Pelita atau oil lamp mengingatkan saya kepada saya semasa zaman bebudak pada kuih Pelita Talam yang dihidangkan kepada kami bebudak sungaibatu deRelong.Kuih ini emak buat bila tiba bulan puasa, jadi sempena Ramadhan ini dan mencari kuih ini dipasar Ramadhan diBalok memang jarang jumpa.Kalau jumpapun tahun lepas rasanya tidaklah sesedap mana maklumlah ia dibuat untuk tujuan komersial.Pelita talam sebenarnya adalah kuih yang dibuat dari tepung gandum yang diberikan berkepala dari santan kelapa.Jadi setelah siap ia akan menjadi berlapis-lapis iaitu bahagian bawahnya yang akan berwarna chokelat yang biasanya dicampur dengan gula merah dan lapisan atas adalah berwarna putih yang menjadi kepalanya dari santan kelapa yang saya katakan tadi.Kuih ini selalu dimakan oleh keluarga kami dan juga dibuat oleh orang lain disungaibatu seperti Akak Nab,Akak Siti,Wan Kiah dan lain-lain untuk dibawa kesurau We Muhammad bagi dimakan oleh orang yang datang sembahyang terawih disurau itu.Bila makan beramai-ramai inilah yang menyelerakan dan membuat kami cukup gembira bila tiba bulan puasa.Cerita ini ada ada muatkan dalam entry blog ini dibawah tajuk Meriahnya Surau We Muhammad.Inilah kenangan saya dan saya kira juga orang yang pernah tingal sekitar sungaibatu de Relong.Begitu juga pada pelita minyak tanah yang kami pasang pada malam tujuh likor bila tiba penghujung bulan puasa dan juga pada malam raya.Pelita sekarang ada dijual dikedai-kedai mahupun disupermarket yang diperbuat dari tin atau plastik.Kami dahulu membuat pelita ini dari buluh betong yang kami potong pendek diberikan sumbu yang kami perbuat dari taligundi dengan didalam buluh itu kami taruhkan minyak tanah.Inilah yang menjadi kenangan kepada saya zaman bebudak bila tiba masa berpuasa dan menjelang hari raya.Apa yang menjadi ingatan saya juga kami bebudak tidak ada yang ponteng puasa kerana emak dan ayah akan buatkan kami baju gombang untuk dipakai pada hari raya kerana berpuasa penuh.
Dr Aminudin
Saturday, August 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment