Sunday, November 15, 2009

Makanan Dari Perspektif Islam Dan Kajian Saintifik Yang Terbaharu Siri 1

Setiap makanan mempunyai khasiat yang berbeza, dalam blog saya ini saya telah mencotetkan berbagai jenis makanan ,buahan dan sayuran kepada anda sekelian.Kini tibalah masanya saya mencoretkan pula khasiat dan kelebihannya menurut pandangan Islam dan juga kajian saintifik yang telah dilakukan sekiranya berkaitan.

1.Madu- madu telah ditemui sejak zaman silam dan banyak ahli perubatan silam mengunakan sebagai bahan penyembuhan.Nabi Muhammad S.A.W bersabda " gunakanlah dua ubat ini: Madu dan Al-Quran". Allah S.W.T berfirman yang maksudnya " Dari perutnya keluar minuman yang pelbagai warna,sebagai penyembuh kepada (penyakit) manusia.Sesungguhnya itu merupakan tanda( kebesaran Allah) bagi orang yang mahu berfikir".Manakala malaikat pula memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada menyimpan madu didalam rumahnya.Jika kita memakan madu bermakna seribu ubat telah masuk dalam perut kita.Nabi Muhammad S.A.W selalu meminum madu dengan air setiap pagi ketika perut kosong.Jadi kita amalkan minum madu lebah.Namun begitu sayangnya banyak pokok Tualang diSungaibatuderelong yang tumbang atau ditebang untuk lebah memnbuat sarang, coretan saya tentang tualang dan merbau mengimbau suasana mencari madu lebah yang telah amat berkurangan sekarang.

2.Telur-dalam blog saya ada diceritakan tentang ayam dan telur itek. Dari segi pemakanan telur yang baik ialah telur ayam (baydah) ia dimakan sebelum masak penuh (kita panggil telur separuh masak atau tiga suku masak).Khasiat putih telur dapat melegakan keperitan kulit badan kita dari panas tarik matahari, membantu menyembuhkan kulit yang terbakar atau membaiki parut pada kulit.Telur juga boleh meransang daya sex.Bagi mereka inginkan kurus dan mengurangkan lemak kajian yang dibuat oleh para pengkaji dari Universiti Louisina State mendapati " egg protein is filling, so you eat less later in the day " .Bila anda makan telur anda akan kurang makan hari tersebut, ini membolehkan berkurangan berat badan kita berlaku.

3.Epal- Kajian dari sudut Islam, epal atau Tuffah adalah buah yang masam dan sejuk serta manis.Epal boleh menguatkan hati kita.Kajian oleh pelajar-pelajar dari Universiti Penn State mendapati bahawa " an apple a day can keep weight gain a bay".Selain dari itu epal merupakan "antioxidants" dan boleh menghalang "metabolic syndrome".

4.Tamar- buah ini sering juga kita panggil kurma.Saiydina Ali r.a. berkata sesiapa yang memakan tujuh buah kurma aiwa (kurma istimewa diMadinah) setiap hari nescaya terbunuh segala haiwan perosak didalam perutnya, dan sesiapa memakan dua puluh satu anggur kering yang merah setiap pagi hari nescaya ia tidak akan melihat dalam jasadnya sesuatu yang dibenci (Sir-al-Salikin).Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda " Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yang tiada makanan ".Nabi S.A.W sendiri menanam tamar atau kurma.Akhirnya Nabi Muhammad S.A.W turut bersabda " Orang yang ada kurma, bukalah puasa dengannya,jika tiada kurma berbukalah dengan air.Sesungguhnya inilah kebaikan ".Tamar amat kaya dengan karbohidrat serta mineral yang baik untuk tulang dan mengandungi banyak vitamin A yang penting bagi kesihatan mata dan kulit.

5.Susu- susu atau laban yang disebut dalam Al-Quran Surah An-Naml Ayat 66 dan juga Nabi Muhammad S.A.W bersabda bahawa tiada penganti bagi susu.Baginda bersabda " Minumlah susu kerana ia menyapu panas daripada hati seperti jari menyapu peluh didahi.Ia menguatkan belakang,mengelukan otak,meningkatkan kecerdasan akal,menajamkan penglihatan dan menghilangkan lupa".Susu mengandungi bahan-bahan seperti protein,karbohidrat,lemak,vitamin dan mineral.Susu juga mengandungi vitamin B2 (riboflavin) untuk proses pengoksidan.Begitu juga dalam susu ada vitamin d yang penting juga untuk kesihatan.Akhirnya dalam susu turut terdapat kalsium yang penting untuk pembinaan tulang terutama dimasa kanak-kanak dan juga untuk gigi,saraf dan otot-otot.

Bersambung

Dr Aminudin

No comments: