Monday, November 23, 2009

Teori Kajian Lembah Bama Berpusat DiKg.Relong,Kuala Lipis,Pahang Disahkan oleh Ahli Sejarah



Baru ini saya membeli buku terbaharu iaitu Sejarah Melayu The Malay Annals, MS Raffles no.18, disusun oleh Cheah Boon Kheng, yang dirumikan oleh Prof Abdul Rahman haji Ismail,MBRAS REPRINT 17,Resort World Bhd,2009.Dimana dalam buku ini telah mengesahkan Teori saya bahawa saya mengatakan dalam buku saya Meyingkap Sejarah Lembah Bama DiNegeri Pahang Sebagai Pusat Perdagangan Terawal Bagi Asia Tenggara Dan Mengesan Sultan Pemerintah Riau-Lingga-Johor Yang Menetap DiLembah Bama (Kg.Relong),2009 pada halaman 50 seperti berikut :-

"...Saya percaya Hikayat Seri Rama dihasilkan oleh pengarang berasal dari Lembah Bama "
Begitu juga dihalaman 25 ,saya menulis "...apa yang menyakinkan kita juga adalah bahasa yang digunakan dalam hikayat itu adalah bahasa yang digunakan oleh kami seperti kena tuba,keruh,sagempal, berjamu,suruh kampungkan dan lain-lain...perkataan yang terdapat dalam hikayat ini selalu digunakan oleh kami dikawasan Kuala Lipis ".

Prof.Abdul Rahman telah menulis dalam Buku Sejarah Melayu tersebut diatas dihalaman 20 ,seperti berikut :-

"... Sulalat us-Salatin naskah Raja Bungsu adalah naskah yang paling asli kandungan dan bahasanya.Naskah lebih awal yang lebih awal daripada naskah Raja Bungsu dihasilkan ialah naskah yang diselamatkan keGua Pahang selepas 1535 dan dibawa kembali keJohor pada 1612.cuma dalam hal ini Hikayat Melayu itu tentunya telah dibawa kembali kePasir Raja sebelum tarikh perintah Raja Dihilir pada 13 mei itu, dan bukannya selepas september 1612.Kehadiran banyak perkataan yang berasal atau dieja menurut sebutan pantai timur Semenanjung bukan saja membuktikan hunbungan rapat Melaka-Johor-pahang tetapi juga mengukuhkan tanggapan bahawa penyusun Sulalat us-Salatin adalah orang sedarah sedaging dengan loghat pantai timur...adalah lebih besar kemungkinan orang yang berperanan utama menyalin dan menyusun Sulalat us Salatin dari Gua ialah Tun Bambang".

Kesimpulannya Teori yang saya katakan Lembah Bama adalah pusat Kesusasteraan dan Kebudayaan Zaman Silam DiTanah Melayu telah disahkan oleh ahli sejarah yang berwibawa dan Teori Sejarah Melayu yang dikatakan oleh Tun Sri lanang bahawa peranan Bendahara tuan asal kepada Bangsa Asal Melayu-Islam dipertikaikan oleh artikel saya dibawah entry "Peranan Sultan dan Bendahara: Satu Pembetulan " adalah significant kerana penyusun Sejarah Melayu adalah orang Lembah Bama (dari Gua Sai) sepertimana saya huraikan dalam buku kajian saya.


Dr Aminudin

No comments: