Showing posts with label Malaya 500 Early Postcards. Show all posts
Showing posts with label Malaya 500 Early Postcards. Show all posts

Wednesday, September 29, 2010

Teori Raut Wajah Dari Perspektif Islam : Kajian Terhadap Legacy Datok Linggi-Nukilan Kapitel 9 Sejarah Johor


Kapitel Kesembilan- Sejarah Johor Siri 1

Nama Johor semasa silamnya dipanggil Ujung Medini atau Ujung Tanah oleh Prapanca dalam tulisan yang bertajuk Nagarakretagama. Ujung Medini pernah ditakluk oleh Kerajaan Majapahit disamping kawasan lain yang termasuklah Muar, Pahang dan Tumasik. Sementara prasasti yang berbahasa sanskrit dari Jawa yang bertarikh 1006, Masehi mengatakan wilayah selatan Semenanjung Tanah Melayu itu dikenali sebagai Wurawari yang dalam bahasa Jawa Kuno bermakna "air jernih ". Begitu jugalah dalam Undang-Undang Thai yang bertajuk Kot Montient Ban yang bertarikh 1358, Masehi juga turut menyebut wilayah yang terletak diselatan Tanah Melayu iu disebut sebagai Murawari (Ahmad Juhari Moian,2009:36).Selain dari itu dalam tulisan jawi yang dieja Jim,Wau,Ha, Ra yang berbunyi juhar itu bermakna permata. Akibat kejatuhan Kerajaan Melaka telah membawa kemunculan dua kerajaan baru iaitu Kerajaan Melayu Johor dan Kerajaan Melayu Perak. Kerajaan ini diasaskan oleh Sultan Muzaffar Shah diPerak dan Raja Aluddin diJohor dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah II dimana telah berkahwin dengan puteri Sultan Pahang dengan mendirikan kota diKota Tinggi. Namun oleh kerana kurang cucuk kedudukan kawasan itu mereka telah membuat pusat pentadbiran diJohor Lama dan bermula dan bertapaklah sejarah Johor.

Bersambung.Foto diatas ialah Muar ditahun 1910 dan Lombong diBatu Pahat, 1910

Dr Aminudin

Saturday, August 28, 2010

Johor Bahru :Kaitan Dengan Teori Raut Wajah Dari Perspektif Islam



Kalau bandar Kuala Lipis dan Kuantan yang menjadi ibu Negeri Pahang kita lihat pula Johor Bahru yang merupakan ibu Negeri Johor kini.Negeri Johor yang bersejarah bagi Kerajaan Johor-Riau-Lingga-Pahang yang diasaskan dipenempatan bernama Pekan Tua yang berhampiran dengan Sungai Johor itu.Johor yang bermakna permata dan juga Bahru itu ialah baru dan gabungan ini menjadikan permata baru bagi Johor bahru.Dinamakan secara resmi pada tahun 1886 oleh Temenggong Abu Bakar.Bandar ini pernah ditawan oleh Jepun pada tahun 1942 yang dikenali sebagai Battle of Malaya.Kini Johor Bahru mengikut banci pada tahun 2008 mempunyai penduduk seramai 1.2 juta.Dari foto-foto yang saya dapati dari poskad lama bagi bandar Johor Bahru dimasa dahulu iaitu tahun 1906 hanya kelihat beca penumpang yang ditarik oleh tenaga empat kerat (orang) dan pasar ditepi Sungai Sengget yang sudah tiada lagi sekarang.Foto-foto ini dipetik dari " Malaya 500 Early Postcards", oleh Cheah Jin Seng,2008.

Dr Aminudin