Tuesday, April 6, 2010

Pengenalan Terhadap Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara -Atipan XVI (Data Interception)


Berdasarkan buku " Sejarah Melayu The Malay Annals ",compiled by Cheah Boon Kheng,MBRAS Reprint 17,2009,dihalaman 85 jelas sekali dinukilkan seperti berikut:-

"...Palembang itu Palembang yang ada sekarang ini inilah.Dahulu negeri itu terlalu besar, sebuah negeri diTanah Andalas tiada sepertinya.Maka masyurlah pada segala negeri, bahawa anak cucu Islandar Zulqarnain turun dari Bukit Seguntang Mahamiru segala ada dinegeri Palembang.Maka segala raja-raja daripada segala pihak negeri pun datang menghadap raja itu,maka anak raja yang tuha sekali dijemput oleh orang Andalas maka dirajakanyalah di Minangkabau,adapun gelar baginda itu diatas kerajaan Sang Sapurba.Kemudian dari itu maka datang orang Tanjung Pura, maka jemputnya anak raja yang tengah itu dirajakan diTanjung Pura, gelaran baginda diatas kerajaan Sang Manika.Yang bungsu tinggal diPalembang pada Demang Lebar Daun.Maka oleh Demang Lebar Daun anak raja yang bungsu itu dirajakannya diPalembang,adapun gelaran baginda diatas kerajaan Sang Uratama.Maka Demang Lebar Daun turun menjadi Mangkubumi".

Dari data diatas jelaslah kepada kita, siapa Raja Minangkabau mengikut Sejarah Melayu, yang banyak menjadi rujukan kesultanan Melayu sekarang.Namun sebagai pemerhati atau pengkaji seperti saya, data-data saintifik perlulah diberikan.Justeru itu inilah saya bentangkan diantara data saintifik yang telah dibuat kajian oleh para cendekiawan Indonesia dan juga antarabangsa.Diantaranya kajian diBukit Seguntang yang merupakan sebuah bukit kecil yang terdapat diPalembang.Dikaki bukit itu mempunyai kadar kepadatan penduduk yang tinggi.Disebelah barat laut dan barat daya bukit itu terbentang luas tanah yang berpaya hingga kedaerah Talang Kikim dan Kolam Pinisi.Bukit Seguntang terletak diwilayah Kelurahan Bukitlama,Kecamatan Ilir Barat I, Kota Palembang.Banyak arca Buddha terdapat diBukit Seguntang,dan bukit ini juga terkenal sebagai kompleks pemakaman raja-raja Melayu.Ada masyarakat diSamutera menganggap Bukit Seguntang sebagai tempat suci.Penulis seperti Wolters (1970)bahawa sang SaPurba separuh Dewa turun keBukit Seguntang dan adalah asal keturunan Raja Melaka.Arca Buddha ditemui oleh pengkaji Schnitger (1920) yang kini ada diMuzium Nasional diJakarta yang dibuat dari Batu Granit.Arca Buddha diBukit Seguntang ini memakai jubah berlipat-lipat ,bersanggul (usnisa)dan ada tonjolan (urna) ditengah dahinya.Menurut Majumdar (1935)arca ini dibuat pada sebelum abad yang ke6 Masehi.Manakala Dr Nik Hassan Shuhaimi (1979) membuat andaian yang arca ini dipengaruhi oleh seni Pala dari India Utara pada abad yang ke7. Akhirnya Arca ini sekarang diletakkan diMuzium Sultan Mahmud Badaruddin II.

Selain dari arca-arca Buddha yang terdapat diBukit Seguntang ditemui juga sebuah inskripsi yang ditulis sebanyak 21 baris menggunakan aksara Pallava dan bahasa Melayu Purba(kuno) yang ditulis dalam bahasa Sanskrit yang menggunakan aksara Pallava,inskripsi ini tingginya 56cm dan lebar 17cm yang kini disimpan diMuzium Sultan Mahmud Badaruddin II,Palembang.Kandungan inskripsi tersebut telah diterjemah oleh de Casparis yang menceritakan hal peperangan.Diantaranya yang tertera dibaris ke10 yang berbunyi //tida tahu pira marvyu (ha)// yang ertinya " tidak tahu berapa banyak yang berperang",dibaris ke5 pula berbunyi //vanak pramirahna yang bererti " banyak darah yang tertumpah " dan baris yang ke9 tertulis "pauravirakta" yang bermakna " merah oleh darah penduduknya "( de Casparis, 1956)

Analisis - dari data-data yang diperolehi oleh para pengkaji tempatan dan juga antarabangsa diBukit Seguntang itu, dapatlah kepada saya, satu natijah bahawa Arca Buddha yang ditemui diatas itu dibuat dari batu granit, saya telah memberi hujahan bahawa batu granit yang banyak diLembah Bama adalah juga dibuat kota-kota oleh Seri Rama, malahan ada batu granit itu dibuat tambak untuk menewaskan negeri Langkapuri yang dikuasai oleh Raja Rawanan, disamping itu saya juga mengemukan teori batu granit tersebut dihantar keMesir untuk dibuat Pryamid.Jadi tidaklah begitu menghairankan yang Arca Buddha tersebut dibuat diLembah Bama dan kemudiannya dihantar kePalembang.Begitu juga kemahiran membuat peluru senapang dan meriam diLembah bama yang saya dapati diajari kepada orang Minangkabau.Tentang inskripsi mengenai peperangan yang dicatatkan diatas adalah begitu significant bahawa memang inilah tema dan juga intipati Hikayat Seri Rama yang saya kaji iaitu Peperangan dan saya akan membentangkan hujah bahawa Hikayat ini ditulis oleh orang Lembah Bama kemudian.

Dr Aminudin

Friday, April 2, 2010

Pengenalan Terhadap Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara -Atipan XV (Strategi Pemerintahan dan Perperangan Dalam Hikayat )


Strategi Peperangan Dalam Hikayat Seri Rama

Apa yang dapat dikesan bagi Strategi-Strategi Peperangan dalam Hikayat ini ialah seperti berikut :-

1.Pembinaan Kota Dikawasan Strategik -dalam Kajian Lembah Bama saya memetik dari Hikayat Seri Rama,pada muka surat 314-315 tentang pembinaan kota yang dititahkan oleh Seri Rama kepada Maharaja Bibasenam dan Surgiwa yang hendak membuat kota dikawasan Gunong Maha Purita yang menurut Seri Rama yang betul-betul ditengah negeri.Adapun kota itu hendaklah dibuat berlapis-lapis dimana bahagian luarnya dari batu putih ,selapis lagi dari batu hijau dari batu gunung,selapis lagi dari batu nilai,selapis lagi dari batu karah,selapis lagi dari batu sangaparsi dan pintunya dari emas sepuluh mutu.Ditengah kota itu dibuat mahligai tujuh belas tingkat yang semuanya bertahtakan emas dan juga bertahtakan mutu maknikam yang berurai-urai (Aminudin,2009:65)

Analisis- pembinaan Negara Kota ditengah-tengah negeri ini bertempatanlah dengan kedudukan Bandar Lipis yang merupakan titik pusat Tanah Melayu, ahli sejarah British telah mengetahui hal ini, justru itu Hugh Clifford telah menyembunyikan fakta dan data khazanah kesusasteraan Melayu yang terdapat diGua Sai, dekat Padang Tengku yang merupakan asalnyanya buku Sejarah Melayu (Sulatatus Salatin)dan juga Hikayat Seri Rama ini.Saya berkeyakinan kedua-kedua buku istimewa ini ditulis oleh orang Lembah Bama (Kuala Lipis).Hujah-hujah tentang orang Lembah Bama yang menulis Hikayat Seri Rama akan saya bentangkan dari aspek sejarah dan aspek bahasa dalam edisi-edisi tulisan saya yang akan datang.Mengenai kedudukan Kuala Lipis ditengah-tengah Tanah Melayu tidak dapat dinafikanlagi berdasarkan batu ukuran jalan (milestone)diBandar Lipis iaitu No.O(KOSONG)

2.Strategi Pembinaan Tambak Laut- dalam Hikayat Seri Rama saya dapati strategi membina tambak oleh tentera Seri Rama bagi mengalahkan Raja Rawanan keNegeri Langkapuri adalah strategi yang mendahului zamannya.Malahan pembinaan ini adalah yang Tertua DiDunia dan setanding dengan pembinaan Pyramid diMesir.Dimana dalam muka surat 174 hingga 177 dalam hikayat ini diceritakan bagaimana peristiwa ini berlaku ,disamping itu diceritakan dalam muka surat 189-190 tentang pembinaan tambak laut ini :-

"Maka titah Maharja Rawana "hai anakku Gangga Maha Sura,Seri Rama membuat titian menambak laut hendak menyerang Langkapuri, hendaklah engkau suroh perbinasa titian itu pada segala rakyat-mu ".Maka Gangga Maharaja Sura pun kembali kedalam laut, dipanggilnya segala ikan disuruhnya perbinasakan titian yang dibuat oleh Seri Rama itu.Maka datang Anbala Angkada mengadap Seri Rama berdatang sembah."Ya Tuanku, tambak yang dititahkan perbuat itu diperbinasakan ikan,ada beberapa tempat binasa".Maka disuoh panggil Seri Rama ,Hanuman,setelah datang maka Seri Rama pun bertitah."Hai anak-anaku Hanuman,tambak yang diperbuat itu ada tempat diperbinasakan ikan,apa bicara anakku" Maka sembah Hanuman,"Ya ,Tuanku,baiklah suruh kampungkan segala rakyat pada Surgiwa, patik hendak berjamu makan ikan itu ".Setelah Hanuman mengacau laut dengan ekornya dan ikan habis ikan mati,segala rakyat tidak termakan ikan yang terlalu banyak.Kata Hanuman kepada segala ikan "Hai segala ikan dalam laut, jika kamu perbinasakan tambak ini segempal pun sepuluh ikan kamu ku-perbinasakan".Mendengar kata Hanuman demikian seekor pun ikan tiada lagi mahu menghampiri tambak itu.Maka tambak itu diperbuat Hanuman dan segala rakyat Seri Rama,beberapa lama tambak itu pun sampaikeLangkapuri (Hikayat Seri Rama, ms 189-190)

Analisis- Strategi membuat tambak dalam peperangan adalah sesuatu yang mendahulu zamannya, .Saya berpendapat inilah idea tertua didunia tentang strategi peperangan menggunakan tambak untuk memenagi peperangan,saya juga telah membuat kajian bahawa Negara Kota Lembah Bama ini turut memberikan sumbangan kepada pembinaan Pyramid DiMesir terutama batu-batu granitnya lantaran dari pembinaan tambak itu.Dianalisis diatas juga membuktikan betapa banyaknya batu-batu dikawasan Lembah Bama bagi membuat kota. Malahan dizaman saya kanak-kanak Gua Bama pernah dijadikan kuari bagi mendapatkan batu granit .Begitu juga Lembah Bama turut mengeksport emas keMesir dan Semenanjung Arab seperti yang pernah saya tulis dalam blog saya http://sungaibatuderelong.blogsport.com

Bersambung dengan strategi lain-lain

Dr Aminudin

Thursday, April 1, 2010

Pengenalan Terhadap Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara -Atipan XIV (Strategi Pemerintahan dan Perperangan Dalam Hikayat )


IV.Strategi Pemerintahan Dan Peperangan Dalam Hikayat Seri Rama

Saya telah menemui data-data yang cukup menarik dalam Hikayat Seri Rama yang merupakan Naskhah yang tertua diNusantara ini.Dalam buku saya bertajuk " Menyingkap Sejarah Lembah Bama DiNegeri Pahang Sebagai Pusat Perdagangan Terawal Bagi Asia Tenggara dan Mengesan Sultan Pemerintah Riau-Lingga-Johor Yang Menetap DiLembah Bama (Kg Relong)" dimana inilah merupakan satu-satunya naskhah Melayu lama yang mengariskan Strategi Pemerintah Kerajaan dan saya percaya isikandungan naskhah ini telah mendahului zamannya dari segi cetusan idea.Dalam buku kajian saya sebut diatas itu iaitu dimukasurat 65 ,dimana saya nukilkan pula dari Hikayat Seri Rama ,dimukasurat 9 tentang ciri-ciri menjadi seorang Raja iaitu :-

" Pertama raja itu hendaklah berilmu membedzakan baik dan jahat,benar dan salah.Kedua perkara hendaklah akil baligh,budiman,mengasehi segala rakyatnya.Ketiga perkara hendaklah baik rupa kerana raja akan ganti Dewata Mulia Raya, hendaklah baik daripada segala rakyatnya sekelian dan memberi anugerah akan segala rakyat kechil besar dan tegor sapanya dengan manis mukanya maka sempurna nama rajanya.Keempat perkara hendaklah berani daripada segala lawan supaya dimalui segala raja lain.Kelima perkara hendaklah dia tahu pada bermain senjata.Keenam perkara hendaklah dermawan lagi adil akan segala orang kaya-kaya dan miskin dan mengasihi hulubalang supaya sempurna namanya raja.Ketujuh perkara hendaklah banyak jaga daripada tidur,kerana kata hokum tujuh perkara rahsia membukakan dirinya pada segala orang pertama yang sedia-kala jaga"

Oleh yang demikian jelas sekali strategi pemerintahan yang digariskan didalam Hikayat Seri Rama memperlihatkan ketajaman idea penulisnya tentang keunggulan Raja dari aspek fizikal dan rohaninya.Perkara seumpama ini tidak dihuraikan dalam kebanyakan naskhah berkaitan pemerintahan dalam naskhah-naskhah berkaitan sejarah Alam Melayu.

Bersambung.Dipaparan diatas saya tunjukan situasi Raja Lembah Bama dimana dikunjungi oleh wakil Dinasti Sui,Cina pada tahun 607-610 Masehi.Dalam Laporan Kerajaan Cina, Negeri ini digelar Chi Tu, yang negeri ini mengeluar banyak emas dan barang perhiasaan emas.Ahli sejarah tidak begitu jelas lokasi negeri ini.Saya yakin ia Lembah Bama kerana Chi Tu ,amat sesuai dengan Kechau Tui,Kuala Lipis.Lagipun kebanyakan sungai dalam Parameter kajian saya diLembah Bama telah mengambil sempena nama orang Cina.Contohnya Sungai Kay,Sungai Lar,Sungai May,Sungai Wong,Sungai Lah, Sungai Yai,Sungai Wah,Sungai Wi,Sungai Cai dan sebagainya.Justeru itu Sites memain peranan dalam sejarah seperti pernah saya huraikan dalam blog ini.


Dr Aminudin

Wednesday, March 31, 2010

Pengenalan Terhadap Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara -Atipan XIII (Strategi Peperangan-Alam Melayu)



III.Strategi Peperangan DiAlam Melayu

Saya mendapati pada asal matlamat utama peperangan diAlam Melayu bukanlah untuk meluaskan tanah jajahan tetapi lebih bersifat untuk menambah pengikut dan menambah bilangan hamba abdi.Dalam peperangan diAlam Melayu kita dapati pihak yang kalah biasanya mengelakkan diri dari kena tawan, mereka ini akan melarikan diri kedalam hutan.DiNusantara amalan ilmu kebatinan seperti ilmu ghaib dan ilmu kebal adalah cara untuk menguatkan diri dari segi fizikal dan juga mental bagi melawan musuh dalam peperangan.Masyarakat Nusantara menanggap peperangan penting dalam tamadun manusia, justeru itu kita lihat dalam sastera klasik diNusantara ia ditulis dalam bentuk hikayat,syair dan prosa yang menjadikan perang sebagai tema utamanya.Oleh itu Hikayat Seri Rama yang saya kaji sebagai yang tertua diNusantara ini menjadi peperangan diantara Seri Rama dengan Rawanan bagi merebut Sita Dewi sebagai tema utamanya.Kita bolehlah kategorikan perang diAlam Melayu ini kepada Perang bersifat antarabangsa,misalnya perang antara Srivijaya dengan Raja Chola dari India.Perang diantara negeri umpamanya diantara Melaka dengan Acheh.Peperangan didalam negeri iaitu perang saudara bagi merebut tahta misalanya diPahang dan juga peperangan akibat pemberontakan yang terjadi dalam sesebuah negeri Melayu.

Sekarang kita lihat pula struktur ketenteraan diAlam Melayu yang boleh dikatakan baik juga kerana kita lihat dalam kerajaan Alam Melayu yang awal seperti Srivijaya,Majapahit dan Melaka ada sistem ketenteraan yang baik.Kita lihat dimasa pemerintahan Hayam Wuruk dan Gajah Mada pada abad yang ke13 dan ke14 mereka mempunyai tentera yang kuat dipimpin oleh Mangkubumi.Dibawah struktur ketenteraan Majapahit tentera darat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :-

1.Sapta Dharmaputra-tentera terdiri dari putera raja
2.Bhayangkari-tentera seramai 15 orang berjaga menjawal istana
3.Tentera biasa-tentera tetap dan sukarela yang berkhidmat dipusat dan daerah

Struktur tentera Srivijaya ada diceritakan dalam inskripsi Telaga Batu, dimana Raja merupakan ketua angkatan tentera dibantu oleh tiga pembesar tentera ia itu Parvanda,Senapati dan Pratisara.Dari segi tentera laut Srivijaya mereka ditunjangi oleh Orang laut yang mahir dalam mendayung perahu,dimana benting karang,benting pasir dan keadaan angin.Manakala Kerajaan Melaka mempunyai sistem tugas ketenteraan iaitu bergelar Laksamana,Bendahara,Penghulu Bendahari dan Temenggung.Anggota tentera kerajaan Melaka adalah rakyat jelata yang dikerah oleh pembesar yang diperintah oleh Raja.

Peralatan perang yang digunakan dalam peperangan diAlam Melayu ialah seperti keris,parang,badik,tombak,lembing,sumpitan dan lain-lain.Senjata kerislah yang paling utama.Dalam paparan kali ini saya muatkan buku berjudul " The Keris and Other Malay Weapons ',MBRAS,1998.Bila moden senjata diAlam Melayu digunakan ialah meriam,senapang,penuas,musket dan bedil.Saya juga mendapati jambi tentang peluru bedil dicipta oleh orang Lembah Bama (Kuala Lipis) dan diikuti oleh Orang Minagkabau kemudiannya.Dari segi ahli pemikir Strategi Peperangan diAlam Melayu tidaklah diketahui dengan jelas kerana bahan-bahan kajian begitu terhad dan mungkin dapat dikesan dari sastera lisan orang Melayu kalau ada para penyelidik yang berminat.

Dr Aminudin

Pengenalan Terhadap Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara -Atipan XII (Strategi Peperangan-India)


III.Strategi Peperangan India.

Sejak Kerajaan Aryanlah tradisi peperangan dan ketenteraan bermula, mereka menganggap peperangan adalah sukan raja dan cara untuk menyelesaikan konflik.Peperangan diIndia bersifat kelas atau Kasta.Mengikut Sistem Varna penduduk India dikelaskan seperti berikut:-

1.Brahman adalah kelas keugamaan.
2.Khastriya adalah pahlawan yang menjalankan tugas melindung,mentadbir dan berperang.
3.Vaishya menjana kekayaan.
4.Sudra pula berkhidmat untuk orang lain.

Mengikut kepercayaan orang India ,Raja yang kuat amat diperlukan untuk mentadbir dan juga mengawal kosmik bumi.Justeru itu dalam Epik Mahabaratha dinyatakan bahawa seorang lelaki harus memilih seorang raja dahulu dan kemudianlah baru memilih isteri.

Dari segi struktur ketenteraan India dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu tentera bergajah,tentera berkuda,tentera berkuda yang ada keretanya dan tentera infantri.Dari sumber "Arthasastra" ada menyebut satu unit tentera India silam terdiri dari 45 kereta kuda,45 ekor Gajah,225 ekor kuda dan 675 anggota tentera.Pada zaman Pertengahan tentera India pula mempunyai panglima agung yang dikenali sebagai Mahasenapati.Dibawahnya terdapat kapten bergelar Nayaka.Manakala peralatan yang digunakan oleh tentera India adalah meriam,kayu,panah,pedang,tombak,lembing dan lain-lain.Bagi menentukan tarikh peperangan ahli astrologi memainkan peranan penting.Raja Babur yang merupakan pengasas Empayar Moghul telah memperkenalkan senjata api terutama dalam peperangan di Penipat dan Khanwa.Masa Raja Akhbar pula memperkukuhan pasukan tentera kavalrinya dengan memperkenalkan sistem Mansabdari.

Kajian sejarah peperangan India mengiktiraf Kautilya sebagai pemikir strategi peperangan diIndia.Beliau berkhidmat ketika Empayar Maurya sebagai seorang menteri.Dia telah menghasilkan karya bergelar Arthasastra (Science of Power).Karya ini dihasilkan pada abad yang ke3 Sebelum Masehi.Buku beliau ini dibahagikan kepada 15 bahagian yang membincangkan aspek ketenteraan dan pemerintahan.Dalam buku itu juga beliau telah memberikan empat strategi untuk memenangi peperangan iaitu :-

1.Memujuk musuh melalui perbincangan.
2.Memberi rasuah.
3.Memecah belahkan tentera musuh dengan menimbulkan persengketaan.
4.Melancarkan perang jika semua perkara diatas tidak berkesan.

Idea dan pendapat Kautilya ini juga diterapkan oleh pemerintahan Rajput dan Maratha yang mereka merasakan tentera patut berjuang hingga mati dan inilah matlamat spiritualnya.

Dr Aminudin

Tuesday, March 30, 2010

Pengenalan Terhadap Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara -Atipan XI (Strategi Peperangan -Cina)



II.Strategi Peperangan Cina.

Sejarah Cina memperlihatkan kepada kita banyak melahirkan ahli pemikir strategi peperangan dan strategi-strategi ini mereka kumpulkan ketika dizaman Dinasti Sung lagi yang dikenali sebagai Tujuh Buku Ketenteraan (Seven Military Classics).Dalam buku tersebut terdapatlah penulisan mengenai kaedah Ssu-ma Fa,Seni Peperangan Sun Tzu,Wu-Tzu,Wei Liao Tzu,enam rahsia pengajaran Tai Kung,tiga strategi Huang Shih-Kung dan soal-jawab antara Tang Taisung dengan Li wei Kung.

Peperangan didalam tamadun Cina berlaku kerana konflik dalaman mereka dan juga menentang orang-orang gasar.Motif peperangan pula berbeza-beza mengikut zaman, misalnya masa dizaman Kerajaan Shang peperangan adalah bertujuan untuk menguatkuasa pemerintahan raja, merampas harta orang kaya dan menawan semula tahanan perang.Anggota tentera yang berjaya dalam medan pertempuran akan dilantik menjadi pegawai atau jeneral dan menerima anugerah.Selepas zaman Kerajaan Han ,koloni-koloni tentera mula ditubuhkan disempadan yang tidak stabil.

Struktur Ketenteraan Cina boleh dikatakan diasaskan kepada kepercayaan ugama mereka dan juga pertimbangan moral.Peralatan peperangan yang digunakan dizaman dahulu ialah pisau,pedang,lembing dan kapak.Kebanyakan tentera cina terdiri dari para petani yang dipaksa menjadi tentera.Mulai zaman peperangan sekitar 400-200 Sebelum Masehi,struktur ketenteraan Cina telah banyak berubah dan peralatan baru telah dicipta.

Diantara pemikir Strategi Perang Cina yang terkenal ialah Sun Tzu.Saya banyak membaca buku Strategi hari ini mendapati idea Sun Tzu turut diterapkan dalam dunia perniagaan dan juga perdagangan.Sun Tzu adalah seorang panglima tentera dizaman Kerajaan Wu dan pernah memimpin pasukan tentera bagi mengalahkan negeri Chu dan Ying.Sun Tzu telah menghasilkan buku Seni Peperangan yang dianggap tertua dan terbaik.Dalam buku ini beliau telah mengariskan 13 taktik dan strategi peperangan iaitu :-

1.Merancang peperangan
2.Melancarkan peperangan
3.Strategi menyerang
4.Penempatan tentera
5.Situasi
6.Kelebihan dan kekurangan
7.Muslihat perang
8.Penggunaan pelbagai taktik
9.Mobilasi tentera
10.Bentuk muka bumi
11.Sembilan keadaan
12.Serangan menggunakan api
13.Pengintipan.

Saya tidaklah hendak menghuraikan segala taktik dan strategi diatas,namun sekiranya ada permintaan dari pembaca sekelian saya akan menulisnya,misalnya dari segi strategi pengintipan ini Sun Tzu menerangkan bahawa pengintipan yang dilakukan oleh pemimpin tentera adalah untuk mengumpul maklumat tentang musuh.Maklumat yang dikumpulkan itu akan membantu pemerintah yang mengatur strategi untuk mencapai kejayaan dalam peperangan.Ada berbagai jenis pengintipan yang diantaranya ialah pengintip tempatan,pengintip dalaman,pengintip dua belah pihak,pengintip maut dan pengintip utusan.

Edisi akan datang akan saya coretkan Strategi Peperangan India.Semua ini saya huraikan kerana Kerajaan Cina,Arab,dan India pernah menawan atau memerangi Alam Melayu dizaman lampau, jadi saya hendak melihat Strategi yang mereka gunakan dan bagaimana pula ditulis dalam Hikayat Seri Rama nanti yang merupakan Hikayat yang saya kaji itu.

Dr Aminudin

Monday, March 29, 2010

Pengenalan Terhadap Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara -Atipan X (Strategi Peperangan)


I.A.Struktur Ketenteraan Islam

Dizaman Nabi Muhmammad SAW ,bagindalah menjadi pemimpin tertinggi angkatan tentera, manakala gabenor-gabenor pula menjadi panglima-panglima angkatan tentera.Baginda telah memimpin Ghazwah penting misalnya Ghazwah Badar,Ghazwah Uhud dan Ghazwah al-Khandak.Baginda ada juga menghantar panglima angkatan tentera bagi ekspedisi yang dipanggil "sariyyah dan jamak saraya ",dimana sariyyah ini diketuai oleh Amir al-Askar (Commander in Chief).Dimasa Nabi Muhammad SAW ,tentera Islam terdiri dari para sahabat baginda dan para mujahid Islam.Mereka ini bersatu dibawah pimpinan Nabi Muhammad SAW tanpa gaji dan bayaran.Namun diera Khalifah Umar bin al-Khattab yang dimulai sejak 20 Hijrah atau 64 Masehi ,gaji angkatan tentera adalah seperti berikut :-

i.Setiap lelaki al-Muhajirin dan al-Ansar menerima sebanyak 3000-5000 dirham setahun.
ii.Askar-askar veteran (Ahl al-ayyam) sebanyak 3000 dirham setahun.
iii.Askar separuh veteran (Ahl al-yarmak dan al-Qadisiyah) yang menyertai perang Yarmak dan Qadisiyah dibayar sebanyak 2000 dirham setahun.
iv.Kaum junior (Rawadif) dibayar sebanyak 1500-2000 dirham setahun.

Struktur tentera Islam pada peringkat awal ialah sistem berbaris (al-Saf) yang diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW, setiap baris mengandungi 10-1000 orang bergantung pada jumlah tentera.Apabila tentera Islam telah bertambah, sistem pembantu (al-na'ib) telah diperkenalkan.Dizaman Bani Umaiyah bagi setiap 50-100 orang tentera akan diketuai oleh seorang al-na'ib.Setiap 10 al-na'ib atau 100 orang tentera akan diketuai oleh seorang komander (al-amir).Dizaman Ali bin Abi Taib, dibentuk sistem penyusunan ketenteraan bergelar "kurdus" dimana setiap "satu kurdus" mempunyai 300 hingga 600 orang.Apabila tiba dizaman Abbasiyah pula tentera Islam telah dibahagikan kepada enam bahagian iaitu :-

1.Tentera berkuda (al- fursan)
2.Tentera berjalan kaki (al-harbiyah)
3.Tentera memanah (al-ramiyah)
4.Tentera bola api (al-naffatun)
5.Tentera penembak (al-naqqabun)
6.Tentera pembawa senjata (al-ghilman)

Tentera adalah sukarelawan dizaman Nabi Muhammad SAW dimana berperang demi keredaan Allah SWT semata-mata,namun begitu dizaman Bami Umaiyah,Abbasiah dan seterusnya tentera berbentuk sukarelawan ini tetap muncul.Disamping itu dalam peperangan Islam wanita turut terlibat sebagai pembantu seperti merawat tentera yang cedera,membawa air dan makanan.Misalnya Hindun ibu Muawiyah dalam peperangan diSyria pada 15 Hijrah atau 636 Masehi.Aishah, isteri Nabi Muhammad SAW dalam Perang Jamal pada 36 Hijrah atau 657 Masehi.Kaum wanita juga terlibat dalam majlis dialog ketika peperangan, namun mereka tidaklah boleh menjadi " Commander in Chief ".Banyak peperangan diantara Islam dengan pihak musuh, bilangan anggota tentera Islam mempunyai bilangan yang kecil berbanding pihak musuh misalanya dalam peperangan berikut :-

1.Perang Badar-bilangan tentera Islam 324 orang berbanding dengan pihak musuh seramai 1000 orang.
2.Perang Khandak -bilangan tentera Islam 3000 orang berbanding dengan pihak musuh seramai 10000 orang.
3.Perang Taif -bilangan tentera Islam 10,000 orang berbanding dengan 20,000 orang pihak musuh.
4.Peang Tabuk-bilangan tentera Islam 30,000 orang,namun perang ini tidak terjadi kerana tentera Rom telah mengundurkan diri.

Walaupun bilangan tentera Islam kecil,tetapi akidah dan syariah yang mereka pegang telah menjadi tentera Islam mencapai kemenangan.Disamping itu menggunakan Strategi Peperangan yang baik.Diantara strategi-strategi yang digunakan ialah :-

1.Taktik Menunggu-ketika perlawanan dilapangan, mereka menggunakan taktik menunggu yang apabila musuh hampir barulah mereka menyerang dengan spontan.Taktik ini digunakan dalam Perang Badar.
2.Taktik Bertahan-taktik ini digunakan ketika diserang musuh, taktik ini digunakan dalam Perang Khandak, dimana tentera Islam membuat benteng pertahanan dengan mengali parit disekeliling kota Madinah.
3.Taktik Mengepung-taktik ini digunakan ketika menyerang musuh dan kemudiannya diikuti oleh serangan bertubi-tubi keatas musuh yang menjadikan musuh tidak dapat menyusun kedudukan mereka, taktik ini digunakan dalam Perang Taif.
4.Taktik Tidak Mengejar Musuh Apabila Musuh Lari Dari Medan Peperangan-taktik ini lebih bersifat psikologi yang memperlihat tentera Islam tidak bersifat agresif.Selain dari itu tindakan mengajar musuh boleh menjadikan mereka terperangkap dengan helah musuh.

Akhirnya didapati banyak juga bandar tentera dibina oleh Kerajaan Islam seperti Kufah,Basrah,Damsyik,Halab,al-Fustat,Jalula,Takrit,Qarqisiya,Masabadhan,Khuzistan,Fars,Shiraz,al-Sind,al-Mansurah,Ardabil,Tasus,Wasit,Istanbul,Baghdad dan lain-lain.

Dr Aminudin