Saturday, August 29, 2009

Tsuzuku Kobijutsu 5-Pongkes


Pongkes dalam bahasa Inggerisnya ialah shallow open basket to carring earth.Pongkes zaman kami bebudak disungaibatu deRelong digunakan oleh orang tua dan kami untuk mengangkat tanah-tanah yang telah dicangkul atau digali.Dalam blog saya ini ada saya menceritakan tentang Abang Akil membuat lubang letkua (letakuali)bagi memasak dodol bila menjelang hari raya.Bagi mengali lubang-lubang ini pongkes digunakan bagi membuang tanah-tanah tersebut.Bagi perkerja yang tinggal dikongsi kuari pecah batu disungaibatu pula saya dapati mereka menggunakan pongkes-pongkes ini untuk mengutip batu-batu yang pecah oleh mesin pemecah batu.Pongkes juga berguna bagi mengangkat baja tahi kelawar yang diambil oleh bebudak dari guabama.Misalanya Man anak pakandak Dahan yang berminat sungguh mengambil tahi kelawar dari guabama itu.Tidak ketinggalan juga masa perkerja JKR yang banyak menggunakan pongkes apabila mereka menambun dan mengangkat tanah atau batu granait semasa membina jalan Kuala Lipis-Padang Tengku saya lihat banyak pongkes digunakan.Biasanya pongkes ini diperbuat dari rotan dan jarang lagi kita sekarang dapat melihat perkerja dalam industri pembinaan jalan raya sekarang menggunakan pongkes.Ini mungkin kerana sekarang sudah banyak jentera moden yang menggantikan tulang empat kerat dan pongkes.Coretan ini dibuat adalah untuk mengimbau kembali penggunaan pongkes yang satu masa dahulu digunakan dan membantu kita dan kita patut menghargai alat kecil ini.Saya kadang-kadang kesian juga melihat usahawan Azmi dibatu lima,Kuantan yang banyak pasir dan batu putihnya bagi kegunaan bengkel "dapur kubur " diambil orang berpongkes-pongkes diwaktu malam.Rupanya ada juga pongkes digunakan untuk mencuri.

Dr Aminudin

No comments: