Showing posts with label 2005. Show all posts
Showing posts with label 2005. Show all posts

Tuesday, April 20, 2010

Pengenalan Terhadap Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara -Atipan XXI (Pembuktian Ianya Ditulis Oleh Orang Lembah Bama)


Kini sampailah masanya, saya akan membuktikan bahawa Hikayat Seri Rama yang merupakan pengaruh dari Epik Ramayana. Epik Ramayana cuba menyampaikan pengajaran melalui ajaran moral,pengajaran tentang peperangan ,peradaban dan kebudayaan.Banyak pengkaji bersetuju bahawa Ramayana dikarang oleh Valmiki dan Mahabharata dikarang oleh Vyasa.Kajian oleh Rajantheran Muniandy (2004) mendapati bahawa Hikayat Seri Rama tidak diketahui siapa pengarangnya.Jadi kini sampailah masanya saya membuktikan bahawa Hikayat Seri Rama adalah dikarang oleh orang Lembah Bama.Ramai para sarjana bersetuju Hikayat Seri Rama dicipta sekitar abad keempat Sebelum Masehi hingga abad kedua Masehi.Dalam kajian oleh Rajantheran Muniandy juga membuat kesimpulan bahawa Hikayat Seri Rama adalah hikayat bukan terjemahan dari cerita dari India tetapi sebuah karya yang tersendiri (R.Muniandy, 2004:124).Bila kesimpulan sedemikian dibuat, saya begitu gembira bahawa sekiranya Teori Saya (Aminudin, 2009) dalam Kajian Terhadap Lembah Bama, bahawa hikayat ini ditulis oleh orang Lembah Bama, maka dengan sendirinya hikayat ini merupakan naskhah yang tertua diNusantara.

Sebelum dari itu saya akan menjelajah bersama anda sekelian melihat bagaimana Bahasa Melayu Purba berkembang hingga kehari ini.Saya terlebih dahulu ingin mengistiharkan bahawa latarbelakang akedemik saya ,bukan dalam bidang bahasa, justeru itu kajian saya lebih bersifat sebagai orang awam, bukan akedemik bahasa, namun begitu sebagai seorang yang terdidik dalam bidang akedemik, saya bertanggong-jawab terhadap apa juga pendapat yang saya kemukakan, walaupun saya telah terdidik dari latarbelakang akedemik berorientasi komunikasi dan ICT.Dimana ijazah Sarjana, saya adalah dalam bidang komunikasi dan Ph.D adalah dalam bidang ICT (KM).

Alam Melayu, mengikut Asmah Haji Omar (2005:10) sebelum datang pengaruh luar telah mempunyai sistem tulisan berbentuk lambang seperti yang terdapat diLampung,Rejang,Jambi dan lain-lain.Bila pengaruh luar datang dari India umpamanya sistem ini tidak dapat bertahan kerana sistem dikenali sebagai Huruf Pallava.Memang ada sistem diAlam Melayu yang dikenali sebagai Sistem Lontara yang ditulis diatas daunan lontar diMakasar dan begitu juga sistem rencong dikalangan suku Batak diSumatera.Begitu juga Sistem Tulisan Rejang dikenali sebagai Ka Ga Nga dan diSistem Bahasa diKerinci diSumatera.Dikalangan Orang Iban pula ada terdapat tulisan dikenali sebagai Papan Turai yang digunakan dalam upacara kedukunan.Jadi natijahnya dapat saya katakan bahawa selain dari sistem tulisan terdapat juga sistem tulisan yang terdapat pada batu bersurat atau inskripsi sekitar abad yang ke7 seperti yang ditemui diSumatera dan Pulau Bangka, malahan diJawa Barat ditemui tulisan Melayu Purba bersama Jawa Kuno yang bertarikh 400 Masehi yang ditemui dikenali Sebagai Prasasti Tarumanegara.

Saya mendapati Bahasa Melayu menerima pengaruh Bahasa Sanskrit yang boleh kita kesan menerusi batu-batu bersurat seperti dinyatakan diatas tadi.Ini mungkin pengaruh perdagangan diantara Alam Melayu dan India dan kemudian menjadi intergrasi bahasa yang Alam Melayu menyerap Bahasa Sanskrit kedalam Bahasa Melayu yang hari ini kita dapati lebih 2000 perkataan Sanskrit terdapat dalam perbendaharaan Bahasa Melayu, umpamanya seperti berikut :-

Bahasa Melayu Bahasa Sanskrit

Agama Agama
dewi devi
surga svarga
neraka naraka
dosa dosa
manusia manusya
dara dara
saudari sodari
bahu bahu
nira nira
bahasa bhasa
aksara aksara
guru guru
bicara vicara
umpama umpama
mesra misra
gajah gaja
kesuma kusuma
raja rajan
baginda baginda
anugerah anugraha
negeri nagari
kota kota
astaka astaka
permaisuri paramesuari

Bersambung Pengaruh Arab

Dr Aminudin

Thursday, March 4, 2010

Bahasa Dari Perspektif Islam Part 2


Dari kajian para sarjana linguistik telah mendapati ada lebih 5000 bahasa didunia ini, itu pun tidak termasuk dialek yang berbagai-bagai bagi sesuatu bahasa itu.Dalam blog saya ini iaitu diRelong pun kami menggunakan dialek sungaibatu pun ada orang diKuala Relong tidak memahami dan sudah tentu orang dibandar Kuala Lipis ada yang tidak memahami.Kajian tentang dialek Kedah ada dibuku dan dibuat oleh Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP)maka, diharapkan kajian yang sama dibuat untuk Dialek Pahang kerana Perdana Menteri sekarang orang Pahang dan lagipun dilahirkan diKuala Lipis pula.Hingga kini tiada kajian bersifat global dimana berapa banyakkah bahasa didunia ini, inilah kajian yang begitu baik bagi anda yang berminat untuk mencipta sejarah tentang berapa bilangan bahasa didunia ini.Bahasa yang tinggi standartnya kerana mempunyai kodifikasi,perbendaharaan kata,nahu,menjadi alat pembelajaran dan mendapat pengiktirafan.Diantara bahasa utama dunia sekarang ialah Bahasa Arab yang merupakan bahasa Tamadun Islam dari dahulu hingga sekarang.Bahasa Arab digunakan secara meluas diSemenanjung Arab hinggalah keseluruh pelusuk dunia.Bahasa Arab adalah bahasa Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan Bahasa Arab adalah pilihan Allah SWT.Bahasa Arab juga adalah bahasa yang digunakan dalam surga,ayat-ayat Al-Quran dengan jelas mengatakan Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab.Diantaranya Surah Taha, ayat 113 yang terjemahanya bermaksud " Dan demikianlah Kami menurunkan al-Quran dalam Bahasa Arab, dan Kami menerangkan dengan berulang kali didalam sebahagian dari ancaman,supaya mereka bertakwa atau (supaya) al-Quran itu menimbulkan pengajaran bagi mereka ",Surah az-Zukhruf,ayat 3 ,yang terjemahannya bermaksud " Sesungguhnya Kami menjadikan al-Quran dalam Bahasa Arab supaya kamu memahaminya " ,juga Surah az-Zumar, ayat 28,terjemahannya bermaksud "(Ialah) al-Quran dalam Bahasa Arab yang tidak ada bengkok(didalamnya)supaya mereka bertakwa ".

Dalam Al-Quran dapat kita tarik kesimpulan bahawa Allah SWT dengan KekuasaanNya menentukan lahir,kekal dan musnah sesuatu Bahasa.Kemajuan sesatu Bahasa adalah kerana Bangsanya dan kalau musnah bangsa itu musnahlah bahasanya dan ini dijelaskan dalam Al-Quran dalam surah al-An'am, ayat 6:6, yang terjemahannya bermaksud " Tidakkah mereka memerhatikan dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu ) telah kami teguhkan kedudukan mereka dimukabumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada Kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya dan kami jadikan sungai-sungai mengalir dibawah mereka,kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka sendiri dan kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain ".

Justeru itu saya mengesa diri saya sendiri dan juga anda sekelian belajarlah Bahasa Arab dan juga bahasa al-Quran dan diantara buku yang boleh menarik minat anda sekelian untuk mempelajari bahasa Arab telahpun saya paparkan dalam bahagian pertama artikel ini tentang buku-buku tersebut.Semoga dengan itu kita akan dapat manafaat darinya.

Dr Aminudin