Gantang atau Measuring capacity of paddy yang semasa saya kecil melihat emak atau ayah menyukat beras untuk disimpan atau dibuat lemang bagi menyambut hari raya.Ukuran kecil pada gantang ialah cupak iaitu 4 (empat cupak) satu gantang, dimana ukuran ini bebudak sekarang sudah tidak ambil peduli lagi kerana sekarang telah menggunakan ukuran metrik.Kadang-kadang dengan mengikut peraturan globalisasi budaya ukuran Melayu kita turut hilang, inilah harga kita patut bayar.Namun tidak begitu dengan masyarakat Jepun yang mereka kekalkan budaya dan bahasa dan mereka sanjung.Berbalik pada gantang kami dizaman bebudak sungaibatu de Relong ini biasanya dibuat dari tin yang boleh dibeli diKuala Lipis atau Padang Tengku.Orang yang menjual buah bidara diPekan sari Relong juga menggunakan cupak dan gantang.Saya memang suka memakan buah bidara kampung tetapi sayangnya diRelong tidak banyak pokok bidara lagi yang tumbuh.Namun begitu semasa saya bertugas diPejabat Daerah Temerloh masih banyaklah buah biadara kampung ini dijual dipekan sari hari ahad ditepi sungai Pahang itu.Ini mungkin datang dari Kampong Awah atau kampung-kampung diMaran yang masih banyak lagi pokok tersebut.Kadang-kadang juga musim ikan naik lek (biasanya musim banjir seperti yang pernah saya coretkan)ikan ini bermain dan menghempaskan telurnya ketika itu mudahlah ditangkap dan bila dapat ditangkap kadang-kadang saya lihat ayah pernah menyukat-yukatnya menggunakan gantang dan banyaknya bergantang-gantang juga.Bila orang mengadakan kenduri kahwin sudah semestinya gantang akan digunakan untuk mereka menyukat beras yang hendak ditanak itu.Pada kebiasaanya kita bertanak nasi dalam kawah akan mengacau beras itu bila tiba waktunya tetapi setelah satu kemahiran orang Relong bertanak nasi tanpa mengcaunya yang seingat saya Abang Nor Akak Nab mempunyai kemahiran ini orang Relong sudah tidak riau lagi tentang nasi mentah.Namun dimasa kami bebudak yang suka menenguk orang memasak nasi kawah ialah bila nasi menjadi berkerak dan inilah yang suka kami ambil makan dengan dicecah dengan gulai daging yang masih panas-panas.Bagi saya akhiri entry ini mengenai cupak dan gantang ialah simpulan bahasa berbunyi cupak asli, cupak berkeesaan,cupak hanyut,cupak pesuk,cupak tegak sudah diisi dan mengisi gantang pesuk serta melukut ditepi gantang yang memang anda sekelian tahu maknanya.
Dr Aminudin
Friday, August 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment