Asap atau smoke mengingatkan saya kepada peristiwa kami membakar cerang.Cerang ini adalah kawasan kita mengerjakan tanaman pertanian bagi tanaman sementara seperti tanaman jagung,padi human, labu, keledek ,kacang dan lain-lain sebelum diusahakan tanaman kekal iaitu getah.Dalam usaha menanam inilah permulaan kawasan itu perlu diterangkan dan dibakar.Seperti yang saya ceritakan kami membuka tanah bagi tanah getah diBukit Perupuk dengan emak dan ayah dan selepas itu ada juga menanam pokok-pokok durian dikaki bukit itu.Seingat saya Mosik anak Makde ada membantu menebang pokok-pokok yang agak besar dengan mesin gergajinya.Selepas itu barulah kami " memerun " atau membakar kayu-kayu yang ditebang itu.Biasanya membakar kayu-kayu ini kami lakukan dimusim panas atau kering, jadi ini menyeronokan saya dimasa bebudak melihat api marak kemerahan-merahan dan asap berwarna putih dan kelabu naik berkepul-kepul kepuncak awan.Beberapa hari selepas itu kami menerangkan kawasan itu untuk ditanam tanaman kontan dengan menggunakan tugal seperti yang pernah saya ceritakan.Asap juga kadang-kadang menggangu kami untuk memasak dodol seperti yang pernah saya ceritakan dalam entry Lubang Letkual (Letakuali).Bagi setengah orang tua ada mengatakan jika kita kencing dimerata-rata (tidak ditempat yang sewajarnya) asap suka mencari kita atau menuju kepada kita ketika memasak dodol ini, samada betul atau tidak, tidaklah dapat saya pastikan.Rumah Asap seperti saya ceritakan yang pernah ada dikampung kami dalam tanah aruwah Pak Busu itu hanya tinggal kenangan bagi saya yang pernah membuat getah keping berbanding sekarang hanya ditoreh oleh para perkebun kecil setakat untuk punggutan susu getah atau getah sekerap saja.Hari ini asap telah menjadi kita sesak nafas terutama diKuala Lumpur ataupun bandar-bandar besar kerana keluar dari kereta-kereta yang kian banyak.Maklumlah sekarang purata bagi sebuah rumah sekarang ini setidak-tidaknya ada dua buah kereta.Lihat saja di perkarangan sekolah sekarang penuh dengan kereta-kereta Cikgu berbanding dahulu Pakcu Husin saya seorang guru besar diDong ,dia dan seorang dua sahaja mempunyai kereta yang lain tidak.Aruwah Pakalang Zainuddin saya yang pernah saya dedikasi dalam blog ini sehingga meninggal pun tidak membeli kereta.Asap kini menjadi jerebu dan pernah membuat kita taknampak jalan diKuala Lumpur, jadi inilah fenomina-fenomina moden yang perlu kita hadapi dan jangan kita "kelabu mata " dengan dunia sekarang yang banyak pancaroba.
Dr Aminudin
Monday, August 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment