Monday, May 31, 2010

Data Interception Siri 2-Minangkabau


Dalam edisi Kajian Terhadap Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara yang bertarikh 23 Mac 2009 ,saya ada memetik kajian oleh orientalis iaitu J.M.Gullick dalam monograph nombor 33 yang bertajuk A History of Negeri Sembilan,2003yang mana Gullick menulis tentang Minangkabau dengan katanya " like King Arthur's Camelot in the English historical tradition, is more significant as legend than a fact ".Begitu jugalah kajian saya terhadap inskripsi-inskripsi yang terdapat diBukit Seguntang yang terletak diPalembang yang saya muatkan dalam blog saya ini bertarikh 6 April 2009 yang dibawah entry Data Interception.Kali ini ada baiknya kita melihat pandangan dan tulis oleh orang Minangkabau sendiri yang iaitu Profesor Dr Hamka sendiri yang mana kata penerbit bukunya , "...Hamka bukanlah orang luar, tetapi anak Minangkabau sejati, keturunan orang beradat juga dalam negeri Sungaibantang, dan memakai gelar pusaka Datuk Indomo ".Seterusnya saya membuat intisari dari buku Dr.Hamka,Islam dan Adat Minangkabau,2006 dihalaman 7, beliau menulis "...didalam dogeng-dongeng kuno, sebagai dalam Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang, telah tersebut juga Minangkabau itu dahulunya suatu kerajaan besar ".

Selanjutnya Prof.Hamka menulis yang bertemu sepucuk surat tua diIndia yang ditulis pada tahun 1005,Masehi mengatakan Raja-raja Palembang dipanggil Raja Gunung.Ketika itu Minangkabau dibawah jajahan Sriwijaya dan bila Kerajaan Sriwijaya jatuh kerajaan telah berpindah keDarmasraya.Bila Kerajaan Sriwijaya jatuh digantikan oleh Kerajaan Majapahit pula memerintah Minangkabau hinggalah kehari ini.Bila Aditiawarman menjadi Raja Minangkabau pada tahun 1343,Masehi beliau menitah dibuat patung Manju Shri yang bermakna " yang maha suci" ,masih terdapat diBerlin hingga sekarang.Bila Kerajaan Melaka mempunyai kekuatan penyiaran Ugama Islam banyak rakyat Minangkabau berpindah kesana dan menubuhkan negeri yang di panggil "Negeri Sembilan".Hingga keera moden bila belaku gerakan Paderi dari tahun 1801-1837 ,dimana Imam Bonjol dikalahkan oleh Belanda unsur-unsur Islam masih kental dalam Adat Minangkabau malahan pepatah ini diterapkan " Syarak nan mengata, adat nan memakai.Sudah adat kebalairung, sudah syarak kemasjid ".Struktur Orang Empat jenis iaitu Penghulu,Manti,Dubalang dan Malim yang mana ditentukan pula pakaiannya iaitu Penghulu berpakaian hitam,Manti berpakaian Unggu,Dubalang berpakaian Merah dan Malim berpakaian Putih.Inilah warna-warni kehidupan orang Minangkabau yang dicatatkan oleh Prof Dr.Hamka.Selain dari itu saya petik pantun berikut dari buku yang beliau tulis itu dihalaman 109 berbunyi :-

Dari mana asal terbit pelita,daripada tanglung nan berapi,
Darimana asal nenek kita,dari lereng Gunung Merapi.

Dr Aminudin- Bersambung

Tuesday, May 25, 2010

Memperkenalkan Peribahasa Sweden Digandingkan Dengan Perbahasa Melayu- Siri 9


40." Gubbar har almanackan i kroppen " (Orang tua membawa kalender dalam tulang-temulangnya)

Orang tua bermakna ibubapa bagi simpulan bahasa kita.Orang tua diajar makan pisang bermakna mengajar pakar.Begitu juga pepatah berbunyi orang tua jangan diperut seperti rotan, dahululah dia merasa garam bermakna janganlah cuba mengajar pakar.Curi tulang bermakna ponteng kerjalah tu.

41."Man kysser barnet och menar amman" (Satu ciuman bagi kanak-kanak bermakna untuk jururawat juga)
Budak bermakna masih belum matang fikiran.Budak belian bermakna hamba yang dibeli.Budak makan pisang bermakna belum matang.

42."Nor barnet ar avvant, far amman avsked " (Bila kanak-kanak berhenti/putus menyusu ,mereka katakan selamat tinggal pada jururawat juga)

Susu bundar bermakna buah dada yang cantik.Susu didada tidak dapat dielakkan bermakna nasib yang tidak dapat dielakan.Putus-putus suara bermakna suara tertahan-tahan.Putus tali tali boleh dihubung,patah arang sudah sekali bermakna putus hubungan sama sekali.Putus kelikir rompong hidung bermakna konflik yang tidak dapat didamaikan lagi.Putus gayung dibelebas,putus kata dipangkalannya bermakna keputusan selepas berunding.

43."Andra ar andra seder " (Lain tahun lain pula warna rambutnya)

Rambut anak kundai bermakna anak rambut didahi pengantin.Rambut dibelah seribu bermakna sangat kecil.Rambut dijalin sikelebai bermakna rambut panjang seorang gadis yang kusut.Rambut seperti raga bermakna kusut masai.Rambut sudah menjarum bermakna sudah tua.

44."Andras fel lar bast" (Kesilapan orang lain adalah pengajaran/guru yang terbaik)
Guru makan berdiri,murid makan berlari bermakna murid selalu mencontohi perbuatan guru.Lain biduk galang diletak bermakna lain ditanya lain dijawab.Lain yang luka lain yang kepedihan bermakna lain yang disindir lain pula yang diterasa.Salah cotok berkudung paruh,salah telan belah perut bermakna kesalahan akan menerima hukuman yang setimpal.Salah gelogok hulu malang, pandai bertenggang hulu baik bermakna kalau membuat kerja dengan tidak hati-hati akan mendatangkan kesusahan.

Dr Aminudin

Saturday, May 22, 2010

Memori 38-Gugusan Bukit Bay Route,Bukit Ubi Dan Bukit Setongkol,Kuantan,Pahang


Gugusan Bukit Bay Route,Bukit Ubi dan Bukit Setongkol diKuantan membuatkan saya ketawa dalam hati tentang keunikan nama-nama tempat dibandar Kuantan ini.Cubalah anda bayangkan yang nama berkaitan dengan bay route seharusnya berdekatan dengan pantai umpamanya Dangau Bay, diJohor Bahru yang merupakan pembangunan moden sekarang ini.Tetapi Bukit Bay Route diKuantan ini adalah ditengah-tengah bandar Kuantan yang berhampiran dengan Wisma RISDA sekarang.Diatas bukit ini ada sebuah surau,restoran,taska,tangki air dan beberapa buah rumah.Jalan yang kalau anda pernah lalui akan menjadikan anda akan berjumpa semula dengan Jalan Bukit Ubi yang menuju kejalan Sungai Lembing atau keIndera Mahkota.Ia ibarat memusing-musing digugusan Bukit Ubi dan Bukit Bay Route.Jika anda dari Jalan Yang Ah Jang membelok kekiri anda akan berjumpa pula Jalan Bukit Setongkol yang mana tidak jauh anda berjalan akan berjumpalah jerat atau perkuburan orang Cina.Jadi bolehlah kita katakan inilah gugusan bukit-bukit dalam bandar Kuantan yang unik dan pelik.

Pelik kerana nama-nama bukit tersebut, iaitu Bukit Setongkol yang kalau orang Pahang membawa makna satu atau tunggal.Namun inilah hakikatnya kalaulah ia mendapat nama tersebut kerana batu-batu disitu nampaknya tunggal-tunggal belaka.Anihnya Bukit Setongkol berjiran pula dengan Bukit Bay Route yang sepatutnya nama itu terletak ditepi pantai tetapi ditengah-tengah bandar.Saya sebagai seorang pengkaji geologi dan geografi mukabumi percaya bandar Kuantan dahulu adalah sebuah lautan tetapi akibat pergerakan bumi yang berlaku berjuta-juta tahun dahulu telah menjadikan kawasan ini terjungkit naik menjadi daratan.Jadi orang telah menamakan Bukit Bay Route ini telah mengetahui perkara yang saya percayakan itu dan mereka telah menamakannya sedemikian.Manakala Bukit Ubi pula adalah berkedudukan disebelah kanan Bukit Bay Route itu yang kini terdapat pejabat Jabatan Pertanian,Unit Selenggaraan MPK,Pejabat JBA,Pejabat Kemas dan lain-lain.Secara kasar pengamatan saya banyak juga batu-batu pada bukit tersebut.Ini agak pelik juga pada kehidupan pertumbuhan pokok-pokok ubi kayu disitu.Namun tidaklah menghairankan kalau dahulu disitu banyak ditumbuhi pokok ubi kayu gajah dizaman dahulu dan ini menjadikan namanya Bukit Ubi melekat sebagai namanya sekarang sempena banyak tumbunya Ubi Kayu Gajah disitu.Jadi inilah keunikan bukit-bukit dalam bandar Kuantan yang pelik dan patutlah kita memelihara dan menyelidikinya.

Aminudin Ph.D

Ranking Imej Blog Sungaibatuderelong dan Kajian Hikayat Seri Rama Bertaraf Dunia


Saya sebenarnya semasa berkhidmat diBahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Malaysia semasa dalam kerajaan dahulu ditugaskan menyelaras Ranking Universiti Seluruh Dunia bagi membolehkan pelajar-pelajar tajaan JPA
dihantar keuniversiti yang bertaraf Top Ranking.Hari ini saya telah bersara dan meninggalkan perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik tidaklah begitu berminat lagi untuk membuat kajian tentang " Ranking " ini.Namun oleh kerana jiwa saya merupakan seorang penyelidik maka, saya selalu juga meneliti Ranking tentang blog-blog yang ada sekarang.Terlanjur melihat hal tersebut saya menjenguk juga Ranking blog saya sendiri iaitu http://sungaibatuderelong.blogspot.com.Apa yang membuat saya tertarik ialah blog ini yang terutama sekali tentang kajian Hikayat Seri Rama yang saya kaji itu telah menjadi sebuah blog yang mana imej atau rankingnya bertaraf dunia.Dimana kajian ini sebenarnya boleh anda sekelian membuat search diGoogle Imej dengan menaip tajuk " Hikayat Seri Rama Naskhah Tertua " dari search itu akan memaparkan kepada kita kedudukan kajian ini dimana sebaris atau setanding dengan imej Datuk Seri Anuar Ibrahim, Menteri Besar Kedah, Presiden Indonesia dan lain-lain lagi.Malahan Imej blog Sungaibatuderelong pula memuatkan imej yang lebih banyak fotonya pula termasuklah buku saya yang berjudul " Menyingkap Sejarah Lembah Bama DiNegeri Pahang Sebagai Pusat Perdagangan Terawal bagi Asia Tenggara dan Mengesan Sultan Pemerintah Riau-Lingga-Johor Yang Menetap DiLembah Bama ( Kg Relong )",2009.

Dengan adanya diantara kemudahan ICT boleh kita kecapi sekarang, dimana kajian saya tentang Lembah Bama mendapat bacaan audience diseluruh dunia tiadalah lagi diMalaysia sahaja.Dalam hal ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada portal Google kerana memberi kesempatan pada saya mencurahkan idea dengan secara percuma.Terima Kasih Daun Keladi, saya paparkan imej blog saya yang mana saya tandakan dengan bulatan bagi blog tersebut.

Dr Aminudin

Friday, May 21, 2010

Teori Realiti Kehidupan DiLembah Bama Selaras Dengan Teori Utama Bahasa Dunia


Saya telah menulis kajian yang berjudul" Kajian Terhadap Hikayat Seri Rama Dari Perspekif Strategi Dan Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara Yang DiKarang Oleh Orang Lembah Bama,Kuala Lipis,Pahang".Dimana kajian ini sedang proses pengeditan untuk saya terbitkan.Dalam kajian tersebut saya menghuraikan Teori Bahasa yang digunakan diLembah Bama adalah bahasa yang diterapkan atau digunakan oleh kami orang Sungai Batu,diKampung Relong,Kuala Lipis.Dari segi teori bahasa dunia saya mendapati ianya selaras dengan teori dikemukan diLondon iaitu ianya dipelopori oleh J.R.Firth yang mengemukan teori yang dinamakan Context of Situation atau memerihalkan keadaan dimana bahasa digunakan dalam masyarakat, dengan kata lain bahasa diterapkan dalam kehidupan harian mereka. Ini samalah juga dengan kami diLembah Bama yang menerapkan bahasa seperti bertanak nasi,airnya keroh,berguling,kuih penganan,gedung,dusun dan lain-lain perkataan yang telah saya huraikan dalam blog saya yang lalu.Jadi natijahnya dapatlah saya katakan bahawa "Teori Kehidupan Realiti Bagi Kami DiLembah Bama "telah menepati ciri-ciri teori yang dipanggil Context of Situation tersebut dan ini sekali mengesahkan bahawa benarlah bahawa pengarang Hikayat Seri Rama adalah dikarang atau ditulis oleh orang Lembah Bama.

Dr Aminudin

Tuesday, May 18, 2010

Memperkenalkan Peribahasa Sweden Digandingkan Dengan Peribahasa Melayu-Siri 8


36."Allmosa ar till fromma bade for den som far och for den som ger " (Derma membantu pemberi dan penerima)

Seduit dibelah tujuh,sirih sehelai dicabik-cabik bermakna bersatu hati.Beri tangan adalah menolong.Terima budi adalah menerima jasa baik orang.

37." Den som vill vara med om visten far ocksa kannas vid forlusten " (Siapa yang mahu berkongsi untung kena sanggup pula berkongsi kerugian )

Untung ada, tuah tiada bermakna nasib malang.Untung bagai untung kapas bermakna banyak tanggungan.Untung melambung,malam menimpa bermakna mula-mula untung, kemudian malang.Untung sabut timbul,untung batu tenggelam bermakna kalau nasib baik selamat kalau nasib buruk musibah.Rugi menentang laba,jerih menentang boleh bermakna kena bersusah payah dahulu sebelum mendapat apa yang dihajati.Rugi-rugi untung bermakna walaupun rugi ada juga kebaikannya.

38." Allting garigen " (Semua dalam bentuk bulat)

Bulat fikiran bermaksud keputusan muktamad.Bulat kata bermakna sudah sepakat.Bulat macam kundur bermakna anak yang gemuk dan sihat.Bulat segolong pecah selayang bermakna muafakat.Bulat waris mengadakan buapak,bulat buapak mengadakan lembaga bermakna kita sepakat waktu mengangkat datuk lembaga.Bulat tekad bermakna azam yang kuat.

39." Allvar och gamman faller val samman " (Hendaklah serius dan masa yang tepat selalu seiringan dalam banyak keadaan )

Masa ada ayam yang mematangkan jemur bermakna mustahil menolak untung.Masa kecil teranja-anja,sudah besar terbawa-bawa,lalu tua berubah tidak bermakna kebiasaan dizaman kecil susah hendak diubah masa tua.Masa tidak dapat ditambat,terlepas takdapat dikejar maksudnya masa tidak dapat ditebus semula.Masa rebunglah hendak dilentur,jangan nanti hingga menjadi aur bermakna melatih anak biar masa masih kecil.

Dr Aminudin

Friday, May 14, 2010

Memperkenalkan Peribahasa Sweden Digandingkan Dengan Peribahasa Melayu-Siri 7


31."Aftonsang med dryck,morgonsang med hosta " (Nyanyian takala petang sambil minum-minum,nyanyian waktu pagi batuk-batuk)

Pagi-pagi hitam bermakna awal pagi.Pagi tidak dibuang,senja tidak dikejar yang bermakna tidak membuang masa.Minum cuka dipagi hari bermakna membuat sesuatu kerja kerna dipaksa.Minum pelangkin bermakna mengharap perkara yang mustahil.Minum air terasa duri,santap nasi terasa lilin bermakna sangat susahati.

32 "Ratar man agnarna,kan man latt ga miste om karnan " (Jangan membuang jerami, nanti kita mudah hilang kernel )

Peribahasa kita ada mengatakan jangan bagai orang berjudi,senang alah hendak membela yang bermakna perbuatan negatif tentu merugikan.Jangan bijak terpijak,biar bodoh bersuluh yang bererti jangan menunjukan pandai,biar bodoh tapi suka bertanya.Jangan menumbuk diperiuk,menanak dilesung bermakna jangan buat kerja salah tempat.Jangan sudah terperosok baru hendak melantai bermakna jangan sudah ditimpa malang baru hendak beringat-ingat.

33." Allt ar inte for alla " (Semua bukan untuk untuk semua orang)
Orang berdendang dipentasnya bermakna ada kuasa.Orang lapar diberi nasi,orang haus diberi air bermakna dapat perkara yang sangat diingini.Orang terpegang pada hulunya, awak terpegang pada matanya bermakna mendapat lawan yang lebih kuat.Orang sebentuk bagai cincin setitik bagai emas bererti sama status.

34."Nu ar sagan all" (Sekarang cerita sedap-sedap telah berakhir)
Sedap manis jangan ditelan ,pahit jangan dimuntahkan bermakna jangan segera menerima yang sedap sahaja,menolak yang tidak sedap.Sedap malam bermakna bunga yang harum pada waktu malam.Sedap telinga bermakna perkara yang menyukakan hati

35." Alla berinte som knapper ihop handerna " (Tidak semua orang yang menadah tangan itu berdoa atau sila ambil perhatian bagi mereka yang hipokrit)

Tadah embun bermakna sisir pisang yang diatas sekali.Tadah tangan bermakna berdoa atau minta sedekah.Doa selamat bermakna doa untuk bersyukur kepada Allah mohon supaya selamat.

Monday, May 10, 2010

Memperkenalkan Peribahasa Sweden Digandingkan Dengan Peribahasa Melayu-Siri 6


26."Advokater och soldater ar satans lekkamrater" (Peguam dan tentera adalah syaitan yang sering bergaul )
Tentera pemberontak bermakna tentera yang menentang kerajaan.Tentera upahan adalah tentera profesional yang bertugas kerana diupah.Kawan ketawa adalah sahabat handai dimasa senang.Kawan sehidup semati adalah kawan seperjuangan.Kawan seiring jalan ialah sahabat seperjuangan.

27."Stora processer gor valkladda advokater och nakna parter " (Proses perundangan (bagi kes besar) menjadikan peguam berpakaian kemas dan cantik, manakala pihak dibelanya bertelanjang)
Besar bungkus tak berisi bermakna cakap saja yang besar.Besar gabuk bermakna besar tetapi lemah.Besar diambak,tinggi dianjung bermakna orang menjadi besar dan mulia kerana dibesarkan dan dimuliakan oleh pengikut-pengikutnya.Besar pasak dari tiang bermakna besar belanja dari pendapatan.Besar-besar istana raja, kecil-kecil pondok sendiri bermakna rumah sendiri lebih bahagia dari rumah orang.Besar-besar gunung dipandang,kecil-kecil hutang disandang bermakna beban menanggung hutang lebih besar dari gunung.Telanjang bulat bermakna tiada seurat benangpun pada tubuh.

28."Darar och envist folk gor rika advokater " (Orang Bodoh dan Degil akan menjadikan peguam kaya dalam proses pembelaannya )
Bodoh alang bermakna tidak berapa bodoh.Bodoh macam telur bermakna terlalu lurus.Bodoh-bodoh sepat,tak makan pancing emas bermakna nampak bodoh tetapi tak boleh ditipu.

29."Nar en advokat dor,foljer fan honom till graven " (Apabila peguam mati, syaitan menghantarnya hingga kekubur (macamlah saudaranya)
Mati ayam, mati tungaunya bermakna apabila ketua ditimba bencana,pengikutnya turut susah.Mati bebang bermakna mati bersalin sebab bayi tak keluar.Mati dicatuk katak bermakna orang kuat dikalahkan oleh orang lemah.Mati kuang kerana bunyi bermakna malang kerana sifat yang dimiliki.Mati tidak akan menyesal,luka tidak akan menyiuk bermakna sudah bertekad dan tidak akan menyesal apapun yang terjadi.

30." Affar ar affar " (Perniagaan adalah perniagaan jangan campurkan dengan emosi dan sifat dermawan)

Berniaga buluh kasap,hujung hilang pangkal lesap bermakna tidak pandai membuat kerja akhirnya rugi.Berniaga dihujung lidah bermakna suka menipu.Sedekah bumi ialah kenduri lepas menuai.

Dr Aminudin

Tuesday, May 4, 2010

Pengenalan Terhadap Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara-Atipan XXXI-EPITOME


Alar sebuah kajian ialah Epitome yang saya padatkan sebagai kajian yang menemukan siapakah penulis Hikayat Seri Rama iaitu Orang Lembah Bama.Lokasi ,Lembah Bama pula bolehlah para pembaca budiman sekelian mendapati dalam buku saya berjudul "Menyingkap Sejarah Lembah Bama DiNegeri Pahang Sebagai Pusat Perdagangan Terawal Bagi Asia Tenggara Dan Mengesan Sultan Pemerintah Riau-Lingga-Johor Yang Menetap DiLembah Bama (Kg Relong),2009 ".Atau berdasarkan titik-point gunung/bukit bagi parameter itu ialah Gunung Panggang Paku ke Bukit Raja Muda ke Bukit Kayu Ara dan berakhir diBukit Limau diKuala Lipis,Pahang.Namun begitu siapakah nama penulis dari orang Lembah Bama itu, saya tinggalkan penyelidikan ini kepada generasi muda dari Lembah Bama untuk meneruskan kerana sehingga ini sudah dua kajian utama telah saya selesaikan iaitu tajuk buku yang tersebut diatas dan yang terbaharu ini ialah Kajian Mengenai Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Yang Tertua DiNusantara.

Intipati yang kedua pula dari Epitome ini ialah mengulas tentang pendapat Dr Uli Kozok dari German yang mengatakan naskhah berjudul " Naskhah Undang-Undang Tanjung Tanah " diera Kerajaan Adityawarman yang diberi tarikh 1345-1377 adalah yang tertua diNusantara dapat saya ulas bahawa tidak dapat dipertimbangkan kerana banyak naskhah-naskhah dalam bentuk inskripsi yang lebih tua dari itu telah ditemui.Malahan kalau diteliti tulisan Melayu Purba telah wujud sejak abad ke4 Masehi lagi.Selain dari itu Hikayat Seri Rama telah dicipta pada abad ke4 Sebelum Masehi hingga Abad yang ke2 Masehi, jadi katakan Abad yang ke2 Masehi pun sudah cukup lama.Begitu juga Inskripsi dalam bentuk Batu Nisan yang ditemui diKampung Pematang Pasir,Pekan,Pahang yang bertarikh 419 Hijrah atau tahun 1028 ,Masehi merupakan Naskhah paling awal membuktikan kedatangan Islam kePahang/Semenanjung Tanah Melayu juga merupakan lebih tua dari jumpaan oleh orientalis diatas.Ini ditambah pula bila bentuk naskhah-naskhah itu seperti al-Quran,al-Burdah,Dikir,syair,dan lain-lain dihafalkan oleh orang Melayu diNusantara, sudah pasti terlalulah tua jika hendak dibandingkan dengan naskhah yang ditemui oleh orientalis tersebut.Saya juga berjanji untuk memberikan sedikit input tentang bahasa dan kesusasteraan German digandingkan dengan sejarah kesusasteraan Melayu.Diantara yang dapat saya katakan bahawa bahasa dan kesusasteraan German bermula diabad yang ke5, manakala tulisan German Purba bolehlah dikesan pada abad yang ke8.Inskripsi yang tertua ditemui pada abad yang ke6 yang dikenali sebagai Prozen Buckle yang ditulis dalam skrip Latin.Jadi bolehlah dikatakan bahawa bahasa German Purba seakan dengan Bahasa England Purba,Duth dan Saxon.

Kesusasteraan German pula dikuasai oleh ahli-ahli Gereja seperti di St Gallen,Reichenau dan Fulda dan dikatakan telah dipelupori oleh Boniface pada abad yang ke8 dan berkembang dizaman Carolingian Renaissance diabad yang ke9.Secara umumnya Epik German Purba ditulis dalam bahasa Latin dan diantara yang terkenal ialah Abrogans,Hildebranslied Wessobrunn Prayer,Babarian Muspilli dan lain-lain.Diera lebih kehadapan sastera German yang berkaitan dengan peperangan ialah GEST dan yang terkenal ialah The Gest Historiale of Destruction of Troy, itupun diabad yang ke14.Zaman moden lahirlah Gesellschaftsroman yang memaparkan tentang kehidupan masyarakat German.Natijahnya dapatlah kepada kita bahawa kesusasteraan German jauh lebih muda dari kesusasteraan Melayu yang menerima pengaruh dari India dan juga Islam.Jadi apakah significantnya dengan perbandingan dua kajian budaya ini, jawapannya= "kebanyakkan orientalis barat " telah lama mengetahui bahawa kebudayaan dan kesusasteraan Melayu adalah yang Tertua DiDunia dan Amat Menarik Sekali dikaji dibandingkan dengan kebudayaan mereka sendiri.Jadi generasi muda sekarang perlu memahami " kunci perbendaharaan ini ".Dengan kata lain inilah "Harta Karun " yang perlu kita cari mulai sekarang.Saya sendiri telah membuka sedikit ruang kearah itu dengan makna GUA BAMA itu sendiri iaitu G-Gedung U-Untuk A-Anbia B-Budaya A-Amanah M-Melayu A-Amalkan.Sekian, wassalam

Pengenalan Terhadap Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara-Atipan XXX(Pembuktian Ianya Ditulis Oleh Orang Lembah Bama-Akhir )


9.Pada mukasurat 189, dalam Hikayat Seri Rama telah dikarang oleh penulisnya seperti berikut:-

" Maka turun Hanuman ketengah laut dikacaunya laut itu dengan ekornya, sekaliannya menjadi keroh ".

Analisis dan Realiti dalam kehidupan kami diLembah Bama -kacau mengikut Kamus Dewan ialah bercampur baur,tidak teratur.Keroh pula ialah air yang tidak jernih.Mengenai kacau ini ,ada saya coretkan tentang kami membuat dodol dengan mengacaunya.Saya ada menceritakan bagaimana sebelum dikacau dodol ini, kami membuat Lubang dipanggil lubang Letkual (Letak Kuali) yang mana kami mencari busut atau bukit dekat rumah Pakencik Akob bersama Abang Akil.Diatas busut inilah kami korek lubang dan kemudian dibuat tungku untuk diletakkan kuali.Dari lubang sebelah hadapannya kami masukan kayu api bagi memasak dodol tersebut.Setelah kami siap mengacau dodol itu, kami bebudak disitu akan mandi dalam parit dekat rumah Pakencik Akob itu sehingga air parit itu keruh.Bagitu jugalah bila tiba musim kemarau disungai Teris akan diadakan program berikan yang biasanya dekat Gua Bama itu, air sungai menjadi keruh kerana "diharuk " oleh orang kampung bagi menangkap ikan dalam sungai tersebut.Malahan saya begitu gembira sekali bila ikan "naik ngok " bila air sungai Teris yang terlalu keruh itu.Ini membolehkan saya mengnyayuk ikan bador yang telah " naik ngok " itu.Inilah realiti dalam kehidupan kami yang dapat saya buktikan kepada para pembaca sekelian yang benar-benar berlaku dalam pengalaman hidup saya dan juga orang-orang Kampung Relong yang berkaitan dengan apa yang ditulis dalam hikayat Seri Rama itu.

Ayat dari perkataan dikacaunya dan keroh yang masih kami gunakan diLembah Bama adalah seperti berikut :-

9.1.Dikacaunya- Dikacaunya dodol diatas tungku besi dekat rumah Pakencik Akob sehingga masak yang membuatkan kami budak-budak sekelilingnya ketika itu berminat sungguh untuk menjamahnya.

9.2.Keruh- Air Sungai Teris menjadi begitu keruh bila orang kampung turun berikan (menangkap ikan )beramai-ramai menggunakan pelbagai pekakas seperti jala dan jaring dalam program berikan disungai tersebut bila tiba musim kemarau.

Sebenarnya banyak lagi bukti yang boleh saya petik atau nukilkan dari Hikayat Seri Rama yang menjadi realiti dalam kehidupan kami orang Kampung Relong khasnya dan amnya orang diLembah Bama (dalam parameter kajian saya), namun ini adalah sudah cukup untuk membuktikan bahawa sastera orang Lembah Bama lebih jauh mendahulu kesusasteraan German yang mereka panggil GEST dan juga GESELLSCHFTSROMAN yang akan saya ulas dalam edisi terakhir.

Dr Aminudin

Monday, May 3, 2010

Pengenalan Terhadap Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara-Atipan XXIX(Pembuktian Ianya Ditulis Oleh Orang Lembah Bama )


7.Dimuka surat 162,Hikayat Seri Rama ada dicoretkan oleh pengarangnya seperti berikut :-

" Setelah sudah makan diangkat pelbagai makanan dibawa orang segala penganan orang makan minum bersuka-sukaan "

Analisis dan Realiti Dalam Kehidupan Lembah Bama - menurut Kamus Dewan ,penganan ialah beranika jenis kuih dan makanan.Penganan ini telah saya coretkan dalam blog ini dibawah tajuk "Meriahnya Surau We Muhamaad " dimasa bulan puasa.Dimana diantara juadah yang menjadi kegemaran kami bebudak ketika itu itu ialah penganan pelita talam yang jarang kita dapati lagi hari ini dibuat orang Kampung Relong dibulan puasa.Namun begitu saya masih boleh mendapatinya digerai pasar ramadhan diKuantan.Biasanya penganan pelita talam ini diberi kepala yang dibuat dari santan kelapa manakala badannya yang berwarna choklat itu dibuat dari tepung gandum.Selain itu penganan "golek " juga terdapat dimasa kami kecil dahulu.Inilah menjadi kegemaran kami disurau sungaibatu disamping nasi berulam yang turut kami gemari ketika itu yang diminum dengan air sirap atau dipanggil juga air serebat.Selain itu air batu bersama selasih juga menjadi kegemaran kami diketika itu.Jadi penganan adalah kuih muih yang lumrah bagi kami diKampung Relong atau kawasan Lembah Bama.

Ayat dari perkataan "penganan " yang masih kami gunakan hingga sekarang diLembah Bama adalah seperti berikut :-

7.1.Penganan - penganan talam (pelita talam ) menjadi kegemaran kami berbuka dibulan ramadhan disurau sungaibatu,Kampung Relong yang selalu disediakan untuk kami oleh kaum wanita disitu.

8.Dalam muka surat 268,Hikayat Seri Rama ada ditulis oleh pengarangnya seperti berikut:-

" Apabila Maharaja Rawana mendengar anaknya mati iapun menjatohkan dirinya dari atas rata lalu bergoling dibumi "

Analisis dan Realiti Kehidupan kami diLembah Bama- perkataan berguling ini telah saya coretkan tentang kenakalan saya semasa kecil dimana minta emak membelikan anting-anting kepada saya bila mereka hendak berjalan dan membeli belah diKuala Lipis.Jadi bila emak saya tidak mahu membelikan anting-anting kepada saya sedangkan makandak hendak membelikan kepada anak-anak perempuannya menyebabkan saya berguling-guling atas pelantar dirumah lama kami dekat Gua Bama itu.Inilah salah satu kenakalan saya semasa kecil sebagai seorang budak lelaki yang tidak tahu apa itu "anting-anting " dimasa kecilnya.Tajuk ini boleh para pembaca budiman baca dalam blog saya dibawah tajuk yang sama.

Ayat dari perkataan "berguling" yang masih kami gunakan diLembah Bama seperti berikut:-

8.1.Berguling-Kadang-kadang kami budak-budak Sungaibatu,diKampung Relong bila menangis berguling-guling diatas tanah bagi mendapat simpati ibu-bapa kami atau supaya mereka memenuhi kehendak kami.

Dr Aminudin

Sunday, May 2, 2010

Pengenalan Terhadap Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara-Atipan XXVIII(Pembuktian Ianya Ditulis Oleh Orang Lembah Bama )


6.Seterusnya dalam mukasurat 89,Hikayat Seri Rama telah dicatatkan oleh pengarangnya seperti berikut :-

" Setelah masoklah matahari maka ia datang berapa lama dinantikan oleh Seri Rama ada sebuah dusunnya didalam rimba belantara ada dua balai satu daripada gedong hampir balai itu ada satu mata air maka diikatnya dengan batu yang hijau "

Analisis dan Realiti Kehidupan DiLembah Bama- dari nukilan diatas saya petik perkataan dusun dan juga gedung.Dusun mengikut Kamus Dewan ialah kebun buahan dan Gedung mengikut Yaakub Isa (Kamus Melayu Kelasik) ialah rumah batu yang besar,bangunan tempat menyimpan barang-barang berharga,takungan air didalam sawah tempat yang dijangkakan banyak ikan.

Saya telah mendapati dikampung Relong memang banyak dusun buah-buahan.Disungaibatu sendiri dusun yang selalu kami bermain dan mencari buah-buahan dimusimnya ialah diceruk membebek.Disinilah saya coretkan dalam blog ini satu tajuk khas iaitu Manggis.Selain dari manggis banyak juga buah durian,langsat,rambai,rambutan,rawa dan lain-lain berbuah didusun ini.Malahan dalam memori persekolahan saya disekolah rendah Relong ,saya muatkan cerita betapa kami kurang berminat membuat kerja rumah bila tiba musim buah-buahan dikampung kami.Perkataan yang kedua ialah Gedung yang bagi kami diKampung Relong adalah istilah merujuk kepada takungan air atau tasik kecil.Gedung yang popular dikampung kami ialah Gedung Wan Tekah (gedung dekat rumah kami disungaibatu).Gedung ini ,saya coretkan peristiwa berikan (menangkap ikan ) dalam blog ini.Banyak ikan dalam Gedung Wan Tekah ini seperti sebarau,lampang,potak, ikan kepar,sembilang,puyu,keli,toman dan lain-lain.Gedung ini akan dibuka bila keluarga kami hendak mengadakan khenduri dan mencari ikan untuk dibuat lauk.Selain dari itu gedung banyak terdapat ditempat lain seperti diTeha,Ulu Relong dan dekat Bukit Berangan.Jadi istilah Gedung sebagai tasik kecil perkara lumrah bagi kami diKampung Relong dan kampung-kampung seperti Bapong,Behrang,Bercang dan Keledek.Jadi memang selari apa yang dicatat oleh penulis hikayat ini tentang gedung dengan realiti kehidupan kami diLembah Bama.

Ayat dari perkataan dusun dan gedung yang masih kami gunakan diLembah Bama adalah seperti berikut :-

6.1. Dusun - Semasa saya kecil banyak dusun-dusun dikampung kami menghasilkan buah-buahan tempatan terutama diCeruk Membebek ,Ulu Relong dan Teha tidak diterusik kerana semua orang kampung mempunyai pokok buahan sendiri.

6.2. Gedung-Gedung Wan Tekah dekat rumah lama kami ditepi Gua Bama itu bila tiba masa untuk berikan(menangkap ikan ) saya pernah diminta oleh ayah membuka empangannya dekat mesin pecah batu dikampung kami itu.

Dr Aminudin

Saturday, May 1, 2010

Pengenalan Terhadap Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara-Atipan XXVII(Pembuktian Ianya Ditulis Oleh Orang Lembah Bama )


5.Dalam mukasurat 76, Hikayat Seri Rama telah dituliskan oleh pengarangnya seperti berikut :-

" Berapa ribu kerbau lembu dan beberapa laksa rusa dan beberapa laksa kambing,beberapa laksa itek ayam dan beberapa tempayan minuman pelbagai namanya diminum orang dan beberapa puloh nekmat tiada lagi tepermanai ".

Analisis dan Realiti Dalam Kehidupan Lembah Bama dapat dikesan dari perkataan diatas iaitu kerbau,lembu,ayam itek, tempayan dan rusa.Saya telah menghuraikan dalam kajian tentang Lembah Bama bahawa Teori Kerbau yang datang keLembah Bama adalah sekitar abad yang ke5 ,Masehi.Saya juga telah memetik cerita bagaimana kerbau berlawan dengan Raja Belia didalam gua, dan saya berpendapat disini ialah Gua Bama yang menjadi latarbelakang cerita tersebut.Disamping itu juga saya ada menghuraikan evolusi daun asam jawa yang dahulunya sebesar daun keladi birah tetapi kini daun asam jawa hanya sebesar jari tangan kita sahaja.Saya juga telah membuktikan bahawa pokok asam jawa memang banyak terdapat diKampung Relong terutama dekat dengan rumah Tok Aki Had, tukang calat(Tok Mudin) dikampung Relong dahulu, dimana saya selalu bermain dengan anak-anak Pakandak Dahan dibawah pokok asam jawa tersebut.Begitu juga kerbau,lembu ini menjadi binatang ternakan utama orang Sungaibatu diKampung Relong, malahan Aki saya (Haji Husin) telah pergi menunaikan haji bersama We Muhammad dengan menjual kerbau dan lembu mereka untuk keMekah.Saya juga ada mencoretkan tentang peristiwa orang Kampung Relong menyembelih kerbau dan lembu dimana tempat penyembelihan itu adalah dekat kedai sederet ditepi padang sekolah Kampung Relong.Malahan saya juga mendapat petua dari peristiwa itu ialah darah kerbau atau lembu yang disembelih itu boleh menahan benang jala untuk tahan lama dan juga dikatakan "mujur" oleh orang kampung kalau kita pergi menjala ikan.

Ayam dan itek seperti yang pernah saya coretkan dalam blog ini adalah binatang ternakan utama kami diKampung Relong.Saya ada menceritakan bagaimana ayam dan itek kami habis bergelempangan kerana mabuk termakan ubi gadung.Bagitu jugalah saya ada menglakarkan "tengkalang" sebagai bekas ayam dan itek yang hendak kami jual kepekan sari dikampung kami atau dijual kepekan Padang Tengku.Akhirnya Tempayan adalah " bejana yang dibuat dari tanah liat untuk menyimpan air dan lain-lain (Kamus Dewan") yang pernah saya coretkan dalam blog ini iaitu kami gunakan untuk mengisi air bagi basuh kaki kami bila hendak naik kesurau sungaibatu.Juga saya pernah menceritakan tentang tempayan ini sebagai bekas ayah menyimpan rambutan gading yang kami jeruk ,dimana tidak kedapatan lagi orang kampung menjeruk rambutan longir (rambutan yang tidak lekang) sebagai makanan sekarang.Manakala rusa memang banyak juga mengikut kata ayah saya terutama disekitar Bukit Perupuk dan Bukit Peninjau.Namun oleh kerana binatang tersebut adalah binatang lindungan kerajaan tidaklah penduduk kampung kami menangkap sesuka hati.Bagi pemburu seperti Pakangah Man dan Abang Din-Miah selalu juga mendapat rusa yang diburu bila tiba musim lesen memburu dikeluarkan.

Ayat dari perkataan diatas yang kami gunakan diLembah Bama adalah seperti berikut :_

5.1.Kerbau- Semasa saya kecil pernah juga ayah menyuruh saya menyedong kerbau dipaya dekat Gua Bama itu.

5.2.Ayam dan itek- Reban bagi ayam itek kami diKampung Relong dimasa dahulu dibuat dari atap rembia dan dinding dari kayu kelat yang kami cari berhampiran Sungai Teris.

5.3.Tempayan-Tempayan yang terdapat dekat surau Sungaibatu itu telah dibeli oleh We Muhammad (Tok Imam surau kami) disebuah kedai diKampung Bapung.

5.4.Rusa- Daging rusa liar yang diperoleh oleh Abang Din kadang-kadang ada juga dihantar kerumah lama kami ditepi sawah dekat Gua Bama itu.

Dr Aminudin