Gegepi atau bug is any small insect.Merupakan serangga yang saya perhatikan dimasa zaman saya bebudak disungaibatu,deRelong dahulu. Bila teringkatkan gegepi ini bukan apa kerana baunya.Sempena bulan ramadhan ini bau mulut orang yang puasa disisi Illahi adalah seumpama bau bunga kasturi.Makakala bau gegepi ini amat bertenangan dengan bau harum bunga kasturi itu iaitu busuk.Kami bebudak memang taksuka dengan gegepi takala itu.Saya memerhatikan gegepi ini banyak hidup dipokok keduduk yang pernah saya coretkan ia kelihatan merangkak-rangkak dari satu buah kesatu buah keduduk yang masak itu yang mungkin ia memakan buah-buah keduduk ini atau juga pucuk-pucuk muda pokok tersebut.Biasanya gegepi ini berwarna merah dibelakang badannya dan dikelilingi oleh warna hitam.Bila kami mengambil buah-buah keduduk yang ranum untuk dimakan atau dibuat dakwat kadang-kadang terpegang atau tertangkap gegepi ini.Inilah yang menjadikan bau tangan kami busuk dengan bau yang gegepi ia keluarkan.Kadang-kadang dalam kami bermain dalam terowong pokok-pokok keduduk dan paku-pakis yang kami buat itu gegepi ini memasuki poket baju dan seluar kami, jadi ia kami bawa balik kerumah tanpa kami sedari jadi bila terpegang atau terkena dia bila menyalin baju atau seluar itu ia akan mengeluarkan bau yang amat membosankankan kami itu.Namun begitu serangga yang semacam dan sekecil macam gegepi ini ada juga dirumah kami iaitu dipanggil bubuk.Ada orang memanggilnya bubuk jawa, bubuk ini tidaklah mengeluarkan bau tetapi ia memakan beras.Bila emak meletakan beras dalam takar seperti yang pernah saya coretkan, emak meletak juga batu-batu sungai kedalam takar itu yang mungkin untuk mengelakkan bubuk memakan terlalu banyak beras itu agaknya.Inilah yang menjadi kebiasaan agaknya orang Melayu meletakkan batu dalam bekas mereka menyimpan beras agar menakutkan bubuk-bubuk itu tadi.Namun ada juga setengah orang berpendapat bubuk jawa mempunyai khasiatnya yang tersendiri kepada mereka.Jadi kedua serangga yang unik ini mungkin tidak diperhatikan oleh generasi muda Relong sekarang kerana mereka mempunyai citarasa berbeza dengan saya.Namun inilah serangga kecil ciptaan Ilahi yang perlu kita perhati.
Dr Aminudin
Thursday, August 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment