Showing posts with label 1983. Show all posts
Showing posts with label 1983. Show all posts

Sunday, November 1, 2009

Anekdot 17- Cengkerit,Cengkadak-Cengkadu Dan Cika


Kesunyian malam disungaibatuderelong semasa saya kecil-kecil kadang-kadang diganggu oleh cengkerit.Bunyinya yang nyaring sering datang dari bawah rumah kami ditepi GuaBama itu.Bunyi itu juga terdapat boleh dikatakan semua rumah orang disungaibatu, baik rumah Jefri dan Alim, rumah Me Roslan dan Abang Isa, rumah Abang Hamed dan Zohari dan juga rumah-rumah orang lain.Saya kadang-kadang marah pada bunyi suara cengkerit ini yang kami panggil disungaibatu sebagai " keredik ".Entah macamana dia berbunyi kuat saya pun tidak tahu hingga kehari ini.Mungkin Abang Isa anak We Muhammad ada cerita tentang bunyi" keredik " kerana dia banyak cerita yang disampaikan kepada kami bebudak sungaibatu.Selain bercerita dia juga banyak membuat teka-teki pada kami ,disurau We Muhammad itu yang kadang-kadang kalau kami takdapat menjawap teka-tekinya kami menghantuk-hantuk kepala kami pada dinding papan surau We itu yang membuatkan "keredik" yang sedang berbunyi nyaring berhenti berbunyi dan kami semua ketawa berdekah-dekah melihat gelagat kami itu.Hari ini saya sendiri dan lain-lain sepupu kami sudah lama tidak mendengar cerita dan teka-teki Abang Isa.Lagipun saya diberitahu dia telah menjadi Wali Hakim diJerantut yang kerjanya menikah-nikahkan orang.

Cengkadak-Cengkadu adalah jenis serangga yang lebih kurang belalang yang berwarna hijau dan berkatih(kaki) panjang.Ini adalah juga binatang yang suka kami bebudak disungaibatudeRelong main.Bila kami tangkap akan kami tanyakan pada cengkadak-cengkadu ini soalan teka-teki yang kami tidak dapat dijawap."Cengkadak-cengkadak apa dia kambing yang pandai berbahasa Arab ? Tolong kami cari jawapannya?".Biasanya cengkadak-cengkadu ini tidak akan memberikan jawapan kepada soalan-soalan kami itu,ini adalah kerana yang akan memberikan jawapan kepada soalan-soalan
itu adalah kami juga!.Lagipun masa bermain ini saya,Alim,Jefri,Me Roslan adalah bebudak yang tidak menggunakan "ruang otak bahagian kepintaran " kerana kami bebudak kampung masa itu lebih suka mengikut buntut Abang Isa dan Abang Mat kehulu dan kehilir kerana mereka pandai bercerita dan berborak.

Bila kami telah penat mulalah mencari makan yang tidak tentu arah seperti buah-buahan dan ubi-ubian yang bukan-bukan .Buah manggis kalau makan dengan gula atau susu boleh jadi cika.Begitu jugalah tembikai dengan madu pun boleh cika.Satu lagi ialah keladi dengan gula-gula hacks pun boleh jadi cika juga.Ini membuat kami kadang-kadang muntah-mutah dan sakit perut.Namun itu semua kami lalui dengan penuh kegembiraan dimasa kami bebudak disungaibatu dahulu.Tetapi hari ini buah-buahan dan sayuran kita semakin tercemar dengan bahan-bahan kimia yang kadang-kadang membuatkan kita jatuh sakit dengan tiba-tiba dan lebih teruk dari cika yang pernah kami alami itu.

Dr Aminudin

Monday, September 14, 2009

Significant Nama Tempat (Site) Dalam Pembuktian Sejarah


Tajuk kali ini iaitu " Significant Nama Tempat (site) Dalam Pembuktian Sejarah" adalah untuk dibincangkan bersama-sama saudara sekelian bagi saya mendapat maklumbalas berkaitan dengannya. Dalam kajian terhadap Lembah Bama saya mendapati significant nama-nama tempat amatlah relevan.Aspek nama geografi yang terdapat dalam kawasan kajian iaitu Pasir Sia,Perlak,Beralas,Bukit Peninjau,Binjai,Relong,Kuala Teha,Kuala Relong dan Geta meninggalkan nama geografi (Mohd Shafeea Leman ,2001).Manakala saya dalam Kajian Lembah Bama membuktikan yang Tembeling bukan hanya berada diJerantut tetapi juga diKampung Relong iaitu disebelah Bukit Perupuk.Site ini dapat menjadi bukti sejarah tentang sejarah sesuatu masyarakat atau keluarga.Dalam konteks ini Sejarah Datok Linggi yang merupakan Sultan yang memerintah Kesultanan Riau-Lingga-Johor boleh dibukti berdasarkan Site baginda mula dilahirkan hinggalah kemangkatan beliau yang disahkan oleh sejarawan diKampung Relong,Kuala Lipis,Pahang.Baginda yang diputerakan diBaroh pada tahun 1752 dan ditabalkan pada usia 9 tahun bergelar Paduka Sri Sultan Ahmad I Riayat Shah setelah kemangkatan ayahanda baginda al-marhum Paduka Sri Sultan Abdul Jalil v Muadzam Shah pada 29 Januari 1761 (Ir.Hj Mazelan Abd.Samad,2003).

Sejarah Kampung Relong juga memperlihatkan nama-nama tempat yang berkembar dengan Sejarah Kedah yang mana menunjukan satu significant yang relevan dari segi usia sejarahnya dimana dalam Kajian Lembah Bama , saya menemui Terusan atau Jalan Laut dari Cheruk Tokkun,Kedah hingga keLembah Bama dan seterusnya berakhir diPekan Pahang dan akhirnya keLaut Cina Selatan.Jadi Lembah Bama adalah Pusat Perdagangan Antarabangsa yang telah wujud sejak abad ketiga masihi lagi dimana Pusat Pentadbirannya diKampung Relong dan pelabuhannya diKuala Medang.Saya juga mempertahankan hujah bahawa nama Pahang adalah berasal dari nama Pokok Medang (Famili:Lauraceae) yang amat banyak diPahang berbanding dengan pokok mahang.Nama kampung Relong terdapat dikedah dan juga Bukit Perupuk pun ada dikedah.Sejarah Kesultanan Riau-Lingga-Johor juga pun mempunyai significant dengan nama-nama tempat diSumatera,Indonesia dimana dikatakan Datuk Linggi berasal dari Bukit Meninjau,Sumatera dan bila dikampung Relong baginda menamakan Bukit Peninjau.Selain dari itu Keluarga Kesultanan Riau-Lingga-Johor yang membuka penempatan diJohor Lama meninggalkan nama Kampung Bukit Berangan yang mana Site ini ada saya sentuh dalam blog saya tentang Sekolah Pondok Bukit Berangan dalam dedikasi saya kepada Ustaz Hj.Zahari bila berpencen.Kajian arkeologi bagi Site ,Gua Bama telah dibuat peringkat awal oleh Sdr Adi bin Haji Taha pada tahun 1983.Justeru itu kajian seterusnya disite-site lain adalah perlu bagi membangunkan semula sejarah Pahang yang saya rasa amat penting ini.

Dr Aminudin