Saturday, March 20, 2010

Falsafah Membimbing Dari Persepktif Islam


Mengikut Kamus Delta (1988)membimbing tangan ialah leading by the hand, manakala orang yang membimbing itu dipanggil pemimpin.Justeru itu membimbing adalah usaha untuk membantu seseorang dalam melaksanakan untuk mencapai objektif atau sesuatu matlamat.Dimana dalam Islam objektif yang dikategorikan sebagai mustahak ialah seperti berikut :-

1.Membimbing seseorang insan memahami hakikat dirinya dengan membuat penilaian setakat manakah kemampuan beliau.

2.Membantu seseorang itu dalam memahami apa juga masalah yang dihadapi.

3.Membantu seseorang memahami masalah persekitarannya samada dalam bentuk kebendaan dan sosial.

4.Menolong seseorang itu mengeksplotasi segala kebolehannya dan juga persekitarannya.

5.Merancang matlamat hidup seseorang agar biar realistik dan boleh dicapainya.

6.Membentuk diri seseorang supaya dapat menyesuaikan dirinya dengan masyarakat dihuninya.

7.Membimbing seseorang dalam perkembangan peribadi yang mulia dan dapat menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya.

8.Menyediakan action plan yang sesuai bagi seseorang itu mencapai matlamat tersebut.

Secara umum ahli pemikir Islam memberikan beberapa prinsip dalam usaha kita memberikan bimbingan.Diantaranya prinsip-prinsip tersebut ialah seperti berikut :-

1.Prinsip Menyediakan Diri Untuk Membimbing- kita hanya mampu menunjuk dan memimpin seseorang kejalan yang benar tetapi kita tidak boleh memaksa mereka melakukan apa yang kita hajati.Jadi teknik yang terbaik ialah menerusi bimbingan secara berdakwah,perhubungan peribadi,memberinya dorongan dan memilih keadaan dan masa yang sesuai untuk membimbing.

2.Prinsip Mengandaikan Sesorang itu Mempunyai Personaliti Yang Unik-kita kena menerima hakikat seseorang itu "unik" jadi kalau seseorang itu telah mentafsirkan dirinya telah terasing dari masyarakat maka adalah sukar untuk kita membimbingnya nanti.Jadi terimalah dia seadanya, begitupun jangan putus asa kita mesti terus berusaha untuk membimbingnya.

3.Prinsip Menjadikan Tugas Membimbing Adalah Teknik Yang Perlu diPelajari-kita kena membuat analisis terhadap seseorang yang hendak kita bimbing.Setelah dibuat analisis yang tepat berdasarkan data-data yang ada barulah kita membimbing orang yang ingin kita bimbing itu.Disamping itu ilmu untuk menganalisis seseorang individu perlu juga kita pelajari.

4.Prinsip Mengambil kira setiap Individu Sebahagian Dari Ahli Masyarakat- analisis persekitaran seseorang individu patut kita buat sebelum kita dapat memberi nasihat,memberi panduan dan bimbingan kepada seseorang.Bimbingan itu pula perlu bersifat holstik (menyeluruh) dengan mengambil kira angkubah-angkubah persekitaran dan masyarakat seseorang itu.

5.Prinsip Membimbing secara Berterusan-dalam memberi bimbingan kepada seseorang hendakah dilakukan dari sejak lahir hingga keakhir hayatnya.Justeru itu bimbingan hendaklah dimulai diperingkat kanak-kanak lagi hinggalah keperingkat yang paling tinggi, atau dalam kata lain dari semua peringkat pendidikan seseorang.

Bagi kita yang ingin menjadi pembimbing dan juga pemimpin, saya dapati buku tulisan Hassan al-Banna,Tanggongjawab Pemimpin Islam,Diterbitkan oleh Karya Media Publisher,1989, didapati baik sebagai permulaan bagi mereka yang berminat dalam bidang kepimpinan ini.

Dr Aminudin

No comments: