Monday, November 2, 2009

Pengenalan Teori Raut Wajah @ Muka Dari Perspektif Islam : Satu Penerokaan Bab I

Teori Menelah Raut Wajah @ Muka telah lama wujud yang juga dikenali sebagai Physiognomy.Teori ini menurut pandangan barat telah dimulai sejak zaman kesusasteraan klasik iaitu diera Homer dan Hippocrates.Teori ini merupakan satu cabang dalam bidang falsafah dahulu.Ahli falsafah Greek seperti Aristotale menggunakan teori ini untuk mengkaji personaliti seseorang menerusi raut muka atau raut wajah, warna kulit,bentuk badan, suara, dan lain-lain.Manakala pengamal teori ini dizaman Latin pula ialah seperti Pliny the Elder,Suetonius dan Juvenal.Teori ini menginterpretasi raut wajah @ muka sesorang bagi mengetahui nature dan perwatakan seseorang itu.Seorang ahli profesional dalam menginterpretasi raut wajah @ muka sesorang akan boleh menganalisis seseorang itu dari segi kebijaksaannya,reliabilitinya,kejujuran dan kewibawaan.Diantara bentuk wajah yang akan kaji atau diteliti ialah bentuknya,ukurannya dan situasi wajah seseorang itu.Teori ini juga berkait dengan faktor keturunan seseorang itu.Dimana dalam hal ini hangat sekali dibincangkan teori ini dengan perkaitannya dengan Teori Evolusi yang diasaskan oleh Charles Darwin menerusi bukunya berjudul " The Origin of Species" yang kemudiannya diikuti oleh buku berjudul " The Descent of Man ".Dimana intipati dari teori ini mengandaikan yang setiap makhluk hidup dimuka bumi ini wujud melalui kejadian semula jadi tanpa sebarang perancangan tetapi hanyalah secara kebetulan.

Teori Evolusi oleh Darwin ini kemudiannya dilanjutkan oleh pengikut-pengikut Darwin yang dikenali sebagai Neo-Darwinisme yang menjelaskan bahawa kejadian manusia ini diasaskan pula menerusi penyesuaian alam (adaptasi) dan mutasi.Sesungguhnya Teori Evolusi ini bercanggah sama sekali dengan kewujudan Allah Maha Pencipta yang Mencipta Segala-segalanya.Mencipta adalah amat mudah bagi Allah seperti yang dinyatakan dalam ayat-ayat Al-Quran yang Allah menyebutnya " Jadilah " seperti yang dinyatakan dalam Surah Al-Anam,Ayat 73 yang berbunyi :-

" Dan Dialah yang mencipta langit dan bumi dengan benar.Dan benarlah perkataan-Nya diwaktu Dia Menyatakan 'Jadilah' lalu terjadilah dan ditangan-Nya segala kekuasaan diwaktu sangkakala ditiup.Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui ".

Sekiranya benar Teori Evolusi ini maka semua hidupan dalam muka bumi ini akan menjadi mahkluk hidup dan boleh menjadi manusia tetapi hakikatnya ikan tetap ikan, beruk tetap beruk dan manusia kekal menjadi manusia.Jadi Teori Evolusi yang diasaskan oleh Darwin ini ditolak dan kita menerima Teori Penciptaan Alam dan Mahkluk oleh Allah yang mana Allah telah mencipta manusia sebagai mahkluk yang paling sempurna seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran dalam Surah At-Tin, ayat 4 yang berbunyi " sesungguhnya kami telah ciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya " serta juga ayat dari Surah Al-Hasyr, ayat 24 yang berbunyi " Dia -lah Allah Yang mencipta,Yang Mengadakan,Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-nama Yang Paling Baik.Bertasbih kepada-Nya apa yang ada dilangit dan dibumi.Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana ",

Bersambung

Dr Aminudin

No comments: