Showing posts with label 2010. Show all posts
Showing posts with label 2010. Show all posts

Sunday, January 16, 2011

Sejarah Pendudukan Jepun DiPahang Satu Demensi Baru- Siri 10


KEBUDAYAAN DAN KESENIAN JEPUN

Budaya Jepun yang kompleks ini agak sukar bagi setengah penilai atau penyelidik kebudayaan dan kesenian yang merupakan orang luar semacam saya.Huraian tentang kebudayaan Jepun banyak disingkap melalui sejarahnya dan sedikit benar disingkap secara terus tentang kebudayaan dan keseniannya. Banyak tulisan dibuat berdasarkan sejarah Jepun merangkumkan aspek budaya dan kesenian didalamnya.Namun secara permulaanya bolehlah kita lihat pada kebudayaan Jepun dari perspektif keugamaan seperti Shinto,Buddha,Konfucianisme,Kristian dan Islam.

Shinto

Shinto adalah kepercayaan asal masyarakat Jepun yang dikatakan telah sebati dengan masyarakat tempatan dan tuhan yang disembah ialah Kami. Kami merupakan kuasa suci yang terjelma dalam pelbagai bentuk seperti matahari,gunung,pokok,angin,batu,pasir dan berbagai-bagai lagi.Penganut Shinto diajar supaya mencintai alam dan menghormati roh datuk moyang mereka. Orang Jepun mempercayai "Jinja" yang merupakan tempat kediaman Kami dan mereka menganggap tempat ini sebagai suci. " Matsuri " pula adalah cara orang Jepun menyembah Kami yang dilakukan dirumah atau di "Jinja ". Ada beberapa jenis Shinto diJepun yang diantaranya ialah Shrine Shinto (Jinja-Shinto), Imperial Household Shinto (Koshitsu-Shinto),Folk Shinto (Mizoku-Shinto),Sect Shinto(Shua -Shinto) dan Koshinto (Ko-Shinto).Diantara rumah-rumah yang terkenal diJepun dari sejumlah 80,000 rumah atau tempat Shinto adalah seperti berikut:-

1.Atsuta Shrine,Naguya
2.Chichibu Shrine,Saitama
3.Heian Jingu,Kyoto
4.Hikawa Shrine,Omiya
5.Hokkaido Shrine,Sapporo
6.The Ise Jingu,Ise,Mie
7.The Gassan Hongu,Yamagata
8.Itsukushima Shrine,Hirosima (A World Heritage)
9.Iwashimizu Shrine,Yawata,Kyoto
10.Izumo Taisha,Izumo
11.Kasuga Shrine,Nara
12.Katori Shrine,Chiba
14.Nikko toshogu,Nikko
15.Osaki Hachiman Shrine,Miyagi
16.Sendai Toshigu,Sendai
17.Shiogama Shrine,Miyagi
18.Tsurugaoka Haciman Shrine,Kamakura
19.Usa Hachiman Shrine,Oita
20.Yasukuni Shrine,Tokyo

Bersambung

Dr Aminudin

Saturday, August 7, 2010

Makanan Orang Jepun A-Z Digandingkan Dengan Makanan Melayu Sekiranya Ada Siri 2


Akebi - sejenis buahan yang hidup dengan subur diJepun yang rasanya manis.Nama saintifiknya Akebia quinata yang bahagian luar atau kulitnya berwarna unggu.

Amami - sejenis manisan yang kadang-kadang dipanggil juga kanmi.

Amazake- minuman panas yang dimasak bersama nasi dengan dijerang hingga airnya mendidih.Rasanya manis dan sering juga dibubuh perisa halia terutama kalau tiba musim sejuk.DiMalaysia saya dapati emak saya ada kalanya merebus nasi dengan mencampurkan dengan gula dizaman saya kanak-kanak bila saya sakit tekak dan susah hendak menelan makanan.

Ame - gula-gula toffee.

An - sejenis adunan dari kanji dan gula yang digunakan bagi diisikan dalam makanan dipanggil wagashi yang biasanya berwarna merah.

Anago - sejenis belut laut yang boleh didapati agak banyak diJepun sekitar bulan Julai dan Ogos.Hidupan ini dijadikan makanan yang enak dipanggil nigirizushi dan lain makanan seperti kabayaki, tempura, nabemono dan lain-lain.

Anzu - sejenis apricot yang nama saintifiknya Prunus armeniaca.Pokok buahan ini tumbuh subur dibanjaran gunung-ganang Jepun dan biasanya dibuat jam apricot.

Anko- sejenis ikan yang rupanya hodoh dengan nama saintifiknya Lophiomus setigerus.Ikan ini digunakan dalam makanan dipanggil warishita dengan cara merenehnya dan ia juga sering dibuat soup yang dicampur dengan miso merah.

Aradaki - merupakan proses mereneh ikan-ikan seperti tai atau buri yang dijadikan makanan sebagai sashimi ataupun digril.Kepala ikan dan tulangnya yang telah direneh akan disimpan bagi dijadikan perisa yang dibubuh sos soya,sake,gula dan mirin, malahan kadang-kadang sayuran yang bernama gobo turut dibubuh dalamnya.

Arai- cara sashimi dihiris bagi ikan yang telah dibasuh yang kemudian dicucurkan pada air sejuk,bagi tambahan boleh juga direndam dengan ais batu untuk beberapa minit dan kemudian ditoskan.Ini adalah cara orang Jepun membuang rasa hanyir yang dikatakan rasanya berlumpur.

Arare - sejenis biskut beras yang ranggup dimakan sambil minum-minum.

Asanomi- sejenis bijirin herba yang diimport dari India yang merupakan salah satu ramuan yang tujuh jenis rempah ratus yang dipanggil Shichimi togarashi .

Asari - sejenis kepah yang dimakan dimusim sejuk dan juga musim gugur dimana ada dihidangkan dengan kulitnya sekali sebagai makanan yang dipanggil tsukudani,sunomona,zosui dan lain-lain.

Bersambung

Dr Aminudin