Wednesday, March 31, 2010

Pengenalan Terhadap Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara -Atipan XIII (Strategi Peperangan-Alam Melayu)



III.Strategi Peperangan DiAlam Melayu

Saya mendapati pada asal matlamat utama peperangan diAlam Melayu bukanlah untuk meluaskan tanah jajahan tetapi lebih bersifat untuk menambah pengikut dan menambah bilangan hamba abdi.Dalam peperangan diAlam Melayu kita dapati pihak yang kalah biasanya mengelakkan diri dari kena tawan, mereka ini akan melarikan diri kedalam hutan.DiNusantara amalan ilmu kebatinan seperti ilmu ghaib dan ilmu kebal adalah cara untuk menguatkan diri dari segi fizikal dan juga mental bagi melawan musuh dalam peperangan.Masyarakat Nusantara menanggap peperangan penting dalam tamadun manusia, justeru itu kita lihat dalam sastera klasik diNusantara ia ditulis dalam bentuk hikayat,syair dan prosa yang menjadikan perang sebagai tema utamanya.Oleh itu Hikayat Seri Rama yang saya kaji sebagai yang tertua diNusantara ini menjadi peperangan diantara Seri Rama dengan Rawanan bagi merebut Sita Dewi sebagai tema utamanya.Kita bolehlah kategorikan perang diAlam Melayu ini kepada Perang bersifat antarabangsa,misalnya perang antara Srivijaya dengan Raja Chola dari India.Perang diantara negeri umpamanya diantara Melaka dengan Acheh.Peperangan didalam negeri iaitu perang saudara bagi merebut tahta misalanya diPahang dan juga peperangan akibat pemberontakan yang terjadi dalam sesebuah negeri Melayu.

Sekarang kita lihat pula struktur ketenteraan diAlam Melayu yang boleh dikatakan baik juga kerana kita lihat dalam kerajaan Alam Melayu yang awal seperti Srivijaya,Majapahit dan Melaka ada sistem ketenteraan yang baik.Kita lihat dimasa pemerintahan Hayam Wuruk dan Gajah Mada pada abad yang ke13 dan ke14 mereka mempunyai tentera yang kuat dipimpin oleh Mangkubumi.Dibawah struktur ketenteraan Majapahit tentera darat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :-

1.Sapta Dharmaputra-tentera terdiri dari putera raja
2.Bhayangkari-tentera seramai 15 orang berjaga menjawal istana
3.Tentera biasa-tentera tetap dan sukarela yang berkhidmat dipusat dan daerah

Struktur tentera Srivijaya ada diceritakan dalam inskripsi Telaga Batu, dimana Raja merupakan ketua angkatan tentera dibantu oleh tiga pembesar tentera ia itu Parvanda,Senapati dan Pratisara.Dari segi tentera laut Srivijaya mereka ditunjangi oleh Orang laut yang mahir dalam mendayung perahu,dimana benting karang,benting pasir dan keadaan angin.Manakala Kerajaan Melaka mempunyai sistem tugas ketenteraan iaitu bergelar Laksamana,Bendahara,Penghulu Bendahari dan Temenggung.Anggota tentera kerajaan Melaka adalah rakyat jelata yang dikerah oleh pembesar yang diperintah oleh Raja.

Peralatan perang yang digunakan dalam peperangan diAlam Melayu ialah seperti keris,parang,badik,tombak,lembing,sumpitan dan lain-lain.Senjata kerislah yang paling utama.Dalam paparan kali ini saya muatkan buku berjudul " The Keris and Other Malay Weapons ',MBRAS,1998.Bila moden senjata diAlam Melayu digunakan ialah meriam,senapang,penuas,musket dan bedil.Saya juga mendapati jambi tentang peluru bedil dicipta oleh orang Lembah Bama (Kuala Lipis) dan diikuti oleh Orang Minagkabau kemudiannya.Dari segi ahli pemikir Strategi Peperangan diAlam Melayu tidaklah diketahui dengan jelas kerana bahan-bahan kajian begitu terhad dan mungkin dapat dikesan dari sastera lisan orang Melayu kalau ada para penyelidik yang berminat.

Dr Aminudin

No comments: