Saturday, August 7, 2010
Makanan Orang Jepun A-Z Digandingkan Dengan Makanan Melayu Sekiranya Ada Siri 2
Akebi - sejenis buahan yang hidup dengan subur diJepun yang rasanya manis.Nama saintifiknya Akebia quinata yang bahagian luar atau kulitnya berwarna unggu.
Amami - sejenis manisan yang kadang-kadang dipanggil juga kanmi.
Amazake- minuman panas yang dimasak bersama nasi dengan dijerang hingga airnya mendidih.Rasanya manis dan sering juga dibubuh perisa halia terutama kalau tiba musim sejuk.DiMalaysia saya dapati emak saya ada kalanya merebus nasi dengan mencampurkan dengan gula dizaman saya kanak-kanak bila saya sakit tekak dan susah hendak menelan makanan.
Ame - gula-gula toffee.
An - sejenis adunan dari kanji dan gula yang digunakan bagi diisikan dalam makanan dipanggil wagashi yang biasanya berwarna merah.
Anago - sejenis belut laut yang boleh didapati agak banyak diJepun sekitar bulan Julai dan Ogos.Hidupan ini dijadikan makanan yang enak dipanggil nigirizushi dan lain makanan seperti kabayaki, tempura, nabemono dan lain-lain.
Anzu - sejenis apricot yang nama saintifiknya Prunus armeniaca.Pokok buahan ini tumbuh subur dibanjaran gunung-ganang Jepun dan biasanya dibuat jam apricot.
Anko- sejenis ikan yang rupanya hodoh dengan nama saintifiknya Lophiomus setigerus.Ikan ini digunakan dalam makanan dipanggil warishita dengan cara merenehnya dan ia juga sering dibuat soup yang dicampur dengan miso merah.
Aradaki - merupakan proses mereneh ikan-ikan seperti tai atau buri yang dijadikan makanan sebagai sashimi ataupun digril.Kepala ikan dan tulangnya yang telah direneh akan disimpan bagi dijadikan perisa yang dibubuh sos soya,sake,gula dan mirin, malahan kadang-kadang sayuran yang bernama gobo turut dibubuh dalamnya.
Arai- cara sashimi dihiris bagi ikan yang telah dibasuh yang kemudian dicucurkan pada air sejuk,bagi tambahan boleh juga direndam dengan ais batu untuk beberapa minit dan kemudian ditoskan.Ini adalah cara orang Jepun membuang rasa hanyir yang dikatakan rasanya berlumpur.
Arare - sejenis biskut beras yang ranggup dimakan sambil minum-minum.
Asanomi- sejenis bijirin herba yang diimport dari India yang merupakan salah satu ramuan yang tujuh jenis rempah ratus yang dipanggil Shichimi togarashi .
Asari - sejenis kepah yang dimakan dimusim sejuk dan juga musim gugur dimana ada dihidangkan dengan kulitnya sekali sebagai makanan yang dipanggil tsukudani,sunomona,zosui dan lain-lain.
Bersambung
Dr Aminudin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment