Sunday, August 29, 2010

Teori Raut Wajah Dari Perspektif Islam : Kajian Terhadap Legacy Datok Linggi @ Sultan Ahmad I Riayat Shah Dilihat Dari Segi Aspek Budaya


Aspek budaya Orang Melayu terutama berpakaian dahulu dapat dicerminkan pada foto-foto ditahun 1900 terutama dikalangan orang Melayu.Ini berkaitan rapat dengan sistem pengangkutan dikala itu yang menggunakan gajah.Bagi kaum perempuan dikalangan orang kebanyakan Melayu ketika itu ialah berbaju kurung atau berbaju kebaya yang biasanya dibuat dari kain sutera, disamping memakai selipar, memakai barang kemas ditangan dan juga dileher.Sedangkan kaum lelaki Melayu pula memakai baju Melayu, bersongkok dan bersamping serta memakai kasut.Imej dikalangan mereka yang agak berstatus tinggi ini adalah disekitar tahun 1930an dimaka ketika itu diadakan banci penduduk yang seperti baru-baru ini kita alami.Golongan luarbandar Melayu seperti yang saya paparkan dalam blog yang lalu semasa lawatan penjajah Inggeris ke Tembeling telah saya paparkan fotonya.

Edisi akan datang kita lihat Imej Raja-Raja Melayu

Dr Aminudin

Saturday, August 28, 2010

Johor Bahru :Kaitan Dengan Teori Raut Wajah Dari Perspektif Islam



Kalau bandar Kuala Lipis dan Kuantan yang menjadi ibu Negeri Pahang kita lihat pula Johor Bahru yang merupakan ibu Negeri Johor kini.Negeri Johor yang bersejarah bagi Kerajaan Johor-Riau-Lingga-Pahang yang diasaskan dipenempatan bernama Pekan Tua yang berhampiran dengan Sungai Johor itu.Johor yang bermakna permata dan juga Bahru itu ialah baru dan gabungan ini menjadikan permata baru bagi Johor bahru.Dinamakan secara resmi pada tahun 1886 oleh Temenggong Abu Bakar.Bandar ini pernah ditawan oleh Jepun pada tahun 1942 yang dikenali sebagai Battle of Malaya.Kini Johor Bahru mengikut banci pada tahun 2008 mempunyai penduduk seramai 1.2 juta.Dari foto-foto yang saya dapati dari poskad lama bagi bandar Johor Bahru dimasa dahulu iaitu tahun 1906 hanya kelihat beca penumpang yang ditarik oleh tenaga empat kerat (orang) dan pasar ditepi Sungai Sengget yang sudah tiada lagi sekarang.Foto-foto ini dipetik dari " Malaya 500 Early Postcards", oleh Cheah Jin Seng,2008.

Dr Aminudin

Friday, August 27, 2010

Teori Raut Wajah Dari Perspektif Islam : Kajian Terhadap Legacy Datok Linggi @ Sultan Ahmad I Riayat Shah Dilihat Dari Segi Aspek Pengangkutan



Kajian terhadap aspek pengangkutan air telah saya coretkan dalam blog ini sebanyak 5 siri dimana dari Penemuan Terusan diLembah Bama yang wujud dari Kedah (Cheruk Tok Kun) melalui Lembah Bama dan berakhir diKuala Pahang ,Pekan,Pahang. Lakaran Terusan itu saya muatkan dalam buku Kajian Lembah Bama Bahagian Pertama. Buku Teori Raut Wajah Dari Perspektif Islam ini adalah lanjutan dari kajian tersebut.Edisi kali ini saya akan melihat sistem pengangkutan diLembah Bama dari aspek pengangkutan darat yang mula digunakan diera tahun 1900.Pada umumnya sistem pengangkutan darat menggunakan jalan yang menggunakan gajah.DiPahang khasnya gajah begitu digemari ,malahan lambang negeri pahang juga ada mengambil gajah sebagai sebahagian dari lambang tersebut.Dari foto yang saya paparkan gajah menjadi kenderaan resmi diraja dan begitu juga diPerak dilihat digunakan oleh orang biasa.Saya akan paparkan kemudian apabila melihat corak pakaian perempuan Melayu dahulu dengan menaiki gajah.Gajah sebagai binatang besar ini boleh mengantikan feri sebelum ada feri diPahang dimana dia mengharung Sungai Pahang.Bagi kenderaan bermoto pula kita lihat bas adalah pengakutan awam yang menarik ramai penumpang yang berulang alik dari Lipis keSelangor seperti dipaparkan dalam foto yang saya petik dari " Malaysia A Pictorial History 1400-2004 " oleh Wendy Khadijah Moore,2008 ".


Dr Aminudin

Wednesday, August 25, 2010

Teori Raut Wajah Dari Perspektif Islam : Kajian Terhadap Legacy Datok Linggi @ Sultan Ahmad I Riayat Shah Dilihat Dari Segi Sites dan Budaya



Bandar Kuala Lipis mempunyai artifak atau bangunan yang lama sejak tahun 1888 hingga 1955, apabila bandar ini menjadi ibu negeri Pahang dan kemudian apabila berpindah keKuantan pada tahun 1955, ia kelihat begitu ketinggalan dari segi pembangunan.Diantara artifak yang boleh dilawati dibandar Kuala Lipis ialah Kompleks Pejabat Daerah yang dibina pada tahun 1919,Stesen Keretapi,Masjid Lama Lipis,Pejabat Pos,Rumah Pegawai kerajaan diBukit Bius,Pahang Kelab,Sekolah Menengah Clifford,Rumah Rehat Jalan Residen,Asrama Juru rawat dan lain-lain.

Apabila ibu negeri Pahang bertukar keKuantan pada tahun 1955 itu ianya yang merupakan sebuah penempatan pada orang Melayu tahun 1850an .Kuantan dikenali ketika itu sebagai Kampung Teruntum yang mendapat nama dari pokok teruntum.Nama bandar Kuantan dikatakan mendapat nama dari orang Kampung Orang Kuantan dari Sumatera dan akhirnya melekat nama itu hingga kehari ini.Pada asalnya bandar Kuantan hanya memiliki sederet bangunan kedai seperti yang saya paparkan berdasarkan foto yang dipetik dari " Malaysia : A Pictorial History 1400-2004",oleh Wendy Khadijah Moore,2008.

Diedisi akan datang kita lihat sistem pengankutan diPahang

Dr Aminudin

Tuesday, August 24, 2010

Teori Raut Wajah Dari Perspektif Islam : Kajian Terhadap Legacy Datok Linggi @ Sultan Ahmad I Riayat Shah Dilihat Dari Segi Sites Dan Budaya



Edisi kali ini izinkan saya paparkan imej orang Melayu dahulu terutamanya diNegeri Pahang.Penjajah Inggeris yang telah bertapak diPahang sejak era Clifford sudah pasti menjelajahi seluruh ceruk dan pelusuk Negeri Pahang.Dari siri-siri penjelajahan ini mereka mereka merakamkan peristiwa tersebut melalui foto-foto yang saya paparkan disini.Misalnya High Commissioner of Federated Malay States telah menjelajah hingga keKuala Teh,Tembeling.Dalam foto itu kelihat High Commissioner tersebut tetapi rakaman foto dan penduduk kampung membuat upacara menyampaikan ucapan kepada rombongan tersebut. Dari gambar itu dapat kepada kita bahawa pakaian Orang Melayu Pahang ketika itu pada tahun 1912 adalah berserban dan berjubah, baju gombang dan kain pelikat dan bersongkok. Mereka ini mewakili masyarakat kampung Melayu ketika itu dan bagi mengambarkan pakaian Panglima pula dipaparkan gambar Panglima Kakap Husin dari Kuala Tahan pada tahun 1912.Kedua gambar ini saya petik dari "Malaysia : A Pictorial History 1400-2004 ", oleh Wendy Khadijah Moore,2008.Bagi edisi akan datang akan saya paparkan Pejabat Daerah Lipis dan bandar Kuantan.


Dr Aminudin

Monday, August 23, 2010

Teori Raut Wajah Dari Perspektif Islam : Kajian Terhadap Legacy Datok Linggi @ Sultan Ahmad I Riayat Shah Dilihat Dari Segi Sites



Cabaran bagi para penyelidik atau pengkaji ialah mendapatkan bahan-bahan bacaan dan juga foto-foto bagi kajian tersebut.Foto-foto lama agak sukar ditemui atau kadang-kadang tidak mendapat kebenaran orang yang memilikinya.Namun sebagai penyelidik kita janganlah berputusasa dan hendaklah dedikasi terhadap kajian perlulah dilipat gandakan. Ini adalah kerana akan menjadi tatapan generasi yang akan datang.Kajian saya terhadap Susur galur kami dari Datuk Linggi berdasarkan foto-foto lama agak sukar, namun oleh kerana Sites (Kawasan Kajian ) terutama Kuala Lipis dan Johor Bahru boleh kita selidiki melalui poskad-poskad lama.Justeru itu buat permulaan kita lihat Sejarah Bandar Lipis menerusi foto-foto dan juga poskad-poskad lama yang berkaitan dengan kajian saya ini.


Kuala Lipis- Kuala Lipis adalah ibu negeri Pahang yang mengantikan Pekan pada tahun 1898, namun ibu negeri Pahang telah berpindah keKuantan pada tahun 1955.Nama bandar Lipis dikatakan mengambil sempena nama pokok Serau Lipis dan ada yang mengatakan pula kerana terletak diKuala Sungai Lipis ,maka ia bernama Kuala Lipis, walau apapun ia kekal hingga sekarang dipanggil Kuala Lipis.Orang dikampung kami memanggilnya Lepeh.Nak kemana tu ? Nak kelepeh.Kuala Lipis dihubungkan dengan keretapi keJohor Bahru sejak tahun 1926 dan setelah itu agak kurang orang diantara dua bandar ibu negeri ini menggunakan jalan sungai lagi.Foto-foto lama yang saya paparkan bagi permulaan ini ialah gambar Sekolah Kebangsaan Relong yang masih atapnya dari daun pedor,gambar ini saya perolehi dari Abang Ahmad bin Muhammad yang menunjukkan Pakanak Ni semasa bersekolah diSekolah Relong.Gambar kedua pula ialah Gambar Rumah Rakit diSungai Lipis yang diambil dari Poskad tahun 1908 dari Koleksi Malayan 500 Early Postcards, oleh Profesor Cheah Jin Seng,2008

Edisi Akan datang Foto Bandar Lipis , Kuantan dan Johor Bahru

Dr Aminudin

Friday, August 20, 2010

Makanan Orang Jepun A-Z Digandingkan Dengan Makanan Melayu Sekiranya Ada Siri 3


Asatsuki- sejenis sayur yang dalam kumpulan sayur kucai.Nama saintifiknya dipanggil Allium ledebourianum. Sayur ini selalunya digoreng dan dibubuh serbuk herba sebagai penyedapnya.

Atsuage- rincisan nipis tofu yang digoreng dalam minyak yang banyak dan agak lama. Makanan ini boleh dimakan dengan sos kacang soya yang ditaruh halia dan dihidangkan sebagai makanan dinamai nimona ,itamemono atau kadang-kadang dipanggil juga sebagai name age.

Awa- sejenis bijirin sekoi yang biasa dimakan oleh gulungan bawahan di Jepun sebagai penganti nasi.Pokok ini ditanam diKyushu dan juga diShikoku. Ianya boleh dimasak bersama dengan beras tetapi hendaklah dimakan waktu panas-panas kerana kalau sudah sejuk ia menjadi keras.Ada juga dikalangan orang Jepun menjadikan bijirin ini sebagai kek yang dipanggil awamochi, dibuat juga bebola dipanggil awadango dan juga gula-gula candy dipanggil awaame.

Awabi- ialah abalone, merupakan siput yang boleh dimakan tetapi berharga mahal diJepun.Ia boleh dimakan secara mentah-mentah,disteam, direbus dan juga dimasak yang menjadikan makanan dipanggil ishiyaki.

Ayu- sejenis ikan yang nama saintifiknya Plecoglossus altivelis. Ikan ini jenis ikan air tawar yang boleh didapati dipasar Jepun. Ikan ini biasanya boleh diperolehi disekitar bulan Jun dan Ogos.Ikan ini selalunya dipanggang dan rasanya enak sekali yang dikenali sebagai Shioyaki yang biasanya dicecah dengan sos tade su bila dihidangkan.

Azuki- sejenis kekacang yang nama saintifiknya Virgna angularis. Kekacang ini jenis merah yang agak kecil dan menjadi ramuan bagi makanan yang dipanggil Sekihau. Sejak dahulu lagi kekacang ini dimasak dan dicampur dengan nasi. Kebanyakan kuih-muih diJepun selalu membubuh azuki dan gula dalam kuih-muih tersebut.

Bai- sejenis siput yang nama saintifiknya Babylonia japonica. Kadang-kadang siput ini dipanggil juga baigai.Isi atau dagingnya dikeluarkan dari kulitnya dan direbus yang dijadikan makanan bergelar sunomono,aemona dan juga tsukudani.DiMalaysia seperti yang pernah saya coretkan dalam blog ini ialah tentang siput sedut yang biasanya kami diSungaibatu,Relong memperolehi diSungai Teris siput sedut ini enak dibaut masak lemak cili padi dan kulitnya bila dibakar lama dijadikan kapor sirih.

Bancha- dikenali sebagai tea hijau.

Basashi- daging kuda.Teristimewa dikawasan Kumamoto dan Nagano ,daging kuda ini dihiris nipis-nipis dan dihidangkan secara mentah dengan halia dan juga bawang putih dengan dicecah sos kacang soya.

Battera- nama yang dipinjam dari Bahasa Portugese iaitu Bateira yang bermakna bentuk perahu.Di Osaka,makanan ini dibuat dengan dibubuh dalam sejenis kotak kayu khas yang mana sushi dan nasi dipenyek berserta cuka makerel dan dibubuh diatasnya apa yang dipanggil konbu.


Dr Aminudin

Monday, August 16, 2010

Minangkabau Siri 3- Prinsip Baru DiAmalkan Dalam Perwarisan Takhta Pada Abad Ke17


Agak lama juga saya tidak menulis tentang Sejarah Monarki Minangkabau ini, namun kebetulan saya kini ingin menyudahkan Teori Raut Wajah Dari Perspektif Islam : Kajian Terhadap Susur Galur Datok Linggi @ Sultan Ahmad I Riayat Shah , saya banyak membaca buku sejarah Johor dan sudah pasti sistem Monarki Minangkabau akan kita jumpai.Kajian yang dibuat oleh Dr Leonard Y.Andaya bertajuk Kerajaan Johor 1641-1728-Pembangunan Ekonomi dan Politik, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1987 ,telah menghuraikan Prinsip Baru Dalam Perwarisan Takhta DiPagar Ruyung Pada Penghujung Kurun Ke17 (Lampiran E).Jadi disini saya permudahkan kandungan lampiran tersebut untuk bacaan anda semua bagi pengetahuan tentang sejarah berkaitan.

" Pada tahun 1674 diPagar Ruyung berlaku pertikaian perwarisan takhta.Mengikut amalan waris takhta secara tradisional ialah dari jurai keturunan bapa bagi anak lelakinya, jika tiada takhta itu diwaris oleh anak lelaki kepada saudara perempuan tertua dalam keluarga pemerintah itu. Manakala jika pemerintah tidak layak ,seorang penganti baru akan dipilih oleh pembesar-pembesar daripada kalangan anak-anak lelakinya.Jika tidak terdapat juga, maka warisan takhta itu diserah pada anak-anak saudara perempuannya.Pertikaian ini bermula bila putera almarhum Sultan Ahmad, Yamtuan Sakti Pagar Ruyung yang beribu seorang yang berdarah raja tetapi bukan dari keluarga ayahnya dengan anak saudara Sultan Ahmad iaitu putera pemerintah Suruasso.Kebuntuan ini akhirnya menjadi kedua putera itu diberi hak memerintah wilayah yang berasingan diPagar Ruyung.Akibat dari itu berlaku permusuhan dari tahun 1674-1683.Apabila Sultan Indrama Syah naik takhta telah menjadikan permusuhan itu berakhir namun Pagar Ruyung diperintah oleh dua orang Raja dimana seorang diPagar Ruyung dan seorang lagi diSuruasso. Bagi Belanda mereka mungkin dilaporkan yang sistem perwarisan ini adalah perkara biasa sahaja.Mereka hanya melihat ini dari sudut peperangan akibat pemberian ganjaran tahunan.Belanda tidak mengetahui bahawa yang tersuratnya adalah perwarisan nisbah ibu dimana anak lelaki kepada saudara perempuan tertua pemerintah mengantikan baginda untuk naik takhta.Keluarga diraja Pagar Ruyung dan diSuruasso kelihatan telah saling mengahwini sesama anggota keluarga yang dengan ini akan dapat terus menguasai takhta kerajaan.Menjelang tahun 1683 Raja Suruasso kelihatan seolah-olah telah menjalankan peranan utama sebagai Raja Ibadat dalam hiraki istana Pagar Ruyung " (Leonard Y.Andaya,1987:440-443)

Inilah yang berlaku penyimpangan dari sistem monarki Minangkabau yang boleh dikaji dari lipatan sejarah hingga kehari ini, semoga Adik Maria yang meminati Sejarah Minangkabau yang agak absurd itu memahaminya natijah dari penyimpangan ini.

Dr Aminudin

Monday, August 9, 2010

Teori Raut Wajah Dari Perspektif Islam : Kajian Terhadap Legacy Datok Linggi @ Sultan Ahmad I Riayat Shah Yang DiTabalkan Pada tahun 1761



Agak lama juga saya tidak mengemaskini kajian yang tersebut diatas dimana merupakan bahagian kedua dari Kajian Lembah Bama.Kebetulan Adik (Dr Hapiza Muhammad) memaparkan wajah Musbri Mohamed yang juga waris saya, sungguhpun kami tidak dibesarkan diKampung Relong secara bersama tapi kami sering berkenalan semasa diKuantan dan juga semasa saya bertugas diPutrajaya.Sebagai satu kajian berdasarkan fakta dan saintifik bagi Teori Raut Wajah yang pernah dijalankan diAmerika Syarikat telah mendapati wajah-wajah mereka yang bersaudara-mara adalah tidak banyak berbeza diantara satu sama lain.Misalnya Ayah dengan anak, anak saudara dengan bapa saudara, cucu dengan datok, sepupu dengan sepupu dan sebagainya.Dalam Teori Raut Wajah bagi kajian terhadap susur galur Datuk Linggi yang merupakan Moyot saya, merupakan kajian betapa significantnya dengan wajah-wajah susur galur Datok Linggi dengan legacynya.Jadi buat sementara waktu biar saya paparkan sekelumit wajah-wajah dalam Teori Raut Wajah itu tentang significantnya diantara saya (Aminudin ) dengan Musbri Mohamed.Foto saya adalah semasa menuntut diUKM pada tahun 1974-1978 bagi Ijazah Pertama bersama Saudara Alkasah dari Perak ( Memakai baju batik), manakala foto Musbri Mohamed bergambar solo semasa menuntut diITM,Shah Alam dalam bidang undang-undang.

Insyallah Teori Raut Wajah dari Persepktif Islam : Kajian Terhadap Legacy Datok Linggi akan saya siapkan.

Selamat Berpuasa

Dr Aminudin

Saturday, August 7, 2010

Makanan Orang Jepun A-Z Digandingkan Dengan Makanan Melayu Sekiranya Ada Siri 2


Akebi - sejenis buahan yang hidup dengan subur diJepun yang rasanya manis.Nama saintifiknya Akebia quinata yang bahagian luar atau kulitnya berwarna unggu.

Amami - sejenis manisan yang kadang-kadang dipanggil juga kanmi.

Amazake- minuman panas yang dimasak bersama nasi dengan dijerang hingga airnya mendidih.Rasanya manis dan sering juga dibubuh perisa halia terutama kalau tiba musim sejuk.DiMalaysia saya dapati emak saya ada kalanya merebus nasi dengan mencampurkan dengan gula dizaman saya kanak-kanak bila saya sakit tekak dan susah hendak menelan makanan.

Ame - gula-gula toffee.

An - sejenis adunan dari kanji dan gula yang digunakan bagi diisikan dalam makanan dipanggil wagashi yang biasanya berwarna merah.

Anago - sejenis belut laut yang boleh didapati agak banyak diJepun sekitar bulan Julai dan Ogos.Hidupan ini dijadikan makanan yang enak dipanggil nigirizushi dan lain makanan seperti kabayaki, tempura, nabemono dan lain-lain.

Anzu - sejenis apricot yang nama saintifiknya Prunus armeniaca.Pokok buahan ini tumbuh subur dibanjaran gunung-ganang Jepun dan biasanya dibuat jam apricot.

Anko- sejenis ikan yang rupanya hodoh dengan nama saintifiknya Lophiomus setigerus.Ikan ini digunakan dalam makanan dipanggil warishita dengan cara merenehnya dan ia juga sering dibuat soup yang dicampur dengan miso merah.

Aradaki - merupakan proses mereneh ikan-ikan seperti tai atau buri yang dijadikan makanan sebagai sashimi ataupun digril.Kepala ikan dan tulangnya yang telah direneh akan disimpan bagi dijadikan perisa yang dibubuh sos soya,sake,gula dan mirin, malahan kadang-kadang sayuran yang bernama gobo turut dibubuh dalamnya.

Arai- cara sashimi dihiris bagi ikan yang telah dibasuh yang kemudian dicucurkan pada air sejuk,bagi tambahan boleh juga direndam dengan ais batu untuk beberapa minit dan kemudian ditoskan.Ini adalah cara orang Jepun membuang rasa hanyir yang dikatakan rasanya berlumpur.

Arare - sejenis biskut beras yang ranggup dimakan sambil minum-minum.

Asanomi- sejenis bijirin herba yang diimport dari India yang merupakan salah satu ramuan yang tujuh jenis rempah ratus yang dipanggil Shichimi togarashi .

Asari - sejenis kepah yang dimakan dimusim sejuk dan juga musim gugur dimana ada dihidangkan dengan kulitnya sekali sebagai makanan yang dipanggil tsukudani,sunomona,zosui dan lain-lain.

Bersambung

Dr Aminudin

Wednesday, August 4, 2010

Makanan Orang Jepun A-Z Digandingkan Dengan Makanan Melayu Sekiranya Ada Siri 1


Jooshitsu adalah menjadi keutamaan Orang Jepun terhadap makanan mereka.Disamping menerangkan ramuan dan cara memasak adalah gaya-hidup orang Jepun.Rasanya mungkin amat menyelerakan atau kurang sedap bergantunglah pada diri masing-masing.Namun bagi saya cara Orang Jepun menghidang dan menghias makanan mereka inilah yang menarik perhatian saya sebagai seorang pemerhati sosial (bukannya seorang kaki makan makanan Jepun).Justeru itu bagi melengkapkan kenangan saya diJepun selain saya hidangkan peribahasa Jepun dan legenda dari Jepun, kini saya hidangkan istilah-istilah makanan Orang Jepun.

Aemono - Makanan jenis salad yang menjadi kegemaran orang Jepun yang dibubuh perisa yang diperbuat dari kacang soya dan dibubuh gula.Makanan ini kelihatan simple tetapi menjadi kesukaan banyak orang disana. Makanan ini menggunakan tofu dan miso sebagai campurannya.Kuahnya juga dari kacang soya untuk menambah selera kita.DiMalaysia bolehlah kita ambil pucuk-pucuk paku,pucuk ubi kayu atau daun ulaman lain yang kemudian kita celur dan menggunakan kuah kacang atau kuah rojak jika ingin meniru makanan bernama Aemono ini.

Agari - Merupakan daun teh segar yang merupakan singkatan dari Agaribana.Bahan ini sering digunakan dikedai-kedai "Sushi " diJepun.

Agedashi- Makanan ini digoreng seperti tofu,nasu dan hirisan ikan putih yang dimakan dengan sos yang dibuat dari kacang soya,halia dan lobak putih.

Agedashidofu - Pati kacang soya yang dihimpit dan disaluti oleh katakuriko atau tepung gandum yang digoreng dan direnjiskan dengan katsuobushi dan disajikan bersama halia yang disagat serta juga daikon dan sos kacang soya.

Agekamaboko- Roti berperisa ikan yang digoreng.DiTokyo makanan ini dipanggil Satsume-age.

Agemono- Makanan yang digoreng dan dikenali sebagai tempura atau juga kara-age.

Ainame - Sejenis ikan yang hidup dikawasan pantai yang berbatu.

Aji - Sejenis ikan yang banyak terdapat diJepun, ikan ini diperbuat menjadi makanan seperti sashimi,shioyaki,sunomono dan nitsuke.

Ajinomoto- Sejenis perisa makanan yang turut terdapat dikedai-kedai runcit diMalaysia.

Akamiso - Makanan yang merupakan ramuan dari bijian yang yang ditapai bersama kacang soya.Ini merupakan makanan asas orang Jepun.Miso sering digunakan oleh mereka sebagai bahan penyedap makanan lain.Biasanya ia diperbuat dari beras,kacang soya dan juga barli yang dibubuh garam.Pada umumnya miso diperbuat dari beras, ada miso merah yang dipanggil " akamiso " yang berwarna merah atau choklat dan miso jenis ini mempunyai kadar protein yang tinggi. Miso putih pula diperbuat rasanya manis dan makanan ini popular diKyoto yang harganya adalah mahal dan dikategorikan sebagai makanan high class.DiMalaysia saya dapati makanan jenis ini bolelah disamakan dengan tapai beras.Saya masih ingat bila emak saya membuat tapai pulut tidak memberi saya menengoknya kerana takut tak jadi katanya.Kami diKg Relong membuat tapai beras pulut dengan meletakkan ragi dan dibungkus dengan daun keladi kemahang.Ada juga kami membuat tapai ubi kayu yang kami panggil tapai ubi.Tapai diMalaysia menjadi bahan pencuci mulut dan ianya dibuat terutama menjelang hari raya.

Bersambung

Dr Aminudin

Monday, August 2, 2010

Cerita Sebelum Tidur- Legenda Islam Kisah Tamim al-Dari Siri 3


Rofiiq bagi Siti Khaulah isteri kepada Tamim al-Dari semakin hampir, dimana Amirmukminin berkata kepada khalayak ramai dikota Madinah itu samada mengenali perempuan ini ?Siapakah dia , siapa suaminya dan dari suku kaum manakah dia ?.Jadi dijawab oleh khalayak ramai bahawa beliau adalah dari suku kaum Ansar dan merupakan anak kepada satu keluarga yang mempunyai empat orang adik beradik.Salah seorang bernama Afrah,seorang lagi bernama Maad dan seorang lagi bernama Abidin.Salah seorang mati bersama Sayyidina Hamzah,seorang lagi mati ketika pergi perang menuju Negeri Rom.Sedangkan suaminya menurut khalayak yang hadir itu ialah Tamim al-Dari merupakan sahabat Nabi Muhammad SAW. Bila diketahui oleh Sayyidina Umar tentang penjelasan tersebut lantas dia berkata " Wahai tuan-tuan sekelian ,siapa yang mahu menikah dengan perempuan ini segala perbelanjaan ditanggung oleh sayalah ".

Maka ada seorang lelaki lalu berdiri dikalangan orang yang ramai itu yang juga dari suku kaum Ansar bernama Hadri sambil berkata " Ya, Amirmukminin hambalah akan menikah dengan dia dan hambalah juga akan memelihara akan anak-anaknya itu ".Maka setelah dipersetujui oleh kedua pihak Khalifah Umar pun bersetuju untuk mengnikahkan kedua pasangan itu dengan syarat selepas idahnya.Katanya " selepas idah kamu nanti datanglah kepada ku dan akan ku nikahkan kamu berdua ".Jadi Siti Khaulah pun baliklah kerumahnya dengan sukahatinya.

Sekarang kita lihatlah pula cerita Tamim al-Dari yang telah disambar oleh jin kafir itu lalu dibawa kebumi lapisan yang keempat.Dia telah tinggal didunia jin tersebut selama empat tahun.Oleh kerana dia susah hati tinggal didunia jin itu, dia menanggis siang dan malam sambil mengucap dua kalimah sahadah dan selalu ingatkan kubur sahabatnya Rasulullah SAW,disamping itu rindunya tidak terkira pada isteri dan anak-anaknya.Tidak lama setelah itu datanglah seorang jin Islam yang hendak menyerang kerajaan jin kafir tersebut dan entah macam mana jin Islam terdengar akan takbir dan tahmid yang dilaungkan oleh Tamim al-dari dan mereka mencari beliau dalam kerajaan jin kafir itu dan ditangkapnya Tamim al-dari lalu dibawa kepada Raja jin Islam itu dan Raja jin Islam bertanya siapakah dia, lalu dijawab oleh Tamim al-dari bahawa dia dari suku kaum Ansar dan bangsa Arab dan juga sahabat kepada Rasulullah SAW ,manakala negerinya ialah Madinah.Mendengar hal tersebut raja jin bercucuran air matanya seraya berkata " jika begitulah biarlah kami memerlihara kamu bagi mengambil syafaat Rasulullah SAW ".Raja jin Islam itu bertanya lagi adakah Tamim al-dari hafal al-Quran dan dijawab oleh Tamim al-Dari ,dia hafal al-Quran dan dibacakannya beberapa ayat-ayat al-Quran yang menyebabkan Raja jin Islam itu menanggis hingga pengsan.

Bersambung

Dr Aminudin

Sunday, August 1, 2010

Cerita Sebelum Tidur- Legenda Islam Kisah Tamim al-Dari Siri 2


Ghisy sungguh bagi keluarga Tamim al-Dari ini bila isterinya yang menantikan dirumah yang tidak balik-balik dari mandi diperigi.Isterinya dan anak-anak menangis tidak terkira dan berdoa semoga ditemukan kembali dengan suaminya itu.Isteri Tamim al-Dari menanggis sambil memeluk anak yang bongsunya yang bernama Siti Asna dengan mengatakan yang mereka kini menjadi anak yatim lantaran kehilangan ayah mereka itu.Manakala anaknya yang tua bernama Muhammad Tamim melihatkan keadaan ibunya itu pun turut menanggis dan riuh rendahlah tanggisan tersebut dalam rumah mereka itu.Sejak itu keluarga yang lima beranak itu berkeadaan berdukacita setiap hari.Kepedihan hati keluarga ini kian bertambah bila mengenangkan hal perbelanjaan untuk makan-minum mereka yang tiada siapa menanggungnya.Maka setelah berfikir isteri Tamim al-dari pun bercadang untuk berjumpa Amirmukminin iaitu Umar al-Khattab untuk mengadukan halnya.

Pada hari itu Amirmukminin sedang duduk dalam masjid dengan dihadhiri oleh orang ramai dan isteri Tamim al-dari telah datang kesitu dengan mengatakan hendak berjumpa Khalifah menerusi seorang yang bernama Usair dan Usair telah menghadap Khalifah yang mengatakan seorang perempuan ingin berjumpa dengannya dan dibenarkan oleh Khalifah.Khalifah kemudian mengarahkan orang ramai supaya berundur bagi membolehkan isteri Tamim al-Dari menghadapnya.Isteri Tamim al-Dari kemudian menghadap Khalifah sambil berkata " Ya, Amirmukminin ,saya seorang perempuan dari kaum Ansar yang telah kehilangan suami dan mempunyai empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan". Dia kemudian ditanyakan oleh Khalifah tentang anak-anaknya itu dan dia menjawab yang anak-anaknya tinggal bersamanya dan ditunjukkan anak-anaknya yang dibawa bersama kedalam masjid itu.Kemudian Khaulah berkata yang dia memerlukan belanja untuk menyara anak-anaknya itu dan seterusnya menceritakan tentang sebab musabab suaminya telah hilang ketika hendak pergi mandi ditelaga.Setelah didengari oleh Khalifah akan masalah yang menimpa isteri Tamim al-Dari itu maka Khalifah memutuskan supaya diberikan bantuan kepada isteri dan anak-anak Tamim al-Dari selama kira-kira Tujuh Tahun Empat Bulan.Setelah masa berjalan selama Tujuh Tahun Empat Bulan dan Sepuluh hari yang tepatnya maka datanglah pula Khaulah isteri Tamim al-Dari kerumah Khalifah untuk menyatakan hasrat hati dan rasa fizikalnya yang tidak dapat ditahaninya iaitu dia mahu berkahwin lagi ,katanya kepada Khalifah " Hamba ingin bersuami lagi ".

Bersambung

Dr Aminudin