Tuesday, April 20, 2010

Pengenalan Terhadap Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara -Atipan XXI (Pembuktian Ianya Ditulis Oleh Orang Lembah Bama)


Kini sampailah masanya, saya akan membuktikan bahawa Hikayat Seri Rama yang merupakan pengaruh dari Epik Ramayana. Epik Ramayana cuba menyampaikan pengajaran melalui ajaran moral,pengajaran tentang peperangan ,peradaban dan kebudayaan.Banyak pengkaji bersetuju bahawa Ramayana dikarang oleh Valmiki dan Mahabharata dikarang oleh Vyasa.Kajian oleh Rajantheran Muniandy (2004) mendapati bahawa Hikayat Seri Rama tidak diketahui siapa pengarangnya.Jadi kini sampailah masanya saya membuktikan bahawa Hikayat Seri Rama adalah dikarang oleh orang Lembah Bama.Ramai para sarjana bersetuju Hikayat Seri Rama dicipta sekitar abad keempat Sebelum Masehi hingga abad kedua Masehi.Dalam kajian oleh Rajantheran Muniandy juga membuat kesimpulan bahawa Hikayat Seri Rama adalah hikayat bukan terjemahan dari cerita dari India tetapi sebuah karya yang tersendiri (R.Muniandy, 2004:124).Bila kesimpulan sedemikian dibuat, saya begitu gembira bahawa sekiranya Teori Saya (Aminudin, 2009) dalam Kajian Terhadap Lembah Bama, bahawa hikayat ini ditulis oleh orang Lembah Bama, maka dengan sendirinya hikayat ini merupakan naskhah yang tertua diNusantara.

Sebelum dari itu saya akan menjelajah bersama anda sekelian melihat bagaimana Bahasa Melayu Purba berkembang hingga kehari ini.Saya terlebih dahulu ingin mengistiharkan bahawa latarbelakang akedemik saya ,bukan dalam bidang bahasa, justeru itu kajian saya lebih bersifat sebagai orang awam, bukan akedemik bahasa, namun begitu sebagai seorang yang terdidik dalam bidang akedemik, saya bertanggong-jawab terhadap apa juga pendapat yang saya kemukakan, walaupun saya telah terdidik dari latarbelakang akedemik berorientasi komunikasi dan ICT.Dimana ijazah Sarjana, saya adalah dalam bidang komunikasi dan Ph.D adalah dalam bidang ICT (KM).

Alam Melayu, mengikut Asmah Haji Omar (2005:10) sebelum datang pengaruh luar telah mempunyai sistem tulisan berbentuk lambang seperti yang terdapat diLampung,Rejang,Jambi dan lain-lain.Bila pengaruh luar datang dari India umpamanya sistem ini tidak dapat bertahan kerana sistem dikenali sebagai Huruf Pallava.Memang ada sistem diAlam Melayu yang dikenali sebagai Sistem Lontara yang ditulis diatas daunan lontar diMakasar dan begitu juga sistem rencong dikalangan suku Batak diSumatera.Begitu juga Sistem Tulisan Rejang dikenali sebagai Ka Ga Nga dan diSistem Bahasa diKerinci diSumatera.Dikalangan Orang Iban pula ada terdapat tulisan dikenali sebagai Papan Turai yang digunakan dalam upacara kedukunan.Jadi natijahnya dapat saya katakan bahawa selain dari sistem tulisan terdapat juga sistem tulisan yang terdapat pada batu bersurat atau inskripsi sekitar abad yang ke7 seperti yang ditemui diSumatera dan Pulau Bangka, malahan diJawa Barat ditemui tulisan Melayu Purba bersama Jawa Kuno yang bertarikh 400 Masehi yang ditemui dikenali Sebagai Prasasti Tarumanegara.

Saya mendapati Bahasa Melayu menerima pengaruh Bahasa Sanskrit yang boleh kita kesan menerusi batu-batu bersurat seperti dinyatakan diatas tadi.Ini mungkin pengaruh perdagangan diantara Alam Melayu dan India dan kemudian menjadi intergrasi bahasa yang Alam Melayu menyerap Bahasa Sanskrit kedalam Bahasa Melayu yang hari ini kita dapati lebih 2000 perkataan Sanskrit terdapat dalam perbendaharaan Bahasa Melayu, umpamanya seperti berikut :-

Bahasa Melayu Bahasa Sanskrit

Agama Agama
dewi devi
surga svarga
neraka naraka
dosa dosa
manusia manusya
dara dara
saudari sodari
bahu bahu
nira nira
bahasa bhasa
aksara aksara
guru guru
bicara vicara
umpama umpama
mesra misra
gajah gaja
kesuma kusuma
raja rajan
baginda baginda
anugerah anugraha
negeri nagari
kota kota
astaka astaka
permaisuri paramesuari

Bersambung Pengaruh Arab

Dr Aminudin

Memperkenalkan Peribahasa Sweden Digandingkan Dengan Peribahasa Melayu-Siri 3


11."Allvar och gamman trives garna samman" (Kesungguhan dan kegembiraan semarak bersama)
Pepatah Melayu ada berbunyi Sungguhpun batang merdeka,ingat pucuk akan terhempas bermakna bila berkerja ingat dari awal sampai akhir.Sungguhpun putarwali itu raja segala panawar tetapi kebanyakkan selera ialah hamba segala makanan bererti nasihat yang baik itu berguna tapi kebanyakan orang tidak suka.Sungguhpun lemak santan akhirnya bagi juga bererti yang cantik pun akan tua juga.Suka hati didada,ringan beban dibahu bermakna kalau suka,kerja susah terasa senang.Sukakan gaharu kerana baunya,sukakan guru kerana ilmunya bererti orang suka kerana ada feadahnya.Sukakan kemeyan, dibakar bermakna jika menghargai ilmu, hendaklah disebarkan.

12,"Nar barnet ar avvant, far amman avsked " (Bila kanak-kanak kencing, jururawat kena marah "

Kencing berdiri bermakna perbuatan yang buruk.Kena sembur bermakna dimaki.Kena bagai antan pukul kepala bermakna perbuatan salah merugikan,bila benar menguntungkan.Kena luluk kandang kering bermakna terbabit walaupun tiada kena mengena.Kena pukul dipunggung,gigi habis tanggal bererti orang lain yang disindir,orang lain yang terasa.Kena seperti santan bergula,tak kena-kena bagai antan pukul kepala bermaksud kalau betul jadi baik,kalau salah jadi susah.

13."Andra tider andra seder " (Lain masa lain pelanggan )
Banyak peribahasa Melayu mengenai lain,misalnya Lain Bengkulu lain Semarang bermakna zaman dan keadaan yang berubah-rubah.Lain mangkuk, lain cawan bermakna sesuatu yang sagat berbeza.Lain luka,lain yang menyiuk,lain sakit, lain mengaduh bermakna lain yang membuat salah, lain yang merasa susah.Lain padang,lain belalang bermakna lain tempat lain adatnya.Lain teringat lain disebut, bertukar angguk dengan ilallah bermakna lain yang yang diucap, lain yang dibuat.Lain gatal, lain yang digaru ialah lain yang ditanya, lain pula dijawabnya.

14."Gott lara av andras fel,eftersom man inte hinner bego ala sjalv" (Adalah bijaksana belajar dari kesalahan orang lain,sedangkan tidak banyak masa bagi semua orang membuatnya sendiri )

Belajar apa yang kamu tiada tahu dan mengajar apa yang kamu tahu itu ialah permulaaan langkah kejalan kemajuan bererti kalau kita tahu kita mengajar orang lain,kalau kita tidak tahu kita belajar dari orang lain untuk kemajuan.Buat dengan sekelip mata bermakna buat dengan amat cepat.Buat macam rumah sendiri bermakna jangan malu dan segan dan buat sambal bermakna mudah dikalahkan.

Dr Aminudin

Saturday, April 17, 2010

Memperkenalkan Peribahasa Sweden Digandingkan Dengan Peribahasa Melayu-Siri 2


7." Man marker andras fel ach glommer sina egna " (Kita sering mencari kesilapan orang lain sedangkan kita mudah melupakan kesilapan kita )

Peribahasa kita tentang silap pun ada diantaranya berbunyi Silap Haribulan bermakna tidak kena pada masanya,Silap Gayung bermakna silap tindakan.Silap cakap kena radak,hilang nyawa percuma saja bermakna kalau silap cakap boleh membawa maut.Silap alamat bermakna silap tempat yang hendak ditujui.

8."Dom ej allt du ser,tro ej allt du hor,gor ej allt du kan,sag ej allt du vet,fortar ej allt du har,lat veta vad du har i hjartat eller pungen " (Jangan menilai apa yang anda lihat,jangan percaya apa yang anda dengar,jangan buat semua yang anda boleh,jangan anda bercakap semua yang anda tahu,jangan makan semua yang anda ada,jangan ada orang tahu apa yang ada dalam hati anda dan dalam dompet anda "

Peribahasa kita tentang jangan agak banyak juga,umpamanya Jangan bagi orang berjudi,senang alah hendak membela yang bermaksud perbuatan negatif tentu banyak keburukannya.Jangan berebut tembikar pecah bererti jangan berkonflik kerana perkara yang merugikan.Jangan ditentang matahari condong bermakna jangan buat orang besar marah.Jangan membuat baik,memberi itik bertaji,membuat jahat,sampai ayam dikerat susuhnya bererti memberi yang baik biar kena tempatnya.Jangan seperti sibuta mematah tongkat bermakna jangan bermusuh dengan orang yang menolong kita.Jangan dikejar gunung balam,hilang kabus tampaklah ia bermakna jangan terburu-buru mengejar apa yang diidamkan dan Jangan sangka ikan lais tidak menyengat bermakna jangan sangka orang kecil tidak berbahaya.

9."De ar inte jungfrur alla sam bar kransar " (Selalunya sesuatu yang tidak asli/suci akan disembunyikan "

Pepatah kita ada mengatakan Tutup mulut, terbuka pusat,lepas kaki leher terjerat,bererti terlampau banyak salah tidak dapat disembunyikan.Tutup lubang,gali luang bermakna berhutang untuk membayar hutang.Tutup hati ialah tidak mahu mendengar apa-apa alasan lagi.

10. "Allmosa minskar inte,kyrkogang hindrar inte "(Seorang itu tidak akan jadi miskin kalau berkawan dengan orang miskin,kita perlu banyak masa untuk memberi kasih sayang kepada orang yang kita sayangi )

Peribahasa ada mengatakan Orang kaya jangan dilayan,orang miskin jangan dihina bermakna ingat sikaya boleh jadi papa dan miskin boleh jadi kaya.Begitu pula pepatah yang berbunyi Sayang emak sayang sahaja,sayang bapa menambah harta,sayang saudara sama-sama ada bermakna kasih ibu,kasih sejati,kasih bapa kalau ditaati dan kasih saudara mara kalau berharta.

Dr Aminudin

Tuesday, April 13, 2010

Pengenalan Terhadap Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara-Atipan XX(Strategi Peperangan-Seri Rama )


6.Strategi Menggunakan Peribadi Seri Rama Sebagai Keturunan Nabi- dalam Hikayat Seri Rama dihalaman 202, dicatatkan oleh penulis hikayat ini bahawa Seri Rama adalah keturunan Nabi Adam dan dihalaman 249-250, pula diceritakan yang baginda menyuruh Hanuman keGunong Malakiri untuk mengambil akar kayu bernama wasliwayan yang akarnya ditumbok dan dan diperah airnya bagi menghidupkan dan menyembuhkan kera yang mati akibat peperangan.Saya nukilkan petikan dari halaman 202 seperti berikut :-

"Maka berhadapanlan kedua lashkar itu, maka Maharaja Rawana pun melihat pehak Seri Rama, ia pun bertanya pada hulubalangnya," Hai segala kamu sakalian hulubalang,siapa yang terdiri seperti sapohon lontar itu ?" Maka dilihat Maharaja Rawana Seri Rama itu warna tubuhnya seperti zamrud yang hijau, rupa nya seperti Nabi Adam.Maka sembah Jama Menteri, " Ya Tuanku Seri Maharaja, itulah yang bernama Seri Rama, adapun yang dijadikan Dewata Mulia Raya seorang pun hambanya tiada seperti Seri Rama ".

Manakala Seri Rama yang sayangkan rakyatnya menyuruh Hanuman mencari akar kayu bagi menghidupkan rakyatnya yang banyak mati pula, saya hukilkan dari halaman 249-250 seperti berikut :-

" Maka titah Seri Rama pada Maharaja Surgiwa,"Bagaimana maka kita tiada sayang akan rakyat kita yang tiada tepermanai itu mati kerana pekerjaan perang kita yang kita gagahkan itu " Maka Seri Rama memberi titah pada Hanuman, "Pergilah engkau keGunong Malaikiri mengambil akar kayu wasliwayan namanya akar kayu itu "Setelah Hanuman mengambillah segala bukit disitu digigitnya dan dikembalikan bukit tersebut ketempat asal.Maka daun kayu dan akarnya dan kulitnya itu disuruh Seri Rama tumbuk maka diperah airnya disemborkan pada kera yang mati dan luka itu.Maka segala kera yang luka dan yang mati itu seketika itu juga habis semboh dan yang baru mati itu sekaliannya hidup ".

Analisis-saya telah meneliti kajian oleh Profesor Mohd Taib Osman (1989)tentang sistem kepercayaan orang Melayu dalam buku yang saya paparkan diatas.Saya juga mendapati sistem kepercayaan ini adalah rentetan dari zaman Hindu dan juga diera Islam.Kisah-kisah Nabi umpamanya jelas tertulis dalam al-Quran dengan menyebut sebilangan nabi dan rasul sebagaimana dijelaskan oleh Allah SWT yang terjemahannya seperti berikut :-

Sesungguhnya Kami telah mengutus beberapa orang Rasul sebelum kamu, diantara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan diantara mereka pula yang tidak Kami ceritakan kepadamu (al-Mu'min,40:78)


Namun bagitu bilangan nabi dan rasul ini tidaklah begitu tepat bilangannya. Berdasarkan hadis Abu Zar, semasa beliau bertanyakan kepada Rasulullah SAW mengenai rasul dan nabi,Rasulullah SAW telah menerangkan bahawa bilangan nabi ialah seramai 124,000 orang, manakala bilangan rasul pula seramai 315 orang (Ibn Hajar al-Asqalani,al-Matalib al-Aliyah).Justeru itu para nabi dikurniakan Allah mukjizat, misalnya Nabi Adam AS,dikurniakan pengetahuan tentang nama-nama seluruh benda,Nabi Nuh AS ,dikurnia mukjizat taufan,Nabi Hud AS,dikurnia mukjizat angin yang mengazabkan kaumnya,Nabi Sulaiman yang pernah saya coretkan dimana beliau menguasai angin,jin dan haiwan.Lantaran itu kisah Seri Rama, menghidupkan rakyatnya dengan air akar kayu yang saya jelaskan diatas adalah dipengaruhi oleh kisah-kisah para nabi yang terdapat dalam al-Quran dan juga diturunkan dari generasi kegenerasi.Saya juga mendapati diakhiri Hikayat Seri Rama ini dicoretkan "... Satelah sudah kemudian daripada itu empat puluh tahun Seri Rama dan Sita Dewi dalam pertapaannya maka Seri Rama pun kembalilah dari negeri yang pana kanegeri yang baka ".

Dr Aminudin

Saturday, April 10, 2010

Memperkenalkan Peribahasa Sweden DiGandingkan Dengan Peribahasa Melayu -Siri 1


Saya telahpun menyudahkan Edisi Peribahasa Jepun Digandingan Dengan Peribahasa Jepun sebanyak 100 Peribahasa Jepun.Kini saya ingin menulis pula tentang Peribahasa Sweden yang dengan digandingankan dengan Peribahasa Melayu sebanyak kira 100 Peribahasa Sweden pula.Peribahasa Sweden akan saya sertakan juga dengan ungkapan dan skripnya.


1." Man berommer for att beromd igen " (Kita memuji untuk mendapat pulangan dari segi pujian dikemudian hari )

Simpulan bahasa kita ada berbunyi Ampu bodek yang bermakna berbuat sesuatu untuk mendapat pujian.Manakala Pujuk Rayu adalah godaan kata-kata.

2." En stang kravare ar ofta en slat betalare " (Pemberi pinjaman selalunya merupaan juga pembayar yang lembab)

Pepatah Melayu tentang hutang seperti Hutang biduk belum langsai,hutang pengayuh tiba pula,yang bererti hutang lama belum dibayar,hutang baru sudah ditangih.Hutang kayu ara pula bermakna orang besar kalau berhutang tidak mahu membayar.Hutang lapuk ialah hutang yang lama tidak dibayar.Hutang samir belum langsai,hutang kajang tumbuh pula brmakna hutang dulu belum habis dibayar,mintapun hutang baru.Akhirnya Hutang budi, maknanya Jasa.

3." De ar inte alla kariar sam bar byxor " (Tidak semua Lelaki memakai seluar panjang (kadang-kadang sifat lelaki keperempuanan)

Simpulan bahasa kita ada berbunyi Lemah Gemalai yang bermakna gerak lemah lembut.Lemah hali bermakna mudah dipengaruhi.Namun kontra dengan pepatah yang berbunyi Lemah tak tersudu,keras tak tertakik, yang bermakna pendirian yang kuat.

4."Man kysser barnet och menar amman " (Banyak mencium kanak-kanak dia dikatakan jururawat )

Cium hujung sepatu bererti meminta maaf.Cium jejak bermakna merasa curiga.Cium tapak tangan,berbau atau tidak pula bermakna sedarkan diri sendiri sebelum mengatakan orang lain.Bau malaikat terempas bermakna sangat harum.Bau-bau bacang ialah mempunyai tali persaudaraan yang jauh.Manakala bau busuk tidak berbangkai bermakna fitnah yang tidak ada bukti.

5."Det ante mej,sa han som blew utsparkad " (Saya sangkakan ia mungkin terjadi tetapi sebaliknya saya yang ditendang keluar )

Harap hendak meraup tidak boleh mengenggam bermakna hendak tunjuk mewah,lansung papa.Harap lenggang serdadu,destar teleng,belanja kurang yang bermakna lagak macam orang kaya tetapi miskin.Harapkan kuning kuah kambih,cangkuk terubuk ditinggalkan yang bermakna mengharapkan untung besar yang belum tentu yang ada telah dibuang. Harapkan siuntut mengamit,kain koyak diupahkan yang bererti percayakan kepada orang yang malas.

6." Ma aven den andra parten horas " (Biarkan orang lain mendengarinya juga (sebelum kamu membuat keputusan)

Hukum berdiri dengan sakti,ada berdiri dengan tanda bermakna hukum agama kuat oleh bukti,hukum adat kuat oleh tanda bukti.Hukum perdata bermakna undang-undang berkaitan hak,harta benda dan perhubungan awam.Hukum yang rata, adat yang datar ,bermakna sama baik,.Dengar cakap enggang, makan buah beluluk,dengar cakap orang terjun masuk lubuk yang bermakna jangan suka dengar cakap orang sahaja.Dengar cerita burung,anak dipangku dilepaskan bermakna terpengaruh dengan cakap orang, hingga mengetepikan urusan sendiri.

Dr Aminudin

Friday, April 9, 2010

Pengenalan Terhadap Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara -Atipan XIX (Strategi Perperangan-Espionage)


5.Strategi "Espionage " dan Laporan Espionage- aktiviti "espionage " dalam Hikayat Seri Rama yang dapat dikesan ialah bila Saga Dasana dari pihak Raja Rawana menyamar menjadi kera untuk mendapatkan maklumat kekuatan kerajaan Seri Rama dan usaha untuk menambak laut.Namun dilepaskan oleh Seri Rama ,Saga Dasana supaya memberikan laporan kekuatan kerajaan Seri Rama kepada Raja Rawana , dimana saya petik dari Hikayat Seri Rama, pada halaman 186-187 seperti berikut :-

"...sembah Hanuman," Ya Tuanku bukan ia kera, ia ini raksasa datang menyamar seperti rupa kera,inilah bernama Saga Dasana ".Maka titah Seri Rama,"Hai Saga Dasana berkata benarlah engkau.Apa perkerjaan mu datang ini ?".Maka kata Saga Dasana, " Ya,Tuanku, patik dititahkan Maharaja Rawana melihat Yang DiPetuan sungguhkah menambak laut itu ".Maka titah Seri Rama,"Hai Saga Dasana,kembalilah engkau,barang penglihat-mu persembahkan pada Maharaja Rawana ".Saga Dasana pun kembali ke Langkapuri dan menghadap Maharaja Rawana.Maka sembah Saga Dasana, "Ya, Tuanku Seri Maharaja, sungguh Seri Rama menambak laut ada sabuah gunong itu,Shaubada namanya,dirobohkan oleh segala raayat Seri Rama ditambakkannya laut dan beberapa gunong yang besar-basar ditambakkannya laut dan delapan yujana bumi banyak raayatnya,tiga puluh tiga hulubalang yang ternama-nama,bapa muda Maharaja Belia Pateh Jambuana namanya,ekornya bertebu-tebu dengan nilam putih, dan ada saorang penghulunya bernama Hanuman, ekornya bertebu-tebu dengan manikam yang merah, ada anak Belia ekornya bertebu-tebu dengan manikam yang hijau,Anbala Angkada namanya.Raja segala kera itu saudara Maharaja Belia,Surgiwa namanya,ia bercakap menangkap gajah meta dan menyapu ekornya dua ratus orang.Adapun Hanuman itu besar tubuhnya seperti raksasa,rupanya seperti kapas, tujuh buah gunong itu diangkat dengan ekornya juga, tiga bulan perjalanan dilompatinya.Maka titah Maharaja Rawanan lagi " Hai Saga Dasana,betapa engkau lihat sikap Seri Rama dan rupanya ?" Maka sembah Saga Dasana," Ya, Tuanku Shah Alam, saorang pun tiada seperti Seri Rama.Barang ia duduk,dihadapan orang seperti Nabi Adam rupanya.Shahdan warna tubuhnya seperti zamrud, lakunya seperti harimau akan menerkam.Anak panahnya terlalu sakti,jika dipanahkannya saratus laksa berbanjaran saratus terus, jika dua ratus laksa berbanjaran dua ratus laksa terus.Saudaranya yang bernama Laksamana itu terlalu baik parasnya.Warna tubuhnya saperti kumala warnanya dan sikapnya seperti indera ".

Analisis- strategi "espionage" dizaman moden ini ,mengikut petikan dalam buku "Tale of Real Spies ",1997 mengatakan " espionage -the act of spying-is an ancient game since the first secret message was written on a clay table some 4,000 yers ago,spies have bluffed and twisted their way into postions where could colled top-secret information and pass it on " (F.Fleming,1997:3).Ini menunjukan penulis hikayat Seri Rama sekali lagi seorang yang genius terutama sekali dari aspek perisikan tentera, dimana dia tahu strategi pengintipan ini bagi pihak yang sedang berperang.Disamping itu pula dapat membuat laporan perisikan untuk dibentangkan kepada pihak yang menyuruhnya, dalam konteks ini Maharaja Rawana yang mahukan maklumat tentang kerajaan Seri Rama dan personaliti Seri Rama dan anggota-anggota kanan kerajaan Seri Rama.Aktiviti "espionage " didunia moden sekarang bukanlah hanya dari kekuatan tentera tetapi juga ekonomi,sosial dan politik.Namun saya kira penulis Hikayat Seri Rama telah mendahului zamannya dari aspek penulis strategi "espionage " dan laporan "espionage" ini terutama sekali segi kekuatan tentera dan peribadi pihak pemerintahan kerajaan Seri Rama yang dihuraikannya dengan baik sekali dalam hikayat ini yang saya percayai mendahului zamannya.

Dr Aminudin

Thursday, April 8, 2010

Pengenalan Terhadap Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara -Atipan XVIII (Strategi Peperangan)


4.Strategi Menggunakan Rakyat Berok,ungka,kokah,siamang,kera dan lotong-dalam hikayat Seri Rama saya dapati rakyat berok,ungka,kokah,siamang,keran dan lotong digunakan bagi membina tambak dan juga berperang untuk menawan negeri Langkapuri yang diperintah oleh Raja Rawana.Umpamanya dalam halaman 148, dalam hikayat ini dapat dipetik seperti berikut:-

"...Maka Seri Rama pun bertanyakan bicara kepada Maharaja Surgiwa.Maka sembah Surgiwa,"Benarlah seperti sembah chuchu patik itu dapat kita membawa raayat yang beratus-ratus laksa itu kenegeri Langkapuri".Tatkala itu Seri Rama pun memberi titah kepada Maharaja Surgiwa,"Baiklah tuan hamba menghimpunkan segala rakyat tuan hamba yang tiada tepermanai itu "Apabila sudah berhimpunlah segala bala tenteranya lima yujana bumi tempatnya berdiri,maka Surgiwa dan Anbala Angkada menyuroh utusan segala raja-raja yang dibawah Belia Raja .Maka segala negeri itu pun berlengkap datang kapada Maharaja Surgiwa kegeri Lekor Katakina, berok,ungka,kokah ,siamang,kera,lotong,pertama datang raja kera yang besar-besar dibawah Belia Raja tempatnya Damshik arah kamatahari hidup Maharaja Bisadarna namanya,dua orang anaknya Sang Sarua dan Sang Parajanga.Maharaja Bisadarna itu terlalu gagah berani raja pada Gununong Kerangkarna satu yujana banyak rakyatnya.Maka datang pula raja berok tiga besaudara Sang Parkasa Manda,sang Mandana,Sang Jaksa namanya raja pada Gunong Malyona tengah yujana banyak rakyatnya.Maka datang raja kelima bersaudara Sang Tarbaya,Sang Trjuma,Raja sang Mandi namanya,Sang Mandi raja pada Gunong Kalkemanta tengah yujana banyaknya.Maka datang raja siamang empat bersaudara Sang Sakatathna,Sang Karpasa,Sang Andaljana,Sang Darmuka raja pada Gunong Jambalakira tengah yujana banyak rakyatnya.Maka datang pula raja Gunong tiga bersauadara Sang Anala,Sang Rundam,Sang Ketambadi raja pada Gunong Malusina dua ratus laksa banyak rakyatnya.Maka datang pula raja lotong tiga bersaudara Sang Guna,sang Guri,Sang Kerma raja pada Gunong Kuri dua ratus laksa banyak rakyatnya.Maka datang pula raja berok empat bersaudara Sang Kasarana,Sang Surana,Sang Raksata,raja pada Gunong Semaya dua ratus banyak rakyatnya .Maka datang pula raja Gunong Darkili empat nama Sang Payasa,Sang Perlaksa ".

Analisis -strategi menggunakan bala tentera rakyat dari berok,ungka,kokang,siamang,keran ,lontong dan lain-lain adalah" idea penulis hikayat ini yang genius ".Semua binatang-binatang ini masih kekal ada hingga kehari ini.Semua ini janganlah kita anggap "luarbiasa" kerana mereka semua makhlok Allah SWT.Dalam artikel saya bertajuk " Pengenalan Teori Raut Wajah atau Muka Dari Perspektif Islam :Satu Pengenalan Bab VI ",bertarikh 7 Disember 2009,dalam blog http://sungaibatuderelong.blogspot.com ini saya menceritakan bahawa Nabi Sulaiman AS mempunyai rakyatnya yang terdiri dari manusia,binatang,burung,awan,jin dan syaitan.Umpamanya dalam al-Quran,Surah al-Naml,ayat 20-21 yang ertinya seperti berikut:-

" Dan dia (Nabi Sulaiman AS) memeriksa burung-burung kemudian dia berkata,"Mengapakah aku tidak nampak burung Hud-hud ?Apakah dia tidak hadhir hari ini ?Sesungguhnya aku benar-benar akan mengenakannya dengan siksa yang pedih atau aku akan menyembelihnya atau (untuk dia lepas dari siksa itu hendaklah) dia datang dengan membawa alasan yang tepat dan jelas ".

Justeru itu begitu jugalah kedudukan kisah hikayat Seri Rama ini, penulis saya percaya telah membaca kisah nabi-nabi yang memerintah segala rakyat rakyatnya yang terdiri dari makhlok yang bukan manusia.Jadi penulis yang genuis ini telah menyesuaikan latarbelakang Lembah Bama yang terdapat banyak binatang yang tersebut diatas.Saya sendiri semasa kecil banyak mendapati berok,kera,senekah,kongkang dan lotong terdapat dikawasan Gua Bama dan Bukit Peninjau diKampung Relong,Kuala Lipis, masa dahulu.Kajian Tweedie dalam bukunya "Mammals of Malaysia"(1978)mengesahkan bahawa "Spectacled Leaf Monkey,Long -tail Macaque,Pig-tailed Macaque,White-handed Gibbon,Siamang and Orang -Utan" adalah binatang yang terdapat diMalaysia.Saya paparkan foto-foto binatang tersebut diatas.


Dr Aminudin