Sunday, November 1, 2009

Anekdot 17- Cengkerit,Cengkadak-Cengkadu Dan Cika


Kesunyian malam disungaibatuderelong semasa saya kecil-kecil kadang-kadang diganggu oleh cengkerit.Bunyinya yang nyaring sering datang dari bawah rumah kami ditepi GuaBama itu.Bunyi itu juga terdapat boleh dikatakan semua rumah orang disungaibatu, baik rumah Jefri dan Alim, rumah Me Roslan dan Abang Isa, rumah Abang Hamed dan Zohari dan juga rumah-rumah orang lain.Saya kadang-kadang marah pada bunyi suara cengkerit ini yang kami panggil disungaibatu sebagai " keredik ".Entah macamana dia berbunyi kuat saya pun tidak tahu hingga kehari ini.Mungkin Abang Isa anak We Muhammad ada cerita tentang bunyi" keredik " kerana dia banyak cerita yang disampaikan kepada kami bebudak sungaibatu.Selain bercerita dia juga banyak membuat teka-teki pada kami ,disurau We Muhammad itu yang kadang-kadang kalau kami takdapat menjawap teka-tekinya kami menghantuk-hantuk kepala kami pada dinding papan surau We itu yang membuatkan "keredik" yang sedang berbunyi nyaring berhenti berbunyi dan kami semua ketawa berdekah-dekah melihat gelagat kami itu.Hari ini saya sendiri dan lain-lain sepupu kami sudah lama tidak mendengar cerita dan teka-teki Abang Isa.Lagipun saya diberitahu dia telah menjadi Wali Hakim diJerantut yang kerjanya menikah-nikahkan orang.

Cengkadak-Cengkadu adalah jenis serangga yang lebih kurang belalang yang berwarna hijau dan berkatih(kaki) panjang.Ini adalah juga binatang yang suka kami bebudak disungaibatudeRelong main.Bila kami tangkap akan kami tanyakan pada cengkadak-cengkadu ini soalan teka-teki yang kami tidak dapat dijawap."Cengkadak-cengkadak apa dia kambing yang pandai berbahasa Arab ? Tolong kami cari jawapannya?".Biasanya cengkadak-cengkadu ini tidak akan memberikan jawapan kepada soalan-soalan kami itu,ini adalah kerana yang akan memberikan jawapan kepada soalan-soalan
itu adalah kami juga!.Lagipun masa bermain ini saya,Alim,Jefri,Me Roslan adalah bebudak yang tidak menggunakan "ruang otak bahagian kepintaran " kerana kami bebudak kampung masa itu lebih suka mengikut buntut Abang Isa dan Abang Mat kehulu dan kehilir kerana mereka pandai bercerita dan berborak.

Bila kami telah penat mulalah mencari makan yang tidak tentu arah seperti buah-buahan dan ubi-ubian yang bukan-bukan .Buah manggis kalau makan dengan gula atau susu boleh jadi cika.Begitu jugalah tembikai dengan madu pun boleh cika.Satu lagi ialah keladi dengan gula-gula hacks pun boleh jadi cika juga.Ini membuat kami kadang-kadang muntah-mutah dan sakit perut.Namun itu semua kami lalui dengan penuh kegembiraan dimasa kami bebudak disungaibatu dahulu.Tetapi hari ini buah-buahan dan sayuran kita semakin tercemar dengan bahan-bahan kimia yang kadang-kadang membuatkan kita jatuh sakit dengan tiba-tiba dan lebih teruk dari cika yang pernah kami alami itu.

Dr Aminudin

No comments: