Showing posts with label Sumber: Wendy Khadijah Moore. Show all posts
Showing posts with label Sumber: Wendy Khadijah Moore. Show all posts

Thursday, September 2, 2010

Teori Raut Wajah Dari Perspektif Islam : Kajian Terhadap Legacy Datok Linggi Mengenai Hiraki Pemerintahan


Setelah kedatangan Islam keAlam Melayu kita dapati Hiraki Pemerintahan Kerajaan Melayu dibahagikan kepada dua kategori iaitu Golongan pemerintah dan Golongan yang diperintah.Golongan yang memerintah adalah Raja atau Sultan , kerabat diraja, pembesar dan penghulu.Manakala golongan yang diperintah adalah terdiri dari rakyat biasa yang berkerja seperti petani,nelayan,peniaga,tukang-tukang,penghibur,pemain sandiwara,pawang dan ahli ugama.Seterusnya ialah hamba yang dibahagikan kepada hamba abdi dan hamba berhutang. Kali ini saya paparkan foto Sultan Ahmad Pahang bersama para hulubalangnya semasa Persidangan Durbar diKuala Kangsar,Perak Tahun 1897. Dari foto ini dapatlah kepada kita corak dan jenis pakaian Raja dan Hulubalang ketika itu.

Sunday, August 29, 2010

Teori Raut Wajah Dari Perspektif Islam : Kajian Terhadap Legacy Datok Linggi @ Sultan Ahmad I Riayat Shah Dilihat Dari Segi Aspek Budaya


Aspek budaya Orang Melayu terutama berpakaian dahulu dapat dicerminkan pada foto-foto ditahun 1900 terutama dikalangan orang Melayu.Ini berkaitan rapat dengan sistem pengangkutan dikala itu yang menggunakan gajah.Bagi kaum perempuan dikalangan orang kebanyakan Melayu ketika itu ialah berbaju kurung atau berbaju kebaya yang biasanya dibuat dari kain sutera, disamping memakai selipar, memakai barang kemas ditangan dan juga dileher.Sedangkan kaum lelaki Melayu pula memakai baju Melayu, bersongkok dan bersamping serta memakai kasut.Imej dikalangan mereka yang agak berstatus tinggi ini adalah disekitar tahun 1930an dimaka ketika itu diadakan banci penduduk yang seperti baru-baru ini kita alami.Golongan luarbandar Melayu seperti yang saya paparkan dalam blog yang lalu semasa lawatan penjajah Inggeris ke Tembeling telah saya paparkan fotonya.

Edisi akan datang kita lihat Imej Raja-Raja Melayu

Dr Aminudin

Tuesday, August 24, 2010

Teori Raut Wajah Dari Perspektif Islam : Kajian Terhadap Legacy Datok Linggi @ Sultan Ahmad I Riayat Shah Dilihat Dari Segi Sites Dan Budaya



Edisi kali ini izinkan saya paparkan imej orang Melayu dahulu terutamanya diNegeri Pahang.Penjajah Inggeris yang telah bertapak diPahang sejak era Clifford sudah pasti menjelajahi seluruh ceruk dan pelusuk Negeri Pahang.Dari siri-siri penjelajahan ini mereka mereka merakamkan peristiwa tersebut melalui foto-foto yang saya paparkan disini.Misalnya High Commissioner of Federated Malay States telah menjelajah hingga keKuala Teh,Tembeling.Dalam foto itu kelihat High Commissioner tersebut tetapi rakaman foto dan penduduk kampung membuat upacara menyampaikan ucapan kepada rombongan tersebut. Dari gambar itu dapat kepada kita bahawa pakaian Orang Melayu Pahang ketika itu pada tahun 1912 adalah berserban dan berjubah, baju gombang dan kain pelikat dan bersongkok. Mereka ini mewakili masyarakat kampung Melayu ketika itu dan bagi mengambarkan pakaian Panglima pula dipaparkan gambar Panglima Kakap Husin dari Kuala Tahan pada tahun 1912.Kedua gambar ini saya petik dari "Malaysia : A Pictorial History 1400-2004 ", oleh Wendy Khadijah Moore,2008.Bagi edisi akan datang akan saya paparkan Pejabat Daerah Lipis dan bandar Kuantan.


Dr Aminudin