Wednesday, March 17, 2010

Satu Lagi Dari Teori-Teori Yang Saya Kemukakan Tentang Kajian Lembah Bama,Kuala Lipis Terbukti Benar


Kajian saya tentang Lembah Bama,Kuala Lipis Pahang telah saya terbitkan dalam buku yang berjudul Menyingkap Sejarah Lembah Bama DiNegeri Pahang Sebagai Pusat Perdagangan Terawal bagi Asia Tenggara dan Mengesan Sultan Pemerintah Riau-Lingga-Johor Yang Menetap DiLembah Bama(Kg.Relong),diterbitkan tahun 2009 oleh Insan Gemilang Sdn Bhd.Dalam buku itu saya banyak membentangkan teori-teori yang menunjukkan bahawa tamadun Melayu bermula diLembah Bama.Ini berdasarkan hujah geografi,geologi,antropologi dan juga ICT.Selain dari itu Teori Kebudayaan dan Kesusasteraan telah juga saya bentangkan dan dalam blog yang terdahulu saya telah buktikan yang penulis Sejarah Melayu yang disangkakan Tun Sri Lanang telah terbukti salah.Yang betulnya ialah orang Lembah Bama dan telah disahkan oleh ahli sejarah dari USM.Selanjutnya saya juga berhujah dengan teori yang mengatakan buku Hikayat Seri Rama adalah juga naskhah kesusasteraan Melayu kelasik yang mula-mula ditulis oleh orang Lembah Bama juga.Saya telah membaca naskhah Hikayat Seri Rama oleh Noriah Taslin,2004 adalah naskhah yang memuatkan cerita wayang kulit bukannya hikayat Seri Rama yang menceritakan sejarah,cara pemerintahan,membina kota dan peperangan seperti yang dikaji oleh saya dan huraikan itu.

Kali ini teori bahan wangian yang dihasilkan oleh Lembah Bama seperti kayu gaharu,kayu cendana ,kasturi,bunga mawar,bunga melur dan bungaan adalah terdapat diLembah Bama seperti saya coretkan dalam blog saya ini atas tajuk " Wangian Dari Lembah Bama DiEkspot KeArab " telah terbukti benar kerana diKampung Berchang,Kuala Lipis, sekarang ditanam pokok gaharu ini.Keadaan tanah dari zaman dahulu hingga sekarang tidak banyak sangat yang berubah, begitu juga mineral.Lihat lombong emas didaerah Lipis dari dahulu diPenjum hingga sekarang masih kekal dan ada orang melombongnya dan emas masih terdapat lagi.Jadi kalau zaman silam Lembah Bama menghasilkan bahan wangian itu sudah pasti kalau kita tanam segala bahan tersebut ia akan kembali hidup dan berhasil kerana itu asalnya.Wal hasil balik asal!Jadi saya paparkan keratan akhbar Berita harian 6hb.Mac 2010 yang memaparkan Kampung Berchang, dalam parameter kawasan kajian Lembah Bama yang saya kaji tersebut menghasilkan gaharu dihari ini.

Dr Aminudin

No comments: