Tuesday, November 10, 2009

Pengenalan Teori Raut Wajah @ Muka Dari Perspektif Islam : Satu Penerokaan Bab III

Islam tidak sahaja menerima serangan dalam bentuk fizikal dari penentangnya malahan juga dalam bentuk puisi pada zaman permulaan Islam.Dari sejak itu para perjuang Islam telah mempertahankan dari serangan tersebut dalam bentuk kesusasteraan iaitu dengan tokoh-tokoh handalan kesusasteraan Islam seperti Hassan ibn Thabit,Ka'b ibn Malik dan Abdullah ibn Rawahah.Manakala kesusasteraan Islam dalam bentuk prosa pula berkembangan seiringan dengan proses penurunan Al-Quran.Cerita-cerita dalam Al-Quran turut diguna sebagai media dakwah seperti yang dijalankan oleh tokoh-tokoh seperti Hasan al-Basri,Tamim al-Dari,Thawus ibn Kaisan dan lain-lain lagi.Puisi Arab sebelum Islam dipanggil Razaj yang telah wujud sekitar kurun ke 6 Meshi yang merupakan ucapan-ucapan kepercayaan agama.Manakala karangan dalam bentuk peribadi diketika itu dipanggil Diwan.Justeru dengan kekayaan bahasa Arab dan situasi penyair-penyair Arab yang berbakat ketika itu telah menjadikan bentuk-bentuk puisi Arab berbagai-bagai dan mereka yang memahami bahasa Arab sahaja dapat menikmatinya.Qasidah adalah salah satu bentuk puisi Arab yang mengkagumkan dimana puisi ini mengandungi 50 hingga 100 baris dan dizaman sebelum Islam ia dideklamasikan dengan iringan muzik dan hingga sekarang masih disanjungi.Manakala Ayyam adalah bentuk prosa Islam yang menerangkan kisah-kisah berkaitan perhubungan diantara kaum Arab tentang persahabatan ataupun persengketaan diantara mereka.

Syair adalah merupakan kesenian Arab yang bermakna puisi yang mempunyai timbangan yang dipanggil arud.Dimana dalam syair ini ia mempunyai persamaan irama dihujung bagi setiap baris yang digelar qafiyah.Seterusnya cerita-cerita Nabi (Qisas al-Anbiya) adalah cerita-cerita tentang nabi yang terdapat didalam Al-Quran yang disusun ketika pemerintahan Saidina Uthman ibn Affan(644M-655M).Cerita tentang nabi-nabi terdapat dalam pelbagai surah yang kemudiannya disusun dipanggil Qisas al-Anbiya dan diantara Qisas al-Anbiya yang masih kekal hingga kehari ini ialah Tarikh al-Rasul wa al-muluk (Riwayat Para Rasul dan Raja) oleh Muhammad ibn Jarir at-Tabri dan juga oleh at-Tha'labi dalam bukunya berjudul Aras al-Majalis: Qisas al-Anbiya (Majlis-majlis Pengantin: Cerita Nabi-Nabi dan lain-lain).Cerita-cerita Nabi ini turut berkembangan kedalam kesusasteraan Melayu dalam bentuk hikayat-hikayat.

Kesusasteraan Islam adalah untuk menanam rasa khushu kepada Allah disamping memberikan ketenangan jiwa mahkluk Allah yang dicipta dengan fitrah yang sukakan kepada kesenian dan keindahan.Justeru itu seni dalam Islam lebih bersifat seni kerana Allah .Serta untuk manusia, makhluk dan alam sekitar.Diantara bidang kesenian Islam yang boleh dikaji ialah khat.Khat adalah merupakan seni tulisan yang indah dan mempunyai nilai-nilai kesenian.Kepentingan seni khat adalah juga mengikut saranan junjugan Nabi S.A.W supaya umat Islam membaca dan menulis ayat-ayat Al-Quran dengan baik dan khat difikirkan dapat memudahkan pembelajaran.Keindahan tulisan khat adalah gabungan diantara kelembutan jari dan kehalusan pemikiran serta citarasa penulisnya.Rasullulah turut menyatakan penulisan khat dalam sabdanya " Hendaklah kamu mengindahkan seni khat kerana diantara kunci sumber rezeki ".Khat mempunyai model asas utama yang diantaranya ialah Kufi,Thuluth,Nasakh,Farisi,Riq'ah,Diwani,Diwani Jali dan Raihani.

Bersambung

Dr Aminudin

No comments: