Monday, June 22, 2009

Buluh (Dendrocalamus strictus)

Buluh Betong seperti yang saya kaji diLembah bama adalah nama yang menjadi asal nama Kampong Bukit Betong dalam paramater kajian saya.Ada dikalangan penduduk dikampong itu dikatakan dari keturunan buluh betong yang bermaksud nenek moyang mereka dikatakan dijumpa dalam perdu buluh betong.Begitu juga dalam Hikayat Seri Rama yang pernah saya catatkan dalam blog ini turut dijumpai dalam perdu buluh betong dan saya percaya lokasi sejarah hikayat tersebut adalah dalam Lembah Bama.Kali ini saya dapati peranan buluh dalam kehidupan kami diRelong memang besar.Buluh boleh digunakan sebagai alat yang dijadikan bahan sebagai pengankutan sejak lama dahulu.kajian saya mendapati buluh dijadikan rakit untuk mengangkutan orang dan juga barangan disungai-sungai diPahang.Hari ini diTemerloh yang telah kami mulakan pesta berakit didapati menjadi pesta berakit diperingkat negeri yang bermula dari Kuala lipis hinggalah kePekan.Selain dari rakit rumah orang dipendalaman dimasa lampau banyak yang diperbuat dari buluh, baik lantainya mahupun dindingnya.Hari ini saya dapati adalah rumah orang asli dipendalaman ada yang diperbuat sebahagian darinya dari buluh.Bagitu juga buluh banyak digunakan dimasa dahulu dikampong kami untuk menjadi sebahagian dari pelantar lelari yang dibina dimasa orang kenduri kawin.
Saya juga medapati sebahgian dari alat bagi perangkap samar dizaman menentang komunis dibuat dari buluh.Bagitu jugalah disarawak banyak alat kraftangan yang dibuat dari buluh seperti tikarbuluh,tabung buluh,alat muzik seperti serunai adalah dari buluh, malahan seruling buluh perindu juga adalah datang dari buluh dan kadang-kadang orang kita juga menjadikan buluh sebagai alat yang dikatakan azimat seperti buluh perindu dan buluh tumpat.Kami juga dimasa kecil menggunakan buluh padi untuk dijadi bedil bagi bermain perang dengan mengunakan buah cenerai sebagai pelurunya.Bagitu juga sigai yang pernah saya catat sebagai alat utuk memanjat pokok kekabu,kerekok mahupun rambai.Saya juga mendapat tahu semasa balik dari Temerloh ke Kuala Lipis dahulu ada rancangan FELDA diBentong telah menanam pokok buluh ini sebagai tanaman komersial tetapi sejauh mana ia berhasil tidaklah saya tahu perkembangannya sekarang, saya harap ia menambah pendapatan peneroka.Walaubagaimanapun dari pelayaran web mengenai FELDA kita dapati semakin banyak pekara negatif telah diperkatakan sekarang.Jadi kerajaan atau agensi FELDA kena membuat kajian segera.Saya semasa diUPM ada juga membuat kajian tentang agensi kerajaan ini banyak lagi yang perlu di perbaiki.Berbalik pada hal buluh ini juga ,saya diJepun dahulu mendapati orang Jepun begitu menghayati kehidupan pokok buluh, malahan ditepi rumah mereka ditanam pokok buluh sebagai perhiasan dan saya telah juga menanam pokok buluh Jepun tersebu dekat rumah saya.Ibu angkat saya diJepun turut menghadiahkan saya bunyian yang dibuat dari buluh apabila ditiup angin dia akan berbunyi dan menghiburkan hati kita.Orang Jepun juga amat mengemari rebung bulu kuning sebagai salah satu makanan mereka.Bagi bidang pembinaan pula buluh digunakan sebagai alat bantuan bagi pembinaan bangunan sebelum kita menggunakan alat-alat besi sekarang.Radir atau sistem pengairan kampong kami dahulu juga menggunakan buluh untuk mengalirkan air kesawah-sawah kami dimasa dahulu tetapi sekarang kampong kami tidak lagi menanam padi, sungguh sayang kerana saya tidak dapati lagi merasakan beras jenik yang amat sedap dan harum itu.Begitu jugalah kalau kita nak memagar kawasan rumah kita dikampong dahulu kami gunakan buluh sebagai pagarnya dan alat-alatan seperti serungkup, tengkalang dan bakul dari buluh juga.Jadi begitu besar peranan buluh dalam kehidupan kita malahan ada peribahasa mengatakan kalau kita nak melentur buluh biarlah dari rebungnya yang membawa makna mendalam dalam kehiupan kita dan generasi muda kita. Akhirnya saya akhiri serangkap pantun mengenai buluh.

Buluh perindu dibuat sumpitan,
Batang keladi saya lurutkan,
Tujuh gunung sembilan lautan,
Kalau takmati adik turutkan. (Mestika,sept,1960)

Dr Aminudin

Friday, June 19, 2009

Belalang

Cerita Nujum Pak Belalang yang selalu ditayangkan ditelevisyen kita mengingatkan saya zaman bebudak disungaibatu,kampong Relong.Seperti yang pernah saya coretkan dalam entry yang bertajuk Tiong ,merupakan burung yang ayah saya dapat dalam punggor kayu dekat Guabama telah kami pelihara dengan memberikan dia makan dengan berbagai serangga yang termasuklah belalang.Begitu jugalah saya dapati belalang hari ini ada dijual dikedai ikan peliharan untuk dijual bagi peminat ikan kelisa.Saya juga pernah membeli seekor ikan kelisa merah yang ada sijil beranaknya sekali turut diberikan, namun apabila kami pindah kekuantan dari Putrajaya ia telah mati.Jadi sejak itu saya tidak lagi membela ikan kelisa tetapi hanya ikan patin didalam kolam yang kami korek tanah dihujung rumah kami dan hanya diberi makan dengan dedak.Kesimpulannya ialah amat susah hendak mencari belalang sekarang.
Belalang dimasa kami bebudak memang banyak apabila padi telah ditanam, dimasa itu ia akan memakan daun-daun padi yang muda dan mungkin inilah kegemaraannya.Kami akan menangkap belalang itu dan apabila dapat akan kami buat main.Belalang ini kami buat perlawanan ia(belalang)memakan arang dimana belalang yang paling cepat memakan arang dikira pemenang.Selain dari itu kalau terlalu banyak belalang yang kami dapat tangkap ia boleh digoreng.Jadi makan belalang goreng bagi kami yang pernah merasanya amatlah enak. Bebudak sekarang saya rasa tidak pernah rasa belalang goreng, walaubagaimanapun diBangkok,Thailand belalang goreng ada dijual bagi peminat makanan disana.Zaman Rasulluah SAW mengikut Imam Bukhari dalam hadisnya telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW dalam peperangannya telah memakan belalang, begitu jugalah keluarga Nabi SAW biasa memberikan belalang kepada para tetamu mereka.
Belalang juga mempunyai khasiat seperti dapat mengubati jerawat dimana kita hendaklah mengambil telor yang ada dalam badan belalang itu dan digosokan kepada tempat yang berjerawat.Belalang juga boleh menyembuhkan penyakit kuning dengan mengambil beberapa ekor dengan dipanggang dan asapkan kepada pesakit demam kuning tersebut.
Akhirnya saya hidangkan peribahasa yang berbunyi seperti berikut :-

Belalang dapat menuai dan belalang telah menjadi helang ,tahukah anda maknanya
dan pantun berbunyi

Cari umpan belalang dan cacing,
Isikan keduanya dalam tempurung,
Kalau tak kenal mata dacing,
Marilah kita janji borong.

Dr Aminudin

Keduduk (Melastoma malabathricum)

Pokok keduduk memang banyak dekat rumah lama kami didekat guabama dan begitu juga dalam padang tanah Pakagah Man akak Siti ayah dan emak Jefri dan Alim.Dalam padang yang menuju kerumah Pakencik Akob inilah juga kami bermain sorok-sorok dengan bebudak lain, hinggakan ada bermacam-macam terowong dalam padang ini.Kami bergitu suka bermain dalam terowong yang kami cipta semacam terowong pasukan anti Amerika yang terdapat dalam film Amerika dengan vietnam.Hingga kehari ini saya masih ingat betul yang kami pun boleh mencipta terowong yang sebegitu rupa.Kadang-kadang apabiala salah seorang dari kami dimarahi oleh emak atau ayah akan menyorok dalam terowong inilah untuk menyembunyikan diri.Selain dari pokok keduduk yang berangkai-rangkai dengan pokok resam dan paku-pakis dalam padang itu terdapat pula pokok-pokok kecil seperti beberas dan kelat yang apabila musim buah akan kami kutip dan makan yang merupakan buah-buah liar yang enak, macam bluebarry and blackbarry dinegara Eropah.Buah ini memang berpotensi untuk dikomersialkan tetapi tidak dibuat penyelidikan.Begitu jugalah dengan pokok keduduk ini yang biasanya bunga ada berwarna merah dan warna putih.Bagi pengemar tanaman halaman rumah dikedai bunga ada jarang-jarang kita jumpa bunga keduduk putih.Namun lawatan saya kePulau Tioman semasa saya bertugas diJabatan Keselamatan dahulu banyak terdapat pokok keduduk yang berbunga putih,diKampong Tekek, saya pun dah tidak tahu kedudukan sekarang, mungkin Lembaga Pulau Tioman boleh mengesannya.Tapi perkembangan Pulau Tioman sebagai pulau bebas cukai tidaklah begitu memberangsangkan.
Semasa kami kecil zaman bebudak buah keduduk yang masak ranum memang boleh dimakan dan rasanya manis tetapi siaplah bibir jadi biru atau hitam sebab buah keduduk ini ia ada berwarna biru dan hitam bila masak ranum.Ada juga setengah bebudak mengutip buah keduduk ini yang berwarna hitam untuk dihancurkan dan dijadikan dawat bagi menulis dengan kalam.Maklumlah nak membeli dakwat jenis pelican masa dahulu mahal jadi boleh diproses aje buah keduduk hitam.Paling mengembirakan kami bila buah keduduk masak ranum pula membolehkan kami bebudak menyetik burung kelicap atau merebah yang memakan buah-buah tersebut,permainan menyetik burung masa kami kecil adalah salah satu permainan yang pernah saya sebutkan iaitu permainan congkeh,gasing,perang senapang dengan terong manggo,dengkat,gasing buah macang,selam dalam air, polis sentri,kugiran, berlaga ikan karim dan sepider dan lain-lain.
Biar saya akhiri entry ini dengan pantun tentang keduduk iaitu:-
Keduduk dalam kuali,
Urat dari Melaka,
Duduk kita dalam negeri,
Eloklah membilang ada pusaka.
Keduduk diatas tikar,
Uratnya dari Melaka,
Duduk kita diatas tikar,
Hendak membilang adat pusaka.

Dr Aminudin

Thursday, June 18, 2009

Kekabu(Ceiba pentandra)

Awal tahun ini 2009 ,saya ada melawat makam moyot saya Datuk Linggi yang menjadi bahan penyelidikan atau kajian saya sebagai Sultan yang memerintah Kerajaan Riau-lingga-Johor satu ketika dahulu tetapi tidak dapat menaiki tahta kerana " dimainkan " oleh golongan bendahara ketika itu.Sebelum sampai kemakam tersebut diKuala Relong saya dapati dekat sebuah rumah menuju kemakam itu terdapat pokok kekabu yang sumbur hidupnya dan berbuah lebat.Bila melihat pokok kekabu ini teringat saya kenangan saya diRelong masa kami bebudak.Pokok kekabu ini memang mempunyai duri dan menyusahkan bebudak untuk memanjatnya.Jadi bagi mengambil buah kekabu muda yang semangnya masa kami bebudak memakannya kerana ia ada rasa enak dan berlemak.Kami mengambil buah kekabu ini dengan menggunakan galah atau sigai yang pernah saya ceritakan.Buah kekabu ini apabila dah tua ia selalu dikutip oleh emak kami untuk ambil kapasnya dibuat bantal atau tilam yang selalu dipanggil tilam kekabu.Masa kami dahulu manalah ada tilam sring atau tilam getah macam sekarang.
Menjadi masalah bagi bebudak masa kami ialah bila tilam kekabu dibasahi oleh air bila tidur malam.Jadi disebelah paginya disuruh oleh emak untuk jemur oleh kerana kena basah tersebut, maklumlah tilam kekabu ini berat, kalau bebudak macam kami nak angkat kenalah dua tiga orang, jadi macam saya yang hanya seorang ketika itu kenalah ajak Jefri dan Alim tolong angkat tilam untuk dibawa kejemuran inilah juga menjadi ejekan kerana selalu kencing malam.Berlainan dengan bebudak sekarang yang menggunakan tilam spring atau sponge yang ringan dan mudah diangkat.Bagi biji kekabu pula kadang-kadang kami gunakan sebagai umpan pancing dan ia amat digemari oleh ikan sebarau ketika itu.Saya juga telah membaca sebuah rencana dalam akhbar tempatan baru ini mendapati pasaran bantal kekabu dan tilam kekabu sekarang boleh mendapat pendapatan lumayan dinegara kita, tetapi diPahang sekarang pokok kekabu hampir pupus.Kalau ada dikampong pula telah mula ditebang kerana nak buat tapak rumah baru atau membesarkan rumah, jadi lama kelamaan pokok ini saya percaya akan pupus kalau kita tidak menanamnya.Saya percaya biji kekabu boleh diproses menjadi minyak yang berpotensi dikomersialkan terutama dalam bidang kosmetik yang sekarang ini meledak perkembanganya dimana rakyat Malaysia sudah mengutamakan produk herba.Hinggakan FELDA sekarang berlumba-lumba mengusahakan industri herba pula yang dahulunya industri sawit,jadi apalah salahnya membuat penyelidikan tentang biji kekabu pula atau mengkaji biji kekabu yang muda sebagai makan ringan macam popcorn yang ada sekarang.Hah apa macam ?

Dr Aminudin

Wednesday, June 17, 2009

Tempurung

Hari ini tempurung kelapa tidak berguna sama sekali bagi pandangan bebudak sekarang.Ia dibuang begitu saja setelah diparut isinya oleh penjual kelapa dikedai-kedai runcit atau pasarbesar kuantan,misalnya.Namun bagi kami dimasa kecil dahulu disungaibatu,kampong Relong tempurung banyak kegunaannya.Seperti yang pernah saya ceritakan dahulu bahawa tempurung menjadi salah satu alat atau bahan permainan bagi kami bebudak masa itu.Dimana tempurung kami gunakan untuk menutup merecun kami yang dibakar dan melihat ia tercampak atau melambung tinggi.Disini kami akan berlawan siapakah yang dapat mencampakkan tempurung itu yang paling jauh atau paling tinggi sekali, biasanya permainan ini kami mainkan dekat menjelang hariraya dimana merecun senang diperolehi.Selain dari itu tempurung juga kami gunakan sebagai permainan berlawan tempurung yang paling keras sekali, iaitu memecahkan tempurung diantara satu sama lain seperti juga berlawan biji getah yang paling kuat sekali ketahanannya.Apa yang mengembirakan bermain menghempas tempurung kelapa ini ialah kita dapat melepaskan geram kepada tempurung pihak lawan dengan sekuat tenaga kita, jadi bebudak yang besar biasanya mempunyai peluang besar untuk menang, jadi bebudak seperti Jerfi dan adiknya Alim selalu kalah dalam permainan yang selalu kami mainkan.
Bagi tempurung-tempurung yang pecah kami akan kutip dan simpan disatu tempat bagi kami gunakan sebagai umpan atau penghidup api bila tiba waktu untuk membakar lemang yang biasanya sehari sebelum raya.Selain dari itu kalau susah nak dapatkan arang bagi dibakar dalam strika untuk menggosok pakaian,tempurung juga digunakan bagi bahan bakar bagi memanaskan strika itu.Dimasa kami mana ada strika letrik seperti sekarang, kami hanya ada strika arang bagi mengosok baju atau seluar.Itulah zaman kami yang hidup dipendalaman yang serba kekurangan tetapi kami menghadapi dan melaluinya dengan tabah.Selain dari itu seperti juga saya ceritakan bahawa tempurung juga dijadikan penyenduk gulai bagi orang kenduri kawin yang digunakan oleh Toksenduk, disamping itu sebagai alat mengambil air digelar gayong dari tempayan apabila kami hendak membasuh kaki bila nak naik kerumah atau surau kami disungai batu,kampong Relong.
Akhirnya bagi bebudak muda sekarang ini janganlah jadi macam katak bawah tempurung yang selalu kita dengar peribahasa tersebut juga pantun berikut iaitu Tempurung Mata Tiga,Orang malas Rugi sahaja dan Tempurung mata tiga,Orang terkurung mati sahaja.Begitu pun kalau anda berjumpa tempurung mata tiga jangan dibuang mukin ada baiknya.

Dr Aminudin

Saturday, June 13, 2009

Tugal

Tugal adalah alat yang selalu kami gunakan untuk menugal jagong atau padi huma.Menugal jagong biasanya kami gunakan kayu yang dibahagian hujungnya tajam yang ditikam pada tanah yang hendak menugal jagong.Kawasan yang popular menugal jagong adalah dibelakang Guabama yang digelar juga bama.Disitu ramai orang Relong membuat jagong masa dahulu tetapi sayang sekarang telah naik semak dan belukar bila saya melawatnya awal tahun ini.Disitulah diusahakan tanaman jagong yang emak saya,akak nab,pakanda dahan,wan kiah,akak siti dan ramai lagi orang Relong menanam jagong.Jagong memang enak direbus bagi kami bebudak masa itu.Jagong semasa berbuah muda yang kita panggil pudak jagong memang enak dimakan buat sayor lemak atau sayor masam dengan ikan puyu atau ikan toman.Jagong muda boleh direbus atau dibuat bubur jagong dengan dicampor dengan durian dimusim durian.Manakala bulan puasa ia boleh dibuat puding jagong yang enak masa berbuka puasa.
Hari ini kita tidak tidak lagi melihat orang Relong menugal jagong atau padi huma yang biasa ditanam diBukit Peninjau, saya masa kecil pernah menugal padi huma dibukit Perupuk dengan menggunakan sebatang besi yang tajam dihujungnya.Penugal ini ayah tempah dari Hasan Titik kerana untuk menugal pada huma diBukit Perupok tanahnya keras bebanding diBama yang tanah lembut dan kehitaman.Padi huma jarang mendapat hasil lumayan kerana banyak musuh terutama burung,monyet,babi dan lain-lain jadi kami sekeluarga tidaklah mengusahakanya dengan menugal setiap tahun,biasanya kalau nak menerangkan kebun getah kami diBukit Perupuk sebagaimana yang pernah saya ceitakan.Hari ini bebudak muda Relong mungkin tidak lagi dapat melihat orang menugal jagong atau padi human lagi, jadi bila membaca blog ini mereka tahu kami pernah menugal jagong dan padi huma dimasa dahulu.

Dr Aminudin

Monday, June 1, 2009

Peranan Sultan dan Bendahara: Satu Pembetulan

Kali ini biarlah saya membincang dengan serius tentang tulisan berkaitan ksesultanan Melayu yang tersibar melalui tulisan berjudul Suatu Menifesto Melayu dan Melayu Islam Beraja: Menggali Hakikat Leluhur oleh Tun Suzana Tun Hj Othman dan Hj Muzaffar Dato'Hj Mohamad,2003 dan baru ini dalam Ahlul-Bait Rasullah dan Kesultanan Melayu,Penerbit Crescent News(kl) Sdn Bhd.,2008.Mengikut penulis tersebut Bendahara mendapat peranan berdasarkan buku Sejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang.Seterusnya mengatakan yang Bendahara adalah tuan asal kepada Bangsa Melayu-Islam selaras dengan peranan Demang Lebar Daun Sebagai Raja Palembang yang memberi amanah dan menobatkan Sang Nila Utama Sebagai Raja Melayu yang Pertama.Dalam Kajian saya tentang kesusasteraan Melayu telah membuktikan Hikayat Seri Rama(HSR) merupakan karya kelasik yang Pertama yang mendahulu karya lain ditulis oleh penulis Lembah Bama.Dalam buku ini dibincangkan peranan Sultan dan tidak banyak menyentuh peranan Bendahara yang merupakan orang yang diarah.Boleh lihat bolg ini dibawah entry :Penemuan HRS Sastera Melayu Kelasik Tertua Orang Pahang Perlu Bangga.
HSR menurut W.G.Shellabear yang pertama diterbitkan pada tahun 1812 oleh Marsden kemudian pula tahum 1813 oleh Roorda Van Eysinga diAmsterdam.Manuskrip ini diperolehi dari Archbisop Laud dalam tahun 1633 yang merupakan manuskrip tertua dalam kesusasteraan melayu berdasar pendapat W.G.Shellabear yang ditulisnya dalam tahun 1915 dalam Straits Branch Royal Asiatic Society,1915.Dalam HSR telah diceritakan dengan jelas perlantikan Sultan atau Maharaja adalah diantara Nabi Allah Adam dengan Maharaja Raja Rawana, dimana tiada peranan Bendahara seperti yang selalu diperkatakan.Saya nukil sepenuhnya dari HSR ,Halaman 2-5:-

"Maka sahut Adam Alaihi Salam,Hai Rawana jikau engkau mahu berjanji-janjian dan teguh katamu,maka aku memohonkan kedudukan itu kepada Allah Taala ,maka sambut Rawana "Barang janji tuan turut,tiada hamba salahi namun kehendak hamba ini jadi hamba perolehi ".Maka ujar Adam Alahi Salam,"Sekarang engkau dijadikan Allah Tala Raja keempat negeri bukan barang-barang kebesaran kau perolehi kerana itu kepada seseorang pun belum ada demikian dianugerahkan Allah Taala,barulah kepada mu juga.Jikalau dapat engkau baik-baik kerjaanmu dan ingat-ingat engkau menghukum kerana Allah Subhanahuwataala.Kerana dipinjamkannya juga kerajaan itu,dan pereksa benar-benar dan jangan engkau binasakan nama ibubapamu dan jangan binasakan hati rakyatmu dan tegoh-tegoh negerimu dengan kelengkapan dan segala senjatamu dan kasih segala rakayatmu dengan hukum sebenarnya,dan jangankau kerjakan barang yang dilarang Allah Taala""Sekarang engkau hendaklah berjanji engkau dengan aku,apabila kau perbuat perkerjaan yang salah atau rakyatmu berbuat perkerjaan yang salah kau perkenankan dan tiada engkau hukumkan dengan hukuman sebenarnya,dengan segala itu juga engkau dibinasakan Allah Taala.Jika engkau mahu berjanji demikiaan maka aku memohonkan kehendakmu itu kepada Allah kerana raja-raja dunia semuanya raja pinjaman, jangan kamu kerbat-gorok kerana kerjaanmu dan kebesaran semua pinjaman berlaka.Jangan kamu seperti aku ini keluar dari dalam shurga sebab tiada menurut titiah Tuhanku dan melalui firmannya" Setelah sudah Rahwana berjanji dengan Adam bertegoh-tegohan katanya,maka Adam pun memohon kurnia rahmat kepada Allah Subhanahuwataala.Dengan seketika itu juga dianugerahkan Allah Subhanawataala kerajaan akan Rawana pada empat tempat barang ada segala raja-raja dalam empat tempat itu semuanya dalam hukumnya." Maka Rawana pun melakukan hukum pada negeri Keinderaan dan berkahwin dengan Puteri Nila Utama.Maka masuk Maharaja Rawana kedalam bumi,maka segala raja jin dan syitan dalam bumi semuanya dalam hukumnya dan mengambil Puteri Partiwi Dewi sebagai isteri.Maharaja Rawana masuk kedalam laut dan berkawin dengan Puteri Gangga Maha Dewi.Maka Bukit Serandib diperbuat negeri oleh Maharaja Rawana akan negeri terlalulah indah sekali rupanya ,maka negeri itu dinamai oleh Maharaja Rawana Langkapuri."

Dari nukilan HSR jelaslah bahawa tiada peranan Bendahara dalam perlantikan Sultan, inilah juga agaknya gerangan mereka dalam Kesultanan Melayu Rilau-Lingga-Johor yang diwarisi oleh Moyot saya iaitu Sultan Ahmad I Riayat Shah ibni AlMarhum Paduka Sri Sultan Abdul Jalil V Muadzam Shah, Sultan Negeri Riau-lingga-Johor yang ditabal tahun 1761 telah tidak dapat menaiki Tahta dan membawa diri keKg.Relong,Kuala Lipis,Pahang hingga kehari ini.Rujuk buku Ir.hj Mazelan Abdul Samad, Menjejak Asal Usul Dato'Linggi,2003 dan buku saya Dr.Aminudin Abdul Karim,Menyingkap Sejarah Lembah Bama DiNegeri Pahang Sebagai Pusat Perdagangan Terawal Bagi Asia Tenggara dan Mengesan Sultan Pemerintah Riau-Lingga-Johor Yang Menetap DiLembah Bama(Kg.Relong).

Dr Aminudin