Tuesday, July 27, 2010

Cerita Sebelum Tidur- Legenda Islam Kisah Tamim al-Dari Siri 1


Kini saya akan menghidangkan siri cerita sebelum tidur yang kedua iaitu Hikayat Tamim al-Dari yang merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW. Kisah ini merupakan juga bukti bahawa pengaruh kesusasteraan Islam begitu ketara dalam kesusasteraan Melayu yang sekaligus merupakan naskhah Melayu yang tertua disamping naskhah yang lain seperti Tajus Salatin dan Bustanus Salatin.Kajian yang dibuat mendapati Hikayat Tamin al-Dari ini dikatakan terjemahan dari versi Arab yang berjudul " Ifham al-Mama Ari bi-Akhbar Tamim al-Dari " yang digubah oleh Syeikh Shibab al-Din Abu Mahmud pada tahun 1266, Masehi dan ada juga sarjana mengatakan ianya diterjemah kedalam Bahasa Melayu dari karya yang berjudul " Tarikh al-Hijrat".Walau apapun pendapat para sarjana itu hikayat ini telah diterjemahkan kedalam Bahasa Melayu,Bugis,Parsi,Urdu,Afganistan dan lain-lain.Bagi mengisahkan semula cerita ini saya menggunakan kajian bandingan teks yang diselenggarakan oleh Wahyunah Haji Abdul Ghani dengan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1989.Saya menulis semula cerita atau hikayat ini dalam gayabahasa moden dan lengok bahasa saya, semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya.

Nabi Muhammad SAW duduk dengan tertib dalam Masjid Madinah dengan dihadhiri oleh para sahabat dan keluarga baginda, seketika kemudian baginda bersabda " Sahabat-sahabatku sekelian ,ketahuilah bahawa ada diantara sekelian seorang lelaki diantara sekelian nanti akan mengalami kehidupan dengan merasai keindahan syurga,keajiban dilangit dan bumi dan akhirnya akan kerumah tangganya dan berjumpa semula isteri dan anak-anaknya ".Ada dikalangan para sahabat-sahabat itu bertanya semula kepada baginda Rasulullah SAW, maka dijawab dengan senyuman oleh baginda seraya bersabda " Tiadalah dapat aku katakan kepada sahabatku sekelian ".Segala sahabat didalam masjid itu tertanya-tanya apakah mereka yang akan terjadi demikian, lantaran itu ramailah dikalangan mereka berjumpa Rasulullah untuk didoakan menjadi tokoh tersebut.Walaubagaimanapun Rasulullah ada bersabda lagi bahawa janganlah ada dikalangan mereka suka pergi ketelaga pada malam hari seorang diri. Sejak itu kembalilah sahabat-sahabat itu kerumah masing-masing dan beringat-ingat akan pesan Rasulullah SAW itu.Masa telah berlalu dimana baginda Rasulullah telah wafat dan diikuti kemudiannya oleh Khalifah Abu Bakar.Namun walaubagaimanapun sabda Rasululah SAW itu masih diingati oleh Syyidina Ali dimasa pemerintahan Khalifah Umar.

Dizaman Khalifah Umar ada seorang lelaki bernama Tamim ibn Habibul Dari dari kaum Ansar.Jadi pada satu malam dia berasa hendak mandi ditelaga dekat rumahnya dengan berkata-kata pada isterinya Siti Khaulah yang meminta isterinya menemankannya pergi mandi ditelaga tesebut tetapi diusik oleh isterinya yang mengatakan bagaimana seorang lelaki begitu penakut itu malahan dia terlepas kata yang berbunyi " Hai jin kamu tangkaplah lelaki (suamiku) yang penakut ini ".Setelah itu Tamim al-dari pun pergilah kepergi tersebut dengan berjalan terhingut-hingut dan seketika itu datang seorang jin yang rupanya hitam dan badan yang amat panjang menyambar Tamim al-Dari dan menerbangkanya kedalam bumi hingga kelapisan bumi yang keempat tempat negeri jin kafir itu.

Bersambung

Dr Aminudin

Friday, July 23, 2010

Otogibanashi (Cerita Sebelum Tidur) Legenda Dari Jepun Siri 14- Puteri Kaguya


Qadimlah bagi Puteri Kaguya dinegeri kayangan bulan itu tapi tidaklah pulak pada Maharaja Jepun yang menerima puisi dan air azimat dalam kendi dari Puteri Kaguya.Dia menjadi tidak karuan mengingatkan puteri itu yang amat jelita itu .Hatinya berbisik " Puteri Kaguya sudah tiada,buat apa lagi aku terus hidup ", hingga dia menjadi tidak mahu bercakap dengan para pembesar istananya.Akhirnya dia memanggil para pembesarnya dan bertanyakan apakah gunung paling tinggi dinegara mereka dan sudah pastilah para pembesar itu menjawab "Gunung Fuji ".Baginda pun bertitah " Baiklah kita berangkat kepuncak kegunung tersebut kerana aku mahu bakarkan puisi Puteri Kaguya dipuncak gunung itu".Maka mereka pun berangkatlah dan mendaki hingga kepuncak Gunung Fuji dan disana Maharaja dan pembesarnya membakar puisi yang diberikan oleh Puteri Kaguya dan Maharaja dengan lega berkata " Akhirnya sampai juga puisi ini kenegeri Puteri Kaguya dinegeri kayangan itu ".Selepas itu mereka semua turun dari puncak Gunung Fuji untuk kembali keistana dan dalam perjalanan pulang itu Maharaja kadang-kadang menoleh kebelakang menghala kepuncak Gunung Fuji dan kelihatanlah kepulaan asap hasil bakaran puisi itu dipuncak gunung tersebut dan dikatakan kepulan asap itu masih kekal dipuncak Gunung Fuji hingga sekarang.

Analisis dari Legenda Puteri Kaguya ini dapatlah kepada saya bahawa ada persamaan dengan Hikayat Seri Rama yang saya berpendapat ditulis oleh orang Lembah Bama, Kuala Lipis,Pahang itu dari aspek asal terjumpanya Puteri Kaguya adalah dalam perdu buluh, ini samalah juga dengan Puteri Mandu Dari juga berasal dari perdu buluh.Malahan Kampung Bukit Betung dikatakan orang disana berasal dari keluarga yang dijumpai dalam perdu buluh juga (Aminudin,2009).Begitu juga diceritakan dalam Hikayat Seri Rama itu anak kepada Maharaja Rawana yang menentang Maharaja Seri Rama adalah dari Kerajaan dikayangan hinggakan Seri Rama bila berperang dengannya meminta pertolongan burung Geroda (Lihat buku saya akan diterbitkan pada tahun ini, Kajian Terhadap Hikayat Seri Rama Dari Perspektif Strategi Yang DiKarang oleh Orang Lembah Bama,Kuala Lipis,Pahang,2010).Manakala permintaan oleh Puteri Kaguya kepada 5 orang pemuda Jepun bagi berkahwin dengannya itu terdapat semacam syarat yang sama seperti dalam buku Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu yang diselenggara oleh A.Samad Ahmad yang menceritakan pengembaraan Tun Mamat kepuncak Gunung Ledang untuk meminang puteri Gunung Ledang oleh Sultan Mahmud Shah.Diantara syarat yang dikemukakan kepada raja itu ialah Tujuh dulang hati kuman,Tujuh dulung hati nyamuk,sebuah jambatan emas,sebuah jambatan perak dari Melaka keGunung Ledang,dan semangkuk darah anak raja iaitu raja Ahmad.Kisah meminang Puteri Gunung Ledang adalah sindiran kepada Sultan Mahmud Syah yang tergila-gilakan Puteri Gunung ledang yang cantiknya tiada tolok-bandingnya macamlah juga Puteri Kaguya yang telah saya kisahkan.Kesimpulannya Puteri Kaguya dan Puteri Gunung Ledang tidaklah dapat mereka peristerikan.

Edisi akan datang saya akan menghidangkan Legenda Islam dizaman Sayyidina Umar al-Khatab tentang kisah Tamin al-Dari yang dilarikan oleh Jin Kafir kemudian berjumpa nabi Sulaiman AS,memasuki syurga,berjumpa nabi Khidir AS dan diterdampat dipulau yang semuanya kaum wanita.Jumpa lagi.

Dr Aminudin

Otogibanashi (Cerita Sebelum Tidur) Legenda Dari Jepun Siri 13- Puteri Kaguya


Penaka takdir yang menimpa kedua orang tua ayah angkat Puteri Kaguya itu.Mereka tidak dapat berbuat apa-apa lagi.Namun begitu orang tua ayah angkat puteri masih tidak putuasa lagi.Dia pergi mengadap Maharaja diistananya untuk mengkhabarkan kepada Maharaja tentang puterinya itu.Maharaja amat terkejut tentang perkara itu dan mengatakan perkara ini sungguh ajaib dan tidak berlengah-lengah lagi menyuruh pembesarnya menghantar tentera seramai 2000 orang supaya menjaga rumah puteri dan mengetatkan kawalan supaya dapat menyekat puteri dari dibawa pulang kebulan.Orang tua ayah angkat puteri itu percaya orang dari bulan tidak akan dapat mengambil puteri mereka dan ini membuatkan dia begitu gembira dan lega perasaannya ketika itu.Bila mereka sampai dirumah orang-orang suruhan mengunci pintu dan mana-mana tingkap yang tidak kemas dan tidak kuat diperbetulkan.Tidak lama setelah itu sampailah tentera Maharaja yang 2000 orang itu datang mengawal keliling rumah puteri.Ada yang berkawal dikeliling rumah, ada yang berkawal dihalaman dan juga ditaman, malahan ada juga berkawal diatas bumbung rumah itu.Kadang-kadang ada kedengaran orang tua ayah sang puteri berkata " kalau datang utusan dari negeri kayangan dibulan itu pasti tidak akan aku lepaskan puteri ku ini ".Begitulah sayangnya dia kepada anak angkatnya itu.

Namun tidak lama selepas itu kedengaranlah suara ajaib yang memanggil keluarga angkat Puteri Kaguya dengan penuh sopan yang katanya " Kamu telah menjaga dengan penuh kasih sayang terhadap puteri ini, wahai Miyatsukomaro San , sekarang telah tibalah masanya Puteri Kaguya akan kembali kenegerinya dan mendapatkan orang-orangnya sedangkan kamu telah menjadi ibu-bapa angkatnya berberapa tahun namun disana hanyalah berberapa minit sahaja.Orang disana sedang menunggunya dan kamu kena melepaskannya sekarang ".Tidak semena-mena semua pintu dan tingkap rumah itu terbuka dengan sendirinya dan kedua orang tua ibu-bapa angkat puteri pula berkeadaan sedu dan tanggisnya serta begitu juga Puteri Kaguya dan puteri pun berkata " Aku menyayangi kamu berdua dan kita telah hidup gembira bersama-sama tetapi kita terpaksa berpisah dan aku terpaksa kembali dan selamat tinggal wahai kedua ibu-bapaku ".Puteri kemudian memberikan pakaiannya kepada orang tuanya itu sambil berkata " Ambillah pakaianku ini bernama Hagoromo, bila kamu memakainya pasti dapat mengubatkan rindu pada ku dan begitu juga kimono ini sebagai tanda ingatan kepada ku, jadi kesatlah air mata kelian supaya aku dapat pergi dengan gembira.Disamping itu puisi yang aku karang ini sampaikan kepada Maharaja dan berikan air dalam kendi ini untuk dia minum ".

Seketika itu juga kelihatanlah kenderaan kayangan yang bercahaya-cahaya datang menghampiri Puteri Kaguya dan dia memasuki kenderaan itu dan dengan sekelip mata hilang dari pandangan kedua-dua orang tuanya itu.

Bersambung (Penamat dan analisis)

Dr Aminudin

Thursday, July 22, 2010

Temerloh Yang KuSayangi- Pengalaman Dari Bandar Kecil Terbaik DiUSA


Emak saudara saya We Zaharah adalah saudara-mara Pak Sako (Ishak Haji Muhammad) yang berasal dari Kampung Buntut Pulau ,Temerloh, begitu juga Ayahanda saya Chu Haris dari Kampung Sanggang,Temerloh (seorang veteran UMNO yang dikenali) serta baru juga saya menziarahi beliau sempena Perkahwinan cucunya anak kepada Shaari baru-baru ini. Saya pernah berhidmat diPejabat Daerah dan Tanah Temerloh dan tahun 1990an,sebagai Seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik malahan Temerloh sebagai rumah kedua saya itu saya dedikasi dalam blog yang sama catatan peribadi (catperi) saya iaitu tentang kampung-kampung berikut :-

1.Batu Sawar,Temerloh
2.Busut Jin,Temerloh
3.Bolok Hulu,Temerloh
4.Buntut Pulau,Temerloh
5.Bangau Tanjung,Temerloh
6.Jambu Rias,Temerloh
7.Paya Sok,Temerloh
8.Paya Luas,Temerloh
9.Pulau Kujan,Temerloh
10.Paya Dalam,Temerloh
11.Paya Pulai,Temerloh dan lain-lain

Kini sebagai menimba pengalaman perancangan bandar-bandar diUSA , kita lihat bandar-bandar kecil disana sebagai kenangan saya menimba pengalaman dan ilmu yang mungkin boleh kita ambil ikhtibar darinya.Kita lihat bandar Salida diColorado yang mengalir ditengah-tengah bandar kecil ini Sungai Arkansas.Bandar ini popular dengan aktiviti basikal gunungnya terutama Gunung Monarchnya.Kemudian kita lihat pula bandar Leavenworth,Washington yang berhampiran dengan Canyonnya iaitu Tumwater Canyon serta terdapat sukan ski dan sukan raft airnya.Manakala bandar Charleston, di South Carolina pula popular dengan aktiviti berkayaknya dan bermain ombak dipantai Follynya.Bandar Alpine,Texas pula bandar yang mempunyai hutan lipurnya terutama berhampiran dengan Gunung Davis dimana kita boleh berkhemah secara terbuka dan menjalankan aktiviti berbasikal yang boleh sampai keTaman Negara Bis Bend (Bis Bend National Park).Begitu juga New London, Connecticut yang merupakan sebuah bandar kecil pelabuhan yang dekat dengan pengkalan tentera laut USA yang banyak terdapat restoran-restoran dan galeri seni, malahan kalau kalau kita ada kapal layar kita boleh berlayar hingga kePulau Long (Long Island).

Taos pula terletak diNew Mexico dimana segala macam permainan ski ada disitu. Bandar kecil Ashland,Oregon juga merupakan bandar riadah dan tempat bersukan yang paling popular ialah sukan berbasikal sekitar Gunung Siskiyou dan juga berkayak.Manakala yang berminat tentang kesusasteraan ada pesta Sastera Shakespeare setiap tahun.Bagi bandar kecil Ely di Minnesota pula mengambil nama Jim Brandenbury seorang ahli Fotographi dan sudah pasti bandar ini menjadi tumpun kanta kamera para peminatnya kerana latarbelakang alam semula jadinya yang menawan itu.Bandar Yellow Springs, di Ohio pula menjadi bandar SPA dengan mereka mengexplotasikan sumber mineralnya yang semua jadi, begitu juga terdapat bukit batu kapornya yang menawan serta berkayak disepanjang Sungai Kecil Miami (Miami River) dan juga bandar kecil akhir terbaik diUSA ini ialah Boone, diNorth Carolina yang terdapat lingkaran jalan-jalan berbasikal menuju kesebuah Universiti yang cantik iaitu Appalachian State University.

Natijahnya Temerloh mempunyai semua ciri-ciri bandar kecil yang terbaik diUSA ini, saya bukanlah hendak membanggakan bandar-bandar kecil tersebut tetapi sekadar menimba pengalaman dan menerapkan kepada Perancangan Bandar Temerloh yang saya sayangi.Temerloh memiliki beberapa buah sungai,gunung,bukit,hutan,jalan-jalan kampung,kampung-kampung dan sebagainya.Temerloh memiliki alam semula jadi yang indah seperti Gunung Senyum,Rezab Hidupan Liar, Hutan Simpan,Perkampungan Orang Asli,Kampung Tradisional,Artifak Sejarah (seperti Lubuk Terua,Sungai Sementan dan lain-lain).Semasa berkhidmat diTemerloh ,masa saya kami telah memulakan tradisi pertandingan berakit dari Bangau hingga keJeti Lama,Temerloh dan kini pesta itu berjalan dari Lipis hingga kePekan.Begitu juga Pesta Bermain Gasing telah kami Popularkan diTemerloh ketika itu tahun 1990an hingga sekarang masih popular.Namun yang saya perhatikan sepanjang saya menimba ilmu disana tidaklah orang-orang USA menamakan bandar mereka sempena nama ikan yang mungkin kita sukai untuk Temerloh iaitu Patin.Sekian berjumpa lagi dilain edisi.

Dr Aminudin

Tuesday, July 20, 2010

Otogibanashi (Cerita Sebelum Tidur) Legenda Dari Jepun Siri 12- Puteri Kaguya


Lanang yang lima orang itu akhirnya kecundang untuk memenuhi kehendak Puteri Kaguya.Puteri Kaguya pula kelihatan lebih gembira hidup bersama kedua orang tua angkatnya itu.Walaubagaimanapun berita kejelitaannya mulai sampai ketelinga Maharaja Jepun sendiri.Pada satu hari Maharaja Jepun memanggil pembesarnya dan mula bertanyakan tentang kejelitaan Puteri Kaguya dan akhirnya bercadang hendak melihat sendiri wajah puteri itu.Namun hasratnya dihalang oleh pembesar baginda.Pembesarnya mengatakan mereka akan memeriksanya dahulu bagi memastikan perkara ini betul-betul benar dan pembesar itu kemudian pergi kerumah Puteri Kaguya dan menjemput orang tua ayah puteri datang keistana setelah mendapati berita tersebut adalah tulin.Orang tua ayah puteri datang menghadap Maharaja dan bila dia tiba dibalai istana dia dilayan dengan begitu baik oleh Maharaja.Malahan Maharaja berjanji akan memberikan pangkat yang tinggi kepada orang tua ayah puteri.Maharaja menjemput puteri datang keistana tetapi dia tetap menolaknya dengan baik kehendak Maharaja itu.Hinggakan ayah puteri memujuknya dan puteri sanggup membunuh diri kalau dia dipaksa juga.

Inilah yang membuat kedua orang tua angkatnya itu begitu risau hinggalah entah macam mana bila Maharaja pergi memburu maka tidak semena-semena mereka telah tersesat kekawasan rumah puteri itu.Ini menjadikan kedua orang tua itu panik dan terus menghadap Maharaja dihalaman rumah mereka dan menjemputnya masuk kerumah mereka.Tanpa berlengah-lengah lagi Maharaja masuk kerumah itu dan menuju kebilik Puteri Kaguya dan bila dia membuka tirai bilik Puteri Kaguya dan terlihat cahaya bergemerlapan memancar-mancar dari muka Puteri Kaguya yang sedang duduk diatas getanya yang beralaskan bantal bersulam emas dengan memakai baju sutera dan memandang puteri itu.Dia telah melihat sendiri puteri itu yang kejelitaannya tidak ada tolok-bandingnya didunia ketika itu.Dia pun ingin balik keistana ketika itu juga kerana hampir-hampir hilang penglihatannya terkena cahaya yang memancar dari wajah Puteri Kaguya.Dia memohon pergi dan kembali keistana dengan segala para pembesarnya serta itu juga.

Sejak itu Maharaja tidak datang menjenguk Puteri Kaguya kerana amat terkejut dan masa berlalu begitu cepat hingga menjangkau empat tahun yang kini menjelanglah pada bulan akan mengambang dan dapat kelihatan awan yang cerah dari tingkap rumah Puteri Kaguya.Kedua orang tua angkatnya itu agak sedih mengenangkan nasib puteri mereka itu.Pada satu malam yang hening sekitar bulan Ogos itu Puteri Kaguya menerangkan yang akan memberitahu kepada orang tuanya itu rahsia sebenar tentang dirinya.Puteri Kaguya dengan sedih dan kelihat beberapa titik air matanya bergelinangan dikelopak matanya seraya berkata " Kini tibalah masanya ingin ku khabarkan kepada kedua orang tuaku bahawa aku bukan berasal dari bumi dan tidak seperti manusia lain disini.Aku dilahirkan dinegeri bulan dan aku dihantar kebumi untuk sementara waktu dan sekarang aku akan pulang kerana panggilan dari bulan sering mengamitku dan masanya telah tiba bila bulan mengambang penuh dibulan Ogos ini.Aku tetap tidak dapat melupakan kamu wahai kedua orang tua ku, tapi apakan dayaku ".

Bersambung

Dr Aminudin

Saturday, July 17, 2010

Otogibanashi (Cerita Sebelum Tidur) Legenda Dari Jepun Siri 11- Puteri Kaguya


Jaka seperti Iso-No- Kamimaro mentafsirkan kehendak Puteri Kaguya iaitu mencari kulit kerang milik burung layang-layang bermakna kulit kerang itu terletak dalam perut burung tersebut.Para pengikutnya mengiakan sahaja tetapi apa yang mereka selalu berjumpa bila menangkap dan membunuh bermacam-macam jenis burung tidaklah pernah terjumpa kulit kerang dalam perut burung-burung tersebut.Mereka akhirnya ketawa berdekah-dekah sesama mereka.Tetapi bila Iso-No-Kamimaro mengetahuinya dia menampelak mereka.Setelah itu adalah seorang tua dari kalangan orang suruhannya itu memberikan pandangan bahawa burung layang-layang ada membuat sarang diKuil Gunung Horai tetapi burung itu membuat sarang diatas bumbung kuil tersebut.Jadi mereka pergilah kekuil tersebut melihat burung layang-layang membuat sarang.

Iso-No-Kamimaro berminat dengan cadangan itu dan memilih 20 orang suruhan supaya bersamanya mendaki kuil itu.Bila mereka sampai disana mereka telah membina para-para yang tinggi bagi melihat burung layang-layang membuat sarang.Bila burung itu melihat orang ramai dia mulai takut dan ini menjadikan dia pergi dari situ buat sementara waktu.Melihatkan gelagat burung layang-layang sebegitu rombongan Iso-No-Kamimaro membuat keputusan untuk tidak mengacaunya.Orang-orangnya mencadangkan bila waktu malam mereka menyediakan bakul bagi mengisi sarang layang-layang itu bagi memudahkan mengambil telur dan kulit kerang yang diletakkan oleh burung itu nanti.Setelah bakul dipasang diatas bumbung kuil itu dengan memasukkan sarang burung dalam bakul itu.Mereka juga berfikir bilakah burung itu mahu bertelur pula dan mereka berpendapat biarkan begitu dan mereka akan terus memerhati tindakan burung layang-layang itu.Orang suruhan Iso-No-Kamimaro terus menunggu tetapi dia sendiri tidak sabar dan memanjat ketas bumbung kuil itu dan menunggu burung layang-layang masuk kesarang.

Tidak lama kemudian kedengaran burung layang-layang berbunyi chik-chik-chik, dan dia kelihatan semacam menari-nari diatas tepi bakul yang mereka letak sarangnya didalam bakul itu sambil melibas-libas ekornya dan orang-orang Iso-No-Kamimaro mengharapkan
bulu burung layang-layang itu tercabut dari ekornya.Iso-No-Kamimaro menunggu penuh sabar dan mengharapkan burung itu boleh bertelur dalam sarang itu dan setelah burung itu pergi dari situ Iso-No-Kamimaro pergi mendekati bakul yang mereka letak itu dan dia mulai meraba kedalam sarang burung itu dan dia merasakan ada sesuatu dan dia berteriak " Aku dapat kulit kerang dalam sarang burung layang-layang dan cepat bantu aku turun ".Entah macam mana sekeping atap kuil itu telah tergelincir akibat terkena pedang Iso-No-Kamimaro dan membuat yang lain turut sama mengelunsur dan menjadikan dia turut tergelunsur dan dia jatuh atas tong kayu mengisi air dibawah salur air hujan dikuil itu.Bergedebuk! bunyinya dan orang-orangnya melihat dengan kasihan dan cepat-cepat membantunya.Dia kesakitan terutama dibahgian pinggang dan belakang, namun dia dengan bangga mengatakan dia memperolehi kulit kerang dalam sarang layang-layang itu dan meminta orang-orang melihat tetapi hanyalah batu-batu kecil.Orang-orang suruhannya macam hendak ketawa berdekah-dekah tetapi tidak sampai hati melihat tuan mereka sakit teruk.

Mereka akhirnya berangkat balik kerumah tuannya dan dalam perjalanan mereka mencari tabib kerana tuannya sakit teruk akibat jatuh dari atas bumbung kuil itu.Beberapa minggu dia dirawat dirumah dan bila dia agak sihat dia ada berkata " Celaka sungguh,mencari kulit kerang dari Gunung Horai aku mendapat sakit tetapi ketulan batu yang aku perolehi dalam sarang burung itu, malu aku ".Cerita pengembaraan Iso-No-Kamimaro mencari kulit kerang milik burung layang-layang sampai juga kepengetahuan Puteri Kaguya dan puteri ada mengutus surat dan memberikan beberapa hadiah untuknya bagi memulihkan semangat Iso-No-Kamimaro, manakala dia masih terhingut-hingut berjalan menggunakan tongkat kayu kerana kakinya masih belum pulih maklumlah terhentak diatas tong kayu.

Bersambung

Dr Aminudin

Friday, July 16, 2010

Otogibanashi (Cerita Sebelum Tidur) Legenda Dari Jepun Siri 10- Puteri Kaguya


Gegandan bagi tugas untuk Putera Ishitsukuri, maklumlah hendak mencari mangkok bekas kegunaan Buddha.Berita tentang mangkok ini tidak kedengaran lansung diseluruh Jepun.Namun Putera Ishitsukuri ada juga mendengar cerita-cerita tentangnya dari orang tua beliau itupun dikatakan ada terdapat dikuil Shaka diIndia.India pastilah terlalu jauh dari Jepun mungkin melebihi 2000 batu.Cuaca diIndia pula panas bukan main.Inilah yang membuat Putera Ishitsukuri susahhati malahan tergerak hatinya untuk mengarang surat kepada Puteri Kaguya yang kandungannya berbunyi demikian :-

" Yang Mulia Puteri, hari ini aku merencanakan satu pengembaraan untuk mencari mangkok Buddha seperti yang kamu hajati, sekiranya aku menemukannya aku sudah pasti dapat memilikimu dan sudah pasti rumahku ini bertambah seri lagi dengan kehadhiran kamu.Saya akan mengembara jauh dari negeri ku ini dan yang pasti tinggallah gunung-ganang dan sungai yang air cantik mengalir hingga kelaut yang ombaknya cukup tinggi menghempas kapal kami.Begitu juga belibih yang berterbangan sejak beberapa musim yang lalu serta musim bunga yang pasti tiba akan tidak dapat aku nikmati sehinggalah aku kembali.Aku sendiri merasa takut untuk menyertai pengembaraan ini tetapi demi cintaku padamu aku teruskan juga ". Inilah warkah yang begitu syahdu ditulis oleh Putera Ishitsukuri dan dia kemudian memanggil orang-orang suruhan mencari mangkok tersebut.Orang-orang suruhannya kelihatan begitu gelisah namun terpaksa juga akur akan perintah tuannya itu.

Jadi mereka berjalan dan mencari mangkok itu disegenap kuil dinegara Jepun itu dan bila berjumpa saja mangkok-mangkok yang agak lama habis dikutip dan diangkutnya.Berbagai bentuk dan saiz telah mereka temui .Masa telah berlalu dengan pantas hinggalah menjelang tiga tahun dan mangkok yang telah dikutip sudah macam busut jantan dan mereka membawa balik kerumah tuannya itu.Bila Putera Ishitsukuri melihat sebegitu banyak mangkok yang diperolehi dia mulalah memeriksa mangkok-mangkok itu satu persatu dan banyaklah yang diperiksaannya tetapi banyak pula yang ditolak atau tidak berkenan dihatinya.Malahan akibat keletihan memilih mangkok-mangkok yang banyak itu dia berkata " Adakah mustahil diantara kamu tidak berjumpa dengan mangkok yang aku kehendaki?".Melihat putera yang kelihatan marah itu datanglah orang suruhannya yang paling tua seraya menunjukkan beberapa mangkok yang telah dipilihnya dari banyak-banyak yang dibawa balik itu.Dia telah memilih mangkok yang paling tua dan kelihatan kotor pula sambil berkata " Tuanku, dari pencarian kami hingga kenegeri Cina sehingga beberapa hari kami disana sampailah kami kesebuah kuil yang terdapat berberapa orang rahib yang tahu tentang mangkok Buddha.Mereka memberi tahu bahawa mangkok itu dibawa dari India dan mereka sanggup menjualkan kepada kami dan inilah kami bawakan kepada tuanku".

Putera Ishitsukuri mengambil mangkok itu dan menyuruh orang-orangnya membungkus dengan kain sutera yang paling mahal dan membawanya menuju kerumah puteri.Dalam perjalanan dia sempat pula membeli sejambak bunga dan dibungkusnya bersama mangkok tersebut.Agak ramai juga para pengikut Putera Ishitsukuri pergi kerumah tuan puteri dan bila sampai disana dia telah ditunggui oleh tuan puteri dengan penuh debaran dan puteri berkata " Aku menunggu penuh hormat akan barangan oleh Tuanku berupa mangkok yang pernah digunakan oleh Buddha ".Putera menyerahkan bungkusan itu dan kemudian puteri membuka bukusan itu dan dia mendapati habuk penuh serta beberapa kelopok-kelopak bunga ros melekat pada mangkok itu dan kemudian puteri berkata " Mangkok yang asli yang digunakan oleh Buddha akan bercahaya ibarat cahaya cakrawala tetapi yang ini berwarna hitam dan ini bukanlah mangkok asli,ini palsu ".Puteri kelihatan begitu kesal dan mengucapkan terima kasih atas segala usaha tersebut dan masuk kedalam biliknya.Putera Ishitsukuri pula kelihatan begitu menyinga dan seakan mahu diterkamnya orang-orang suruhannya dan berkata " sungguh malu aku,ini satu penghinaan dan celaka betul mangkok ini ".Dia bergegas keluar dari rumah tuan puteri dan bila dia sampai diluar tembok rumah itu dia terus menyepak kaki kudanya dan menjadikan kudanya terperanjat dan dia terpaksa pulang berjalan kaki sendirian yang diiringi oleh pengikutnya sedangkan pengikutnya berbisik dengan mangatakan " itulah Putera Ishitsukuri Sama yang malang,mangkok paslu, kuda lari dan dia mendapat malu ".

Bersambung

Dr Aminudin