Monday, March 22, 2010

Pengenalan Terhadap Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara-Atipan III


Bahagian Atipan Pertama dan Kedua ,saya telah menghuraikan Sejarah Hikayat Seri Rama yang merupakan Naskhah Melayu yang tertua diNusantara dan juga menghuraikan tentang konsep Melayu.Kali ini saya akan menulis pula tentang Negara Kota dan juga Kerajaan-Kerajaan yang terdapat diAlam Melayu ataupun Nusantara.Saya tidak dapat tidak akan membentangkan Teori Kerajaan Negara Kota Lembah Bama yang telah saya huraikan dalam buku saya tentang Lembah Bama yang diterbitkan pada tahun 2009.Kajian telah dibuat diAlam Melayu bahawa terdapat Negara Kota dan Kerajaan Melayu diNusantara iaitu seperti berikut :-

Negara Kota diAlam Melayu

1.Funan - dikatakan kota yang tertua diAlam Melayu yang merupakan gabungan yang menguasai Tun-Sun,Ko-lo,Pan-Pan,Tambralinga,Langkasuka dan lain-lain.Raja yang dikatakan memerintah Funan ialah Shailaraja yang bermakna Gunung.Ibu kota bagi Funan ialah diVadhapura yang mempunyai pelabuhan bernama oc Eo.Funan dikatakan berperanan dalam bidang politik Asia Tenggara sehingga abad yang ke6 Masehi.

2.Langkasuka- dikatakan wujud pada abad yang ke2 dan merupakan negara kota yang terkenal diTanah Melayu.Ia juga dikenali sebagai Lang-ya-shiu (panggilan orang Cina),Langasyuka (panggilan orang Arab) dan Ilangasoka (inskripsi dari India).Langkasuka pernah dijajah oleh Funan pada abad yang ke3 hingga abad yang ke6.Dizaman kegemilangan Langkasuka jajahanya meliputi Sng-ku-na (songkla),kun-ha-ti (Pattani),ko-la-tan (Kelantan dan hingga ke Teng-ka-ha-lo (Trengganu) dan juga utara Kedah.Pada abad yang ke13 Masehi,Langkasuka telah dijajah oleh Srivijaya dan pada abad yang ke14 dijajah oleh Majapahit pula.

3.Kedah Tua- negara kota ini dikenali juga sebagai Chieh-cha,Kalagam atau Kadaram.Pelabuhannya terletak diKuala Sungai Kedah dan merupakan Pelabuhan Persingahan bagi para pedagang dari India,Cina dan Nusantara diAbad yang ke3.Pada abad yang ke5 hingga ke10,pusat pentadbiran Kedah Tua terletak disungai emas dan kemudian beralih keLembah Bujang pada abad yang ke10 hingga abad yang ke15 Masehi.Manakala Lembah Sungai Merebuk telah memainkan peranan sebagai pusat ugama hindu dan Buddha pada masa 550-750 Masehi.Kerajaan ini mulai merosot akibat serangan Kerajaan Chola pada tahun 1023 Masehi.

4.Negara Kota Lembah Bama-Kerajaan ini telah wujud sejak Abad yang ke3 lagi, ia digelar Peng-Keng dan ibukotanya ketika itu ialah Tan-Mo-Ling, ia terletak didalam parameter Kajian Lembah Bama iaitu diantara Kampung Relong dengan Kampung Lubuk Kulit,Kuala Lipis dan dikelilingi oleh dua buah sungai iaitu Sungai Teris dan Sungai Telang.Dalam Atipan awal saya ,saya ada mengatakan Konsep Melayu itu berasal dari Dvipa yang membawa pengertian tanah atau negeri yang dikelilingi air.Jadi benarlah yang Kerajaan Melayu Silam adalah diLembah Bama.Penulis dari negeri Cina juga ada mengatakan perkataan "P'ang Kang "boleh dikaitkan dengan harimau dan juga gunung-ganang yang mereka lihat diPahang.Saya yakin ia adalah Gunung Panggang Paku dalam parameter kajian saya diLembah Bama.Menurut laporan Chu Fan Chih dari Cina juga Raja yang memerintah Tan-Ma-Ling bernama Dvaravati pada masa pemerintahan Dinasti Sung dan Yuan iaitu diabad yang ke5.Bahan yang dihasilkan oleh Kerajaan Lembah Bama adalah wangian dan juga barang kemas emas.Jadi Terusan Besar atau Lautan yang merentasi Tanah Melayu pada ketika itu adalah melalui Lembah Bama dan kajian saya disahkan oleh penduduk Kampung Berchang,Kuala Lipis sekarang telah menanam semula pokok gaharu dan lagipun diKecau Tui dan Penjom, masih terdapat banyak lagi emas yang dilombong sekarang.Digambar foto diatas saya paparkan Peta Asia Tenggara diAbad ke13 yang sebenarnya wujud sejak 100 Masehi lagi dipetik dari The Encylopedia of Malaysia-Early History,1998.Dimana ia mengesahkan Teori Lembah Bama yang terdapat Terusan Merentas Tanah Melayu dari Kedah keLembah Bama dan diakhiri diPekan,Pahang.

Bersambung dengan Negara Kota lain

Dr Aminudin

Saturday, March 20, 2010

Falsafah Membimbing Dari Persepktif Islam


Mengikut Kamus Delta (1988)membimbing tangan ialah leading by the hand, manakala orang yang membimbing itu dipanggil pemimpin.Justeru itu membimbing adalah usaha untuk membantu seseorang dalam melaksanakan untuk mencapai objektif atau sesuatu matlamat.Dimana dalam Islam objektif yang dikategorikan sebagai mustahak ialah seperti berikut :-

1.Membimbing seseorang insan memahami hakikat dirinya dengan membuat penilaian setakat manakah kemampuan beliau.

2.Membantu seseorang itu dalam memahami apa juga masalah yang dihadapi.

3.Membantu seseorang memahami masalah persekitarannya samada dalam bentuk kebendaan dan sosial.

4.Menolong seseorang itu mengeksplotasi segala kebolehannya dan juga persekitarannya.

5.Merancang matlamat hidup seseorang agar biar realistik dan boleh dicapainya.

6.Membentuk diri seseorang supaya dapat menyesuaikan dirinya dengan masyarakat dihuninya.

7.Membimbing seseorang dalam perkembangan peribadi yang mulia dan dapat menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya.

8.Menyediakan action plan yang sesuai bagi seseorang itu mencapai matlamat tersebut.

Secara umum ahli pemikir Islam memberikan beberapa prinsip dalam usaha kita memberikan bimbingan.Diantaranya prinsip-prinsip tersebut ialah seperti berikut :-

1.Prinsip Menyediakan Diri Untuk Membimbing- kita hanya mampu menunjuk dan memimpin seseorang kejalan yang benar tetapi kita tidak boleh memaksa mereka melakukan apa yang kita hajati.Jadi teknik yang terbaik ialah menerusi bimbingan secara berdakwah,perhubungan peribadi,memberinya dorongan dan memilih keadaan dan masa yang sesuai untuk membimbing.

2.Prinsip Mengandaikan Sesorang itu Mempunyai Personaliti Yang Unik-kita kena menerima hakikat seseorang itu "unik" jadi kalau seseorang itu telah mentafsirkan dirinya telah terasing dari masyarakat maka adalah sukar untuk kita membimbingnya nanti.Jadi terimalah dia seadanya, begitupun jangan putus asa kita mesti terus berusaha untuk membimbingnya.

3.Prinsip Menjadikan Tugas Membimbing Adalah Teknik Yang Perlu diPelajari-kita kena membuat analisis terhadap seseorang yang hendak kita bimbing.Setelah dibuat analisis yang tepat berdasarkan data-data yang ada barulah kita membimbing orang yang ingin kita bimbing itu.Disamping itu ilmu untuk menganalisis seseorang individu perlu juga kita pelajari.

4.Prinsip Mengambil kira setiap Individu Sebahagian Dari Ahli Masyarakat- analisis persekitaran seseorang individu patut kita buat sebelum kita dapat memberi nasihat,memberi panduan dan bimbingan kepada seseorang.Bimbingan itu pula perlu bersifat holstik (menyeluruh) dengan mengambil kira angkubah-angkubah persekitaran dan masyarakat seseorang itu.

5.Prinsip Membimbing secara Berterusan-dalam memberi bimbingan kepada seseorang hendakah dilakukan dari sejak lahir hingga keakhir hayatnya.Justeru itu bimbingan hendaklah dimulai diperingkat kanak-kanak lagi hinggalah keperingkat yang paling tinggi, atau dalam kata lain dari semua peringkat pendidikan seseorang.

Bagi kita yang ingin menjadi pembimbing dan juga pemimpin, saya dapati buku tulisan Hassan al-Banna,Tanggongjawab Pemimpin Islam,Diterbitkan oleh Karya Media Publisher,1989, didapati baik sebagai permulaan bagi mereka yang berminat dalam bidang kepimpinan ini.

Dr Aminudin

Wednesday, March 17, 2010

Satu Lagi Dari Teori-Teori Yang Saya Kemukakan Tentang Kajian Lembah Bama,Kuala Lipis Terbukti Benar


Kajian saya tentang Lembah Bama,Kuala Lipis Pahang telah saya terbitkan dalam buku yang berjudul Menyingkap Sejarah Lembah Bama DiNegeri Pahang Sebagai Pusat Perdagangan Terawal bagi Asia Tenggara dan Mengesan Sultan Pemerintah Riau-Lingga-Johor Yang Menetap DiLembah Bama(Kg.Relong),diterbitkan tahun 2009 oleh Insan Gemilang Sdn Bhd.Dalam buku itu saya banyak membentangkan teori-teori yang menunjukkan bahawa tamadun Melayu bermula diLembah Bama.Ini berdasarkan hujah geografi,geologi,antropologi dan juga ICT.Selain dari itu Teori Kebudayaan dan Kesusasteraan telah juga saya bentangkan dan dalam blog yang terdahulu saya telah buktikan yang penulis Sejarah Melayu yang disangkakan Tun Sri Lanang telah terbukti salah.Yang betulnya ialah orang Lembah Bama dan telah disahkan oleh ahli sejarah dari USM.Selanjutnya saya juga berhujah dengan teori yang mengatakan buku Hikayat Seri Rama adalah juga naskhah kesusasteraan Melayu kelasik yang mula-mula ditulis oleh orang Lembah Bama juga.Saya telah membaca naskhah Hikayat Seri Rama oleh Noriah Taslin,2004 adalah naskhah yang memuatkan cerita wayang kulit bukannya hikayat Seri Rama yang menceritakan sejarah,cara pemerintahan,membina kota dan peperangan seperti yang dikaji oleh saya dan huraikan itu.

Kali ini teori bahan wangian yang dihasilkan oleh Lembah Bama seperti kayu gaharu,kayu cendana ,kasturi,bunga mawar,bunga melur dan bungaan adalah terdapat diLembah Bama seperti saya coretkan dalam blog saya ini atas tajuk " Wangian Dari Lembah Bama DiEkspot KeArab " telah terbukti benar kerana diKampung Berchang,Kuala Lipis, sekarang ditanam pokok gaharu ini.Keadaan tanah dari zaman dahulu hingga sekarang tidak banyak sangat yang berubah, begitu juga mineral.Lihat lombong emas didaerah Lipis dari dahulu diPenjum hingga sekarang masih kekal dan ada orang melombongnya dan emas masih terdapat lagi.Jadi kalau zaman silam Lembah Bama menghasilkan bahan wangian itu sudah pasti kalau kita tanam segala bahan tersebut ia akan kembali hidup dan berhasil kerana itu asalnya.Wal hasil balik asal!Jadi saya paparkan keratan akhbar Berita harian 6hb.Mac 2010 yang memaparkan Kampung Berchang, dalam parameter kawasan kajian Lembah Bama yang saya kaji tersebut menghasilkan gaharu dihari ini.

Dr Aminudin

Tuesday, March 16, 2010

Memperkenalkan Peribahasa Jepun Digandingkan Dengan Peribahasa Melayu Siri 19


93.Hito o mite ho o toke (Sesuaikan diri anda dengan kebijaksanaan audience anda)
Simpulan bahasa kita ada berbunyi Pandai berundang bermakna pandai bercakap.Pandai khabar pula bermakna pandai bercerita.Pandai mencincang akar,matilah kepucuknya bermakna cara kerja yang berkesan.Pandai menyelam air dangkal bermakna pandai membawa diri.Pandai menyisih antah daripada beras bermakna pandai membezakan yang baik dan buruk.Namun begitu janganlah kita sebagai pepatah ini ,iaitu Pandai seperti pisau raut,bengkok orang dapat dibetul,bengkok sendiri kekal yang bermakna pandai membetulkan salah orang sahaja.

94.Hito o noroumono wa hito ni norowaru (Anjing yang membunuh serigala akan dibunuh jua oleh serigala kelak)
Pepatah kita tentang anjing banyak juga diantaranya, Anjing bercawat ekor bermakna pergi kerana malu.Anjing diberi makan nasi,bilakah kenyang ? yang bererti orang tamak takakan pernah puas.Anjing galak ,babi berani bererti orang yang bergaduh kalau sama-sama garang.Anjing menyalak bukit,bukit takakan runtuh bermakna orang yang baik walau dicela tetap baik.Anjing menyalak kafilah lalu pula bermakna terus mara tanpa mempedulikan apa juga rintangan.Anjing tersepit dipagar bermakna serba susah.

95.Hito onoono ete fuete ari (Setiap orang itu ada kelebihan dan kelemahanya)
Banyak peribahasa kita tentang orang.Orang bersagar bermakna tidak beranak.Orang cabuk mengekor angin bermakna orang hina tidak patut berjalan dihadapan.Orang berdendang dipentasnya,orang menari diladangnya bermakna ada kuasa.Orang bergayung sama pandai,bak kundi atas dulang bermakna sama-sama bijak.Orang menggamang mati jatuh,orang pendingin mati hanyut yang bermakna kalau takut,mati,kalau berani tidak apa-apa.Orang pemakan candu,dengan candu sampai mati bermakna ketagihan.

96.Hito wa mikake ni yoranumono (Sesorang itu tidaklah boleh dinilai hanya dengan penampilanya sahaja )
Laksana barang derham,sedia ada suratan Istambul bermakna perbuatan mulia yang menerima pujian istimewa.Laksana bunga dedap,sungguh merah berbau tidak bermakna cantik tapi tidak berbudi.Laksana sampan pukat bermakna tidak pernah pergi jauh.Laksana lembu dogol,tidak boleh ditanduk hanya disondol bermakna besar tetapi tidak membahayakan.Laksana lembu dungkul bererti cakap besar sahaja.

97.Honmatsu o tento suru (Letaklah kereta kuda dibelakang kuda tersebut)
Kuda andal ialah kuda yang selalu menang perlumbaan.Kuda itu kuda juga, keldai itu keldai juga yang bermakna tidak dapat lari dari sifat semula jadi.Kuda mendua katak ialah kuda yang larinya kencang.Kuda yang pantas tidak berkehendakkan cemeti bererti orang yang rajin tidak perlu dipaksa.Tetapi janganlah jadi kuda tunggangan yang bermakna orang yang dijadikan alat.

98.Hotoke tsukutte tamashii irezu (Ibarat Membajak Ladang dan lupakan benih)
Ladang bersesapan,sawah berjerahan bermakna terbukti kejahatan telah dilakukan.Benih yang baik tak memilih tanah bermakna kalau baik kemana pergi tetap mulia.Benih yang baik,jatuh kelaut menjadi pulau bermakna orang yang mulia, dimana berada tetap dimuliakan.

99.Hyakubun wa ikken ni shikazu (Melihat adalah kebolehpercayaan)
Percaya,tidak tergesa-gesa bermakna berkerja dengan yakin dan kepakaran akan berjaya
Lihat anak pandang menantu bermakna kalau melakukan sesuatu fikirkan juga kesannya kepada orang lain.

100.Hyotan kara koma ga deru( Perkara diluarjangkaan sering terjadi)
Malang mujur bermakna nasib buruk.Malang berlantik buluh pecah bermakna bersusah-payah menyelamatkan diri.Malang tidak berbau bererti kecelakaan boleh berlaku pada bila-bila masa.Malang tidak boleh ditolak,mujur tak boleh diraih bererti nasib buruk dan baik telah ditakdirkan.

Dr Aminudin

Saturday, March 13, 2010

Memperkenalkan Peribahasa Jepun Digandingkan Dengan Peribahasa Melayu Siri 18


88.Hito no kenka o kauna (Jangan ambil pusing suatu pertengkaran)
Pepatah kita ada berbunyi bertelagah antan dilesung,ayam juga yang kenyang,dimana maknanya berkonflik sesama sendiri, menguntungkan orang lain.Pepatah yang berbunyi bertegang urat leher,berkeras buku lidah pula bermaksud tidak mahu mengalah.Manakala berkelahi dengan orang tidak berambut bermakna berkelahi dengan orang yang lebih rendah tarafnya.Berkelahi seperti lebah dalam gelas bermakna perkelahian yang hebat ditempat sempit.

89.Hito no kuchi niwa to ga taterarenu (Kita tidak dapat mengawal lidah orang lain)
Ada peribahasa kita tentang lidah umpamanya Lidah api bermakna hujung untuk menyalakan api.Pepatah yang berbunyi Lidah perempuan itu ialah senjatanya yang tiada dibiarkannya berkarat yang bermakna perempuan yang pandai berkata-kata.Lidah terkalang bermakna tidak dapat bercakap kerana terhutang budi.Lidah tiada bertulang,salah petik jiwa hilang pula bermakna malang jadinya kerana tidak pandai menjaga tutur kata.Sedangkan Lidah buaya ialah kuat makan atau pokok aleo vera.

90.Hito no senki o zutsu ni yamuna (Jagalah perniagaan anda sendiri)
Jaga diri adalah menjaga keselamatan dan maruah diri.Berniaga buluh kasap,hujung hilang,pangkal lesap bermakna tidak pandai membuat kerja,akhirnya rugi.Manakala janganlah kita Berniaga dihujung lidah yang bermakna suka menipu.

91.Hito no uwasa mo shichijugonichi (Sebuah keindahan hanya kekal 9 hari )
Kekal karar bermakna kekal serta aman tenteram.Kekayaan kamu yang tidak menyenangkan kamu itu sepertilah ia rumah besar yang tiada beratap ,ini bermakna kekayaan belum tentu bahagia.Indah khabar dari rupa yang bermakna cerita yang hebat dari cerita yang sebenar.

92.Hito o mitara dorobo to omoe (Jangan mudah percaya kepada orang asing)
Bidalan kita berbunyi Jangan bersandar dibatang rengas yang bermakna jangan minta bantuan dari orang besar yang jahat.Jangan bersandar dipunggur pula bermakna jangan minta bantuan pada orang yang tiada kuasa lagi.Jangan buat kerbau tanduk panjang bermakna jangan campur urusan orang.Jangan didengarkan siul ular yang bermakna jangan pedulikan tipu muslihat musuh.Jangan kamu bersahabat dengan seseorang itu sehingga kamu ketahui bagaimana ia berlaku dengan sahabat-sahabatnya yang dahulu dari kamu itu bermakna jangan cepat percaya pada orang.Jangan liat,kurang panggang bermakna jangan tidak mendengar nasihat.


Dr Aminudin

Saturday, March 6, 2010

FELDA JENGKA 4 Dan Generasi Keduanya-Part 3


Kajian terhadap Generasi Kedua FELDA, amat diperlukan terutama sekali dari Aspek Sosio-Ekonomi dan Politik.Sudahlah sampai masanya pihak kerajaan melakukannya.Persatuan ANAK telahpun menghantar memorandumnya kepada pihak Suhakam.Saya melihat kajian dari aspek ekonomi perlulah dimulakan.Mengikut Kamus Istilah Ekonomi,oleh Osman Rani (1987),Ekonomi ialah "mengkaji bagaimana manusia menyara hidup seharian dengan menjalankan berbagai aktiviti bagi tujuan memenuhi keperluan seperti makanan,pakaian,perlindungan,ibadat,hiburan,kebanggaan,pengetahuan dan sebagainya.Aktiviti ini termasuklah antara lain kerja-kerja pertanian,perkilangan,perlombangan,perniagaan,pengajaran,pembinaan,pemerintahan dan kesenian.Oleh kerana kemahuan manusia begitu luas dan pelbagai sedangkan keupayaan dan sumber-sumber yang ada terbatas, maka kajian kajian ekonomi akan memberi perhatian tentang bagai mana menggunakan sumber-sumber yang terhad itu dengan cara paling cekap supaya mendatangkan hasil yang paling maksimum dan mencapai tingkat kepuasan yang paling tinggi bagi masyarakat keseluruhannya.Kekurangan sumber-sumber berbanding dengan kemahuan bermakna kita tidak dapat menyediakan kehendak bagi semua orang.Ini mengwujudkan masalah asas ekonomi,masalah memilih,apa yang hendak diagihkan dan siapakah yang akan diberikan.Bagi menyelesaikan masalah inilah kajian perlu dibuat dan kemudiannya keputusan-keputusan dari hasil kajian akan diputuskan oleh pihak pemerintah sekarang.Justeru itu dalam bidang ekonomi dan bidang sosio-ekonomi dan politik ".Sebagai bekas kakitangan awam yang telah bertugas diagensi sosio-ekonomi dan politik saya menyarankan kajian terhadap generasi kedua FELDA dijalankan mengikut skop yang ditentukan oleh kerajaan.Paparan Berita Harian, bertarikh 26 Februari 2009 jelas menunjukan generasi kedua FELDA,mahukan tanah untuk tujuan tapak rumah dan sejauh pengalaman saya yang berkhidmat dipejabat Tanah diPahang , saya rasa ada tanah "tersepit" atau "lompong" dalam kawasan FELDA yang boleh dikenalpasti untuk diberikan kepada generasi kedua FELDA, namun demikian mungkin dipohon oleh FELDA Plantations untuk landang-ladang mereka, dan ini perlukan diberikan kepada generasi kedua FELDA, mereka inilah penyambung generasi FELDA yang akan datang yang dahulu diilhamkan oleh Tun Razak bagi generasi pertama.Justeru itu kalau tidak kita membela generasi kedua FELDA ini, siapa lagi.

Saya teringatkan anak-anak saudara saya diJengka 4,seperti anak Akak Milah,anak Pakitam Muhamad, anak Abang Kama (diJengka 17),anak Akak Munah dan Abang Bedu ,anak Awang Zaladin dan lain-lain yang merupakan generasi kedua FELDA yang mungkin telah bertebaran berada diseluruh pelusuk negara mencari rezeki sekarang perlu dikaji dan dibina Database mereka oleh FELDA dari aspek sosio-ekonomi dan politik mereka.

Dr Aminudin

Thursday, March 4, 2010

Bahasa Dari Perspektif Islam Part 2


Dari kajian para sarjana linguistik telah mendapati ada lebih 5000 bahasa didunia ini, itu pun tidak termasuk dialek yang berbagai-bagai bagi sesuatu bahasa itu.Dalam blog saya ini iaitu diRelong pun kami menggunakan dialek sungaibatu pun ada orang diKuala Relong tidak memahami dan sudah tentu orang dibandar Kuala Lipis ada yang tidak memahami.Kajian tentang dialek Kedah ada dibuku dan dibuat oleh Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP)maka, diharapkan kajian yang sama dibuat untuk Dialek Pahang kerana Perdana Menteri sekarang orang Pahang dan lagipun dilahirkan diKuala Lipis pula.Hingga kini tiada kajian bersifat global dimana berapa banyakkah bahasa didunia ini, inilah kajian yang begitu baik bagi anda yang berminat untuk mencipta sejarah tentang berapa bilangan bahasa didunia ini.Bahasa yang tinggi standartnya kerana mempunyai kodifikasi,perbendaharaan kata,nahu,menjadi alat pembelajaran dan mendapat pengiktirafan.Diantara bahasa utama dunia sekarang ialah Bahasa Arab yang merupakan bahasa Tamadun Islam dari dahulu hingga sekarang.Bahasa Arab digunakan secara meluas diSemenanjung Arab hinggalah keseluruh pelusuk dunia.Bahasa Arab adalah bahasa Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan Bahasa Arab adalah pilihan Allah SWT.Bahasa Arab juga adalah bahasa yang digunakan dalam surga,ayat-ayat Al-Quran dengan jelas mengatakan Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab.Diantaranya Surah Taha, ayat 113 yang terjemahanya bermaksud " Dan demikianlah Kami menurunkan al-Quran dalam Bahasa Arab, dan Kami menerangkan dengan berulang kali didalam sebahagian dari ancaman,supaya mereka bertakwa atau (supaya) al-Quran itu menimbulkan pengajaran bagi mereka ",Surah az-Zukhruf,ayat 3 ,yang terjemahannya bermaksud " Sesungguhnya Kami menjadikan al-Quran dalam Bahasa Arab supaya kamu memahaminya " ,juga Surah az-Zumar, ayat 28,terjemahannya bermaksud "(Ialah) al-Quran dalam Bahasa Arab yang tidak ada bengkok(didalamnya)supaya mereka bertakwa ".

Dalam Al-Quran dapat kita tarik kesimpulan bahawa Allah SWT dengan KekuasaanNya menentukan lahir,kekal dan musnah sesuatu Bahasa.Kemajuan sesatu Bahasa adalah kerana Bangsanya dan kalau musnah bangsa itu musnahlah bahasanya dan ini dijelaskan dalam Al-Quran dalam surah al-An'am, ayat 6:6, yang terjemahannya bermaksud " Tidakkah mereka memerhatikan dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu ) telah kami teguhkan kedudukan mereka dimukabumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada Kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya dan kami jadikan sungai-sungai mengalir dibawah mereka,kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka sendiri dan kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain ".

Justeru itu saya mengesa diri saya sendiri dan juga anda sekelian belajarlah Bahasa Arab dan juga bahasa al-Quran dan diantara buku yang boleh menarik minat anda sekelian untuk mempelajari bahasa Arab telahpun saya paparkan dalam bahagian pertama artikel ini tentang buku-buku tersebut.Semoga dengan itu kita akan dapat manafaat darinya.

Dr Aminudin