Thursday, April 29, 2010

Pengenalan Terhadap Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara -Atipan XXVI (Pembuktian Ianya Ditulis Oleh Orang Lembah Bama)



3.Didalam muka surat 73, Hikayat Seri Rama ada dicoretkan oleh penulisnya seperti berikut :-

" Maka daki itu jadi seekor katak hijau warnanya seperti kumbang padang "

Analisis dan Realiti Dalam Kehidupan DiLembah Bama- dalam kajian saya tentang Lembah Bama (Aminudin,2009) saya telah membuat penelitian tentang flora dan fauna yang terdapat hidup diGua Bama dan juga sekitarnya.Saya mendapati katak banyak terdapat dekat Gua dan didalam Gua Bama, begitu juga seingat saya katak hijau banyak terdapat dalam paya orang Kampung Relong.Saya semasa kecil suka memancing ikan Toman dengan Abang Akil, selalu menangkap anak-anak katak hijau ini sebagai umpan kail untuk mendapatkan ikan toman yang banyak dalam gedung Wan (nenek) dekat Gua Bama itu.Bagitu juga dengan kumbang padang yang banyak terdapat didekat rumah lama kami dekat Gua Bama tersebut.Saya ada menyoretkan dalam blog ini tentang kumbang sebagai memori khas saya terhadap bintang tersebut yang banyak terdapat dikampung kami.Dalam edisi kali ini juga saya paparkan foto katak hijau dari The Complete Encyclopedia of Wild Animals,2006 dan juga foto kumbang padang yang turut berwarna hijau yang jarang dapat kita lihat sekarang kerana yang banyak kita lihat ialah kumbang berwarna hitam , paparan ini adalah dari buku Common Malaysian Beetles,oleh Vincent Weng-Yew Tung,1983.

Ayat dari perkataan katak hijau dan kumbang padang yang masih kami gunakan diLembah Bama ialah :-

3.1.Katak hijau- anak kakak hijau sering menjadi mangsa kami budak-budak diKampung Relong kerana menjadi umpan kail bagi mendapatkan ikan toman (haruan) yang digemari sebagai masakan lemak cili padi.

3.2.Kumbang padang- Kumbang padang itu kami perolehi dari gelegar surau diSungai Batu yang kami tangkap secara menghalau dia masuk kedalam botol.



4.Didalam mukasurat 75, Hikayat Seri Rama itu juga menulis tentang memunggut burung yang ditulis seperti berikut :-

" Maka tatkala itu Maharaja Dasarata pun menyuroh orang tua memungut burong dari dalam taman ".

Analisis dan Realiti Dalam Kehidupan DiLembah Bama- "memunggut burong ", bagi setengah orang dari kita mungkin anih tetapi bagi kami diKampung Relong adalah perkara biasa dimasa saya zaman bebudak. Saya ada mencoretkan tentang mengetah burung dan menangkap wak-wak (burung wak-wak) dalam blog ini. Saya ada menceritakan bagaimana kami memunggut burung merebah yang telah digetah dengan getah terap bersama Abang Mat (anak We Muhammad) yang amat banyak dapat kami kutip.Begitu jugalah bagaimana saya dan We Idin menjaring burung wak-wak yang beliau panggilburung tersebut dengan cara menjampinya.Ini semua, adalah biasa bagi kami dizaman kanak-kanak dahulu diSungaibatu, Kampung Relong dan amat bebetulan pula dengan petikan yang dinyatakan dalam hikayat tersebut diatas dengan realiti kehidupan kami diLembah Bama.

Ayat dari perkataan " memunggut burong" yang masih kami gunakan diLembah Bama ialah
seperti berikut :-

4.1.Memunggut burung - Saya kadang-kadang terkenang kembali peristiwa kami memunggut burung merebah yang telah digetah dengan getah terap dipadang dekat klinik Kampung Relong masa dahulu itu sungguh menyeronokan.


Dr Aminudin

Wednesday, April 28, 2010

Pengenalan Terhadap Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara -Atipan XXV (Pembuktian Ianya Ditulis Oleh Orang Lembah Bama)


2.Pada mukasurat 33,dalam Hikayat Seri Rama ada dicoretkan oleh penulisnya seperti berikut :-

" Maka dititahkan segala rakyat semua menebas kayu itu maka barang ada rakyat semuanya memegang beliong,kapak menebas kayu itu.Maka barang kayu itu habislah adzamat bunyi pohon dalam rimba belantara itu "

Analisis dan Realiti Dalam Kehidupan DiLembah Bama - menebas mengikut Kamus Dewan ialah menebang pokok-pokok dalam hutan,beliong pula ialah sejenis kapak yang matanya melintang (pekakas tukang kayu).Saya telah mencoretkan bagaimana keluarga kami membuat cerang (ladang )atau kebun getah yang hendak ditanam getah diBukit Perupok,Kampong Relong.Jadi sebelum dibuat kebun itu , ayah dan beberapa orang kampung pergi menebang pokok-pokok besar diBukit Perupok dengan mengunakan beliong.Setelah itu barulah pokok-pokok kecil pula ditebang dengan menggunakan kapak atau parang panjang.Setelah diterang kami sekeluarga akan memerun atau membakar kayu-kayu kecil itu dan menerangkan kawasan kebun untuk ditanam getah itu. Inilah realiti cara untuk membuka cerang atau ladang bagi kebun getah.Walaupun hari ini amat jarang lagi kita lihat beliong digunakan dikampung kami ,tapi orang-orang tua dikampung masih mengingatinya dan mengenalinya hingga kini.Bagitu juga usaha menebas ini masih diamalkan oleh orang Kampung Relong secara berderau bagi membersih kebun buahan atau kebun getah hingga kehari ini.Ini masih saya ingat lagi bila sesuatu kebun orang kampung untuk diperiksa oleh pegawai RISDA, mereka berderau membersih kebun getah.Misalnya kebun getah emak saya, kebun getah Akak Nab dan juga kebun getah Encik Akob.Mereka berderau menebas kebun dan saya selalu mengikut mereka kerana ingin makan pulut yang dicecah sambal ikan bilis atau ikan kering yang disediakan apabila habis berderau.

Ayat dari perkataan diatas yang masih kami gunakan oleh orang Lembah Bama adalah seperti berikut :-

2.1.Menebas- Keluarga kami selalu berderau menebas kebun getah kami diBukit Perupok,Kampung Relong apabila tiba masa untuk diperiksa oleh pegawai RISDA.

2.2.Beliong- Saya dapati sudah jarang orang Kampung Relong menggunakan beliong apabila hendak menebang pokok-pokok dihutan, namun demikian ada juga saya lihat orang menjual mata beliong dikedai besi dibandar Kuala Lipis.

3.Dimuka surat 52, dalam Hikayat Seri Rama diceritakan oleh pengarangnya sedemikian ," Setelah sudah makan nasi maka hidangan pelbagai makanan diangkat oranglah "

Analisis dan Realiti Kehidupan diLembah Bama- "setelah sudah makan nasi " adalah ungkapan yang jelas maknanya yang semua para pembaca budiman sekelian memahaminya. Namun diKampung Relong yang uniknya apabila ada kenduri kahwin maka semasa saya kecil menjadikan rumah orang yang membuat kenduri kahwin itu semacam pesta dan juga tumpuan keluarga.Saya ada mencoretkan dalam blog ini bagaimana Abang Bedu dan Kakak Sabar berkahwin ,dimana ada program dikir dan pencak silat.Inilah yang membuat kanak-kanak masa itu amat suka sekali.Selain dari itu program membuat kuih kering juga merupakan tempat muda-mudi berkenalan dan bergurau senda dimana ada yang lekuk dahi kena baling tepung yang didalamnya terdapat pinang tua.Inilah realiti kehidupan orang kampung kami dari mula program kenduri kahwin hingga kemakan nasi dihari kenduri yang dihidang secara gotong-royong dengan dibuat pelantar lelari.Semua ini saya telah coretkan dalam blog ini, dan kalau nak ditulis semula akan memakan ruang yang bermuka-muka surat pula.Biasanya setelah makan nasi dikampung kami dihidang dengan pelbagai kuih seperti bahulu,kuih kering,nasi manis dan juga agar-agar.

Ayat dari perkataan diatas yang masih kami gunakan diLembah Bama ialah :-

3.1.Setelah sudah makan nasi dikenduri kahwin rumah Abang Abu itu, para pemuda dan pemudi yang menjadi tukang hidang itu menggangkat dulang ayan berisi kuih muih pula kepada para tetamu yang datang.

Dr Aminudin

Tuesday, April 27, 2010

Pengenalan Terhadap Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara -Atipan XXIV (Pembuktian Ianya Ditulis Oleh Orang Lembah Bama)


Kajian Dr Asmah Haji Omar,1993 mendapati nama tempat diPahang iaitu Lembah Bilut mendapat namanya tiada kena mengena dengan "belut" tetapi adalah kata yang berkognat dengan belud dalam bahasa Bajau yang bermakna BUKIT,justeru itu Lurah Bilut bermakna "Lurah Bukit ".Jika Dr Asmah mengaitkan sejarah sesuatu tempat itu dengan kognat bahasanya, maka saya pun mempunyai Teori penggunaan Bahasa kita dengan "Realiti kehidupan " kami diLembah Bama.Dimana apa yang dicoretkan dalam Hikayat Seri Rama sebagai naskhah yang tertua adalah " realiti kehidupan " orang Lembah Bama dizaman sekarang termasuklah saya sendiri.Ini akan saya persembahkan kepada para pembaca budiman sekelian berdasarkan nukilan bahasa atau kata-kata yang digunakan dalam hikayat ini.Inilah diantara bahasa atau kata-kata yang digunakan oleh pengarang Hikayat Seri Rama dalam hikayat tersebut:-

1. Mukasurat 8, " Maka bertemu Kambabarna dengan sebuah gua telah besar gunong itu lagi dengan tingginya telah sekali elok rupanya gunong itu lagi batunya dan pasirnya dan airnya pun telah tawar dan sejoknya "

Analisis- Gua (Kamus Dewan(KD) :Lubang lubang besar dikaki bukit atau gunung),Tawar (KD :Air yang tidak masin),Sejok (KD: segar dan nyaman)

Realiti diLembah Bama - Gua Bama adalah kajian saya pada tahun 2009, saya telah membuktikan dalam gua tersebut terdapat banyak pula gua-gua kecil yang melebihi 7 gua yang diberikan namanya masing-masing, misalnya Gua Kesot,Gua Pengantin, Gua Angin dan lain -lain.Dihampir Gua Bama terdapat Sungai Teris yang airnya dahulu cukup jernih dan bersih serta airnya yang begitu tawar, kadang-kadang kalau kami haus setelah memakan buah-buah dalam kebun We Muhammad ditepi sungai itu, kami meminum sahaja air sungai yang tawar itu.Manakala udara yang nyaman dan segar tepi Gua Bama dan dan Sungai Teris itu begitu sejuk terutama diwaktu pagi.Cuaca Kampung Relong dizaman saya bersekolah Rendah memang sejuk hingga ketualang-temulang.Hingga kehari ini cuaca pagi diKampung Relong masih sejok lagi ,jadi tidak harianlah kalau seratus tahun dahulu.

Ayat dari perkataan yang diatas yang masih digunakan oleh orang Lembah Bama adalah seperti berikut :-

1.1.Gua- Kami beramai-ramai mendaki Gua Bama pada hari sabtu pagi kerana dihari itu ada pekan sahari dikampung Relong.

1.2.Tawar-Air Sungai Teris yang jernih dan tawar itu kami minum untuk menghilang haus selepas penat mendaki Gua Bama.

1.3.Sejok-Saya dengan rakan-rakan seperti Abang Dolah,Miah,Dijah dan lain-lain telah bangun pagi-pagi lagi untuk kesekolah didekat Bukit Berangan itu walaupun cuaca yang begitu sejok dikampung Relong.

Bersambung (saya paparkan Buku berjudul "Susur Galur Bahasa Melayu",Asmah Hj Omar,DBP,1993 yang memuatkan pendapatnya tentang nama Lurah Bilut

Dr Aminudin

Memperkenalkan Peribahasa Sweden Digandingkan Dengan Peribahasa Melayu-Siri 5


21."Den far bor som bida gitter "(Apapun dibawah sinaran mentari akan berpanjangan)
Perbahasa kita tentang matahari ialah Matahari itu,gunung dan lembah sama diterangi bermakna pemerintahan yang adil.Matahari terpacak ialah pukul 12.00 tengahari.Matahari ayun-temayun bermakna hampir petang.Matahari bolehkah ditutup dengan nyiru bermakna sia-sia saja cuba menutup kebenaran yang begitu jelas.

22." Man sager emot berom for att fa hora det en gang till " (Satu kali pujian terhadapnya akan menjadikan dia ingin mendengarnya sekali lagi )

Dengar cerita burung,anak dipangku dilepaskan bermakna terpengaruh dengan cakap orang,hingga mengetepikan urusan sendiri.Dengar cakap enggang,makan buah beluluk,dengar cakap orang terjun masuk lubuk bererti jangan dengar cakap orang sahaja.

23." En lyckad berattare har gott minne och hoppas att andra inte har det " (Penulis yang berjayakerana ingatannya yang baik diharap orang lain tidak ada ingatan sepertinya )
Peribahasa kita tentang ingat ialah ingat hari kemudian bermakna memikirkan hari kemudian.Ingat ranting yang akan melenting,dahan yang akan mencucuk,duri yang akan mengait bermakna berhati-hati.Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis bermakna hendaklah selalu berwaspada supaya tidak menyesal kemudian.Ingat-ingat yang diatas,yang bawah akan menimpa bererti orang berkuasa jangan kejam pada orang yang dibawah,kerana mereka boleh menjatuhkan orang yang berkuasa.Ingat hati ialah sangkaan.

24."En arbetsam manniska ar battre an en hop dagdrivare " (Seorang lelaki yang berkerja kuat adalah lebih jauh baiknya dari sekumpulan orang malas )
Peribahasa Melayu tentang kerja seperti Kerja baik berhimbauan, datang buruk berhamburan bermakna berkerjasama dan salin bantu membantu.Kerja baik segerakan,jangan ditimpa kerja buruk bererti apa yang baik jangan dilengah-lengahkan.Kerja sebarang hebat,kasih sebarang tempat bermakna tiada displin kerja.Malas bergarit,perut perit maknanya malas berusaha tentu hidup susah.Malu makan,perut lapar bererti kalau malas berusaha tentu susah jadinya.

25." Adelskap foljer med mannen" (Kemulian menjadi ikutan orang )
Orang berbangsa bermakna orang mulia atau orang bangsawan,Orang berbudi kita berbahasa,orang memberi kita merasa bermakna budi dibalas dengan budi.Orang terpandang ialah orang yang berstatus tinggi.

Dr Aminudin

Monday, April 26, 2010

Pengenalan Terhadap Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara -Atipan XXIII (Pembuktian Ianya Ditulis Oleh Orang Lembah Bama)



Qawl al-haqq,diwaktu zaman Muawiyah telah disurati kepada Ratu Rima diAlam Melayu menggunakan Bahasa Arab adalah sebentuk naskhah tertua yang boleh dijejaki diantara Tanah Arab dan Alam Melayu.Kajian juga mendapati Islam berada diAlam Melayu sejak 674 Masehi atau 55 Hijrah.Sejajar dengan itu Bahasa Melayu mengalami proses perubahan dan pengislaman sekaligus.Banyak kata-kata kosa digunakan dalam Bahasa Arab terdapat dalam Bahasa Melayu.Disamping itu budaya ilmu yang diperkenalkan oleh Islam banyak diserap dalam Bahasa Melayu.Tetapi apa yang penting bagi saya ialah sistem penghafalan al-Quran oleh orang Melayu itu sendiri telah merupakan teks atau naskhah yang cukup tua.Malahan selain dari itu karya-karya berbentuk prosa dan puisi dalam kesusasteraan Islam telah dihafalkan dalam " minda " orang Melayu merupakan suatu naskhah yang begitu lama kalau dibandingkan dengan penemuan oleh Dr Uli Korok yang pernah saya perkatakan dalam edisi ini(Atipan VI).

Kita lihat pada puisi Islam yang dipanggil "al-Burdah" yang telah diterjemahkan kedalam bahasa Parsi,Turki,Urdu,Pashto,Panjabi,Perancis,Jerman ,Inggeris,Itali dan lain-lain.Al-Burdah merupakan puisi yang paling panjang dihafalkan orang Islam, ia biasanya dibacakan pada hari ulang tahun keputeraan Rasulullah SAW.Ianya pernah diajarkan diUniversiti al-Azhar pada setiap hari Khamis dan Jumaat.Terjemahan sulung al-Burdah dibuat pada abad yang ke16 dan masih tersimpan diPerpustakaan Universiti Cambridge.Selain dari itu Syair Nur Muhammad,Syair Nabi Muhammad,Syair Nazam 25 Rasul dan Inilah Kitab Syair Nasihat.Semua ini telah mendatangi Alam Melayu dalam bentuk hafalan dalam "minda " orang Melayu.Begitu jugalah hikayat Nabi, keluarganya dan para sahabat umpamanya Zaiwai al-Sayyidah Khadijah bi al Nabi (The Marrige of Sayyidah Khadijah to the Prophet),Diyafah Abu Bakr li al Nabi (Abu Bakar's Hosting of the Prophet),Wassiyah al Nabi li Ibnatihi Fatimah al Zuhri (The Testament of the Prophet to His Daughter Fatimah),Qissah Iblis Maal al Nabi (The Story of Iblis and the Prophet),Mawid al Nabi (The Strory of the Prophet's Birth).Kesemua naskhah-naskhah ini boleh didapati dan masih berkeadaan baik di Perpustakaan Berlin.

Mengenai kata kosa Bahasa Arab yang terdapat dalam perbendaharaan Bahasa Melayu adalah banyak diantaranya Imam,sah,batal,halal,takdir,soal,jawab,sejarah,hikayat,riwayat,kalam,iklim,fikir,akal,awal,akhir,hukum,hakim,wakaf,wajib,wali,kadi,kaum,ijazah,kerabat,hormat,tahniah,wajah,kopiah,jubah,dunia,akhirat ,alam dan lain-lain.Begitu jugalah inskripsi yang awal ditemukan diTanah Melayu ialah diKampung Pematang Pasir,Pekan yang bertarikh 1028,Masehi yang saya siarkan dalam edisi Atipan VII adalah bertulis dalam Bahasa Arab dan juga inskripsi yang ditemukan pada Batu Nisan Fatimah binti Maimun bin Hibat Allah yang tertarikh 1082,Masehi ,(Noriah Mohamed,1999) turut memperlihatkan pengaruh Islam diAlam Melayu yang saya papar seperti diatas untuk tatapan pembaca budiman.

Dr Aminudin

Friday, April 23, 2010

Memperkenalkan Peribahasa Sweden Digandingkan Dengan Peribahasa Melayu-Siri 4


15."Erkann garna stordad ,men " (Pengiktirafan boleh diexploitasi secara besar-besaran, tetapi sabarlah seketika )
Pepatah kita ada mengatakan Sabar penghilang penat,tekun pembawa dekat bermakna tekun dan sabar punca kejayaan.Salah cotok melantingkan bererti tiap kerja hendaklah dibuat dengan hati-hati.Salah gelogok bermakna bertindak tidak berfikir baik-baik.Salah makan dimuntahkan,salah tarik mengembalikan,salah langkah surut kembali bererti setiap kesalahan cepat-cepatlah diperbetulkan.

16."Bakom berget finns ocksa folk " (Disebalik gunung terdapat orang tinggal)
Pepatah kita berbunyi Gunung juga yang dilejang panas bererti orang kaya juga yang bertambah kaya.Gunung yang tinggi pun akan runtuh jika setiap hari digali bermakna harta yang banyak pun akan habis kalau asik dibelanjakan.Tinggal gigi dengan lidah bermakna habis semua harta.Begitu juga Tinggal kelopak salak bermakna habis semua harta juga.Namun pepatah yang berbunyi Tinggal ditabung,diuntungkan,tinggal diaweh, dikiraikan bererti semua ilmu sudah diajarkan.

17."Betalt arbete gar langsamt " (Bayar kerja dibuat secara beransur-ansur)
Simpulan Bahasa Melayu ada berbunyi Bayar belakang bermakna beli dulu,bayar kemudian,bayaran bulanan bermakna ansuran mengikut kiraan bulan.Kerja bertangguh tidak menjadi,kerja beransur tidak bertahan bermakna kerja kalau ditangguh-tangguhkan akan terbengkalai.Kerja sebarang hebat,kasih sebarang tempat bermakna tiada dispilin kerja.

18."Den samste betalaren arden baste indrivaren av sina ega fordrigar " (Orang yang lembab membayar hutang adalah terbaik memunggut kredit (pinjaman) bagi yang dia beri)

Hutang keliling pinggang bermakna banyak hutang.Hutang tiap helai bulu juga bermakna banyak hutang.Berhutang nyawa bermakna pernah diselamatakan daripada mati.Beri ais bermakna memberi nasihat supaya kurang marah.Beri barang kepada tangan beruk ialah mengarahkan sesuatu kepada orang yang akan merosakkannya.Beri betis hendakksn peha pula bermakna diberi sedikit, hendak banyak lagi.

19."Den beskedlige far ingenting" (Orang bersopan santun tidak mendapat apa-apa)
Lemah lembut bermakna baik hati dan peramah.Lembah lembut lintah,melekat payah lucut bermakna lemah lembut tetapi susah hendak melepaskan apa yang diperolehi.Lemah lembut santan berlada bermakan kata-kata manis tapi sindirannya pedas.Lemah melapis,condong menompang bermakna saling tolong menolong.Lemah roman bererti Cantik dipandang.

20."Den far bor som bida gitter " (Dia kalau naik "angin" jangan siapa tunggu lagi)
Pepatah kita pun ada juga Naik angin bermakna marah,Naik dijanjang,turun ditangga bermakna buat kerja ikut peraturan, Naik melopmpat,turun terjun bermakna untuk berjaya memang susah,untuk gagal memang senang.Naik tidak bertangga,turun tidak berpintu bermakna datang untuk berlaku curang.

Dr Aminudin

Wednesday, April 21, 2010

Pengenalan Terhadap Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara -Atipan XXII (Pembuktian Ianya Ditulis Oleh Orang Lembah Bama)





Purwa dapat dikesan dengan inskripsi yang saya teliti dan paparkan kepada pembaca budiman sekelian, dimana inilah akan membuktikan Hikayat Seri Rama adalah naskhah yang tertua diNusantara.Tulisan yang disunting oleh Asmah Haji Omar (2009) yang saya paparkan diatas berjudul Inskripsi Melayu SriWijaya dengan jelas menunjukan pengaruh bahasa Sanskrit dalam Bahasa Melayu yang terjemahan seperti berikut :-

" Kejayaan!Kemakmuran!Pada Caka 605, pada hari kesebelas bahagian pertama bulan Vaicakha,Baginda naik kapal pergi mencari kuasa sakti.Pada hari ketujuh dari bahagian pertama bulan Jyestha,Baginda melepaskan diri dari...Baginda memimpin tentera yang terdiri daripada dua puluh ribu (orang);para pegikut ...yang berjumlah dua ratus yang belayar dengan kapal para pengikut yang berjalan kaki yang berjumlah seribu tiga ratus dua belas orang sampai menghadap (raja?)bersama-sama dengan begitu gembira.Pada hari kelima bahagian pertama bulan...baru,dengan gembira,datang dan membina sebuah negeru Sriwijaya,yang mempunyai kuasa sakti "(Asmah Hj Omar,2009:12)

Analisis-Inskripsi diatas dikenali sebagai Inskripsi Kedukan Bukit(Palembang) yang dijumpai pada 29 November 1920 diKampung Kedukan Bukit ditepi Sungai Talang dikaki Bukit Seguntang,Palembang,Sumatera.Inskripsi ini bertarikh 605 Tahun Caka iaitu 78 tahun lebih awal dari Tahun Masehi.Tahun Caka mengambil sempena nama Aji Saka yang datang ketanah Jawa.Dari terjemahan diatas dapatlah kepada kita fahami bahawa peranan Raja sebagai pemerintah dan juga mempunyai kuasa sakti.Disamping itu diterangkan baginda menaiki kapal untuk mencari kuasa sakti.Ini selaras dengan kisah didalam Hikayat Seri Rama yang baginda mempunyai kuasai sakti dan mempunyai bala tentera yang besar yang pernah saya huraikan bila menentang Seri Rama menentang Raja Rawana.Dari segi istilah "Naskhah " pula telah saya definisikan sebelum ini iaitu " apa jua tulis yang tertulis baik diatas kertas,kayu,batu,kulit,belulang,dinding,upih dan sebagainya (lihat Edisi Atipan(Arrangement) VI.Sekarang lihatlah pula kepada Inskripsi Talang Tuwo (Palembang) seperti dibawah yang terjemahannya seperti berikut :-

"...Pada tahun caka 606,Pada waktu itu kebun (yang bernama)Criksetra dibina dibawah pimpinan S.M.Cri Jayanaca.Inilah hajat Baginda, semua yang ditanam disini,iaitu kelapa pinang,pokok tebu,pokok rembia dan pelbagai pokok lain dengan buahnya yang boleh dimakan serta buluh haur,vuluh dan pattum dan juga taman-taman yang lain dengan empangan,kolam dan semua jasa baik yang beta buat digunakan untuk kebaikan kepada semua orang dalam perjalanan atau tidak dan semua yang ditanam ini merupakan cara yang baik atau tidak untuk menikmati kebahagian... hendaklah mereka dilahirkan sebagai lelaki yang hidup sendiri menerima bekas dari Batu yang mengkagumkan,biar mereka menguasai kelahiran,mneguasai karma buruk dan hendaklah mereka akhirnya mencapai makrifat yang sepenuhnya dan yang paling tinggi " (Asmah Hj Omar,2009:22-25)

Analisis-inskripsi ini bersifat penerapan ajaran Buddha yang mahukan kesejahteraaan semua makhluk oleh Raja Jayanaca.Namun apa yang mengembirakan saya ialah latarbelakang pokok dan juga alam sekeliling yang dicoretkan itu adalah membayangkan keadaan Lembah Bama.Kajian saya terhadap Lembah Bama yang banyak terdapat pokok buluh, malahan Kampung Bukit Betong yang terdapat dalam parameter kajian saya mengambil sempena nama pokok buluh betong.Dalam terjemahan diatas ada dicatat perkataan "haur" yang saya kira ini adalah sempena istilah "aur", malahan saya yakin ini ialah Kampung Aur Gading dalam parameter kajian saya juga.Inilah significant nama tempat yang telah dicatat diBatu Bersurat DiTalang Tuwo yang bertarik 606 Caka atau 684 Masehi, terletak kira-kira 5 kilometer dari Bukit Seguntang,Palembang yang secara tersiratnya meminta kita membuat interpretasi.Paparan paling atas ialah Inskripsi Talang Tuwo (Palembang) diikuti oleh Inskripsi Kedukan Bukit (Palembang).

Dr Aminudin