Getah Gelung yang berwarna warni terdapat dijual dikedai-kedai runcit zaman kami bebudak Sungaibatu deRelong menjadi kenangan kepada saya hingga hari ini.Sebagai budak lelaki emak dan ayah saya tidaklah membelikan saya gelang emas macam Pakandak dan Makandak membelikan untuk Azi dan Ainon.Saya lebih gembira membeli gelang getah yang berwarna merah,hijau,kuning,putih,choklat dan dan lain-lain.Getah gelung ini saya pernah coretkan menjadi bahan bagi kami membuat lastik dan juga alat bagi permainan senapang terung manggo.Selain dari itu ada juga kami bermain baling getah gelung ini kedalam kotak-kotak yang berisikan nombor-nombor diatas tanah yang kami tikam atau campak dari satu tempat yang dibuat garisan.Dari situ kami campak getah gelung tadi kedalam kotak nombor 8 misalnya dan kalau masuk "taukeh" yang kena bayar sebanyak 8 gelung kepada kami, kalau tidak masuk kotak atau kena garisan ,taukeh ambil gelung getah kami itu.Kadang-kadang kalau nasib mujur hari itu saya penuh lengan dengan getah gelung macam saya lihat ada setengah wanita Melayu dipasar payang diKota Bahru, Kelantan tangannya penuh dengan gelang emas.Begitulah banyak yang mereka pakai tetapi kami pakai getah gelung ditangan itu hanya mainan dimasa bebudak dan kadang-kadang selepas main itu kami membawanya sekali mandi dalam parit dekat rumah Pakencik Akob dibawah pokok durian yang rendang itu untuk menuju kedalam calvert yang pernah saya ceritakan.Hari ini getah gelung tidak banyak digunakan oleh bebudak sekarang kerana mereka mempunyai berlambak-lambak jenis permainan yang harganya mencecah ribuan ringgit berbanding dengan kami dahulu yang hanya getah gelung yang kini hanya berharga berberapa sen sangat.Inilah jurang (gap)antara kami dengan generasi sekarang yang perlu dilihat oleh ibu-bapa moden sekarang dalam menyediakan kemudahan untuk permainan anak-anak.Kadang-kadang saya terfikir permainan tradisional vs moden yang pernah saya coretkan dalam blog ini sudah sampai waktunya pensyarah-pensyarah diuniversiti tempatan kita membuat penyelidikannya kerana banyak permainan moden yang kita masuk bertanding tidak mencapai taraf dunia dan kalau masuk bertanding pun selalu kecundang, jadi apa salahnya kita tumpukan pada permainan tradisional kita seperti gasing,congkeh,layang-layang,tarik upeh,baling botol dan lain-lain yang dapat menjimat kewangan negara dan kalau nak sangat perkenal negara ini maka promotelah permainan tradisional tersebut diperingkat antarabangsa.
Dr Aminudin
Friday, August 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
terdapat kesilapan fakta didalam artikel tersebut. Pasar kedai payang di kuala terengganu manakala pasar siti khadijah di kota bharu.
Terima kasih atas pembetulan itu.
Dr Amin
Post a Comment