya Dr.Aminudin Abdul Karim,Menyingkap Sejarah Lembah Bama DiNegeri Pahang Sebagai Pusat Perdagangan Terawal Bagi Asia Tenggara dan Mengesan Sultan Pemerintah Riau-Lingga-Johor Yang Menetap DiLembah Bama(Kg.Relong).

Subscribe to:
Posts (Atom)