Monday, May 31, 2010

Data Interception Siri 2-Minangkabau


Dalam edisi Kajian Terhadap Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara yang bertarikh 23 Mac 2009 ,saya ada memetik kajian oleh orientalis iaitu J.M.Gullick dalam monograph nombor 33 yang bertajuk A History of Negeri Sembilan,2003yang mana Gullick menulis tentang Minangkabau dengan katanya " like King Arthur's Camelot in the English historical tradition, is more significant as legend than a fact ".Begitu jugalah kajian saya terhadap inskripsi-inskripsi yang terdapat diBukit Seguntang yang terletak diPalembang yang saya muatkan dalam blog saya ini bertarikh 6 April 2009 yang dibawah entry Data Interception.Kali ini ada baiknya kita melihat pandangan dan tulis oleh orang Minangkabau sendiri yang iaitu Profesor Dr Hamka sendiri yang mana kata penerbit bukunya , "...Hamka bukanlah orang luar, tetapi anak Minangkabau sejati, keturunan orang beradat juga dalam negeri Sungaibantang, dan memakai gelar pusaka Datuk Indomo ".Seterusnya saya membuat intisari dari buku Dr.Hamka,Islam dan Adat Minangkabau,2006 dihalaman 7, beliau menulis "...didalam dogeng-dongeng kuno, sebagai dalam Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang, telah tersebut juga Minangkabau itu dahulunya suatu kerajaan besar ".

Selanjutnya Prof.Hamka menulis yang bertemu sepucuk surat tua diIndia yang ditulis pada tahun 1005,Masehi mengatakan Raja-raja Palembang dipanggil Raja Gunung.Ketika itu Minangkabau dibawah jajahan Sriwijaya dan bila Kerajaan Sriwijaya jatuh kerajaan telah berpindah keDarmasraya.Bila Kerajaan Sriwijaya jatuh digantikan oleh Kerajaan Majapahit pula memerintah Minangkabau hinggalah kehari ini.Bila Aditiawarman menjadi Raja Minangkabau pada tahun 1343,Masehi beliau menitah dibuat patung Manju Shri yang bermakna " yang maha suci" ,masih terdapat diBerlin hingga sekarang.Bila Kerajaan Melaka mempunyai kekuatan penyiaran Ugama Islam banyak rakyat Minangkabau berpindah kesana dan menubuhkan negeri yang di panggil "Negeri Sembilan".Hingga keera moden bila belaku gerakan Paderi dari tahun 1801-1837 ,dimana Imam Bonjol dikalahkan oleh Belanda unsur-unsur Islam masih kental dalam Adat Minangkabau malahan pepatah ini diterapkan " Syarak nan mengata, adat nan memakai.Sudah adat kebalairung, sudah syarak kemasjid ".Struktur Orang Empat jenis iaitu Penghulu,Manti,Dubalang dan Malim yang mana ditentukan pula pakaiannya iaitu Penghulu berpakaian hitam,Manti berpakaian Unggu,Dubalang berpakaian Merah dan Malim berpakaian Putih.Inilah warna-warni kehidupan orang Minangkabau yang dicatatkan oleh Prof Dr.Hamka.Selain dari itu saya petik pantun berikut dari buku yang beliau tulis itu dihalaman 109 berbunyi :-

Dari mana asal terbit pelita,daripada tanglung nan berapi,
Darimana asal nenek kita,dari lereng Gunung Merapi.

Dr Aminudin- Bersambung

Tuesday, May 25, 2010

Memperkenalkan Peribahasa Sweden Digandingkan Dengan Perbahasa Melayu- Siri 9


40." Gubbar har almanackan i kroppen " (Orang tua membawa kalender dalam tulang-temulangnya)

Orang tua bermakna ibubapa bagi simpulan bahasa kita.Orang tua diajar makan pisang bermakna mengajar pakar.Begitu juga pepatah berbunyi orang tua jangan diperut seperti rotan, dahululah dia merasa garam bermakna janganlah cuba mengajar pakar.Curi tulang bermakna ponteng kerjalah tu.

41."Man kysser barnet och menar amman" (Satu ciuman bagi kanak-kanak bermakna untuk jururawat juga)
Budak bermakna masih belum matang fikiran.Budak belian bermakna hamba yang dibeli.Budak makan pisang bermakna belum matang.

42."Nor barnet ar avvant, far amman avsked " (Bila kanak-kanak berhenti/putus menyusu ,mereka katakan selamat tinggal pada jururawat juga)

Susu bundar bermakna buah dada yang cantik.Susu didada tidak dapat dielakkan bermakna nasib yang tidak dapat dielakan.Putus-putus suara bermakna suara tertahan-tahan.Putus tali tali boleh dihubung,patah arang sudah sekali bermakna putus hubungan sama sekali.Putus kelikir rompong hidung bermakna konflik yang tidak dapat didamaikan lagi.Putus gayung dibelebas,putus kata dipangkalannya bermakna keputusan selepas berunding.

43."Andra ar andra seder " (Lain tahun lain pula warna rambutnya)

Rambut anak kundai bermakna anak rambut didahi pengantin.Rambut dibelah seribu bermakna sangat kecil.Rambut dijalin sikelebai bermakna rambut panjang seorang gadis yang kusut.Rambut seperti raga bermakna kusut masai.Rambut sudah menjarum bermakna sudah tua.

44."Andras fel lar bast" (Kesilapan orang lain adalah pengajaran/guru yang terbaik)
Guru makan berdiri,murid makan berlari bermakna murid selalu mencontohi perbuatan guru.Lain biduk galang diletak bermakna lain ditanya lain dijawab.Lain yang luka lain yang kepedihan bermakna lain yang disindir lain pula yang diterasa.Salah cotok berkudung paruh,salah telan belah perut bermakna kesalahan akan menerima hukuman yang setimpal.Salah gelogok hulu malang, pandai bertenggang hulu baik bermakna kalau membuat kerja dengan tidak hati-hati akan mendatangkan kesusahan.

Dr Aminudin

Saturday, May 22, 2010

Memori 38-Gugusan Bukit Bay Route,Bukit Ubi Dan Bukit Setongkol,Kuantan,Pahang


Gugusan Bukit Bay Route,Bukit Ubi dan Bukit Setongkol diKuantan membuatkan saya ketawa dalam hati tentang keunikan nama-nama tempat dibandar Kuantan ini.Cubalah anda bayangkan yang nama berkaitan dengan bay route seharusnya berdekatan dengan pantai umpamanya Dangau Bay, diJohor Bahru yang merupakan pembangunan moden sekarang ini.Tetapi Bukit Bay Route diKuantan ini adalah ditengah-tengah bandar Kuantan yang berhampiran dengan Wisma RISDA sekarang.Diatas bukit ini ada sebuah surau,restoran,taska,tangki air dan beberapa buah rumah.Jalan yang kalau anda pernah lalui akan menjadikan anda akan berjumpa semula dengan Jalan Bukit Ubi yang menuju kejalan Sungai Lembing atau keIndera Mahkota.Ia ibarat memusing-musing digugusan Bukit Ubi dan Bukit Bay Route.Jika anda dari Jalan Yang Ah Jang membelok kekiri anda akan berjumpa pula Jalan Bukit Setongkol yang mana tidak jauh anda berjalan akan berjumpalah jerat atau perkuburan orang Cina.Jadi bolehlah kita katakan inilah gugusan bukit-bukit dalam bandar Kuantan yang unik dan pelik.

Pelik kerana nama-nama bukit tersebut, iaitu Bukit Setongkol yang kalau orang Pahang membawa makna satu atau tunggal.Namun inilah hakikatnya kalaulah ia mendapat nama tersebut kerana batu-batu disitu nampaknya tunggal-tunggal belaka.Anihnya Bukit Setongkol berjiran pula dengan Bukit Bay Route yang sepatutnya nama itu terletak ditepi pantai tetapi ditengah-tengah bandar.Saya sebagai seorang pengkaji geologi dan geografi mukabumi percaya bandar Kuantan dahulu adalah sebuah lautan tetapi akibat pergerakan bumi yang berlaku berjuta-juta tahun dahulu telah menjadikan kawasan ini terjungkit naik menjadi daratan.Jadi orang telah menamakan Bukit Bay Route ini telah mengetahui perkara yang saya percayakan itu dan mereka telah menamakannya sedemikian.Manakala Bukit Ubi pula adalah berkedudukan disebelah kanan Bukit Bay Route itu yang kini terdapat pejabat Jabatan Pertanian,Unit Selenggaraan MPK,Pejabat JBA,Pejabat Kemas dan lain-lain.Secara kasar pengamatan saya banyak juga batu-batu pada bukit tersebut.Ini agak pelik juga pada kehidupan pertumbuhan pokok-pokok ubi kayu disitu.Namun tidaklah menghairankan kalau dahulu disitu banyak ditumbuhi pokok ubi kayu gajah dizaman dahulu dan ini menjadikan namanya Bukit Ubi melekat sebagai namanya sekarang sempena banyak tumbunya Ubi Kayu Gajah disitu.Jadi inilah keunikan bukit-bukit dalam bandar Kuantan yang pelik dan patutlah kita memelihara dan menyelidikinya.

Aminudin Ph.D

Ranking Imej Blog Sungaibatuderelong dan Kajian Hikayat Seri Rama Bertaraf Dunia


Saya sebenarnya semasa berkhidmat diBahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Malaysia semasa dalam kerajaan dahulu ditugaskan menyelaras Ranking Universiti Seluruh Dunia bagi membolehkan pelajar-pelajar tajaan JPA
dihantar keuniversiti yang bertaraf Top Ranking.Hari ini saya telah bersara dan meninggalkan perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik tidaklah begitu berminat lagi untuk membuat kajian tentang " Ranking " ini.Namun oleh kerana jiwa saya merupakan seorang penyelidik maka, saya selalu juga meneliti Ranking tentang blog-blog yang ada sekarang.Terlanjur melihat hal tersebut saya menjenguk juga Ranking blog saya sendiri iaitu http://sungaibatuderelong.blogspot.com.Apa yang membuat saya tertarik ialah blog ini yang terutama sekali tentang kajian Hikayat Seri Rama yang saya kaji itu telah menjadi sebuah blog yang mana imej atau rankingnya bertaraf dunia.Dimana kajian ini sebenarnya boleh anda sekelian membuat search diGoogle Imej dengan menaip tajuk " Hikayat Seri Rama Naskhah Tertua " dari search itu akan memaparkan kepada kita kedudukan kajian ini dimana sebaris atau setanding dengan imej Datuk Seri Anuar Ibrahim, Menteri Besar Kedah, Presiden Indonesia dan lain-lain lagi.Malahan Imej blog Sungaibatuderelong pula memuatkan imej yang lebih banyak fotonya pula termasuklah buku saya yang berjudul " Menyingkap Sejarah Lembah Bama DiNegeri Pahang Sebagai Pusat Perdagangan Terawal bagi Asia Tenggara dan Mengesan Sultan Pemerintah Riau-Lingga-Johor Yang Menetap DiLembah Bama ( Kg Relong )",2009.

Dengan adanya diantara kemudahan ICT boleh kita kecapi sekarang, dimana kajian saya tentang Lembah Bama mendapat bacaan audience diseluruh dunia tiadalah lagi diMalaysia sahaja.Dalam hal ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada portal Google kerana memberi kesempatan pada saya mencurahkan idea dengan secara percuma.Terima Kasih Daun Keladi, saya paparkan imej blog saya yang mana saya tandakan dengan bulatan bagi blog tersebut.

Dr Aminudin

Friday, May 21, 2010

Teori Realiti Kehidupan DiLembah Bama Selaras Dengan Teori Utama Bahasa Dunia


Saya telah menulis kajian yang berjudul" Kajian Terhadap Hikayat Seri Rama Dari Perspekif Strategi Dan Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara Yang DiKarang Oleh Orang Lembah Bama,Kuala Lipis,Pahang".Dimana kajian ini sedang proses pengeditan untuk saya terbitkan.Dalam kajian tersebut saya menghuraikan Teori Bahasa yang digunakan diLembah Bama adalah bahasa yang diterapkan atau digunakan oleh kami orang Sungai Batu,diKampung Relong,Kuala Lipis.Dari segi teori bahasa dunia saya mendapati ianya selaras dengan teori dikemukan diLondon iaitu ianya dipelopori oleh J.R.Firth yang mengemukan teori yang dinamakan Context of Situation atau memerihalkan keadaan dimana bahasa digunakan dalam masyarakat, dengan kata lain bahasa diterapkan dalam kehidupan harian mereka. Ini samalah juga dengan kami diLembah Bama yang menerapkan bahasa seperti bertanak nasi,airnya keroh,berguling,kuih penganan,gedung,dusun dan lain-lain perkataan yang telah saya huraikan dalam blog saya yang lalu.Jadi natijahnya dapatlah saya katakan bahawa "Teori Kehidupan Realiti Bagi Kami DiLembah Bama "telah menepati ciri-ciri teori yang dipanggil Context of Situation tersebut dan ini sekali mengesahkan bahawa benarlah bahawa pengarang Hikayat Seri Rama adalah dikarang atau ditulis oleh orang Lembah Bama.

Dr Aminudin

Tuesday, May 18, 2010

Memperkenalkan Peribahasa Sweden Digandingkan Dengan Peribahasa Melayu-Siri 8


36."Allmosa ar till fromma bade for den som far och for den som ger " (Derma membantu pemberi dan penerima)

Seduit dibelah tujuh,sirih sehelai dicabik-cabik bermakna bersatu hati.Beri tangan adalah menolong.Terima budi adalah menerima jasa baik orang.

37." Den som vill vara med om visten far ocksa kannas vid forlusten " (Siapa yang mahu berkongsi untung kena sanggup pula berkongsi kerugian )

Untung ada, tuah tiada bermakna nasib malang.Untung bagai untung kapas bermakna banyak tanggungan.Untung melambung,malam menimpa bermakna mula-mula untung, kemudian malang.Untung sabut timbul,untung batu tenggelam bermakna kalau nasib baik selamat kalau nasib buruk musibah.Rugi menentang laba,jerih menentang boleh bermakna kena bersusah payah dahulu sebelum mendapat apa yang dihajati.Rugi-rugi untung bermakna walaupun rugi ada juga kebaikannya.

38." Allting garigen " (Semua dalam bentuk bulat)

Bulat fikiran bermaksud keputusan muktamad.Bulat kata bermakna sudah sepakat.Bulat macam kundur bermakna anak yang gemuk dan sihat.Bulat segolong pecah selayang bermakna muafakat.Bulat waris mengadakan buapak,bulat buapak mengadakan lembaga bermakna kita sepakat waktu mengangkat datuk lembaga.Bulat tekad bermakna azam yang kuat.

39." Allvar och gamman faller val samman " (Hendaklah serius dan masa yang tepat selalu seiringan dalam banyak keadaan )

Masa ada ayam yang mematangkan jemur bermakna mustahil menolak untung.Masa kecil teranja-anja,sudah besar terbawa-bawa,lalu tua berubah tidak bermakna kebiasaan dizaman kecil susah hendak diubah masa tua.Masa tidak dapat ditambat,terlepas takdapat dikejar maksudnya masa tidak dapat ditebus semula.Masa rebunglah hendak dilentur,jangan nanti hingga menjadi aur bermakna melatih anak biar masa masih kecil.

Dr Aminudin

Friday, May 14, 2010

Memperkenalkan Peribahasa Sweden Digandingkan Dengan Peribahasa Melayu-Siri 7


31."Aftonsang med dryck,morgonsang med hosta " (Nyanyian takala petang sambil minum-minum,nyanyian waktu pagi batuk-batuk)

Pagi-pagi hitam bermakna awal pagi.Pagi tidak dibuang,senja tidak dikejar yang bermakna tidak membuang masa.Minum cuka dipagi hari bermakna membuat sesuatu kerja kerna dipaksa.Minum pelangkin bermakna mengharap perkara yang mustahil.Minum air terasa duri,santap nasi terasa lilin bermakna sangat susahati.

32 "Ratar man agnarna,kan man latt ga miste om karnan " (Jangan membuang jerami, nanti kita mudah hilang kernel )

Peribahasa kita ada mengatakan jangan bagai orang berjudi,senang alah hendak membela yang bermakna perbuatan negatif tentu merugikan.Jangan bijak terpijak,biar bodoh bersuluh yang bererti jangan menunjukan pandai,biar bodoh tapi suka bertanya.Jangan menumbuk diperiuk,menanak dilesung bermakna jangan buat kerja salah tempat.Jangan sudah terperosok baru hendak melantai bermakna jangan sudah ditimpa malang baru hendak beringat-ingat.

33." Allt ar inte for alla " (Semua bukan untuk untuk semua orang)
Orang berdendang dipentasnya bermakna ada kuasa.Orang lapar diberi nasi,orang haus diberi air bermakna dapat perkara yang sangat diingini.Orang terpegang pada hulunya, awak terpegang pada matanya bermakna mendapat lawan yang lebih kuat.Orang sebentuk bagai cincin setitik bagai emas bererti sama status.

34."Nu ar sagan all" (Sekarang cerita sedap-sedap telah berakhir)
Sedap manis jangan ditelan ,pahit jangan dimuntahkan bermakna jangan segera menerima yang sedap sahaja,menolak yang tidak sedap.Sedap malam bermakna bunga yang harum pada waktu malam.Sedap telinga bermakna perkara yang menyukakan hati

35." Alla berinte som knapper ihop handerna " (Tidak semua orang yang menadah tangan itu berdoa atau sila ambil perhatian bagi mereka yang hipokrit)

Tadah embun bermakna sisir pisang yang diatas sekali.Tadah tangan bermakna berdoa atau minta sedekah.Doa selamat bermakna doa untuk bersyukur kepada Allah mohon supaya selamat.