Saturday, March 13, 2010

Memperkenalkan Peribahasa Jepun Digandingkan Dengan Peribahasa Melayu Siri 18


88.Hito no kenka o kauna (Jangan ambil pusing suatu pertengkaran)
Pepatah kita ada berbunyi bertelagah antan dilesung,ayam juga yang kenyang,dimana maknanya berkonflik sesama sendiri, menguntungkan orang lain.Pepatah yang berbunyi bertegang urat leher,berkeras buku lidah pula bermaksud tidak mahu mengalah.Manakala berkelahi dengan orang tidak berambut bermakna berkelahi dengan orang yang lebih rendah tarafnya.Berkelahi seperti lebah dalam gelas bermakna perkelahian yang hebat ditempat sempit.

89.Hito no kuchi niwa to ga taterarenu (Kita tidak dapat mengawal lidah orang lain)
Ada peribahasa kita tentang lidah umpamanya Lidah api bermakna hujung untuk menyalakan api.Pepatah yang berbunyi Lidah perempuan itu ialah senjatanya yang tiada dibiarkannya berkarat yang bermakna perempuan yang pandai berkata-kata.Lidah terkalang bermakna tidak dapat bercakap kerana terhutang budi.Lidah tiada bertulang,salah petik jiwa hilang pula bermakna malang jadinya kerana tidak pandai menjaga tutur kata.Sedangkan Lidah buaya ialah kuat makan atau pokok aleo vera.

90.Hito no senki o zutsu ni yamuna (Jagalah perniagaan anda sendiri)
Jaga diri adalah menjaga keselamatan dan maruah diri.Berniaga buluh kasap,hujung hilang,pangkal lesap bermakna tidak pandai membuat kerja,akhirnya rugi.Manakala janganlah kita Berniaga dihujung lidah yang bermakna suka menipu.

91.Hito no uwasa mo shichijugonichi (Sebuah keindahan hanya kekal 9 hari )
Kekal karar bermakna kekal serta aman tenteram.Kekayaan kamu yang tidak menyenangkan kamu itu sepertilah ia rumah besar yang tiada beratap ,ini bermakna kekayaan belum tentu bahagia.Indah khabar dari rupa yang bermakna cerita yang hebat dari cerita yang sebenar.

92.Hito o mitara dorobo to omoe (Jangan mudah percaya kepada orang asing)
Bidalan kita berbunyi Jangan bersandar dibatang rengas yang bermakna jangan minta bantuan dari orang besar yang jahat.Jangan bersandar dipunggur pula bermakna jangan minta bantuan pada orang yang tiada kuasa lagi.Jangan buat kerbau tanduk panjang bermakna jangan campur urusan orang.Jangan didengarkan siul ular yang bermakna jangan pedulikan tipu muslihat musuh.Jangan kamu bersahabat dengan seseorang itu sehingga kamu ketahui bagaimana ia berlaku dengan sahabat-sahabatnya yang dahulu dari kamu itu bermakna jangan cepat percaya pada orang.Jangan liat,kurang panggang bermakna jangan tidak mendengar nasihat.


Dr Aminudin

No comments: