Monday, March 29, 2010

Pengenalan Terhadap Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara -Atipan X (Strategi Peperangan)


I.A.Struktur Ketenteraan Islam

Dizaman Nabi Muhmammad SAW ,bagindalah menjadi pemimpin tertinggi angkatan tentera, manakala gabenor-gabenor pula menjadi panglima-panglima angkatan tentera.Baginda telah memimpin Ghazwah penting misalnya Ghazwah Badar,Ghazwah Uhud dan Ghazwah al-Khandak.Baginda ada juga menghantar panglima angkatan tentera bagi ekspedisi yang dipanggil "sariyyah dan jamak saraya ",dimana sariyyah ini diketuai oleh Amir al-Askar (Commander in Chief).Dimasa Nabi Muhammad SAW ,tentera Islam terdiri dari para sahabat baginda dan para mujahid Islam.Mereka ini bersatu dibawah pimpinan Nabi Muhammad SAW tanpa gaji dan bayaran.Namun diera Khalifah Umar bin al-Khattab yang dimulai sejak 20 Hijrah atau 64 Masehi ,gaji angkatan tentera adalah seperti berikut :-

i.Setiap lelaki al-Muhajirin dan al-Ansar menerima sebanyak 3000-5000 dirham setahun.
ii.Askar-askar veteran (Ahl al-ayyam) sebanyak 3000 dirham setahun.
iii.Askar separuh veteran (Ahl al-yarmak dan al-Qadisiyah) yang menyertai perang Yarmak dan Qadisiyah dibayar sebanyak 2000 dirham setahun.
iv.Kaum junior (Rawadif) dibayar sebanyak 1500-2000 dirham setahun.

Struktur tentera Islam pada peringkat awal ialah sistem berbaris (al-Saf) yang diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW, setiap baris mengandungi 10-1000 orang bergantung pada jumlah tentera.Apabila tentera Islam telah bertambah, sistem pembantu (al-na'ib) telah diperkenalkan.Dizaman Bani Umaiyah bagi setiap 50-100 orang tentera akan diketuai oleh seorang al-na'ib.Setiap 10 al-na'ib atau 100 orang tentera akan diketuai oleh seorang komander (al-amir).Dizaman Ali bin Abi Taib, dibentuk sistem penyusunan ketenteraan bergelar "kurdus" dimana setiap "satu kurdus" mempunyai 300 hingga 600 orang.Apabila tiba dizaman Abbasiyah pula tentera Islam telah dibahagikan kepada enam bahagian iaitu :-

1.Tentera berkuda (al- fursan)
2.Tentera berjalan kaki (al-harbiyah)
3.Tentera memanah (al-ramiyah)
4.Tentera bola api (al-naffatun)
5.Tentera penembak (al-naqqabun)
6.Tentera pembawa senjata (al-ghilman)

Tentera adalah sukarelawan dizaman Nabi Muhammad SAW dimana berperang demi keredaan Allah SWT semata-mata,namun begitu dizaman Bami Umaiyah,Abbasiah dan seterusnya tentera berbentuk sukarelawan ini tetap muncul.Disamping itu dalam peperangan Islam wanita turut terlibat sebagai pembantu seperti merawat tentera yang cedera,membawa air dan makanan.Misalnya Hindun ibu Muawiyah dalam peperangan diSyria pada 15 Hijrah atau 636 Masehi.Aishah, isteri Nabi Muhammad SAW dalam Perang Jamal pada 36 Hijrah atau 657 Masehi.Kaum wanita juga terlibat dalam majlis dialog ketika peperangan, namun mereka tidaklah boleh menjadi " Commander in Chief ".Banyak peperangan diantara Islam dengan pihak musuh, bilangan anggota tentera Islam mempunyai bilangan yang kecil berbanding pihak musuh misalanya dalam peperangan berikut :-

1.Perang Badar-bilangan tentera Islam 324 orang berbanding dengan pihak musuh seramai 1000 orang.
2.Perang Khandak -bilangan tentera Islam 3000 orang berbanding dengan pihak musuh seramai 10000 orang.
3.Perang Taif -bilangan tentera Islam 10,000 orang berbanding dengan 20,000 orang pihak musuh.
4.Peang Tabuk-bilangan tentera Islam 30,000 orang,namun perang ini tidak terjadi kerana tentera Rom telah mengundurkan diri.

Walaupun bilangan tentera Islam kecil,tetapi akidah dan syariah yang mereka pegang telah menjadi tentera Islam mencapai kemenangan.Disamping itu menggunakan Strategi Peperangan yang baik.Diantara strategi-strategi yang digunakan ialah :-

1.Taktik Menunggu-ketika perlawanan dilapangan, mereka menggunakan taktik menunggu yang apabila musuh hampir barulah mereka menyerang dengan spontan.Taktik ini digunakan dalam Perang Badar.
2.Taktik Bertahan-taktik ini digunakan ketika diserang musuh, taktik ini digunakan dalam Perang Khandak, dimana tentera Islam membuat benteng pertahanan dengan mengali parit disekeliling kota Madinah.
3.Taktik Mengepung-taktik ini digunakan ketika menyerang musuh dan kemudiannya diikuti oleh serangan bertubi-tubi keatas musuh yang menjadikan musuh tidak dapat menyusun kedudukan mereka, taktik ini digunakan dalam Perang Taif.
4.Taktik Tidak Mengejar Musuh Apabila Musuh Lari Dari Medan Peperangan-taktik ini lebih bersifat psikologi yang memperlihat tentera Islam tidak bersifat agresif.Selain dari itu tindakan mengajar musuh boleh menjadikan mereka terperangkap dengan helah musuh.

Akhirnya didapati banyak juga bandar tentera dibina oleh Kerajaan Islam seperti Kufah,Basrah,Damsyik,Halab,al-Fustat,Jalula,Takrit,Qarqisiya,Masabadhan,Khuzistan,Fars,Shiraz,al-Sind,al-Mansurah,Ardabil,Tasus,Wasit,Istanbul,Baghdad dan lain-lain.

Dr Aminudin

No comments: