Saturday, July 10, 2010

Otogibanashi (Cerita Sebelum Tidur) Legenda Dari Jepun Siri 5- Puteri Kaguya


Tersebutlah pula kisah tentang 5 orang pemuda yang bangsawan dan kaya dalam negeri itu bernama Putera Kurumamochi,Putera Ishitsukuri,Menteri Abe-No-Muishi,Ketua Istiadat Otomo-No-Miyuki dan Timbalan Ketua Istiadat Iso-No-Kamimaro yang merupakan sahabat karib walaupun mereka berlainan status.Setelah mendengarkan betapa cantiknya Puteri Kaguya itu mereka berlima bercita-cita untuk menatap wajah sang puteri dan juga berbual-bual dengannya serta juga berhajat untuk memperisterikan sang puteri tersebut.Bila sampai diperkarangan rumah puteri mereka tidak dibenarkan masuk oleh orang tua ayah sang puteri. Mereka ini sanggup berhujan dan berpanas menunggu kebenaran untuk masuk dan menatap wajah puteri.Mereka juga meluahkan kata-kata " Datuk sebagai ayah sang puteri , janganlah marahkan kami, kami akan tetap tinggal dihadapan pintu rumah ini sehingga dapat menatap wajah sang puteri ".Oleh kerana telah bosan dengan tindakan kelima orang pemuda itu, orang tua itupun pergi menemui sang puteri dan berkata padanya " Anakku, walaupun aku jumpa kamu dalam perdu buluh, kamu aku anggak kamu sebagai anak ku sendiri dan kami pelihara kamu sebaik-baiknya dan bersama hati yang gembira sekali. Jadi tolonglah kali ini, supaya kau mendengar kata-kataku ini ".Puteri menjawab yang dia sedia mendengarnya.Orang tua itu dengan tidak lengah lagi berkata " Anakku ,sekarang umurku melebihi 70 tahun dan bila-bila masa Tuhan akan mengambil nyawaku, jadi sebelum aku pergi aku inginkan kamu berkahwin dan mempunyai keluarga kamu sendiri, hanya setelah itulah barulah aku pergi dengan tenang.Sekarang ada 5 orang pemuda diluar tembok yang telah menunggu begitu lama, siang dan malam untuk melihat wajahmu dan mungkin salah seorang dari mereka akan menjadi suami kamu dan keluarlah untuk bertemu dengan mereka ".

Namun Puteri Kaguya dengan suara yang pilu dan serak serta sedu tanggis seraya berkata " Tidak.Tidak,saya tidak bertemu dengan mereka dan beritahu mereka supaya pergi dari sini ".Namun orang tua itu tetap merayu yang bagaimanakah alasan yang sebaiknya untuk meminta mereka pergi dari situ.Puteri Kaguya berkata dengan nada yang sedih " Ayahku,saya tidak akan membiarkan ayah menjadi duka, ini menjadikan diriku turut sama duka.Baiklah saya akan memperlihatkan diriku kepada mereka dan berbicara dengan mereka sekiranya mereka dapat memenuhi segala permintaanku.Ambilah catatan ini dan bacakanlah kepada mereka berlima.Dalam catatan itu tertera permintaan-permintaanku kepada mereka berlima ".Puteri pun mengeluarakan selembar kertas yang digulungnya dan menyerahkan kepada orang tua itu.

Orang tua itu keluar dengan begitu gembira kerana memikirkan yang salah seorang pemuda itu terpilih setelah dapat memenuhi permintaan puteri dan akan menjadi suami kepada puterinya.Sementara kelima pemuda yang menunggu diluar pintu rumah itu memenuhi masa mereka dengan meniup seruling, bernyanyi dan ada juga yang mencipta puisi untuk sang puteri.Orang tua itu menemuai mereka dan menyatakan yang Puteri Kaguya berterima kasih kerana mereka sanggup tunggu diluar.Lantas orang tua itu menyatakan mereka kena memenuhi kehendak puteri dan kalau kehendaknya dipenuhi , dia akan keluar menemui mereka dan berbual dengan mereka.Kelima orang pemuda itu bertanyakan apakah kehendak tuan puteri itu, malahan ada diantara mereka mengatakan sanggup memetik bintang-bintang dilangit sekalipun!.Tanpa berlengah -lengah lagi orang tua itupun membuka lembaran kertas yang bergulung itu yang memuatkan catatan arahan atau kehendak puteri kepada lima orang pemuda itu.

Putera Kurumamochi dikehendaki keGunung Horai untuk mendapatkan ranting pokok berbuah berbola putih yang berkelip-kelip dari Pokok Emas.Putera Ishitsukuri pula dikehendaki mencari Mangkok Batu yang pernah digunakan oleh Buddha sebagai bekas beliau meminum air semasa dia mengembara keseluruh dunia.Bagi Ketua Istiadat Otomo-No-Miyuki pula dikehendaki mendapatkan 5 biji pemata yang terletak dalam mulut Naga diGunung Horai.Timbalan Ketua Istiadat Iso-No-Kamimaro pula dikehendaki mendapatkan kulit kerangan diGunung Horai yang dimilik oleh burung layang-layang.Akhirnya untuk Menteri Abe-No-Muishi dikehendaki mendapatkan kulit tiga ekor tikus yang tinggal di negeri Cina yang tidak boleh terbakar oleh api.

Bersambung

Dr Aminudin

Friday, July 9, 2010

Otogibanashi (Cerita Sebelum Tidur) Legenda Dari Jepun Siri 4- Puteri Kaguya


Semejak itu orang tua perempuan ibu kepada Puteri Kaguya telah mulai memikirkan apakah menu yang perlu disediakan kepada tetamu yang datang nanti.Selepas itu semua orang kampung dijemput datang, ada yang datang dari kampung itu, ada yang datang dari kampung yang berdekatan dan ada yang datang dari kampung yang jauh.Mereka ini semua datang untuk menatap wajah Puteri Kaguya.Manakala persediaan khenduri pula begitulah sibuknya dengan penyediaan pelbagai makanan dan juga lauk-pauknya.Apabila tiba hari majlis khenduri itu tuan rumah suami-isteri itu begitu sibuk melayan kedatangan tetamu yang datang dan inilah merupakan khenduri atau pesta yang seumpama itu dikampung tersebut.Kerusi,pangkin dan tempat duduk semuanya penuh, tiada yang kosong malahan ada yang sanggup duduk ditanah.Sebelum jamuan makan dimulakan, lelaki tua ayah kepada sang puteri dengan penuh hormat bangun dan mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang datang dan kemudian menyampaikan ucapannya iaitu :-

" Tuan-tuan yang saya hormati sekelian , saya tahu anda semua tertanya-tanya tentang apakah yang kami sembunyikan dan jika ada kami berdua memohon maaf.Saya tahu saya bersalah kerana telah menyembunyikan seorang kanak-kanak kecil dan kini telah hampir remaja dan inilah ceritanya "

Dari situ orang tua itu telah menceritakan segala yang berlaku pada dirinya dan keluarganya yaini sedari ia mencari buluh dan menemukan sang puteri.Kemudian dia lantas membuka tirai bilik Puteri Kaguya yang amat jelita itu dan ini membuatkan segala orang ramai yang hadir itu tercengang-cengan dan tiada dapat berkata apa-apa kerana terpegun. Orang tua itu seraya berkata " Inilah jantung hati kami yang selama ini kami lindungi dan lihatlah dengan mata anda sendiri "

Kini semua orang sudah mulai mempercayai dan tidak ingin mempertikaikan lagi kepada sepasang suami-isteri ini.Mereka semua ingin bergembira dan ingin menikmati hidangan yang telah tersedia.Kedua orang tua itu sibuk menghidangkan makanan kegemaran orang kampung disitu iaitu" Sake Yang Berempah ".Pesta makan dan jamuan berjalan 3 hari 3 Malam.Orang kampung tidak mahu pergi berkerja, mereka mahu berpesta dengan bernyanyi, ketawa dan iringan muzik terutama tiupan seruling bamboo (buluh) yang dimainkan oleh pemuda dikampung itu.Sejak itu berita kejelitaan Puteri Kaguya menjalar keseluruh pelusuk kampung dan desa lainnya.Ia terus merebak kebandar lain pula dan ini menjadikan seluruh pemuda dinegeri itu pasti datang mengunjungi kampung tersebut.Hari berganti hari dan kian banyak gerombolan pemuda yang datang, malahan ada yang mengintai dari celah-celah dinding rumah orang tua itu dan kadang-kadang memanjat pintu rumah bagi melihat wajah sang puteri.Namun Puteri Kaguya tetap berselindung disebalik tirai dalam bilik dirumah mereka itu.Bagi pasangan suami-isteri itu pula kian bertambah marah kerana melihat gelagat para pemuda yang mengintai sang puteri.Lantaran itu orang tua itu telah membina tembok-tembok tinggi sekeliling rumah mereka dan ada kalanya terdapat lubang dibuat oleh pemuda yang nakal dengan menebuk tembok untuk mengintai Puteri Kaguya.Walau bagaimanapun mereka tidaklah dapat melihat wajah puteri tersebut malahan mendengar nyanyiannya pun tidak kedengaran.Ada pula pemuda yang dapat menebuk lubang ditembok rumah itu dapat ditangkap oleh orang lelaki tua ayah puteri dan menyergah mereka sambil berkata " Puteri Kaguya masih terlalu muda dan kamu tidak dapat melihatnya ketika ini ".Pemuda itu dilepaskan namun orang suruhannya sempat menyepak punggung pemuda itu dan dia menjerit kesakitan lalu beredar dari situ.

Bersambung

Dr Aminudin

Otogibanashi (Cerita Sebelum Tidur) Legenda Dari Jepun Siri 3- Puteri Kaguya


Kedua suami-isteri itu beredarlah dari rumah tuan guru setelah mengucapkan ribuan terima kasih diatas nasihat yang diberikan kepada mereka, namun sebelum beredar itu guru itu menasihatkan kepada mereka supaya tidak menghebuhkan tentang hal budak perempuan kecil itu kepada orang kampung dan hendaklah mereka menjaganya dengan tidak membiarkan budak itu bermain-main diluar rumah.Pesanan ini dinyatakan beberapa kali oleh tuan guru itu kepada kedua pasang suami-isteri tua tersebut.Mereka berdua membawa pulang budak kecil itu kerumah.Masa pula berjalan dengan pantas dan kedua orang tua itu menjaga budak kecil yang cantik itu bagaikan menatang minyak yang penuh.Puteri Kaguya terus membesar dan ada juga kelihatan keluar dari rumah ibu-bapanya sekali sekali namun tidaklah bercampur dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya.Manakala rumah itu masih tetap kelihatan dari luarnya seperti rumah usang dan buruk tetapi didalamnya terutama bilik Puteri kian bertambah cantik dari kesehari dan yang paling istimewanya dindingnya dihiasai oleh bebunga hutan yang baunya semerbak ditambah pula oleh bau badan puteri itu sendiri.

Setelah empat dan lima tahun kemudian Puteri Kaguya telah kelihatan sebagai puteri remaja dan kecantikannya kian terserlah ibarat pepatah Jepun ia " bagaikan bulan penuh dibukit hijau ".Orang lelaki tua itu masih pergi kedalam hutan mencari rezeki dengan mengambil batang-batang buluh untuk dibuat bakul. Jadi pada pada satu hari dia terjumpa seperdu buluh yang sungguh cantik dan dengan tidak membuang masa menebang dan memangkas batang-batang buluh tersebut dan tiba-tiba terkeluarlah wang siling emas dari ketungan buluh-buluh itu.Apalagi orang tua itu terperanjat dan setelah ia mengutip duit-duit emas itu dia kembali kerumah. Lantaran penemuan duit-duit emas yang banyak dalam ketungan buluh tersebut, orang tua itu telah menjadi kaya-raya dan dapatlah dia membeli banyak lagi kimono yang cantik-cantik dan tidak lupa membeli hamparan-hamparan yang mahal-mahal untuk dibentangkan didalam rumah mereka.Kini orang tua itu tidaklah lagi pergi kehutan untuk mencari buluh kerana sudah manjadi kaya-raya dan tugasnya kini adalah menjaga puteri yang telah menuju kealam remaja.Sedangkan masyarakat sekelilngnya mulai hairan terhadap orang tua dan cakap-cakap atau khabar angin mulai bertiup dikampung mereka dan kampung sekitarnya tentang puteri yang cantik yang " terkurung " dalam rumah mereka itu.Tentang kekayaan yang diperolehinya pula masyarakat telah menyanjungi mereka dan malahan ada sanggup menganggap mereka sebagai orang bangsawan pula.Bagi puteri pula ada kalanya ia terpaksa pergi mendandan rambutnya dikedai dandan rambut.Jadi ini membuatkan orang ramai bersesak-sesak dan berkerumum untuk melihatnya.Ini menjadikan orang tua itu menjadi susah hati dan akhirnya terpaksa "mengurung" puteri itu dalam bilik dirumah mereka.Inilah juga menjadi tanda-tanya kepada seluruh penduduk kampung dan semestilah pula dalam fikiran kedua orang tua tersebut tentang hal ini dan kadang-kadang menekan jiwa mereka.

Akhirnya mereka berdua tidak dapat membendung perbuatan melindungi kehadiran puteri ini dan mereka berdua bercadang untuk memberi tahu kepada masyarakat sekelilingnya lagi pun puteri mereka hampir remaja itu perlu menikmati alam sekelilingnya.Jadi mereka berdua membuat keputusan untuk mengadakan jamuan dan menjemput seramai mungkin orang hadir kerumah mereka itu dan dengan harapan segala khabar-khabar angin tentang puteri mereka itu dapat dihapuskan setelah mereka mendedahkannya hal tersebut." Cadangan ini amat baik ", kata isteri orang itu " " lagipun kita sekarang mempunyai banyak wang bagi mengadakan jamuan dan layak menjemput orang ramai ",sampuk orang tua lelaki itu dengan penuh kebanggaan.

Bersambung

Dr Aminudin

Wednesday, July 7, 2010

Otogibanashi (Cerita Sebelum Tidur) Legenda Dari Jepun Siri 2- Puteri Kaguya


Orang tua itu begitu terpegun melihat kanak-kanak perempuan yang menyanyikan lagu begitu merdu dan tiba-tiba terberhenti bila melihat orang tua itu menghampirinya dan mengambilnya dari dalam perdu buluh itu.Orang tua itu sungguh kagum akan kecantikan budak perempuan itu yang wajahnya amat cantik dan menawan serta ditambah lagi kulitnya yang putih melepak, manakala rambutnya yang panjang penuh kehitaman itu mencecah hingga kebahu.Matanya pun berkelipan seperti bintang yang berkerlipan dan yang paling menakjubkan pula ialah bau yang keluar dari badannya sungguh harum semerbak bagaikan bau bunga hutan seakan-akan bau bunga melor.Orang tua itu mengambil budak itu tadi dengan penuh hati-hati dan dia tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Tuhan yang telah mengkabulkan doa mereka berdua untuk mendapat seorang anak.Beliau melangkah cukup berambi-rambi dicelah-celah pohon buluh yang tumbang itu, namun dia masih dapat melihat cahaya yang bersinar dan kepulan-kepulan awan yang masih tinggal dari tempat dia mengambil budak kecil itu tadi.Dia berjalan agak cepat menuju pulang kerumahnya dan sudah pasti berita gembira akan dikhabarkannya kepada isterinya yang menunggu dirumah.

Sampai dirumah dia begitu gembira dan berteriak kepada isterinya supaya keluar rumah dengan seberapa segera dan memintanya melihatnya sesuatu keajaiban telah berlaku.Dia juga menyeru supaya dibawakan bakul yang agak besar dan baru kepadanya dengan segera.Isterinya pula datang dengan tergesa-gesa dan semacam terpinga-pinga serta bertanyakan apakah sebenarnya keajaiban yang berlaku dan apakah perlunya sebuah bakul yang baru.Orang lelaki tua itu berkata lagi bahawa " janganlah banyak tanya dan cepatlah bawakan kepadanya sebuah bakul dan ia pasti akan tunjukkan satu keajaiban yang pasti berlaku ". Isteri orang tua itu pun datanglah dengan keadaan tergesa-gesa dengan membawakan sebuah bakul yang baik dari dalam kimono orang tua lelaki itu dikeluarkannya anak kecil yang cantik bagi dimasukan dalam bakul yang dibawa oleh isterinya itu.Mereka berdua kemudiannya membawa budak kecil yang cantik itu kedalam rumah dan keadaan rumah mereka kelihatan bercahaya dan bau dalam rumah mereka turut menjadi semerbak bak bau bunga melor.Orang tua lelaki itu memberi tahu isterinya tentang keajaiban kanak-kanak kecil yang dijumpai dalam perdu buluh itu dan mereka berdua begitu gembira sekarang kerana mereka sudah mempunyai seorang anak kini.

Berberapa hari kemudian sepasang suami-isteri ini baru tersedar bahawa yang kanak-kanak perempuan yang cantik ini belum lagi diberikan namanya dan akhirnya setelah mereka berbincang, mereka membuat keputusan untuk mendapatkan nasihat dari seorang guru yang tinggal berdekat dengan kampung mereka itu.Esoknya mereka membawa kanak-kanak tersebut kerumah guru tersebut dan bila sampai dirumah guru itu, alangkah terkejutnya guru itu dan begitu tertarik dengan cerita yang disampaikan oleh kedua orang suami-isteri itu.Mengikut guru itu kanak-kanak ini sungguh bertuah dan ia kemungkinan seorang anak raja dan amat cantik pula. Guru itu mencadangkan nama budak ini digelar Puteri Kaguya dan kemudian guru itu menuliskan nama tersebut diatas selembaran kertas dan menyerahkan kepada pasangan suami-isteri itu untuk disimpan.

Bersambung

Dr Aminudin

Otogibanashi (Cerita Sebelum Tidur) Legenda Dari Jepun Siri 1- Puteri Kaguya


Semasa saya bebudak derelong, saya dan rakan sebaya seperti MeRoslan,Nuar Kadir,Abang Dollah,Jefri dan lain-lain sering mengekori Abang Ahmad Mohd dan Abang Isa kehulu-kehilir kerana hendak mendengar cerita dari mereka.Pada waktu malam pula terutama dibulan puasa kami tidur disurau We Muhammad diSungai Batu yang pernah saya coretkan dalam blog ini kami dihidangkan oleh cerita-cerita dari kedua abang tersebut.Kini apabila saya telah pencen, tibalah giliran saya pula bercerita kepada anda sekelian cerita yang saya dengar dari ibu angkat saya diTokyo, Jepun untuk kita kongsikan bersama.Sebelum ini saya telah kongsikan bersama anda sekelian 100 Peribahasa Jepun.Saya mendapati ada juga persamaan cerita dari legenda Jepun ini dengan cerita-cerita hikayat dinegara kita yang akan saya ulas apabila tamat sesebuah cerita nanti.

Bagi permulaan ingin saya ceritakan tentang legenda Puteri Kaguya yang merupakan cerita rakyat Jepun. Cerita ini bermula dalam sebuah kehidupan sepasang suami-isteri yang sudah tua dan tiada mempunyai anak.Pekerjaan 'Datuk ' yang sering dipanggil oleh budak-budak dikampungnya itu ialah masuk hutan dengan mencari buluh.Apabila dia keluar rumah dan hendak menuju kehutan seringkali beliau ditanyakan oleh budak-budak kampung itu apakah tujuan dia mencari buluh-buluh itu ?.Jawapan yang sering kali diberikan oleh 'datuk' tersebut ialah buluh tersebut untuk dibuatnya bakul yang cantik dan menawan hati pembeli.Selain dari itu sering juga 'datuk' tersebut ditanyakan oleh budak-budak itu " boleh tak datuk buatkan bakul untuk kami ?", manakala jawapan yang sering terhambur keluar dari mulut orang tua itu ialah " tentu sahaja boleh tapi adakah kamu sanggup untuk tinggal dirumah kami kerana kami tidak mempunyai anak ".Selalunya bebudak itu akan bersorak dan membalas jawapan kepada orang tua itu ialah " Kami tidak mahu kerana rumah 'datuk' telah usang dan buruk ".Namun begitu orang tua tersebut tetap senyum dengan tabah, tetapi dalam hatinya memang sedih mengenangkan nasib yang menimpa mereka berdua dengan tidak mempunyai anak sebagai penghibur hati dikala lara.Perkara ini jugalah yang selalu mereka bincangkan suami-isteri serta berdoa kepada Tuhan supaya mereka dikurniakan anak kepada mereka.

Pada satu petang setelah makan petang mereka berdua suami-isteri bersembahyang dan berdoa supaya mereka dikurniakan anak. Beberapa hari kemudian 'datuk' yang tua itu pergi kehutan dengan langkah yang agak perlahan dan tidak lama selepas itu kedengaranlah dengkungan kapaknya menebang kayu-kayan dihutan itu serta tidak lama kemudian dia menuju keperdu buluh dihutan itu.Bagi buluh yang ditebangnya banyak juga yang tumbang namun bagi satu perdu yang muda dan warna cukup kehijauan telah kelihatan tumbuh semula. Inilah yang menghairankan kepada orang tua itu .Selain dari itu ada juga semacam kedengaran kepadanya nyanyian yang merdu dari perdu buluh itu.Nyanyian itu kian kuat dan kian jelas pada pendengarannya.Dia cuba melihat sekelilingnya tetapi tiada siapa disitu.Akhirnya barulah dia terpandang pada suara nyanyian itu datangnya dari tengah-tengah perdu buluh tersebut.Dengan penuh hati-hati dia menuju ketengah perdu buluh itu dan amat terkejut bila mendapati ada seorang budak perempuan yang cukup cantik paras wajahnya dan putih sungguh kulitnya ibarat sang puteri ditengah perdu buluh itu.

Bersambung

Dr Aminudin

Monday, July 5, 2010

Warkah Rasulullah SAW Kepada Raja Habsyah Adalah Significant Kepada Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara


Edisi kali ini saya memaparkan Warkah Rasulullah SAW kepada Raja Habsyah ,Negus yang terjemahannya seperti berikut :-

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dari Muhammad Rasulullah SAW kepada Negus,Raja Habsyah.

Daku memuji Allah, yang tiada satu apapun yang layak disembah melainkanNya , yang merupakan Pemerintah Seluruh Alam.Dia suci dan bebas (dari segala kecacatan, kekurangan, kelemahan atau kealpaan). Dia memberi perlindungan dan memelihara semua.

Daku mengaku bahawa Isa (Jesus) alaihi salam adalah anak kepada Mariam, yang merupakan Ruhullah dan perkataanNya (Perintah), dia telah dilahirkan oleh Mariam, yang suci dan bersih dari segala kejahatan.Dan Isa alaihi salam dilahirkan oleh Mariam. Allah telah menciptannya dari Ruhnya dan tiupan sama seperti Dia telah ciptakan Adam alaihi salam dengan tanganNya.Daku mengajak kamu kepada Allah yang tiada sekutu bagiNya.Berimanlah denganNya dan sertailah daku dalam ketaatan kepadaNya.Ikutilah daku dan terimalah kenabianku kerana daku adalah utusan Allah.Daku ucapkan kebaikan kepadamu dalam menyampaikan mesej Allah dengan penuh keikhlasan.Terpulanglah kepada kamu untuk menerima nasihat simpatiku.Sampaikan ajakan yang sama kepada rakyat kamu.Daku menghantar sepupuku Jaafar radhiallahu anhu dengan orang-orang Islam yang lain. Apabila mereka sampai kepada kamu, layanilah mereka dengan mesra, dengan mengenepikan kebangaan dan kebesaran seorang pemerintah.

Salam keatas mereka yang mengikuti jalan kebenaran (Sirah Tabari, Jilid 3, 789 Dari Sultan Ahmed Qureshi,Surat-Surat Rasulullah,Perniagaan Jahabersa,2008)

Analisisnya- kita dapati dari Warkah diatas Rasulullah SAW telah menulis surat kepada Raja Habsyah ini pada tahun 7 Hijrah atau 629, Masehi.Dalam Kajian saya terhadap Lembah Bama telah saya nyatakan yang Islam telah sampai ke Tanah Melayu iaitu ke Pahang pada tahun 1028, Masehi melalui pembuktian inskripsi Batu Nissan yang ditemukan diKampung Pematang Pasir,Pekan. Natijahnya Islam sampai kePahang adalah lebih awal dari itu iaitu terus dari Semenanjung Arab.Perkara yang significantnya juga ialah inilah naskhah Bahasa Arab yang dihantar menerusi pemerintah Islam lain keAlam Melayu bagi mengembangkan Islam yang menjadi" Model Warkah Rasulullah " kepada pemerintah Islam selepas Baginda bagi menyibarkan Islam keseluruh pelusuk dunia.Natijahnya yang kedua ini bahawa jelaslah yang Hikayat Seri Rama adalah naskhah tertua diNusantara yang menerima pengaruh Islam seperti mana pernah saya huraikan.

Dr Aminudin

Thursday, July 1, 2010

Kampung Relong,Kuala Lipis Sebagai Pusat Pertubuhan Sukarela : Satu Tinjauan Siri 7-Tanggungjawab Sukarelawan


Dalam menjalankan kerja-kerja sukarelawan kita mempunyai tanggungjawab tertentu yang dapat saya gariskan seperti berikut :-

1.Sekirannya kita bertugas atau berkerja dibawah sesuatu pertubuhan itu , kita tentukan dasar-dasar dan peraturan pertubuhan tersebut kita patuhi.
2.Kita hendaklah memaklumkan kepada pihak pertubuhan sekiranya kita tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu.
3.Kita hendaklah jujur.
4.Kita hendaklah telus (transparent).
5.Kita hendaklah memberikan pandangan tentang isu-isu penting yang berkenaan bidang kerjaya kita itu.
6.Kita menghormati privacy pihak-pihak yang berurusan dengan pertubuhan.

Semasa saya belajar diJepun apa yang menariknya ibu angkat saya begitu giat dalam pertubuhan sukarela berbentuk kesenian dan kesusasteraan. Mereka menganjurkan kelas-kelas kesusasteraan seperti bengkel penulisan Haiku,Persembahan,Pertunjukan dan sebagainya untuk mengekalkan budaya Jepun.DiKampung Relong, tradisi menganyam mengkuang seperti yang pernah saya coretkan, membuat kuih tradisional,bercerita,persembahan tarian piring,silat dan lain-lain perlulah dihidupkan semula.Begitu jugalah kegiatan berunsur keugama seperti berdikir, marhaban,kelas bahasa Arab dan lain-lain yang telah pernah diadakan diRelong disusun semula sekiranya telah ada untuk dimantapkan lagi.Semangat mengingat HariKeputeraan Nabi Muhammad SAW telah diwujudkan semula diRelong itu merupakan satu pertanda yang baik kearah menanam semangat untuk kita membentuk semula pertubuhan sukarela yang telah kita rintis atau mulakan diRelong dahulu.Semoga kita sama-sama menjayakan.

Dr Aminudin