Friday, August 20, 2010

Makanan Orang Jepun A-Z Digandingkan Dengan Makanan Melayu Sekiranya Ada Siri 3


Asatsuki- sejenis sayur yang dalam kumpulan sayur kucai.Nama saintifiknya dipanggil Allium ledebourianum. Sayur ini selalunya digoreng dan dibubuh serbuk herba sebagai penyedapnya.

Atsuage- rincisan nipis tofu yang digoreng dalam minyak yang banyak dan agak lama. Makanan ini boleh dimakan dengan sos kacang soya yang ditaruh halia dan dihidangkan sebagai makanan dinamai nimona ,itamemono atau kadang-kadang dipanggil juga sebagai name age.

Awa- sejenis bijirin sekoi yang biasa dimakan oleh gulungan bawahan di Jepun sebagai penganti nasi.Pokok ini ditanam diKyushu dan juga diShikoku. Ianya boleh dimasak bersama dengan beras tetapi hendaklah dimakan waktu panas-panas kerana kalau sudah sejuk ia menjadi keras.Ada juga dikalangan orang Jepun menjadikan bijirin ini sebagai kek yang dipanggil awamochi, dibuat juga bebola dipanggil awadango dan juga gula-gula candy dipanggil awaame.

Awabi- ialah abalone, merupakan siput yang boleh dimakan tetapi berharga mahal diJepun.Ia boleh dimakan secara mentah-mentah,disteam, direbus dan juga dimasak yang menjadikan makanan dipanggil ishiyaki.

Ayu- sejenis ikan yang nama saintifiknya Plecoglossus altivelis. Ikan ini jenis ikan air tawar yang boleh didapati dipasar Jepun. Ikan ini biasanya boleh diperolehi disekitar bulan Jun dan Ogos.Ikan ini selalunya dipanggang dan rasanya enak sekali yang dikenali sebagai Shioyaki yang biasanya dicecah dengan sos tade su bila dihidangkan.

Azuki- sejenis kekacang yang nama saintifiknya Virgna angularis. Kekacang ini jenis merah yang agak kecil dan menjadi ramuan bagi makanan yang dipanggil Sekihau. Sejak dahulu lagi kekacang ini dimasak dan dicampur dengan nasi. Kebanyakan kuih-muih diJepun selalu membubuh azuki dan gula dalam kuih-muih tersebut.

Bai- sejenis siput yang nama saintifiknya Babylonia japonica. Kadang-kadang siput ini dipanggil juga baigai.Isi atau dagingnya dikeluarkan dari kulitnya dan direbus yang dijadikan makanan bergelar sunomono,aemona dan juga tsukudani.DiMalaysia seperti yang pernah saya coretkan dalam blog ini ialah tentang siput sedut yang biasanya kami diSungaibatu,Relong memperolehi diSungai Teris siput sedut ini enak dibaut masak lemak cili padi dan kulitnya bila dibakar lama dijadikan kapor sirih.

Bancha- dikenali sebagai tea hijau.

Basashi- daging kuda.Teristimewa dikawasan Kumamoto dan Nagano ,daging kuda ini dihiris nipis-nipis dan dihidangkan secara mentah dengan halia dan juga bawang putih dengan dicecah sos kacang soya.

Battera- nama yang dipinjam dari Bahasa Portugese iaitu Bateira yang bermakna bentuk perahu.Di Osaka,makanan ini dibuat dengan dibubuh dalam sejenis kotak kayu khas yang mana sushi dan nasi dipenyek berserta cuka makerel dan dibubuh diatasnya apa yang dipanggil konbu.


Dr Aminudin

No comments: