Sunday, November 1, 2009

Memperkenalkan Peribahasa Jepun Digandingkan Dengan Peribahasa Melayu Siri 3


11.Anohito wa kanban ni itsuwari nashi (Jangan melihat wajah sesorang sama dengan kelakuannya)
Pepatah Melayu ada menyebut Rupa harimau,hati tikus yang membawa erti rupa hebat tapi penakut.Manakala pepatah berbunyi Rupa boleh diubah,tabiat dibawa mati yang bermakna sifat semula jadi tak dapat diubah.Bagi perempuan pula Rupa sebagai yang-yang kesuma dan Rupa sebagai peta yang baru ditulis ,kedua-dua membawa makna perempuan yang jelita.Simpulan bahasa yang berbunyi Salah tubruk bermakna salah sangka.

12.Anoyo sennichi, konoyo ichinichi (Sehari lebih bermakna dari 1000 hari yang mendatang)
Peribahasa kita ada juga tentang hari iaitu Hari ini lebih baik daripada hari esok yang bermakna jangan menangguhkan kerja.Bidalan yang berbunyi Hari pagi dibuang-buang, hari petang dikejar-kejar yang membawa erti peluang baik tidak digunakan dan bila terlambat baru nak kejar.Manakala pepatah yang berbunyi Hari ini tidak bernasi dibalik kerak bermakna semua perkara belum lagi selesai.

13.Anya ni tomoshibi o eta kokochi (Kita merasa ada cahaya bila melihat sinar Sang Bulan walau sedikit)
Kita mempunyai simpulan bahasa yang berbunyi Bulan terapit yang bermaksud bulan Zulkaedah, Bulan timbul bermakna bulan terbit.Manakala pepatah yang berbunyi Bulan terang paksa baik,payang kelaut,balok pun kelaut juga yang memberi makna dalam masa makmur orang berlumba-lumba mencari untung.Manakala pepatah yang berbunyi Bulan naik, matahari naik bermakna mendapat untung dan bahagia yang bertimpa-timpa.

14.Anzuru yori umu ga yasushi (Semua perkara bukan senang sebelum menjadi senang)
Simpulan bahasa kita berbunyi susah payah bermakna daya usaha.Rezeki mahal pula bermakna susah mencari makan/nafkah.Manakala Rezeki Helang tidak akan dimakan oleh musang bermakna rezeki orang lain tidak boleh dirampas oleh orang lain.

15.Aratamuru ni habakaru nakare.(Jangan takut membetulkan kesilapan kita)
Bidalan kita berbunyi Jangan liat,kurang panggang yang bererti jangan tidak mendengar nasihat.Manakala Jangan difikirkan kalau tebu itu bengkok,manisnya itu pun bengkok juga yang membawa erti jangan disangka kata-kata orang jahat itu jahat juga.

Dr Aminudin

No comments: