Saturday, November 7, 2009

Pengenalan Teori Raut Wajah @Muka Dari Perspektif Islam : Satu Penerokaan Bab II

Perspektif Islam terhadap Sains adalah dengan memberi penekanan terhadap aspek " barakah fial-ilm " (keberkataan sesuatu ilmu).Dimana elemen terpenting yang membolehkan sesorang penuntut memiliki sifat kebijaksanaan,ketajaman daya pemahaman, tawfiq dan hidayah bagi menemui hakikat kebenaran,membebaskan dirinya dari kejahilan dan kesesatan serta juga jangan tersasar dari mentaati Allah S.W.T.Berlandaskan tradisi keilmuan Islam terdapat empat faktor yang mempengaruhi keberkatan ilmu iaitu keikhlasan niat,menghurmati dan memuliakan majlis ilmu dan kuliah pengajian,mencintai dan menghargai ilmu pengetahunan yang dituntut dan menyayangi guru yang mendidik serta menjadi agen penyibar ilmu pengetahuan.

Sumber asas bagi Sains Islam ialah ilmu Wahyu atau Ulum naqliyyah yang mana sains keugamaan ini dibahagikan kepada fikah,ilmu kalam atau usulluddin,tasawuf,faraid dan lain-lain.Manakala ilmu tabi pula seperti astronomi,kosmologi,geologi,ontologi,biologi,fizik dan lain-lain.Sains sosial Islam pula seperti sejarah,sosiologi,pendidikan,falsafah, moral dan sebagainya.

Al-Quran mengandungi masej-mesej bagi sesuatu doktrin(doctrinal messages), set doktrin yang juga menerangkan pengetahuan berkaitan struktur tabii dan alam semesta.Mengandungi pelbagai maklumat sejarah tentang manusia,raja-raja,kerajaan-kerajaan silam, sejarah dan kitab para Nabi dan peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku.Tujuan mesej tersebut supaya manusia mengambil pengajaran dan tauladan dari sejarah silam.Disamping itu Al-Quran juga sebagai sumber pengetahuan yang menerangkan perkara-perkara mengenai alam ghaib seperti surga dan neraka, kebangkitan semula,menerima pengadilan,Qiamat dan lain-lain.

Selain dari itu Sunnah Rasulullah S.A.W adalah asas utama Sains Islam.Fungsi utama adalah juga bagi menerangkan dan mentafsir Al-Quran.Hadis yang dikategorikan kepada Hadis Nabawi dan Hadis Qudsi merupakan sumber yang dirujuk selain Al-Quran.Sumber Sains Islam juga ada datangnya dari jiwa manusia hasil dari intuisi (ulum laduniyyah),pengetahuan dari bisikan nurani dan sentuhan jiwa (damir),ilmu yang bersifat sebagai marifah,basirah,kashshaf yang biasanya diperolehi oleh para wali Allah S.W.T.Pengetahuan yang diperolehi (ilm hudhwi) yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada seseoang yang jernih dan bersih jiwanya.

Sumber dari akal dalam inteleknya diperolehi dengan proses pemikiran dan petaakulan minda (aql).Akal yang dikurniakan oleh Allah S.W.T adalah yang paling berharga dan mengkagumkan, dimana akal membolehkan kita membuat pentaakulan (rationalise),membentuk konsep,dapat memahami dan lain-lain.Bagi mencapai tahap kebijaksanaan seseorang itu perlu menjalani latihan penajaman minda dan pendidikan pembersihan akal ( tathirat al-Aql).Ada juga sumber imlu itu dari pancaindera (Ulum hissiyah)yang diperolehi berdasarkan deria manusia seperti mata,hidung,sentuhan kulit dan lidah.

Matlamat utama Sains Islam adalah untuk mendekatkan diri seseorang dengan Khaliqnya iaitu Allah S.W.T ,disamping meningkatkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah S.W.T.Serta juga membentuk dan membina muslim dan muslimah yang solehah.

Metodologi Sains Islam umumnya memberi penekanan kepada aspek mengabung dan memadukan ilmu dengan iman, ilmu pengetahunan dengan etika dan moral,dunia dengan akhirat,akal dan hati dengan pancaindera.Pendekatannya menerusi Kalam,Mashai,Ishraqi,Al-Hikmah al-Mutaliyyah dan Marifah.

Akhirnya Etika sains Islam menitik beratkan aspek penunaian tanggongjawab manusia sebagai khalifah Allah S.W.T dimukabumi ini.Prinsip utama etika sains Islam ialah memenuhi tanggonjawab akhlak yang telah ditentukan mengikut garis panduannya oleh shariah iaitu halal,haram,wajib,harus,makruh dan sunat.Berlaku adil dalam memenuhi tanggongjawab,memelihara keindahan dan menjaga keaslian alam semula jadi,tidak merosak dan memusnah alam,mengutamakan kepentingan dan tidak melakukan pembaziran dalam pengeksplotasi sumber tabii adalah ciri-ciri etika Islam yang dituntuti.

Bersambung

Dr Aminudin

No comments: