Wednesday, March 24, 2010

Pengenalan Terhadap Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara -Atipan VII


2.Era Kedatangan Islam KeAlam Melayu

Dalam buku kajian saya berjudul "Menyingkap Sejarah Lembah Bama DiNegeri Pahang Sebagai Pusat Perdagangan Terawal Bagi Asia Tenggara Dan Mengesan Sultan Pemerintah Riau-Lingga-Johor Yang Menetap DiLembah Bama (Kg Relong)" yang diterbitkan pada tahun 2009, telah saya huraikan bahawa Islam telah datang kePahang terus dari Arab.Ini dibuktikan dari inskripsi yang saya teliti dan terdapat diKampung Pematang Pasir,Pekan yang bertarikh 419 Hijrah atau 1028 Masehi dan ini merupakan inskripsi paling awal diSemenanjung Tanah Melayu, kalau sebelum ini dikatakan yang inskripsi yang paling awal dijumpai ialah Batu Bersurat diTrengganu yang bertarikh 702 Hijrah atau 1303 Masehi.Jadi wali yang datang dari Semenanjung Arab itu telah wafat diKampung Pematang Pasir,Pekan,Pahang yang dibatu nisan beliau tertulis skrip Bahasa Arab yang terjemahannya seperti berikut:-

Wahai yang mengampuni,
Firman Allah Taala
Tiapt-tiap yang bernyawa mesti
Merasai mati dan sesungguhnya akan
disempurnakan
Pahala-pahala kamu
Pada hari kiamat
Maka barang siapa yang dijauhkan
Dari neraka
Tidak takut ialah Allah
Firman Allah Tabaraka
Watalaa dalam kitabnya
Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah
Diatas mereka berdukacita
Berpindah diwaktu subuh (pagi)
Wahai Allah yang menjelaskan
Ketahuilah seseungguhnya dunia itu
Seperti rumah tumpangan
Berihat diwaktu isyak (malam)
Dan dia melainkan mata benda
Yang Memperdayakan
Tidak benar Allah
Yang Mulia
Tahun Empat
Wahai Allah yang mengasihi
Tarikh wafatnya hari Rabu Empat
Belas dan bulan rabic
Dan dimasukkan
Kedalam surga maka sesungguhnya
Memanglah ia dan tidaklah
Hidup didunia
Dan sembilan belas

(Mahayudin Haji Yahya,Sejarah Orang Syed DiPahang,1984:32)

Selain dari batu bersurat yang ditemui diKampung Pematang Pasir,Pekan ini (saya melihat dan mendapati ia adalah sahih),saya juga mendapati masyarakat Arab telah lama mendiami Pekan dan daerah-daerah lain diPahang.Ini dibuktikan dalam Sejarah Melayu juga menceritakan bagaimana seorang Arab yang bernama Nakhoda Saidi Ahmad yang tinggal diKuala Pahang telah membantu dan melarikan Tun Teja untuk menjadi isteri Sultan Mahmud Shah.Prof Dr.Nik Hassan Shuhaimi(UKM) juga mengesahkan bahawa Pahang adalah pelabuhan antarabangsa yang terkenal dimata dunia terutama kepada ahli pelajaran Cina dan Arab pada abad yang ke11 dan menjadi pelabuhan persinggahan dikala itu terutama diPulau Tioman (Nik Hassan Shuhaimi,1997).

Banyak inskripsi yang dikesan diAlam Melayu yang diantaranya saya sebut disini iaitu :-
1.DiChampa,Vietnam diberi tarikh 1035 Masehi,menyebut Sultan Mahmud
2.Batu Nisan,Abu Kamil,diberi tarikh 1039,diChampa,Vietnam
3.Batu Nisan,diBrunei diberi tarikh 1418 Masehi
4.Batu Nisan,diBrunei bagi Putri Makhdarah binti Ali,diberi tarikh 1048 Masehi
5.Batu Nisan Sultan Muhammad Shah I Pahang,bertarikh 1475 Masehi
6.Batu Nisan,diPematang Pasir,Pekan, bertarikh 1028 Mesehi(dijelaskan)
7.Batu Nisan,Fatimah binti Maimunbin Habatallah,bertarikh 1082 Masehi,Jawa Timur
8.Duit timah, era Sultan Muzaffar Shah,Melaka
9.Makam Ahmad Majanu,Negeri Sembilan, bertarikh 1463 Masehi
10.Batu Nisan,Sultan Malik al-Salih,Pasai,bertarikh 1297 Masehi
11.Duit Arab,diberi tarikh 848 Masehi dijumpai diLembah Bujang,Kedah.Membuktikan Pedagang Arab mengunjungi Kedah.
12.Batu Bersurat Trengganu diberi tarikh 1303 Masehi.

Foto-foto inskripsi bagi Islam itu saya paparkan dihalaman artikel ini.Keluaran akan datang saya akan menghurai dan menghujah tentang Bahasa dan Kesusasteraan Islam dialam Melayu dan membuktikan dalam Hikayat Seri Rama ia turut mengalami kesan kedatangan Islam serta melihat ia sebagai naskhah yang tertua diNusantara.

Dr Aminudin

No comments: