Monday, August 16, 2010
Minangkabau Siri 3- Prinsip Baru DiAmalkan Dalam Perwarisan Takhta Pada Abad Ke17
Agak lama juga saya tidak menulis tentang Sejarah Monarki Minangkabau ini, namun kebetulan saya kini ingin menyudahkan Teori Raut Wajah Dari Perspektif Islam : Kajian Terhadap Susur Galur Datok Linggi @ Sultan Ahmad I Riayat Shah , saya banyak membaca buku sejarah Johor dan sudah pasti sistem Monarki Minangkabau akan kita jumpai.Kajian yang dibuat oleh Dr Leonard Y.Andaya bertajuk Kerajaan Johor 1641-1728-Pembangunan Ekonomi dan Politik, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1987 ,telah menghuraikan Prinsip Baru Dalam Perwarisan Takhta DiPagar Ruyung Pada Penghujung Kurun Ke17 (Lampiran E).Jadi disini saya permudahkan kandungan lampiran tersebut untuk bacaan anda semua bagi pengetahuan tentang sejarah berkaitan.
" Pada tahun 1674 diPagar Ruyung berlaku pertikaian perwarisan takhta.Mengikut amalan waris takhta secara tradisional ialah dari jurai keturunan bapa bagi anak lelakinya, jika tiada takhta itu diwaris oleh anak lelaki kepada saudara perempuan tertua dalam keluarga pemerintah itu. Manakala jika pemerintah tidak layak ,seorang penganti baru akan dipilih oleh pembesar-pembesar daripada kalangan anak-anak lelakinya.Jika tidak terdapat juga, maka warisan takhta itu diserah pada anak-anak saudara perempuannya.Pertikaian ini bermula bila putera almarhum Sultan Ahmad, Yamtuan Sakti Pagar Ruyung yang beribu seorang yang berdarah raja tetapi bukan dari keluarga ayahnya dengan anak saudara Sultan Ahmad iaitu putera pemerintah Suruasso.Kebuntuan ini akhirnya menjadi kedua putera itu diberi hak memerintah wilayah yang berasingan diPagar Ruyung.Akibat dari itu berlaku permusuhan dari tahun 1674-1683.Apabila Sultan Indrama Syah naik takhta telah menjadikan permusuhan itu berakhir namun Pagar Ruyung diperintah oleh dua orang Raja dimana seorang diPagar Ruyung dan seorang lagi diSuruasso. Bagi Belanda mereka mungkin dilaporkan yang sistem perwarisan ini adalah perkara biasa sahaja.Mereka hanya melihat ini dari sudut peperangan akibat pemberian ganjaran tahunan.Belanda tidak mengetahui bahawa yang tersuratnya adalah perwarisan nisbah ibu dimana anak lelaki kepada saudara perempuan tertua pemerintah mengantikan baginda untuk naik takhta.Keluarga diraja Pagar Ruyung dan diSuruasso kelihatan telah saling mengahwini sesama anggota keluarga yang dengan ini akan dapat terus menguasai takhta kerajaan.Menjelang tahun 1683 Raja Suruasso kelihatan seolah-olah telah menjalankan peranan utama sebagai Raja Ibadat dalam hiraki istana Pagar Ruyung " (Leonard Y.Andaya,1987:440-443)
Inilah yang berlaku penyimpangan dari sistem monarki Minangkabau yang boleh dikaji dari lipatan sejarah hingga kehari ini, semoga Adik Maria yang meminati Sejarah Minangkabau yang agak absurd itu memahaminya natijah dari penyimpangan ini.
Dr Aminudin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment