Showing posts with label 2003. Show all posts
Showing posts with label 2003. Show all posts

Monday, May 31, 2010

Data Interception Siri 2-Minangkabau


Dalam edisi Kajian Terhadap Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara yang bertarikh 23 Mac 2009 ,saya ada memetik kajian oleh orientalis iaitu J.M.Gullick dalam monograph nombor 33 yang bertajuk A History of Negeri Sembilan,2003yang mana Gullick menulis tentang Minangkabau dengan katanya " like King Arthur's Camelot in the English historical tradition, is more significant as legend than a fact ".Begitu jugalah kajian saya terhadap inskripsi-inskripsi yang terdapat diBukit Seguntang yang terletak diPalembang yang saya muatkan dalam blog saya ini bertarikh 6 April 2009 yang dibawah entry Data Interception.Kali ini ada baiknya kita melihat pandangan dan tulis oleh orang Minangkabau sendiri yang iaitu Profesor Dr Hamka sendiri yang mana kata penerbit bukunya , "...Hamka bukanlah orang luar, tetapi anak Minangkabau sejati, keturunan orang beradat juga dalam negeri Sungaibantang, dan memakai gelar pusaka Datuk Indomo ".Seterusnya saya membuat intisari dari buku Dr.Hamka,Islam dan Adat Minangkabau,2006 dihalaman 7, beliau menulis "...didalam dogeng-dongeng kuno, sebagai dalam Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang, telah tersebut juga Minangkabau itu dahulunya suatu kerajaan besar ".

Selanjutnya Prof.Hamka menulis yang bertemu sepucuk surat tua diIndia yang ditulis pada tahun 1005,Masehi mengatakan Raja-raja Palembang dipanggil Raja Gunung.Ketika itu Minangkabau dibawah jajahan Sriwijaya dan bila Kerajaan Sriwijaya jatuh kerajaan telah berpindah keDarmasraya.Bila Kerajaan Sriwijaya jatuh digantikan oleh Kerajaan Majapahit pula memerintah Minangkabau hinggalah kehari ini.Bila Aditiawarman menjadi Raja Minangkabau pada tahun 1343,Masehi beliau menitah dibuat patung Manju Shri yang bermakna " yang maha suci" ,masih terdapat diBerlin hingga sekarang.Bila Kerajaan Melaka mempunyai kekuatan penyiaran Ugama Islam banyak rakyat Minangkabau berpindah kesana dan menubuhkan negeri yang di panggil "Negeri Sembilan".Hingga keera moden bila belaku gerakan Paderi dari tahun 1801-1837 ,dimana Imam Bonjol dikalahkan oleh Belanda unsur-unsur Islam masih kental dalam Adat Minangkabau malahan pepatah ini diterapkan " Syarak nan mengata, adat nan memakai.Sudah adat kebalairung, sudah syarak kemasjid ".Struktur Orang Empat jenis iaitu Penghulu,Manti,Dubalang dan Malim yang mana ditentukan pula pakaiannya iaitu Penghulu berpakaian hitam,Manti berpakaian Unggu,Dubalang berpakaian Merah dan Malim berpakaian Putih.Inilah warna-warni kehidupan orang Minangkabau yang dicatatkan oleh Prof Dr.Hamka.Selain dari itu saya petik pantun berikut dari buku yang beliau tulis itu dihalaman 109 berbunyi :-

Dari mana asal terbit pelita,daripada tanglung nan berapi,
Darimana asal nenek kita,dari lereng Gunung Merapi.

Dr Aminudin- Bersambung

Tuesday, March 23, 2010

Pengenalan Terhadap Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara -Atipan IV


Sambungan Negara Kota DiAlam Melayu

5.Minangkabau -J.M.Gullick,dalam monograph no.33,berjudul A History of Negeri Sembilan,2003 tidaklah menghurai tentang negara kota ini dengan panjang lebar, dia ada menulis " Minangkabau ,like King Arthur's Camelot in the English historical tradition, is more significant as a legend than a fact ".Dari kajian saya pula saya dapati sejarah Minangkabau ini bermula dikawasan sekitar Lubuk Sikaping,Rao,Ophir,Sijunjung,Tiku,Painan yang didirikanlah kerajaan kecil bernama Kuntu,Kadis,Siguntur,Kota Batu,Dusun Tua,Bungo Setangkai dan lain.Kerajaan ini asalnya dari jajahan Kerajaan Majapahit yang dirajai oleh Adityawarman yang turut mengembangkan ugama Buddha.Banyak artifak dikatakan menjadi asal-usul Minangkabau ini yang akan saya bincangkan kemudian.Peristiwa Perang Padri yang berlaku pada tahun 1821-1837 yang dipimpin oleh Imam Bonjol menentang penjajah Belanda telah mengakhiri kerajaan ini pada 1838 dan mengakibatkan kerajaan Pagaruyung tiada lagi.

6.Singasari -Kerajaan ini muncul lantaran rapasan kuasa oleh Ken Arok dan kemudian dibunuh pula oleh Anusapati pada tahun 1227 dan dia pula dibunuh pula oleh Rangga Wuni dan setelah 20tahun memerintah dia digantikan oleh anaknya Kertanagara.Zaman inilah yang kegemilangan kerana dengan gagasannya iaitu Nusantara dan keduanya menentang Kublai Khan.Dia enggan tunduk kepada Khublai Khan dan Khublai Khan menghantar wakil bernama Meng Ki dan atas sebab penghinaan Khublai Khan menghantar armada kesana pada tahun 1293.Sementara dalam negeri pun kerajaan ini bergolak dan diambil kesempatan oleh Raja Kediri untuk merampasnaya dan menbuatkan mereka tewas dan Jayakatwang menjadi raja, namun dijatuhkan pula oleh Raden Wijaya, yang kemudiannya mendirikan kerajaan Majapahit.

7.Kerajaan Majapahit- Majapahit berasal dari buah maja dikawasan Tarit yang rasanya pahit.Raden Wijaya telah memihak kepada pihak Monggol yang hendak menyerang Jawa dan dengan tewasnya Jayakatwang, maka Raden Wijaya berkuasa.Selepas itu dizaman Jayanegara,tokoh Gajah Mada telah dilantik menjadi Patih diKuripan pada tahun 1319-1321 Masehi.Dizaman Hayam Wuruk (1351-1389)Masehi adalah zaman kegemilangannya dimana zaman takluk Majapahit ialah meliput Daha,Wengker,Matahun,Lasem,Pajang,Paguhan,Kahuripan,singasari,Mataram,Wirabumi,Pawanuhan dan Kabalan.Apa yang saya lihat dizaman Majapahit kesusasteraan dan kesenian berkembang begitu baik.Zaman ini karya kesusasteraan seperti Negarakertagama,Pararaton dan Tantu Panggelaran telah dihasilkan.Dizaman Hayam Wuruk lahir penyair handalan seperti Budhaditya,Sri Mudali Saherdaya dan Sudarhma ,manakala pertunjukan wayang kulit dari epik Ramayana dan Mahabarata digemari ramai. Kerajaan Majapahit mulai merosot bila kemangkatan Hayam Wuruk pada tahun 1389 Masehi.Saya akan menghuraikan bagaimana Sistem Pemerintahan Kerajaan Alam Melayu dilaksanakan berdasarkan Hikayat Seri Rama dan dikaitkan dengan Pemerintah diAlam Melayu.

Bersambung Sistem Pemerintah DiKerajaan Alam Melayu.

Dr Aminudin